Anda di halaman 1dari 3

Kemenangan Trump Meresahkan Dunia

Oleh: JUFITRI BIN JOHA


Naib Presiden MBM
Penulis membesar dengan lambakan buku-buku Trump. Buku-buku seperti Midas
Touch, Whe We Want You To Be Rich dan Think Like A Champion mewarnai kedaikedai buku di seluruh Malaysia bahkan di seluruh dunia. Trump dikenali sebagai
taikun perniagaan yang pernah naik dan jatuh serta terkenal sebagai personaliti
televisyen melalui program The Apprentice. Namun pada saat ini pada usia 70
tahun, tiada siapa yang menyangka bahawa Trump telah terpilih sebagai POTUS
atau President of The United States of America yang ke-45 ketika Hillary Clinton
kelihatan terkehadapan berpotensi untuk menang berdasarkan tinjauan beberapa
pihak termasuk Sam Wang dari Princeton Election Consortium yang meletakkan
peluang 90 peratus kemenangan berpihak kepada Clinton.
Namun terdapat juga segelintir penganalisis yang meramalkan kemenangan Trump
termasuk aktivis dan cendekiawan terkenal di Malaysia Dr. Chandra Muzaffar
berdasarkan dua trend utama semasa iaitu kemenangan Trump menjadi calon
Republikan di sebalik penolakan tokoh-tokoh utama Republikan atau Grand Old
Party (GOP) termasuk daripada bekas Potus iaitu George W. Bush. Trend kedua
yang menjadi asas kepada hujahan Dr. Chandra adalah Brexit. Brexit
memperlihatkan fenomena orientasi politik rakyat United Kingdom (UK) bergerak ke
arah sedikit kanan untuk menolak kemasukan imigran dan pendatang ke UK. Britain
untuk Britain akan terus menjadi slogan untuk memberikan keutamaan pada
warganya sebagaimana juga kemenangan Trump akan menjadi agenda American
First sebagai agenda untuk memberikan keutamaan dan keselesaan pada rakyatnya
sendiri.
Penulis berkesempataan memantau Pilihanraya Potus pada 2012 selama 3 minggu
di Amerika dan baru-baru ini mewakili MBM ke acara rasmi Kedutaan Amerika di
J.W. Marriot Hotel sempena pengumuman keputusan Pilihanraya Potus 2016 di
antara Trump dan Clinton. Selain membina rapport MBM bersama Kedutaan
Amerika di Kuala Lumpur, dua kesempatan ini membolehkan penulis memahami
serba sedikit sistem pilihanraya Amerika yang kiraan undinya mengikut electoral
college. Walaupun Clinton memenangi undi popular namun Trump diisytiharkan
menang kerana sistem undian electoral college di samping Clinton gagal menang di
negeri-negeri berayun atau swing states seperti Ohio dan Florida.
Kemenangan Trump menggambarkan sebuah kegagalan demokrasi apabila kita
sendiri menyaksikan bahawa Trump banyak memfokuskan kepada serangan
peribadi terhadap Clinton, bergurau tidak bertempat dan pembohongan. Ia tidak
menggambarkan kematangan demokrasi sebuah Negara kuasa besar yang
kononnya mempromosikan kebaikan demokrasi ke seluruh dunia. Walhal di dalam
sebuah Negara yang maju seperti Amerika, perdebatan idea dan hujah yang harus

diutamakan dan ditawarkan kepada rakyat Amerika. Seperkara lagi, generasi muda
melihat keupayaan tokoh yang lebih muda sebagaimana Obama sebelum ini tidak
mendapat tempat apabila kedua-dua calon Potus telah mencecah umur 69 dan 70
tahun. Bahkan calon popular Demokrat Bernie Sanders yang menjadi pencabar
rapat Clinton pun sudah mengjangkau usia 75 tahun.
Selain slogan Amerincan First dan To Make America Great Again, kemenangan
Trump menurut pakar ekonomi Dato Dr. Nazri Khan dari Affin Hwang Investment
Bank adalah berdasarkan 5 faktor iaitu 1.) agenda protectionist yang cuba
mengehadkan perdagangan global termasuk TPPA; 2.) diskaun cukai kepada rakyat
Amerika yang kaya; 3.) rangsangan fiskal dengan melebarkan perbelanjaan
khususnya dalam bidang industri pembinaan; 4.) polisi menyekat kemasukan
imigran dan; 5.) agenda perubahan cuaca yang terkait dengan Paris Agreement.
Pada saat artikel ini ditulis Trump telah pun berikrar untuk menarik Amerika keluar
daripada Perjanjian TPPA yang dilihat sebagai agenda anti perdagangan bebas dan
anti globalisasi.
Apa yang cuba ditekankan di sini ialah faktor keempat yang terkait dengan Brexit di
UK di mana agenda anti immigran di mana Trump turut mengkritik pengambilan dan
penempatan pelarian Syria ke dalam Amerika. Trump juga pada sesuatu ketika
kelihatan anti-Muslim apabila mengisytiharkan untuk cuba mengharamkan
kemasukan orang Islam luar ke dalam Amerika khususnya dari beberapa buah
Negara khususnya dari Asia Barat dan Somalia. Usaha dan projek Obama
membawa dan menempatkan pelarian Syria masuk ke dalam Amerika mungkin juga
akan terus menemui titik noktah apabila Trump jelas menunjukkan kejelikan beliau
terhadap usaha sebegini.
Dunia Islam, penduduk Muslim dan etnik minoriti di Amerika seperti AfricanAmerican dan Hispanik menanti dengan penuh debaran tindakan yang bakal
dilakukan oleh Trump selepas kemenangannya. Aspirasi Trump boleh dilihat dengan
cadangan perlantikan tokoh-tokoh garis keras dalam pentadbiran beliau khususnya
dalam team keselamatan nasional seperti Senator Jeff Session sebagai Peguam
Negara (AG) Amerika; Mike Pompeo sebagai Pengarah CIA dan Lt. Gen (B) Michael
Flynn sebagai penasihat keselamatan nasional. Flynn menurut perbualan saya
bersama Profesor Madya Farish A. Noor merupakan tokoh fundemental Kristian
yang inginkan perang di antara Kristian dan Muslim bahkan lebih dahsyat daripada
tokoh-tokoh Neo-Konservatif. Di saat artikel ini ditulis, Trump belum menamakan lagi
Setiausaha Negara yang bakal menerajui Jabatan Negara Amerika (State
Department) yang bertindak sebagai Menteri Luar yang akan menjadi arkitek
pencatur dasar luar Amerika. Ini suatu lagi debaran yang sedang ditunggu kerana ia
akan mencerminkan karakter dan sikap Trump terhadap dunia luar khususnya Dunia
Islam.
Trump tidak menggambarkan aspirasi inklusiviti dan multiculturalisme sebagaiman
jirannya Justin Trudeu Perdana Menteri menghayati dan melaksanakan

multiculturalisme. Trump cuba mengembalikan White Supremacy dan mendapat


sokongan padu kumpulan rasis seperti Klu Klux Klan yang sekian lama ditentang
oleh pejuang hak asasi seperti Malcolm X.
Dunia mungkin masih trauma dengan zaman ketika Neo-Kon memerintah Amerika
semasa pentadbiran Bush Junior. Dunia Islam masih trauma dengan tuduhan
pengganas daripada peristiwa 911 yang sengaja direka dan dirancang.
Pencerobohan Iraq dan Afghanistan tanpa bukti yang kukuh menyebabkan keduadua Negara masih bergelut dengan ketidakstabilan dan isu pelarian yang
berpanjangan. Asia Barat bergolak di bawah Neo-Kon kerana mereka menganggap
rantau tersebut adalah rantau yang penting menghubungkan Asia, Afrika dan
Eropah. Neo-Kon menganggap rantau Asia Barat sebagai rantau yang penting
disebabkan tiga faktor menurut Dr. Chandra iaitu 1.) Kekayaan sumber minyak
sebagai penggerak kemodenan; 2.) kedudukan geografi yang startegik dan; 3.)
kewujudan dan kestabilan Israel. Justeru Asia Barat wajib dikuasai oleh Amerika
dengan apa cara sekalipun.
Satu-satunya dasar luar yang tidak akan berubah di bawah mana-mana Potus
adalah dasar luarnya. Sudah pasti Israel gembira dengan kemenangan Trump dan
berusaha memulihkan hubungan dengan Potus yang agak keruh sebelum ini
dengan Obama. Trump tidak melepaskan peluang keemasan bertemu Netanyahu
beberapa ketika sebelum pilihanraya bagi mendapatkan restu dan sokongan
daripada pihak Zionis yang menguasai lobi di Amerika khusus badan seperti AIPAC.
Mills dan Rosefielde dalam bukunya The Trump Phenomenon and The Future of US
Foeign Policy menyebutkan bahawa Israel akan terus menikmati kewujudannya
ketika tiada tanda-tanda kuat kewujudan Negara Islam di Asia Barat dan penyatuan
yang kuat untuk memberikan ancaman kepada Israel dan ditambah pula dengan
sokongan Trump yang akan meneruskan agenda memerangi IS yang sinonim
dikaitkan dengan Dunia Islam. Israel sudah tentu mahu terus memakaikan label
pengganas kepada pejuang Palestin dan HAMAS yang mempertahankan bumi
mereka yang dirampas. Sudah pasti Palestin akan berdepan situasi yang lebih sukar
selepas ini kecuali sesuatu keajaiban berlaku.
Dunia ketika akan terus berdebar menanti hari pertabalan Trump pada Januari 2017.
Kita akan sama-sama menyaksikan dunia yang semakin bergolak dan tidak menentu
di sebalik semangat the power of optimism yang terus disemai di kalangan
pencinta kedamaian dan keamanan. MBM mungkin akan terus bekerja keras
mempersiapkan generasi muda untuk lebih mempunyai daya tahan untuk
menghadapi masa depan dunia yang semakin tidak menentu di bawah kuasa besar
Amerika ini.

Anda mungkin juga menyukai