Anda di halaman 1dari 5

FXMALAYA.

COM
daripada trader untuk trader

[ Brexit Trading Guide ]


Panduan Menghadapi Kemungkinan Brexit / Bremain

PENGENALAN
Brexit adalah singkatan kepada 'British Exit' yang merujuk kepada kemungkinan
bahawa Britain akan menarik diri daripada Kesatuan Eropah. Pengundian untuk
Referendum EU ini akan berlangsung pada 23 Jun 2016.
Untuk bacaan lebih lanjut mengenai Referendum EU dan Brexit ini, sila baca melalui
pautan di bawah:
http://www.fxmalaya.com/apakah-yang-anda-perlu-tahu-tentang-brexit-dankesannya-kepada-forex-trader/
Kebanyakan pelabur kini begitu berhati-hati dengan sentimen Brexit dan beberapa
kajiselidik terbaru menunjukkan sokongan untuk kedua-dia kempen di dalam
kedudukan yang rapat.
Pengundian akan dijalankan pada 23 Jun 2016 dan pusat pengundian akan dibuka
pada jam 7 pagi - 10 malam waktu UK (2 petang (Khamis) - 5 pagi (Jumaat)
waktu Malaysia).

BILAKAH KEPUTUSAN AKAN DIKELUARKAN?


Keputusan pengundian akan dikeluarkan pada pagi Jumaat, antara jam 4pagi 7pagi (waktu UK) iaitu kira-kira 11 pagi - 2 petang waktu Malaysia (hari
Jumaat). Keputusan penuh dijangka akan diketahui jam 2 petang waktu Malaysia.
Sepanjang pengumuman keputusan mengikut kawasan, volatility dijangka berlaku
dan spread dijangka akan widening pada waktu tersebut.

APAKAH JANGKAAN REAKSI PASARAN DAN PELUANG BAGI


FOREX TRADER?
Situasi 1: BREMAIN
Sekiranya Britain Mengundi Untuk Kekal Di Dalam Kesatuan Eropah (Bremain):
Buy GBPUSD. Sell EURGBP.

GBPUSD Daily Chart beserta key level


Harga pada paras 1.4700 merupakan key resistance level. Sekiranya harga pada
paras ini ditembusi, harga dijangka akan naik hingga ke paras 1.4900. Fed
mengekalkan dasar monetary sedia ada dalam mesyuarat FOMC pada bulan Jun
yang lalu. Pasaran melihat kebarangkalian untuk kenaikan kadar Fed pada bulan
Julai hanya 14.3% menjadikan buy GBPUSD sebagai pilihan sekiranya Britain
mengundi untuk Kekal di dalam EU.

EURGBP Daily Chart beserta key level


EURGBP membuat pendakian sejak awal tahun dan mencapai hingga ke paras
harga 0.8100 (yearly high) berikutan sentiment Brexit. Namun begitu, momentum
kenaikan dilihat berkurang berikutan daripada sokongan terhadap kempen Kekal di
dalam EU yang bertambah. Sekiranya harga pada paras 0.7600 dan trendline
ditembusi, harga dijangka akan turun hingga ke paras 0.7400 yang mana sekiranya
harga ini ditembusi akan meneruskan penurunan hingga ke paras 0.7200.
ECB mula menjalankan program stimulus terbaru dengan pembelian bond korporat
pada minggu lalu. Dilaporkan ECB membeli hampir 2 billion Euro corporate bond
pada minggu lepas dalam menangani kadar inflasi zon Euro yang rendah.
Nota:
MA Hijau: 55 DMA (Daily Moving Average)
MA Merah: 100 DMA
MA Biru: 200 DMA

Situasi 2: BREXIT
Sekiranya Britain Mengundi Untuk Meninggalkan Kesatuan Eropah (Brexit):
Sell GBPCHF dan GBPJPY. Buy Gold.
Di dalam keadaan sekiranya Britain mengundi untuk meninggalkan EU, permintaan
terhadap safe haven currency JPY dan CHF dijangka akan meningkat. Permintaan
terhadap komoditi Gold juga akan dijangka akan meningkat sekiranya keputusan
memihak kepada Keluar daripada Kesatuan Eropah.

GBPCHF Daily Chart beserta key level


Sell GBPCHF adalah pilihan untuk situasi sekiranya Britain mengundi untuk Keluar
daripada EU di mana harga dilihat masih lagi berada di dalam bearish channel. Key
resistance adalah pada paras 1.4200. Manakala support pada paras 1.3900
sekiranya ditembusi, harga dijangka akan turun hingga ke paras 1.3500.

GBPJPY Daily Chart beserta key level


GBPJPY juga dilihat masih lagi berada di dalam bearish channel. Key resistance
pada paras 155.00 sekiranya ditembusi, harga dijangka akan naik hingga ke paras
158.00. Manakala key support pada paras 151.00 sekiranya ditembusi, harga
dijangka akan menjunam hingga ke paras 148.00. Sekiranya keputusan berpihak
kepada Meninggalkan Kesatuan Eropah, GBPJPY dijangka akan ditekan jatuh di
bawah paras harga 148.00.

Gold - Daily Chart beserta key level


Permintaan terhadap Gold juga dijangka meningkat untuk situasi sekiranya Britain
mengundi untuk Keluar daripada EU. Key resistance adalah pada harga 1300 di
mana sekiranya ditembusi, harga dijangka akan naik hingga ke paras 1350 (July
2014 high). Support pada paras 1250 sekiranya ditembusi, harga dijangka akan
turun hingga ke paras 1200.

PENUTUP
Terima kasih kerana membaca analisa dan panduan untuk menghadapi
kemungkinan Brexit/ Bremain dalam pengundian Referendum EU pada 23 Jun ini.
Diharap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Akhir kata,
rancang trade anda secara berhemah dan kami doakan semoga maju jaya di dalam
trading anda.

Team FXMalaya
Channel Telegram: http://telegram.me/fxmalaya
Laman Web: www.fxmalaya.com
Amaran dan Penafian:
Terdapat risiko besar dalam dagangan matawang dan komoditi. Kerugian yang ditanggung berkaitan
dengan dagangan matawang dan niaga hadapan adalah signifikan. Risiko ke atas mana-mana
dagangan yang diambil adalah ditanggung anda sendiri untuk akaun anda sendiri. Prestasi masa lalu
tidak menjamin keputusan masa hadapan.
Semua maklumat yang disediakan oleh FXMalaya adalah untuk tujuan pembelajaran sahaja.
FXMalaya.com adalah satu perkhidmatan pembelajaran, bukan khidmat nasihat pelaburan atau
saham.

Anda mungkin juga menyukai