Anda di halaman 1dari 5

http://ppkh2kepalabatas.wordpress.

com/2014/08/20/sejarahpenanaman-padi-di-semenanjung-malaysia/
SEJARAH PENANAMAN PADI DI SEMENANJUNG MALAYSIA
August 20, 2014 by ppkh2mada Leave a comment

Penanaman padi di Semenanjung Malaysia: Hubungannya


diantara budaya, sejarah, adat dan perkembangan masyarakat
setempat
Kegiatan penanaman padi di Malaysia, terutama sekali di
Semenanjung Malaysia dikarakteristikkan sebagai elemen
ekonomi tradisional berbanding dengan sektor-sektor lain yang
lebih dinamik dan komersil. Tradisional di sini bermaksud 1.
padi ditanam sekali setahun; 2. wujud pengasingan jantina
kaum lelaki membajak tanah manakala kaum wanita menanam
dan menuai padi; 3. menggunakan alatan dan kaedah yang
antik.
Kegiatan menanam padi juga mewujudkan kepelbagaian adat
mengikut tempat. Adat-adat setempat ini wujud kerana
beberapa faktor; 1. keadaan tanah; 2. keadaan cuaca dan
hujan; 3. topografi; dan 4. keadaan infrastruktur pengairan.
Penanaman padi secara kekal di Semenanjung Malaysia
bermula pada abad ke 10 di Sungai Muda dan Sungai Merbok
(Kedah-Perlis) dan kawasan lembah sungai di Kelantan dan
Terengganu. Cara dan kaedah pertanian di kawasan-kawasan
ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh Thai.
Kemudian, penanaman padi dipraktikkan di Melaka pada abad
ke 15 ketika penjajahan Portugis dan Belanda. Orang
Minangkabau yang berhijrah daripada Sumatera
memperkenalkan kaedah penanaman padi secara basah di
Melaka dan Negeri Sembilan, termasuk Pahang dan beberapa
negeri lain sehingga abad ke 17. Walau bagaimanapun terdapat

sumber lain yang menyatakan kaedah penanaman padi basah


ini diperkenalkan oleh orang Thai dan di bawa masuk ke utara
Semenanjung pada abad ke 15.
Hubungan dalam pembentukan masyarakat di utara dan
selatan Semenanjung banyak dipengaruhi oleh teknik
penanaman padi basah. Di bahagian utara dipengaruhi oleh
Thai terutama sekali Patani manakala di selatan banyak
dipengaruhi oleh orang Sumatera. Penanaman padi menjadi
penting dan sebagai sumber kehidupan untuk penduduk di
Semenanjung Malaysia.
Kawasan penanaman padi dikenali sebagai bendang di utara
(Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), sawah di selatan
(Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), paya di Pahang dan baroh
di Kelantan dan Terengganu.
Setem Malaya tahun 1946 yang menunjukkan sawah padi dan
wajah Ratu Elizabeth
Masyarakat Melayu sangat rapat dengan tanaman padi yang
menjadi sektor pertanian tradisi. Penanam padi biasanya
berkomunikasi bagi bertukar idea dan pengalaman dalam
menambah baik amalan mereka.
Kaedah penanaman padi secara tradisional banyak
menggunakan tenaga manusia dan haiwan; membajak tanah,
menyediakan semaian anak padi, memindahkan anak padi,
mengawal air, membaja, menghalau perosak, menuai,
mengasingkan padi dari jerami, menjemur dan akhir sekali
menghasilkan beras. Alat-alatan tradisional seperti kuku
kambing, tenggala (bajak yang dipasang pada kerbau), ketam
padi, sabit dan lain-lain lagi digunakan.
Ketika British menjajah Malaya, penanaman padi hanya dibuat
sekali setahun. Ketika zaman penjajahan Jepun, Jepun telah

memperkenalkan varieti padi dari Taiwan untuk tanaman dua


kali setahun. Bermula di Skim Pengairan Sungai Kulim (Kedah),
petani diberi benih jenis japonica yang cepat matang dan tidak
sensitif kepada cahaya untuk ditanam pada tahun 1942-43.
Selepas Jepun berundur dari Malaya, British terpaksa
mengimport beras dari luar dan meningkatkan kawasan
penanaman padi kerana kekurangan beras. Ini termasuklah
menggalakkan penanaman padi dua kali setahun dengan
menggunakan varieti biasa pada Musim Utama dan varieti
japonica yang diperkenalkan oleh Jepun pada Luar Musim.
Hansard Commons Sitting Malaya and Singapore 24 July 1946
Bermula dari pertengahan 1950-an, teknik tanaman padi dua
kali setahun disebarkan ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Menjelang 1964, kaedah ini menjadi amalan standard di Skim
Pengairan Muda (Kedah). Kaedah ini juga diperkenalkan di
Barat Laut Selangor (Skim Pengairan Tanjong Karang) pada
tahun 1962 dan pada tahun 1966, keseluruhan kawasan Barat
Laut Selangor bertanam dua kali setahun meninggalkan Kedah
yang mula-mula mengamalkan amalan ini.
Pembinaan infrastruktur bagi pengairan sawah padi giat
dijalankan bermula sebelum merdeka lagi. Kawasan Barat Laut
Selangor mendapat sentuhan moden British bermula tahun
1940-an sehingga 1956. Banyak infrastruktur dibina bagi
memastikan pengeluaran padi terjamin. Pada tahun 1965,
pembinaan secara besar-besar Skim Pengairan Muda dijalankan
bagi penanaman padi dua kali setahun di Kedah dan Perlis
dengan membina kawasan tadahan air di Sungai Muda dan
Sungai Pedu.
Sumber: Arkib Negara

Penanaman padi di Pantai Timur; Kelantan, Terengganu dan


Pahang tidak banyak bezanya dengan kawasan Pantai Barat.
Musim padi juga ditentukan oleh hujan. Walau bagaimanapun,
kawasan tanaman padi di Pantai Timur lebih sukar kerana
mempunyai banyak cerun dan topografi yang tidak rata. Ini
juga menyukarkan pengairan untuk padi.
Di Kelantan dan Terengganu, padi ditanam di kawasan lembah
yang dibanjiri air secara semulajadi. Terdapat sedikit perbezaan
amalan penyediaan semaian diantara dua negeri ini. Petani di
Kelantan menyediakan semaian anak padi di kawasan kering
berhampiran rumah mereka manakala petani di Terengganu
menyediakan semaian basah di dalam paya atau pinggir
sungai. Kaedah penanaman padi secara memindah anak benih
ke dalam sawah dinamakan padi chedongan.
Istilah Padi Menghulu digunakan bagi Musim Utama dimana
padi ditanam dalam keadaan basah. Padi Tugalan adalah padi
yang ditanam dalam keadaan kering (Luar Musim) biasanya
dalam musim yang kekurangan hujan dan ditanam di kawasan
teres bukit atau tanah rata.
Dahulu, petani membuat pilihan sendiri terhadap benih padi.
Mereka gemar menanam pelbagai jenis varieti mengikut selera
mereka. Bagi petani yang mempunyai tanah yang luas, mereka
akan menanam padi mengikut kehendak pasaran. Penanaman
padi dua kali setahun secara langsung dan tidak langsung
berjaya menambahkan pendapatan mereka. Direkodkan dalam
tahun 1969, seluas 225,000 ekar sawah padi telah bertanam
dua kali setahun di Semenanjung Malaysia menunjukkan
penerimaan petani terhadap teknologi dan inovasi pertanian.
Pengenalan varieti-varieti berhasil tinggi sejak tahun 1961
mengubah landskap pengeluaran makanan. Bermula dengan

hasil sekitar 1 hingga 2 tan/ha pada tahun 1946, pengeluaran


padi meningkat kepada 3 hingga 4 tan/ha menjelang 1975 di
kawasan-kawasan tertentu. Malah, ketika kemuncak Revolusi
Hijau di era 1970-an, Malaysia pernah mencapai Tahap Sara Diri
(SSL) sehingga 90% bagi beras.
Pengenalan varieti-varieti baharu seperti Malinja, Mahsuri, Ria
dan lain-lain, penyediaan infrastruktur yang mencukupi,
penyeragaman musim penanaman padi di kawasan jelapang,
subsidi dan bantuan kerajaan dan khidmat pengembangan
yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian membantu
meningkatkan pengeluaran padi negara.
Peranan yang dibawa oleh padi tradisional ini telah membentuk
masyarakat di Semenanjung Malaysia dan terus kekal sehingga
ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai