kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang
Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau
hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. Al-'Imran (3):26)
Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis, yang dihormati, para pensyarah, AJK
pilihanraya kampus 2017, JPP Sesi 2016/2017, sahabat seperjuangan serta siswa
pendidik pencetus minda berwawasan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum
w.b.t.. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinNya kita dapat
berkumpul untuk mendengar bicara pemimpin pada malam ini. Kehadiran sahabat
sekalian merupakan manifestasi sokongan anda kepada bakal pemimpin JPP bagi
sesi 2017/2018.
Sebelum madah merungkai bicara, sebelum manifesto bertamu di hati hadirin
sekalian, ingin saya ingati diri saya bahawa jawatan ini bukanlah untuk menempa
nama dan bukan pula untuk mencipta kuasa. Namun, menjadi wakil pelajar ini
adalah tanggungjawab dan merupakan amanah Allah yang amat berat. Pendek
kata, tanggung dunia jawab akhirat.
Di sebalik kefaqiran dan kehinaan diri ini untuk menjadi calon JPP, ia adalah sebuah
pengorbanan diri untuk menyahut seruan ilahi sebagai khalifah di atas muka bumi
ini. Segala khidmat kepada manusia yang lain adalah semata-mata ibadah kepada
Allah yang akan menjadi bekalan kita di sana kelak.
InsyaAllah, tanpa melengahkan masa, saya ingin menyampaikan manifesto yang
saya kira mengambil masa untuk memikirkannya.
Pertama, mewujudkan suasana ilmiah dan rohani. Program-program keilmuan yang
merentas kurikulum formal dirancang untuk mewujudkan suasana ilmu yang