Buku Teks Titas 2e 2012 PDF
Buku Teks Titas 2e 2012 PDF
1
Pengenalan Ilmu
Ketamadunan
Hasil Pembelajaran
Setelah mengikuti bab ini, pelajar dapat:
Menjelaskan konsep dan ciri-ciri sebuah tamadun.
Menerangkan hubungan tamadun dengan agama, budaya dan bangsa.
Menganalisis faktor kekuatan dan kelemahan sesebuah tamadun.
Pengenalan Ilmu
Ketamadunan
Ciri-ciri Tamadun
Konsep Tamadun
Hubungan Tamadun dengan
Agama, Budaya dan Bangsa
Faktor-faktor Kemunculan dan
Kejatuhan Tamadun Dunia
Kesan Positif dan Negatif
Pertembungan antara Tamadun
Kelahiran dan Perkembangan
Tamadun
Interaksi Tamadun
Persamaan dan Perbezaan
antara Tamadun
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012
01Bab 1_1-21_F.indd 1
3/23/12 12:10:23 PM
2
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E
1.0
Pengenalan
Bab ini membincangkan konsep dan ciri-ciri tamadun dari sudut etimologi pelbagai
bahasa. Seterusnya, bab ini menerangkan hubungan tamadun dengan agama, budaya
dan bangsa. Di samping itu, bab ini juga menganalisis faktor kekuatan dan kelema
han
sesebuah tamadun.
1.1
Sejarah Tamadun dan Pengajian Ketamadunan
1 Pengkajian sejarah sebagai ilmu ketamadunan mula diperkenalkan oleh Ibn Khaldu
n
(13321406 M) pada abad yang ke-14 M melalui kitabnya Mukaddimah. Ibn Khaldun
menggunakan latar belakang sejarah sebagai asas memahami realiti masyarakat,
bangsa dan umat. Beliau berjaya mengeluarkan teori, faktor, analisis kemajuan da
n
kemunduran umat terdahulu untuk menjadi panduan kepada umat mendatang.
Analisis beliau menepati kehendak al-Quran supaya menjadikan peristiwa sebagai
pengajaran berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya kisah para nabi itu mengandungi pengajaran bagi orang yang
mempunyai akal fikiran. Al-Quran itu bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan,
tetapi ia mengisahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab yang sebelumnya dan
sebagai keterangan yang menjelaskan segala sesuatu, serta menjadi hidayah dan ra
hmat
bagi kaum yang (mahu) beriman.
(Surah Yusoff: 111)
2 Sungguhpun sejarah menjadi asas kepada pengajian ketamadunan, namun ada
perbezaan yang jelas antara kedua-duanya. Pengajian ketamadunan membicarakan
teori, konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan a
bstrak.
Manakala sejarah tamadun pula merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh
sesuatu tamadun dari segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran
atau ringkasnya kajian tentang masa lampau. Secara umum, pengajian ketamadunan
tidaklah begitu terikat kepada batasan masa atau zaman, manakala sejarah
tamadun lazimnya dibatasi oleh faktor masa. Pandangan di atas tidaklah bertujuan
mengetepikan pengajian sejarah daripada pengajian tamadun kerana kedua-duanya
saling memerlukan dan tidak boleh dipisahkan.
1.2
Konsep Tamadun
Memahami dan mengkaji asal usul istilah atau lebih dikenali dengan kajian etimol
ogi
amat penting kerana dapat memudahkan pelajar memahami konsep dan falsafah bidang
pengajian tamadun itu. Lazimnya bahasa menggambarkan bangsa seperti pepatah Mela
yu
yang menegaskan Bahasa Jiwa Bangsa. Pemahaman yang baik terhadap asal usul bahasa
dapat membina takrif yang tepat terhadap sesuatu istilah dalam pengajian.
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012
01Bab 1_1-21_F.indd 2
3/23/12 12:10:25 PM
4
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E
yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran
serta penghasilan teknologi yang membantu menyempurnakan kehidupan kota yang
bahagia.
2 Arnold Toynbee menjelaskan tamadun sebagai kebudayaan yang berkembang di
dalam kota. Beliau menambah lagi, tamadun ialah suatu kumpulan pemikiran daripad
a
berbagai-bagai manifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang
bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.
3 Syed Muhammad Naquib al-Attas mendefinisikan tamadun sebagai keadaan
kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
4 Abu al-Ala al-Maududi pula mentakrifkan hadharah sebagai segala apa yang
dihasilkan oleh suatu bangsa yang bersumberkan ilmu pengetahuan, adab, kesenian
yang indah, pembuatan, ciptaan, perkembangan terhadap kehidupan peribadi dan
masyarakat serta cara-cara yang digunakan dalam kehidupan politik.
Sebagai kesimpulan, tamadun dapat diertikan sebagai pencapaian gemilang manusia
dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di bandar-bandar. Ia terhasi
l
dalam bentuk seni bina, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, kepercayaan, unda
ngundang, pentadbiran dan politik.
1.3
Ciri-ciri Sebuah Tamadun
Pandangan beberapa tokoh tentang ciri-ciri sesebuah tamadun adalah seperti berik
ut:
1 Lucien Goldmann berpendapat, unsur utama yang menjadi perbezaan antara
sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world
view/weltanschauung/tasawur). Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun
manusia secara tipologi dapat dibahagikan kepada empat ciri yang utama, iaitu:
(a) Tamadun materialistik
(b) Tamadun intelektual
(c) Tamadun mistik
(d) Tamadun berasaskan wahyu
Namun demikian, dalam perkembangan sesebuah tamadun, terdapat tahap-tahap
peningkatannya yang dapat diukur berdasarkan dua asas utama, iaitu:
Pencapaian fizikal yang dapat dilihat dari segi penubuhan sesebuah kerajaan atau
empayar yang luas melalui penggabungan beberapa buah pusat perbandaran yang
berdekatan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan.
Pencapaian intelektual yang dapat dilihat dari segi penemuan fikiran yang
baharu ataupun penemuan, penyuburan dan tafsiran kembali fikiran lama yang
membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi.
2 Darcy Roberio telah memberikan sembilan ciri tamadun yang masih berada dalam
proses perkembangan, iaitu:
(a) Berakhirnya corak hidup nomad dengan penciptaan peralatan baharu dalam
bidang pertanian.
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012
01Bab 1_1-21_F.indd 4
3/23/12 12:10:25 PM
6
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E
difahami oleh masyarakat manusia hari ini lebih menjurus kepada perkara yang
berkaitan dengan kemajuan petempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata.
Lebih buruk daripada itu, tasawur terhadap kemajuan petempatan dan kemudahan
disempitkan lagi kepada persoalan kebendaan yang menjadi simbol kemewahan.
Kemuncak kewujudan sesebuah tamadun bukanlah semata-mata digambarkan oleh
limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran
yang digunakan oleh Ibn Khaldun. Kemakmuran yang sebenar ialah kemakmuran
masjid sebagaimana yang telah ditegaskan dalam al-Quran:
Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman
kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat
dan tidak takut (kepada siapa pun) selain Allah, maka merekalah orang-orang yang
diharapkan termasuk golongan yang mendapat petunjuk.
(Surah at-Taubah: 18)
1.4
Hubungan Tamadun dengan Agama, Budaya dan
Bangsa
1.4.1 Hubungan Tamadun dengan Agama
1 Dalam konteks Islam, tamadun dan agama mempunyai pertalian yang amat rapat.
Agama Islam telah menjadi sumber inspirasi dan kekuatan umat Islam untuk
membentuk tamadun Islam. Tamadun Islam ialah manifestasi ajaran agama yang
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Sebaliknya, tamadun Barat tidak bersumberka
n ajaran agama, tetapi bersumberkan fahaman kebendaan atau materialisme. Islam
bukanlah agama yang lahir daripada perkembangan tamadun, tetapi Islam itu sendir
i
melahirkan tamadun yang berteraskan sumber ajaran Islam.
2 Dari sudut sumber rujukan, kehidupan beragama dan cara hidup atau kebudayaan
bersumberkan ketuhanan dan kepercayaan, sementara tamadun bersumberkan
pemikiran dan usaha manusia untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang
kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
3 Dalam konteks hubungan pula, agama mementingkan hubungan yang sejahtera
sesama manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan. Manakala hubungan dalam
konteks tamadun hanya menekankan aspek hubungan manusia sesama manusia dan
hubungan manusia dengan benda atau alam sekitar.
4 Nilai-nilai yang terhasil daripada sebuah tamadun adalah nisbi. Misalnya, nila
i
kecanggihan, keberhasilan dan ketekunan. Sementara nilai agama bersifat mutlak
seperti pahala dan dosa, wajib, haram, makruh dan sunat.
5 Pencapaian yang gemilang dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi matlamat
utama tamadun adalah juga matlamat utama pencapaian sebuah kehidupan agama
yang tinggi.
6 Kemunculan tamadun silam merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama
yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai kehidupan yang terpuji.
Perkara ini dapat dilihat berdasarkan peninggalan bangunan dan artifak tamadun s
ilam
yang dapat menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012
01Bab 1_1-21_F.indd 6
3/23/12 12:10:26 PM
8
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E
1.4.3 Hubungan Tamadun dengan Bangsa
1 Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara meskipun terdapat
beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun
China dan tamadun India. Lazimnya sesebuah bangsa mempunyai pertalian yang
rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Sebaliknya s
ifat
tamadun merentasi sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan
kebangsaan.
2 Terdapat beberapa tamadun yang mengandungi lebih daripada satu bangsa.
Contohnya tamadun Barat yang mengandungi pelbagai bangsa seperti Inggeris,
Jerman, Perancis, Itali dan lain-lain.
3 Tamadun Islam juga mengandungi pelbagai bangsa yang turut menyumbang
kegemilangannya seperti bangsa Arab, Barbar, Turki, Moghul, India, Melayu, China
dan lainnya.
1.5
Kelahiran dan Perkembangan Tamadun
1 Tamadun awal bermula di lembangan sungai. Manusia berhijrah dan membina
petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah
dengan membina sistem pengairan.
2 Aktiviti ini membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung
keperluan penduduk yang semakin bertambah. Walau bagaimanapun, terdapat
kawasan petempatan yang tidak menghasilkan bahan mentah. Barangan seperti
logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk dari luar untuk ditukar dengan
hasil pertanian yang diusahakan oleh penduduk lembangan sungai.
3 Perubahan kehidupan sebuah masyarakat yang tidak bertamadun kepada kehidupan
bertamadun boleh berlaku secara beransur-ansur atau secara drastik.
1.6
Faktor-faktor Kemunculan dan Kejatuhan Tamadun
Dunia
1.6.1 Faktor-faktor Kemunculan Tamadun Dunia
Antara faktor kemunculan tamadun dunia adalah sebagaimana yang berikut:
Kedudukannya yang Strategik
1 Petempatan awal masyarakat bertujuan memperoleh sumber semula jadi demi
kelangsungan hidup.
2 Faktor lokasi yang merujuk kepada kesesuaian faktor geografi telah dilihat
menggalakkan kemunculan tamadun China di lembangan sungai Hwang-He dan
Yangtze, tamadun India di lembangan sungai Ganges dan Brahmaputra, tamadun
Mesopotamia di lembangan sungai Tigris dan Euphrates dan tamadun Mesir di
lembangan sungai Nil.
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012
01Bab 1_1-21_F.indd 8
3/23/12 12:10:26 PM
10
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E
3 Kegemilangan sesebuah tamadun juga dapat dilihat dari segi penciptaan teknolog
i
yang seterusnya berkembang dalam tamadun-tamadun selepas itu.
Politik yang Kukuh
1 Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat
sesebuah tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan
Kod Hammurabi (179250 S.M). Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem
hierarkinya. Begitu juga tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal
dengan sistem beraja dan sistem pembesarnya seperti empayar Melaka.
2 Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara dari Palembang di
sekitar 1400 M telah mengukuhkan sistem pentadbirannya dengan memperkenalkan
Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Tamadun China yang
bermula di lembangan Sungai Kuning (Hwang-He) juga ditentukan kesinambungan
hayatnya oleh faktor politik, perundangan dan kestabilan.
Ekonomi yang Mantap
1 Ekonomi tamadun awal banyak bergantung kepada sungai sebagai sumber air,
pertanian dan keperluan harian. Kegiatan perdagangan, perkapalan dan sistem cuka
i
juga berpusat di sungai.
2 Ini dapat dibuktikan kerana hampir semua tamadun awal di dunia telah bermula d
i
sekitar lembah atau lembangan sungai. Contohnya, Sungai Indus di India, Sungai N
il
di Mesir, Sungai Hwang-He di China, Sungai Tigris dan Euphrates di Mesopotamia
dan sungai serta pelabuhan di Selat Melaka.
Interaksi antara Tamadun
1 Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun lain merupakan
rangsangan kepada kehidupan bertamadun. Hal ini kerana, sikap toleransi kepada
sumbangan tamadun lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai
yang baik daripada tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan
tamadun baharu.
2 Interaksi antara dua tamadun atau pelbagai tamadun memungkinkan berlakunya
penyebaran pengaruh positif dalam bidang agama, politik, ekonomi, sains dan
sebagainya.
3 Walau bagaimanapun, setiap tamadun (dalam sejarah) mengalami zaman kemerosotan
masing-masing. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa tamadun berlangsun
g
untuk satu tempoh masa yang begitu panjang. Contohnya, tamadun Romawi
berlangsung dari zaman Augustas sehingga ke zaman Aurelius (30 S.M180 M).
Begitu juga dengan tamadun Islam Uthmaniyah dari tahun Masihi 1299 sehingga
1922, lebih daripada enam abad.
4 Benarkah kemerosotan sesebuah tamadun itu disebabkan hukum sejarah yang pasti
berputar setiap masa? Menurut Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun itu iala
h
putaran sejarah (cyclic history). Pada peringkat permulaan ia berjaya kerana mem
punyai
nilai-nilai yang baik, tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut me
rosot
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012
01Bab 1_1-21_F.indd 10
3/23/12 12:10:26 PM
Parsi
tM
Pusat Peradaban
Tamadun Pertama
S. Eupharates
Ur
MESIR
AFRIKA
is
gr
Ti
Knossos Tyre
Memphis
g
an
Hu
LAUT CHINA
SELATAN
LAUTAN HINDI
Peta 1.1 Tamadun Dunia Terawal 35001500 S.M:
Mesopotamia, Mesir, Crete, Indus dan Shang
1.6.2 Faktor faktor Kejatuhan Tamadun Dunia
Sesebuah tamadun akan mengalami zaman merosot dan diikuti dengan kejatuhan
apabila kepimpinan dan rakyatnya tidak mampu mengatasi faktor faktor yang membaw
a
kejatuhan. Antara faktor berkenaan adalah:
Jurang KayaMiskin
1 Ketidakadilan berlaku dalam masyarakat apabila wujud jurang perbezaan yang ket
ara
antara kaya dengan miskin.
2 Situasi seperti ini dapat diperhatikan di penghujung tamadun Romawi pada abad
ke 3 dan ke 4 M. Begitu juga dapat diperhatikan di penghujung pemerintahan
kerajaan Turki Uthmaniyah.
3 Jurang antara kayamiskin akan menimbulkan konflik dan pertentangan yang
membawa kepada keruntuhan masyarakat dan negara.
Penindasan dan Kezaliman
1 Kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan
dan perundangan tidak dihormati.
2 Berdasarkan sejarah, kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun
Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai, terutama dalam
kalangan pemimpin. Seorang penyair Arab, Ahmad Shauqi Bek pernah menukilkan:
Sesungguhnya tertegaknya sesebuah umat itu disebabkan ketinggian moralnya.
Sekiranya moral mereka hilang, maka umat tersebut akan lenyap.
3 Wilayah wilayah kolonial yang merupakan sebahagian daripada tamadun Barat tela
h
tumbang disebabkan penindasan dan kezaliman yang dilakukan.
12
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E
4 Berlakunya keruntuhan moral dan nilai masyarakat, terutama dalam kalangan
pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang
murni dan mulia.
Sikap Tertutup
1 Sikap tidak menerima perubahan, terutamanya perubahan teknologi atau perubahan
dalam struktur politik, ekonomi dan sosial salah satu faktor keruntuhan sesebuah
tamadun. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan
inovasi
sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan
yang beku atau jumud berpanjangan.
2 Seorang tokoh pemikir Barat semasa, Edward de Bono menyatakan bahawa sikap
tertutup merupakan halangan yang paling besar terhadap anjakan paradigma.
3 Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana tamadun Islam Uthmaniyah mengalami
keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima
perubahan teknologi dan sosial.
Malapetaka atau Bencana Alam
Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamad
un.
Walau bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya darip
ada
berlaku. Misalnya, kejadian Tsunami yang melanda Acheh dan Jepun.
Keruntuhan Akhlak/Moral
Keruntuhan akhlak umat terutama para pemimpinnya menandakan saat keruntuhan
negara dan tamadun. Apabila sesebuah umat mengabaikan penghayatan nilai nilai mu
rni
dalam kehidupan maka akan tersebar luas gejala keruntuhan moral. Seorang penyair
Arab, Ahmad Shawqi Bey pernah bermadah yang maksudnya, Sesungguhnya tertegak
sebuah umat itu disebabkan ketinggian akhlaknya, sekiranya akhlak mereka runtuh
maka
umat tersebut akan turut lenyap.
1.7
Interaksi Tamadun
Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempe
ngaruhi
antara satu sama lain. Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem so
sial mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun. Kewujudan interaksi antara tamadun
lahir disebabkan
semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah ta
madun
dengan sesebuah tamadun yang lain. Sikap demikian menyebabkan bercambahnya ilmu
dan budaya serta mengelak daripada berlaku kemerosotan sesebuah tamadun.
1.7.1 Faktor faktor Interaksi antara Tamadun
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi interaksi antara sebuah tamadun denga
n
tamadun yang lain, antaranya:
(a) Kepimpinanperanan pemimpin melalui pelaksanaan visi dan misi untuk
memajukan bangsa dengan aktiviti interaksi.
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974 T) 2012
01Bab 1_1 21_F.indd 12
3/23/12 12:10:26 PM
14
(j)
(k)
(l)
(m)
(n)
(o)
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E
Pemikiran penjajah (pendidikan [Barat bukan Barat], status sosial, elit)
Penguasaan teknologi
Konflik dan pergaduhan antara etnik
Peperangan dan keselamatan
Tradisional dan moden
Definisi bangsa, budaya dan peradaban
Perkembangan dan kemajuan dalam bidang komunikasi kini, terutama kecanggihan
dan pencapaian maklumat tanpa sempadan mengurangkan faktor penghalang dan
meningkatnya hubungan antara tamadun.
1.7.4 Pelbagai Contoh Interaksi Negatif
(a) Perang Salib antara Kristian dengan Islam yang memakan masa lebih 200 tahun
(b) Pembunuhan beramai ramai orang Yahudi oleh pemeluk agama Kristian Eropah
pada abad ke 9, ke 8 dan abad ke 20 (Nazi)
(c) Pembunuhan ke atas pemimpin pemimpin yang sederhana dan cintakan keamanan
(misalnya keluarga Gandhi, keluarga Ismail Faruqi dan Hasan al Banna)
(d) Pembunuhan orang Islam dan pemusnahan masjid oleh orang Hindu di Ayudhya,
India
(e) Peristiwa atau tragedi 13 Mei 1969 dan tragedi di Kampung Medan
(f) Peristiwa pembunuhan ke atas umat Islam di Tak Bai, Pattani
(g) Peristiwa serangan Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) pada 11 Septemb
er
2001
(h) Ethnic cleansing di Bosnia dan lain lain
1.7.5 Contoh Interaksi Sejarah dalam Konteks Malaysia
1 Interaksi dengan tamadun India
(a) Bahasa
Percampuran bahasa antara bahasa Sanskrit dengan bahasa Melayu, bahasa Tamil
dengan bahasa Melayu seperti perkataan amma, appa, pancaindera, maharaja,
mahaguru (IndoEropah, pura, kepala, mantra, kaca dan cinta).
(b) Kesenian
Lahirnya seni taman, seni binaan yang berunsur India seperti Masjid India, semua
binaan mempunyai kubah ke atas merujuk kepada Tuhan yang esa.
(c) Kesusasteraan
Wayang kulit, Hikayat Seri Rama, Pendawa Lima dan sebagainya.
(d) Pengaruh dalam sistem pemerintahan
Institusi beraja
Konsep dewaraja
Istana dibina atas tanah tinggi
Pembinaan candi
Upacara pertabalan
Penggunaan bilangan pembesar dan hulubalang 4, 16, 32
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974 T) 2012
01Bab 1_1 21_F.indd 14
3/23/12 12:10:26 PM
16
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E
2 Interaksi antara tamadun India dengan China telah memungkinkan penyebaran
agama Buddha, seni mempertahankan diri, teknologi pengeluaran gula daripada
tebu, astronomi dan kesusasteraan India dikembangkan di negara China. Sebaliknya
,
pengetahuan membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas daripada
tamadun China dapat dipelajari oleh tamadun India.
3 Sementara itu, interaksi antara pedagang ArabParsi dengan negara China telah
mengembangkan perdagangan dan ekonomi. Lebih daripada itu, ramai pedagang
Arab telah menetap di negara China dan berkahwin dengan wanita tempatan.
Pada zaman pemerintahan Dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah muncul
beberapa orang tokoh pemimpin Islam dalam pemerintahan negara China. Ini telah
memungkinkan penyebaran Islam dengan lebih meluas dan kewujudan komuniti
Islam di negara China.
4 Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu telah melibatkan kemajuan
dalam teknologi dan kebendaan, tetapi tidak mengubah pemikiran beragama.
Barangan dan perdagangan seperti gula, sutera, tembikar dan logam datangnya dari
tamadun China. Hubungan diplomatik negara China dengan Melayu juga semakin
berkembang, khususnya pada zaman Dinasti Yuan dan Ming serta Kesultanan Melayu
Melaka.
5 Hubungan tamadun China dengan tamadun Jepun juga telah membawa kesan yang
amat positif di mana negara China telah membantu masyarakat Jepun dalam aspek
falsafah, agama, kesusasteraan, pertanian dan penggunaan logam.
1.8.2 Kesan Negatif Pertembungan antara Tamadun
1 Penduduk Kristian Eropah telah membunuh orang Yahudi secara beramai ramai
pada abad ke 9, ke 18 dan Perang Dunia Kedua. Ini disebabkan oleh faktor agama,
falsafah, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.
2 Pada Zaman Pertengahan di Eropah, telah berlaku Perang Salib antara orang Isla
m
dengan penganut agama Kristian kerana tindakan agresif pemimpin Kristian dan
faktor lain termasuk politik, ekonomi dan sosial.
3 Begitu juga dengan kes di India, yang mana penganut Islam dan Hindu sering
berperang, tegang serta saling berbunuhan.
4 Hubungan antara tamadun India dengan tamadun China juga bermasalah, yang mana
pada peringkat awal perkembangan agama Buddha di negara China, ia mendapat
tentangan hebat daripada penganut Confucius. Para sami Buddha telah ditangkap,
dipenjarakan dan kuil kuil Buddha telah dimusnahkan.
5 Hubungan antara tamadun Islam dengan tamadun China juga bermasalah. Contohnya
pada tahun 751 M, Panglima Ziyad bin Saleh telah menyerang negara China
sedangkan pada masa itu hubungan baik wujud antara Empayar Abbasiyah dengan
Dinasti Tang. Masalah cemburu dengan kemakmuran orang Islam di negara China
pada zaman Dinasti Han dan masalah perbezaan agama juga menyebabkan berlaku
pemberontakan serta penghijrahan orang Islam Cina ke Asia Tenggara.
6 Setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan masingmasing.
Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun disebabkan
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974 T) 2012
01Bab 1_1 21_F.indd 16
3/23/12 12:10:26 PM
18
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E
persoalan teologi, persoalan etika sebenarnya kurang menimbulkan kontroversi.
Hakikat ini dapat menjelaskan bahawa dialog tamadun atau peradaban boleh
berlangsung dalam keharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan
etika. Dalam konteks melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh
persoalan etika berikut dikemukakan:
Jadual 1.1 Persamaan dan Perbezaan Tamadun
Etika
Persamaan
Perbezaan
Alam Sekitar
Hidup secara harmoni dengan alam
sekitar merupakan satu prinsip yang
diterima oleh semua agama.
Alam sekitar ialah anugerah Tuhan;
manusia dipertanggungjawabkan
sebagai khalifah yang berperanan
sebagai pentadbir alam sekitar.
Dalam beberapa tamadun tertentu,
memelihara alam sekitar diberi
pentafsiran pasif sehingga alam
sekitar itu disembah dan dilihat
sebagai Kuasa Dewa (Divine
Power).
Keluarga
Keluarga sebagai asas pembentukan
masyarakat begitu dihayati oleh
tamadun tradisional.
Wujud hierarki kuasa yang
menentukan kedudukan kaum lelaki
dan perempuan; amalan ini menjadi
warisan turun temurun.
Pengabaian terhadap nilai
perhubungan kekeluargaan
masyarakat Barat moden
merupakan penafian hak seseorang
dan bertentangan dengan keadilan.
Konsep kekeluargaan dalam
pengajaran Islam pula begitu
mementingkan kasih sayang dan
hormat menghormati.
Komuniti
Komuniti sangat berpengaruh dalam
menentukan personaliti dan identiti
seseorang manusia.
Komuniti juga dapat memastikan
bahawa nilai nilai dan norma norma
tradisional, kegiatan
dalam konteks
(Moral Universe).
wujud
20
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E
Rujukan
Al Attas, S.M. Naquib (1996), Masyarakat Madani Malaysia: Satu Gagasan, Konvensy
en
Masyarakat Madani, September 1921, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Azhar Mad Aros et al. (2002), Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kertas 1, Shah Ala
m:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Esposito, J.L. (1995), The Oxford Encylopaedia of the Modern Islamic World, Vol.
IE, Oxford:
University Press.
Osman Bakar et al. (2009), Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Ibn Khaldun (terjemahan) (1955), Mukadimah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusta
ka.
Said Ramadhan al Buti (1982), Manhaj al Hadharah al Insaniyyah fi al Quran, Damsy
ik:
Dar al Fikr.
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2001), Siri Teks Pengajian Tinggi, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya (UM).
The New Encyclopaedia Britannica (1998), Vol. XVI, Chicago.
Wing Tsit Chan et al. (1969), The Great Asian Religions, an Anthology, New York:
Macmillan
New York, Amerika Syarikat.
Glosari
Budayatamadun, peradaban dan cara berkelakuan.
Hadharahsebuah wilayah, daerah atau ibu kota atau bandar atau kampung dan kawasan
tanah yang ditanami.
Interaksitindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain.
Kebudayaankeseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan
segala hasil kegiatan serta penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian ses
uatu
masyarakat.
Nisbibergantung pada bandingan dengan yang lain, tidak mutlak atau relatif.
Peradabanberasal daripada perkataan adab yang merujuk kepada tingkah laku serta tut
ur
kata yang halus (sopan).
Tamadunkebudayaan, kemajuan atau peradaban.
Teologiilmu berkaitan ketuhanan.
Umranbermaksud membangun dan memakmurkan bandar.
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974 T) 2012
01Bab 1_1 21_F.indd 20
3/23/12 12:10:26 PM