Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN JERMAL

12300 BUTTERWORTH, SEB. PERAI UTARA, PULAU PINANG.


MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK
KALI KEDUA TAHUN 2016
Tarikh

: 4 APRIL 2016 (Isnin )

Masa

: 2.15 petang

Tempat

: Bilik Persidangan SK Bagan Jermal

Kehadiran

1. Encik Anuar Bin Hj. Kassim


2. Puan Rosnani Bt Mat
3. Encik Hafiz bin Saad
4. Puan Kalawaty a/p Muniandy
5. Puan Sharimah bt. Ismail.
6. Encik Azizi bin Salleh
7.
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Post Mortem UPTP1 & PPA / 2016
5. Program KPM
6. Hal-hal Lain
7. Penutup

1.

Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kepada semua guru yang hadir dan kerjasama yang diberi
sepanjang tiga bulan pertama 2016.
1.2 Pengerusi berharap semua guru yang mengajar Matematik dapat menjalankan taggungjawab
dengan jayanya seiring dengan kehendak guru besar.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Matematik kali pertama 2016 untuk disahkan.
2.2 Menerima dan mengesahkan Mesyuarat Matematik kali pertama 206 :

Cadangan

: Puan Sharimah bt. Ismail

Sokongan

: Encik Hafiz bin Saad

3. Perkara Berbangkit
3.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru murid-murid yang tidak menyiapkan latihan
secara kerap perlu dirujuk kepada pihak pentadbiran.
3.2 Puan Kalawaty memaklumkan terdapat murid-murid yang menjawab peperiksaan UPTP1
tidak bersungguh terutamnya kelas cakna.
3.3 Pengerusi memaklumkan supaya perkara 3.2 dimaklumkan di dalam mesyuarat kurikulum
peringkat sekolah.
(Tindakan : Makluman semua guru )
4. Post Mortem PPPA - 2016
4.1 Setiausaha memaklumkan keputusan UPTP1 dan PPA 2016 adalah seperti LAMPIRAN
1.
4.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yan mengajar di atas kejayaan dalam
UPTP1 dan PPA 2016 dan berusaha meningkatkan lagi prestasi serta
memperbaiki kelemahan yang telah dikenal pasti.
5. Program KPM
5.1 Pengerusi memaklumkan semua guru mata pelajaran matematik perlu menyiapkan
perekodan PBS secara offline untuk penggal pertama dan menyerahkan satu salinan
kepada Setiausaha PBS SKBJ selepas cuti penggal pertama seperti yang telah
dimaklumkan oleh Setiausaha PBS Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal seperti yang telah
dimaklumkan dalam mesyuarat kurikulum sebelum ini.
5.2 Encik Azizi bin Salleh telah memaklumkan bahawa keputusan PROTIM telah dihantar
kepada Puan Mazliza Bt. Abu Bakar seperti yang dikehendaki pada tarikh yang telah
ditetapkan.

6. Hal-hal Lain
5.1 Puan Rosnani bin Mat memaklumkan bahawa bahan bantu mengajar untuk
pengajaran dan pembelajaran perlu ditambah dengan melakukan pembelian.
5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa buku kerja yang dibeli oleh murid-murid boleh digunakan
sebagai bahan kerja rumah dan penyemakan silang dibenarkan.
5.3 Mesyuarat dimaklumkan oleh Puan Rosnani binti Mat bahawa program Pasport Sifir akan
berakhir pada bulan Mei 2016 dan semua guru diminta menyerahkan nama murid yang
berjaya menghabiskan sifir dan telah diuji membaca dengan lancar dihadapan guru.
5.4 Pengerusi meminta semua guru meningkatkan lagi prestasi murid-murid dalam peperiksaan
akan datang.
(Tindakan : Makluman semua guru)
7. PENUTUP
7.1 Pengerusi meminta semua guru meningkatkan lagi prestasi murid-murid dalam peperiksaan
akan datang.
7.2 Pengerusi berharap Panitia Matematik dapat menyumbang kepada peningkatan akedamik dan
GPS sekolah dalam peperiksaan UPSR 2015.
Mesyuarat ditangguhkan tepat pada jam 3.05 petang. Minit ini disediakan pada 7 April 2016.

Anda mungkin juga menyukai