Anda di halaman 1dari 21

Analisis Budaya Material dan Bukan Material

Cerpen : Memori Seorang Tua


Karya : Zahari Affandi
Antalogi KOMSAS Tingkatan Empat : Harga Remaja
Disediakan Oleh : Norehan Binti Kamarudin
Sinopsis Cerpen
Cerpen ini mengisahkan tentang Pak Itam seorang tokoh perjuangan kemerdekaan. Pak
Itam akan mengadakan sambutan hari lahirnya yang ke-85 di Kampung Langat. Semasa
sambutan hari lahirnya ini Pak Itam akan mempamerkan gambar-gambar, keratan-keratan
akbar, dan majalah-majalah mengenai kisah perjuangannya sebagai tatapan anak-anak
muda yang hadir. Semasa penduduk kampung bergoyong royong membuat persediaan
tentang majlis yang akan dijalankan, Pak Itam banyak mengenang kembali kisah-kisah
hidupnya semasa muda. Pak Itam mengenangkan kembali kisah hidupnya yang kerap
keluar masuk penjara semasa penjajahan Inggeris. Kisah pahit manis Pak Itam semasa
berjuang menentang Inggeris dan untuk memastikan anak Melayu pada ketika itu bangkit
menentang penjajah. Pak Itam juga adalah merupakan seorang penulis dan wartawan
semasa mudanya. Pak Itam menulis tentang penentangan terhadap penubuhan Malayan
Union oleh Orang Putih. Turut diselitkan secara teknik imbas kembali di dalam cerpen ini
bagaimana Pak Itam diminta cerai fasakh oleh isterinya Siti Nurhidayah. Pak Itam juga
menyatakan betapa kerinduannya wujud terhadap isteri dan anak-anaknya iaitu Izwan dan
Nuryani Iman.
Semasa menjelangnya hari sambutan hari lahir Pak Itam, terdapat ramai anak-anak
seni yang hadir untuk membuat persembahan antaranya ialah Aziz H.M, Cik Habsah dari
Terengganu, dan Kumpulan Kopratasa. Namun begitu, Pak Itam digambarkan agak
bersedih kerana tetamu yang hadir adalah kurang daripada jangkaan. Pihak surat khabar
dan televisyen yang dijemput tidak hadir. Selepas waktu zohor, Pak Itam yang keletihan
berehat di rumah. Pada

ketika itulah Pak Itam telah menghembuskan nafasnya yang

terakhir. Kemunculan seorang wanita tua yang datang membawa jambangan ros merah
telah menimbulkan tanda tanya kepada semua penduduk Kampung Langat. Wanita tua itu
meletakkan jambangan ros merah itu di hujung kaki jenazah Pak Itam.

Budaya Material
Budaya material adalah terdiri daripada objek fizikal atau artifak. Budaya meterial meliputi
bahan-bahan

fizikal

kebudayaan

serta

cara-cara

penggunaannya.

Peralatan

atau

kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya adalah
merupakan contoh budaya material. Berdasarkan cerpen Memori Seorang Tua, terdapat
banyak penggunaan budaya material yang ditonjolkan.
Rumah
Salah satu budaya material yang ditonjolkan dalam cerpen ini ialah mengenai rumah. Pak
itam digambarkan tinggal di dalam sebuah rumah kayu di sebuah kawasan perkampungan.
Rumah kayu Pak Itam mempunyai tangga dan terdapat pagar di halaman rumahnya. Bukti
cerpen ini mengenengahkan unsur budaya material rumah ialah :
i.

Pak Itam toleh kiri dan kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik, dan
rumput rampai sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi.
Rumah kayu adalah merupakan rumah orang Melayu yang banyak wujud pada masa

dahulu. Setiap negeri mempunyai identiti rumah Melayu yang tersendiri. Sebagai contohnya
orang Negeri Sembilan mempunyai rumah bercirikan Minangkabau, orang Melaka
mempunyai rumah bercirikan baba nyonya, dan rumah Negeri Perak dengan bentuknya
yang tersendiri. Setiap perbezaan dalam seni bina dan bentuk rumah Melayu ini menjadikan
rumah Melayu yang terdapat di negara ini unik.
Rumah Melayu adalah merupakan rumah yang menggunakan aspek seni dalam
pembinaannya iaitu seni bina. Dalam seni bina rumah Melayu, terdapat banyak nilai dan
estetika yang menarik dan cantik boleh dilihat. Masyarakat Melayu dahulu gemar membina
rumah dengan menggunakan kayu dan berkualiti. Rumah Melayu yang dibina daripada kayu
yang kuat dan berkualiti akan menghasilkan sebuah rumah yang cantik dan kukuh. Namun
begitu, masyarakat Melayu pada hari ini sudah semakin melupakan seni bina rumah Melayu
lama dengan hanya mendidrikan rumah yang diperbuat daripada batu.
Jika dilihat kepada seni bina rumah Melayu, pastinya akan terdapat tiang seri di
dalam rumah tersebut. Seni bina rumah Melayu juga turut memperlihatkan seni ukiran pada
dinding-dinding rumah, tiang-tiang rumah, mahupun pada tangga rumah.
Rumah memberikan banyak fungsi kepada masyarakat Melayu. Rumah dapat
berfungsi sebagai satu keperluan dalam kehidupan manusia. Rumah digunakan untuk
menjalankan kehidupan seharian dengan sebaiknya iaitu untuk berteduh daripada hujan dan

panas. Rumah juga dibina untuk memberikan keselesaan kepada penghuninya untuk
beristerehat setelah bekerja sepanjang hari.
Selain rumah berfungsi sebagai alat untuk berteduh daripada hujan dan panas,
rumah juga berfungsi sebagai identiti masyarakat Melayu. Seperti mana yang dinyatakan di
atas, rumah Melayu dapat dilihat ciri perbezaan seni binanya mengikut negeri. Justeru,
identiti masyarakat Melayu itu sendiri dapat dilihat secara tidak langsung apabila kita melihat
kepada seni bina rumahnya.
Seterusnya, dalam masyarakat Melayu, rumah juga berfungsi sebagai pusat
kegiatan ilmu. Hal ini adalah kerana, rumah dapat dijadikan sebagai tempat rujukan ataupun
tempat penduduk kampung untuk belajar ilmu. Jika dilihat pada ketika zaman nenek moyang
dahulu, anak-anak muda akan pergi ke rumah tok guru untuk belajar mengaji Al-Quran.
Kedatangan anak-anak muda ke rumah tok guru untuk belajar mengaji Al-Quran ini telah
menjadikan rumah sebagai medan untuk menyampaikan ilmu selain di madrasah-madrasah
atau di surau-surau.
Rumah juga berfungsi sebagai tempat pertemuan untuk melaksanakan perbincangan
dan mencapai kesepakatan. Jika dilihat kepada masa dahulu, rumah ketua kampung
khususnya akan menjadi tempat berkumpul anak-anak kampung saban hari. Hal ini kerana,
rumah ketua kampung itu sendiri telah bertindak sebagai pusat berkumpul anak kampung
setiap kali ingin bermesyuarat ataupun meraikan sesuatu perayaan. Rumah ketua kampung
juga berfungsi sebagai tempat menginap kepada individu-individu yang datang bertandang
ke kampung tersebut. Hal ini kerana, tiada hotel atau homestay yang disediakan kepada
pengunjung yang datang ke kampung-kampung pada masa dahulu.

Pakaian
Budaya material seterusnya yang terdapat dalam cerpen ialah pakaian. Bukti penggunaan
pakaian sebagai budaya meterial adalah seperti berikut :
I.

Apa yang diperjuangkan oleh Pak Itam adalah untuk menyuruh orang Melayu
memakai baju, memakai kasut, mengorek keluar segala cucu cicit cacing yang

II.

membuncitkan perut orang Melayu.


Pak Itam sudah siap berpakaian, sepasang baju Melayu dan bersamping kain tenun

III.

warna biru laut yang dihadiahkan oleh Tuk Mat.


Ketayap di atas kepalanya juga putih bersih, yang dibelinya di Makkah.

Pakaian adalah merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian manusia. Manusia
memerlukan pakaian untuk perlindungan diri daripada cuaca, ancaman bahaya, dan untuk
menutup aurat. Pakaian mempunyai fungsi dalam masyarakat Melayu. Seperti mana yang
dinyatakan di dalam ayat yang menjadi bukti penggunaan pakaian sebagai budaya material,
terdapat pakaian yang dinamakan sebagai baju Melayu. Baju Melayu adalah merupakan
baju yang dipakai oleh orang lelaki Melayu. Baju Melayu adalah merupakan lambang identiti
orang Melayu. Rakyat Malaysia telah menjadikan pakaian baju Melayu sebagai baju
kebangsaan bagi orang lelaki.
Fungsi pakaian sebagai budaya material terhadap masyarakat ialah pakaian dapat
melambangkan identiti masyarakat Melayu. Sebagai mana yang telah dijelaskan di atas,
pemakaian baju Melayu oleh kaum lelaki menunjukkan bahawa si pemakainya adalah orang
Melayu. Begitu juga dengan kaum perempuan yang memakai baju kurung, baju kebarung,
dan baju kebaya. Kaum perempuan yang memakai pakaian ini secara tidak langsung akan
dikenali sebagai bangsa Melayu.
Ketayap pula adalah pakaian yang dapat memperlihatkan seseorang yang
memakainya adalah beragama Islam. Ketayap adalah pakaian yang dipakai di kepala oleh
kaum lelaki yang beragama Islam di negara kita ini. Masyarakat Melayu adalah masyarakat
yang beragama Islam. Justeru, pemakaian ketayap ataupun songkok dapat memperlihatkan
ciri pakaian orang Melayu yang berlandaskan kepada ajaran Islam dan syarak.
Baju yang melambangkan identiti orang Melayu adalah merupakan warisan tradisi
nenek moyang yang perlu dijaga dan diwarisi sehingga ke generasi-generasi yang
berikutnya.

Makanan

Makanan juga adalah merupakan salah satu budaya material yang ditonjolkan di dalam
cerpen Memori Seorang Tua ini. Makanan adalah merupakan satu keperluan dalam
kehidupan manusia. Setiap yang bernafas di muka bumi ini memerlukan makanan untuk
hidup. Dalam cerpen Memori Seorang Tua ini, aspek makanan telah banyak ditonjolkan
sebagai mencerminkan budaya material. Bukti yang menunjukkan bahawa makanan adalah
budaya material yang ditonjolkan adalah :
i.

Mamak teh tarik, Si Jabal cendol, Mak Munah rojak, Si Kamsi soya bean macam

ii.

mana? tanya Pak Itam lagi.


Gerai sate ada, teh serbat ada, cendol, ABC ada, rojak, mi goreng, roti canai,
martabak, pisang goreng, nasi kerabu, laksa Johor, laksa Kelantan, ayam percik,
semuanya ada.
Terdapat banyak jenis makanan yang telah dinyatakan di dalam cerpen ini. Keadaan

ini sekaligus melambangkan dan menunjukkan bahawa Malaysia adalah merupakan sebuah
negara yang kaya dengan pelbagai jenis makanan yang lazat, enak, dan unik. Kepelbagaian
jenis makanan ini juga menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang
mempunyai identiti yang tersendiri mengenai makanan.
Makanan-makanan yang dinyatakan di dalam cerpen ini adalah makanan yang
dihidangkan kepada tetamu semasa menyambut kelahiran Pak Itam yang ke-85. Makananmakanan ini adalah merupakan makanan yang menjadi identiti di Malaysia. Jika dilihat
kepada menu yang telah dinyatakan, terdapat nama negeri pada nama makanan tersebut.
Hal ini menunjukkan bahawa makanan ini adalah berasal daripada negeri yang disebutkan
da seterusnya adalah merupakan identiti makanan Malaysia yang tersendiri.
Fungsi budaya material makanan terhadap masyarakat Melayu ialah makanan
merupakan keperluan untuk hidup bagi manusia. Setiap manusia memerlukan makanan
untuk hidup dan menjalankan aktiviti harian. Makanan akan membekalkan tenaga kepada
manusia untuk melakukan aktiviti harian sama ada bekerja mahupun belajar.
Selain itu, makanan ini akan mencerminkan kepelbagaian cita rasa rakyat Malaysia.
Malaysia adalah negara yang kaya dengan makanan. Jenis-jenis makanan yang telah
dinyatakan dalam cerpen ini adalah merupakan makanan yang dipelopori oleh masyarakat
Melayu negara ini.

Duit

Duit juga adalah merupakan salah satu budaya material yang diketengahkan dalam cerpen
Memori Seorang Tua ini. Bukti duit ditonjolkan dalam cerpen ini adalah seperti berikut :
i.

Tak payah! Buat apa buang duit, London tu kan jauh? Tambang kapal terbang sudah
berapa? jerkah Pak Itam.

Berdasarkan ayat di atas, Pak Itam adalah digambarkan sebagai seorang yang berjimat
cermat. Pak Itam tidak mahu membazirkan duit hanya semata-mata untuk menyuruh
anaknya pulang ke kampung bagi meraika hari lahirnya. Telah digambarkan dalam cerpen
ini, Pak Itam hanya menghubungi anaknya hanya dengan melalui telefon yang menyatakan
bahawa Pak Itam akan menyambut hari lahirnya yang ke-80.
Duit adalah merupakan budaya material yang sangat penting. Masyarakat Melayu
memerlukan duit untuk mendapatkan sesuatu keperluan dan kehendak. Jika pada masa
dahulu, masyarakat Melayu menggunakan sistem barter untuk mendapatkan barangan, hari
ini masyarakat Melayu memerlukan duit untuk mendapatkan barangan yang diinginkan.
Duit memberikan fungsi yang sangat besar dalam masyarakat Melayu. Masyarakat
Melayu pada masa dulu dan hari ini membezakan status seseorang dengan berdasarkan
duit selain pangkat dan pendidikan. Harta iaitu duit dapat mengangkat seseorang menjadi
status yang lebih tinggi.
Selain itu, duit dapat berperanan dalam memastikan masyarakat Melayu mendapat
kehidupan yang lebih baik. Masyarakat Melayu yang mempunyai duit yang mencukupi
ataupun berlebihan akan dapat menyekolahkan anak-anaknya dan seterusnya memberikan
pendidikan yang terbaik. Hal ini adalah berlainan dengan masyarakat Melayu yang tidak
mempunyai duit yang cukup. Mereka akan sukar untuk memberikan pendidikan dan
pelajaran yang terbaik untuk anak-anak.
Masyarakat Melayu juga memerlukan duit untuk menjalankan aktiviti sosial misalnya
majlis keramaian seperti sambutan hari lahir ini. Walaupun masyarakat Melayu saling
bergotong royong dalam menjayakan majlis keramaian seperti ini, namun duit tetap
diperlukan untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk majlis seperti makanan,
khemah, dan sebagainya.

Kenderaan

Seterusnya adalah kenderaan. Kenderaan adalah merupakan salah satu budaya material
yang diketengahkan dalam cerpen ini. Terdapat beberapa jenis kenderaan yang dinyatakan
dalam cerpen ini antaranya ialah kereta, motosikal, kapal terbang, lori, dan bas. Berikut
adalah merupakan bukti budaya material kenderaan.
i.
ii.

Tempat letak kereta macam mana? Pak Itam mendongak lagi ke muka Tuk Mat
Aku tak mahu, kereta-kereta dan bas-bas tetamu mengganggu lalu lintas, jalan raya

iii.

itu pun bukan besar sangat! balas Pak Itam.


Tak payah! Buat apa buang duit, London tu kan jauh? Tambang kapal terbang sudah

iv.

berapa? jerkah Pak Itam.


Kereta yang lalu lalang tidak ada yang berhenti, laju seperti biasa seolah-olah pesta
yang menjadi kerinduan Pak Itam selama ini hanya majlis sorak-sorai beliau di

v.

kampung.
Jali terus berlari ke pintu pagar, ke arah motosikal. Jali memecut motosikalnya ke
arah pekan Langat.

Kenderaan melambangkan budaya material kerana kenderaan ini boleh dilihat, dipegang,
dan dinaiki. Kenderaan adalah merupakan suatu objek yang mempunyai rupa fizikal. Dalam
cerpen Memori Seorang Tua ini, kenderaan adalah berfungsi untuk membawa tetamu
supaya datang ke majlis hari lahir Pak Itam. Selain itu, kenderaan juga adalah berfungsi
untuk memudahkan urusan pihak-pihak yang terlibat dengan persediaan menyambut majlis
hari lahir Pak Itam.
Dalam cerpen Memori Seoang Tua, budaya material kenderaan diketengahkan
sebagai medium atau alat untuk membawa tetamu yang datang daripada pelbagai tempat
ke rumah Pak Itam. Kenderaan yang lalu lalang digunakan sebagai perlambangan tentang
perasaan Pak Itam yang sayu dan sebak terhadap kunjungan tetamu yang tidak ramai
seperti yang dijangka untuk meraikan hari lahir Pak Itam dan juga untuk mengenang jasa
Pak Itam selama telah berjuang untuk negara demi mengejar sebuah kemerdekaan.
Fungsi kenderaan kepada masyarakat Melayu ialah kenderaan adalah sebagai alat
atau kemudahan yang digunakan untuk menghubungkan masyarakat dari satu tempat ke
satu tempat yang lain.
Selain itu, kenderaan adalah bertujuan untuk memudahkan urusan. Dengan adanya
kenderaan masa perjalanan dapat dipendekkan. Masyarakat juga dapat berhubung dengan
cepat dan pantas dengan adanya bantuan kenderaan. Kenderaan udara seperti kapal
terbang pula dapat menghubungkan masyarakat Melayu yang tinggal jauh dari tanah air
khususnya untuk pulang ke tanah air.

Kerusi Malas
Kerusi malas adalah merupakan salah satu budaya material yang diketengahkan dalam
cerpen Memori Seorang Tua ini. Berikut adalah bukti cerpen ini mengenengahkan perabot
rumah iaitu kerusi malas :
i.

Pak Itam merebahkan kepalanya ke sandaran kerusi malas di kaki lima rumahnya. Di
sinilah tempatnya seharian, sampai kerusi itu sudah menjadi hitam dan comot,
membaca akhbar, membaca majalah, kalau ada yang baik diguntingnya dan
dimasukkan ke dalam beg pastik yang senantiasa berada di sisinya.

Kerusi malas digambarkan dalam cerpen ini sebagai tempat Pak Itam berehat dan
mengenang kisah-kisah lampaunya. Pak Itam digambarkan selalu menggunakan kerus
rehat ini berikutan keadaan kerusi rehatnya yang telah bertukar warna dan menjadi comot.
Pak Itam adalah seorang individu yang gemar membaca majalah sambil duduk di kerusi
rehat.
Budaya material kerusi malas turut memberikan fungsi dan peranannya yang
tersendiri kepada masyarakat Melayu. Hal ini kerana, kebanyakka masyarakat Melayu
memiliki sekurang-kurangnya sebuah kerusi malas di rumah. Kerusi malas ini sering
digunakan oleh golongan tua.
Kerusi malas berfungsi sebagai alat untuk warga emas khususnya berehat. Kerusi
malas selalu digunakan pada waktu lapang oleh golongan tua untuk berehat. Kerusi malas
juga berfungsi untuk memberikan ketenangan kepada si penggunanya. Pengguna kerusi
malas kebiasaannya dapat merehatkan diri daripada kesibukan dan kepenatan setelah
bekerja sepanjang hari.

Majalah
Majalah adalah merupakan salah satu budaya material yang banyak ditonjolkan dalam
cerpen ini. Majalah adalah merupakan bahan tulisan yang digunakan untuk menyampaikan
maklumat, isu semasa, idea, dan buah fikiran penulis kepada para pembaca.

Di dalam cerpen ini banyak petikan yang boleh membuktikan aspek budaya material
majalah yang diketengahkan. Buktinya adalah seperti berikut :
i.

Keratan segala keratan akhbar Utusan Melayu, Warta Malaya, Warta Jenaka, dan
majalah Mastika, dan macam-macam lagi, yang kertasnya sudah kuning-kuning
warnanya inilah, dia menjadikan penjara sebagai Taman Firdausi.

Majalah berfungsi kepada masyarakat Melayu. Antara fungsi majalah sebagai aspek budaya
material terhadap masyarakat Melayu ialah majalah dapat menjadi bahan untuk
menyampaikan dan menerima maklumat. Masyarakat Melayu akan dapat mengetahui
tentang maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu yang
tinggal di kawasan berlainan melalui akhbar.
Di dalam cerpen ini pula, majalah berfungsi sebagai wahana yang dapat
menyampaikan maklumat mengenai penentangan orang Melayu terhadap penjajah di tanah
Melayu. Maklumat dan info seperti ini amat diperlukan oleh masyarakat Melayu bagi meneliti
aspek yang perlu dititikberatkan dalam menghadapi serangan penjajah.
Majalah juga berfungsi sebagai alat untuk masyarakat Melayu menjana ekonomi.
Penghasilan majalah dapat membantu masyarakat Melayu untuk menjana ekonomi. Penulis
juga dapat menjana ekonomi dengan menghasilkan tulisan dan karya untuk dimuatkan di
dalam majalah.
Seterusnya, majalah berfungsi terhadap masyarakat Melayu sebagai bahan untuk
mendapatkan ilmu. Seperti mana yang banyak dimuatkan dalam majalah, terdapat banyak
ruangan yang memaparkan tentang ilmu-ilmu dan tips-tips mengenai kehidupan misalnya
ilmu masakan, ilmu perubatan, ilmu rumah tangga dan sebagainya. Majalah pada hari ini
telah menjadi pakar rujuk buat masyarakat Melayu untuk menangani masalah dalam
kehidupan seharian yang dihadapi.

Budaya Bukan Material


Budaya bukan material ialah unsur yang tidak wujud secara fizikal. Manusia tidak dapat
menyentuh budaya bukan material ini melainkan merasakannya melalui perasaan, emosi,

dan pandangan. Di dalam cerpen Memori Seorang Tua karya Zahari Affandi ini, terdapat
banyak penggunaan aspek budaya bukan material yang diterapkan.
Nilai
Salah satu budaya bukan material yang diterapkan di dalam cerpen ini ialah nilai. Cerpen ini
telah menempatkan pelbagai nilai murni yang menjadi pegangan masyarakat Melayu.
Terdapat banyak nilai murni yang ditonjolkan dalam cerpen ini antaranya ialah nilai
menghormati orang tua.
Nilai menghormati orang tua ini dapat dilihat melalui watak Rokiah. Rokiah adalah
merupakan adik kepada Halimah dan anak kepada Tuk Mat. Rokiah merupakan seorang
yang hormat kepada orang tua apabila Rokiah datang membawa makanan kepada Pak Itam
dengan memberikan senyuman dan menyuakan salam. Tutur bahasa Rokiah juga santun
apabila bercakap dengan Pak Itam. Berikut adalah bukti yang menunjukkan Rokiah seorang
yang menghormati orang tua.
i.

Dalam terjenguk di jendela, memintal senyum yang sudah tidak berseri itu, Rokiah
adik Halimah memberi salam di tangga dengan membawa mangkuk tingkat untuk

ii.

makan malam Pak Itam.


Kiah nak pergi dengar ceramah agama di masjid, Kak Limah pergi ke KL, nanti Tuk

iii.

Aki lapar! Rokiah meletakkan mangkuk tingkat dekat pintu.


Sebelum pergi, dia mencium tangan Pak Itam.

Nilai menghormati orang tua mempunyai fungsi dan peranan yang sangat besar dalam
masyarakat. Anak muda masyarakat Melayu seharusnya menghormati orang tua kerana
banyak faedah yang akan diperolehi jika menghormati orang tua.
Salah satu fungsi budaya material nilai menghormati orang tua ini ialah, masyarakat
akan dipupuk untuk membentuk masyarakat yang penyayang. Nilai ini sangat penting untuk
memastikan anak muda terus menyayangi dan menghormati jasa dan pengorbanan orang
tua.
Nilai yang seterusnya terdapat dalam cerpen ini ialah nilai kasih sayang. Nilai ini
dapat dilihat melalui watak Pak Itam yang amat kasih dan sayang akan isterinya, Siti
Nurhidayah dan anak-anaknya iaitu Izwan dan Nuryani Iman. Pak itam digambarkan
sentiasa merindui dan teringatkan akan isteri dan anak-anaknya. Hal ini dapat dibuktikan
melalui petikan berikut :
i.

Majalah Mastika yang terpegang di tangannya itu memuatkan cerita tentang Siti
Nurhidayah, isteri kesayangannya, datang membawa surat kadi meminta fasakh

ketika dia meringkuk dalam penjara di Singapura. Itulah kali terakhir bibirnya merasai
kelembutan pipi Izwan, anak lelakinya yang baru berusia enam bulan dan pipi
montok Nuryani Iman, anak perempuannya berusia empat tahun.
Nilai kasih sayang juga memberikan kepentingan kepada masyarakat Melayu. Nilai kasih
sayang berfungsi sebagai alat untuk membina hubungan yang mesra dalam kalangan
masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu seharusnya saling sayang menyanyai antara satu
sama lain.
Nilai kasih sayang juga berfungsi untuk merapatkan jurang hubungan persahabatan
dan kekeluargaan. Dengan adanya nilai kasih sayang di antara ahli keluarga, hubungan
kekeluarga dapat dieratkan lagi. Hubungan di antara sahabat dengan sahabat juga akan
dapat dieratkan apabila nilai kasih sayang dapat dipupuk.
Nilai yang berikutnya adalah kerjasama. Nilai kerjasama dapat dilihat melalui
pembawaan watak penduduk kampung yang saling bekerjasama membuat persiapan untuk
menyambut majlis hari lahir Pak Itam yang ke-85. Berikut adalah contoh yang menunjukkan
wujudnya semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat kampung Langat :
i.

Tempat pameran dah pun saya sediakan, jelas Tuk Mat. Buku-buku dan semua
makalah

Pak

Itam

sudah

saya

kumpulkan,

Cuma

tunggu

budak

Jali

menguruskannya! tambah Tuk Mat yang cukup menghormati Pak Itam dan
ii.

menghargai perjuangannya.
Isa, Latif dan Jali tersengih di bawah khemah dekat busut jantan yang dikelilingi oleh
rumpun pohon pisang lemak manis. Mereka berhenti rehat setelah habis menampal
dan menyusun gambar-gambar Pak Itam untuk pameran.

Nilai kerjasama sebagai budaya bukan material sangat berfungsi kepada masyarakat
Melayu. Nilai kerjasama berfungsi sebagai agen untuk menyatupadukan masyarakat
Melayu. Dengan adanya nilai bekerjasama, masyarakat Melayu akan saling tolongmenolong dan bantu-membantu dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Keadaan ini akan membantu dalam mempercepatkan proses penyelesaian masalah
ataupun proses melaksanakan sesuatu tugasan dalam masyarakat Melayu. Aktiviti gotong
royong misalannya akan dapat dijalankan dengan jaya dan lancar jika semua ahli
masyarakat saling bekerjasama.
Nilai bekerjasama juga berfungsi sebagai medium untuk mempertahankan identiti
bangsa Melayu. Masyarakat Melayu seharusnya bekerjasama untuk membina sesuatu yang
berat seperti membina rumah. Rumah Melayu memerlukan kerjasama yang tinggi dan jitu

dalam kalangan ahli masyarakat untuk membinanya. Sesuatu yang sukar akan menjadi
mudah apabila anggota masyarakat Melayu saling bekerjasama bak kata pepatah yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
Nilai yang seterusnya ialah pemurah. Nilai ini dapat dilihat melalui watak para
penkarya seni yang datang membuat persembahan tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan berikut :
i.

Pak Itam berasa terharu, apatah lagi kumpulan Kopratasa menolak sebarang
bayaran. Begitu juga Aziz M.H., Cik Habsah dari Terengganu, semua datang secara
percuma.

Nilai pemurah sangat berfungsi kepada masyarakat Melayu. Nilai pemurah berfungsi
sebagai alat untuk menjadikan masyarakat Melayu sebagai masyarakat yang sentiasa
prihatin terhadap insan lain.
Nilai pemurah perlu ada dalam diri setiap orang masyarakat Melayu supaya
masyarakat Melayu dapat menjadi masyarakat penyayang yang sentiasa peka dan prihatin
terhadap nasib orang Melayu lain yang kurang bernasib baik. Nilai pemurah ini sangat
penting untuk diamalkan agar masyarakat Melayu tidak menjadi seorang yang tamak
dengan kekayaan dunia yang hanya sementara.

Kepercayaan
Selain itu, cerpen ini turut menceritakan tentang kepercayaan. Kepercayaan adalah
merupakan salah satu budaya bukan material. Kepercayaan adalah bermaksud pegangan
hidup masyarakat Melayu.

Masyarakat Melayu pada hari ini adalah berpegang kepada ajaran agama Islam.
Ajaran agama Islam telah mula bertapak di tanah Melayu apabila pedagang Arab mula
berdagang di tanah Melayu dan membawa ajaran Islam ini.
Dalam cerpen memori seorang tua ini, watak dan perwatakan Pak Itam dikatakan
sebagai seorang yang setiasa berserah kepada Tuhan yang Maha Esa. Hal ini dibuktikan
melalui petikan berikut :
i.

Hanya kepada Tuhan sahaja tempat dia berserah dan berharap, supaya Siti
Nurhidayah mendapat kebahagiaan, Izwan dan Nuryani Iman menjadi srikandi
bangsa yang bertakwa dan anak-anak yang soleh.

Kepercayaan terhadap agama Islam juga ditonjolkan melalui watak Rokiah. Hal ini
dibuktikan melalui petikan berikut :
i.

Kiah nak pergi dengar ceramah agama di masjid, Kak Limah pergi KL, nanti Tuk Aki

ii.

lapar!, Rokiah meletakkan mangkuk tingkat dekat pintu.


Ayah akan datang selepas isyak. Rokiah memberitahu.

Kepercayaan terhadap agama Islam adalah penting terhadap masyarakat Melayu. Hal ini
adalah kerana, masyarakat Melayu adalah masyarakat yang mengamalkan ajaran Islam.

Bahasa
Budaya bukan material berikutnya yang terdapat di dalam cerpen ialah bahasa. Di dalam
cerpen ini, bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu
dalam cerpen ini adalah merupakan bahasa Melayu moden. Bahasa yang digunakan dalam
cerpen ini adalah mudah difahami.

Namun begitu, terdapat penggunaan beberapa perkataan daripada bahasa asing


iaitu bahasa Inggeris. Contoh penggunaan bahasa Inggeris dalam cerpen Memori Seorang
Tua adalah seperti berikut :
i.

Bukan meniup lilin yang menyala di atas kek, bukan menyanyi lagu Happy Birthday

ii.
iii.

to You, tidak!.
Tetapi ramai anak Melayu tidak tahu jiwanya, tidak mahu mengerti visionnya.
Masa muda, dia handsome juga, di sebelahnya duduk Pak Berahim yang samasama memimpin PKMM di Singapura.

Selain penggunaan bahasa Inggeris, cerpen ini juga turut memperlihatkan penggunaan
bahasa Arab. Berikut adalah merupakan petikan sebagai bukti yang menunjukkan
penggunaan bahasa Arab :
i.

Alhamdulillah! Semuanya tersusun, jawab Tuk Mat, sambil menajamkan matanya

ii.
iii.

merenungi Pak Itam ke atas ke bawah.


Insya-Allah! Mengulum sahaja kedengaran suara Pak Itam.
Azizi H.M. bersama-sama kumpula Teater Malininya, begitu juga kumpulan
Kopratasa dengan Zubir dari UM sudah bersila membaca Surah Yasin dengan suara
yang tersedu-sedu.

Penggunaan bahasa sebagai budaya bukan material memainkan fungsi dan peranan yang
besar terhadap masyarakat Melayu. Bahasa adalah alat atau wahana untuk menyampaikan
buah fikiran atau idea. Dengan bahasa, masyarakat Melayu akan dapat menyampaikan apa
yang difikirkan dan seterusnya diluahkan sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.
Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi dalam kalangan anggota masyarakat
Melayu. Masyarakat Melayu akan saling berkomunikasi dengan baik apabila setiap anggota
mengetahui dan menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Masyarakat
Melayu adalah masyarakat yang akan menggunakan bahasa Melayu. Justeru, komunikasi
akan dapat dilaksanakan dengan baik tanpa ada halangan perbezaan bahasa.
Melalui bahasa, masyarakat Melayu dapat meluahkan fikiran. Disebabkan perkara
inilah, maka lahirlah kesusasteraan Melayu. Antaranya sajak, pantun, syair, cerita rakyat dan
cerita binatang. Kesusasteraan Melayu wujud dengan adanya bahasa. Masyarakat Melayu
dapat menzahirkan idea dan fikiran mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan
kehidupan mahupun imaginasi masing-masing. Bahasa-bahasa yang indah dapat dihasilkan
dengan adanya bahasa.
Bahasa juga berfungsi sebagai alat atau medium dalam perhubungan ekonomi. Hal
ini kerana, bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca pada ketika zaman Kesultanan

Melayu Melaka. Bahasa Melayu dijadikan sebagai alat yang digunakan dalam perdagangan.
Pada hari ini, perniagaan juga menggunakan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan dan
komunikasi.
Selain itu, bahasa berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan ilmu. Dasar
pendidikan di Malaysia mewajibkan semua pelajar mengambil mata pelajaran Bahasa
Melayu. Justeru, semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa perlu mempelajari tentang
bahasa Melayu dengan baik. Bahasa Melayu juga adalah merupakan bahasa pengantar di
sekolah. Setiap sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dalam pendidikan.
Bahasa Melayu juga adalah merupakan bahasa rasmi negara. Dalam Perlembagaan
Persekutuan perkara 152, telah disebut bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi
negara, namun begitu bahasa-bahasa lain bebas digunakan. Justeru, segala urusan rasmi
negara perlulah menggunakan bahasa Melayu. Keadaan ini seterusnya menguntungkan
masyarakat Melayu sebagai penutur jati bahasa Melayu kerana bahasa Melayu digunakan
secara meluas dalam pemerintahan dan pentadbiran negara.
Selain itu, bahasa juga berfungsi dalam masyarakat Melayu sebagai alat perpaduan.
Masyarakat Melayu dapat disatupadukan dengan wujudnya bahasa Melayu. Hal ini kerana,
masyarakat Melayu dapat saling bekerjasama apabila mereka masing-masing bertutur
dengan menggunakan bahasa yang sama. Masyarakat Melayu juga akan dapat
melaksanakan tugas dengan mudah apabila mereka masing-masing dapat memahami apa
yang dimaksud oleh sesuatu pihak apabila bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa, bahasa Melayu berfungsi sebagai alat perpaduan
kepada masyarakat Melayu.

Pengaruh Luar Dalam Masyarakat Melayu


Masyarakat Melayu adalah merupakan sebuah masyarakat yang dinamis dan sentiasa
berkembang. Hal ini adalah kerana, masyarakat Melayu sentiasa berubah mengikut
peredaran masa iaitu selari dengan pembangunan dan arus globalisasi yang semakin pesat
di negara ini.
Perkembangan masyarakat Melayu pada hari ini banyak dipengaruhi oleh budayabudaya luar. Pengaruh luar ini banyak memberikan kesan kepada masyarakat Melayu dan

akhirnya sedikit demi sedikit pengaruh budaya luar ini diterima pakai dan digunakan oleh
masyarakat Melayu. Terdapat beberapa pengaruh luar yang menular dalam masyarakat
Melayu. Pengaruh budaya luar tersebut boleh dilihat di dalam rajah di bawah :

Pen
g a ru
h
L a in
Pen
g a ru
h
B a ra
t

P e n g a ru h
lu a r d a la m
m a s y a ra k a t
M e la y u

peng
a ru h
I s la
m

Pen
g a ru
h
H in d
u

Pengaruh Hindu
Pengaruh Hindu adalah merupakan pengaruh budaya luar yang mula-mula menapak masuk
ke alam Melayu. Pengaruh Hindu mula masuk dalam masyarakat Melayu apabila pedagang
dan penyebar agama Hindu mula datang ke alam Melayu. Agama Hindu telah membawa
pengaruh kepada beberapa aspek. Antara aspek yang telah dipengaruhi oleh agama Hindu
adalah adat istiadat, bahasa, kesenian, dan sistem tulisan.

Penyerapan amalan Hindu turut berlaku dalam majlis perkahwinan. Amalan


menepung tawar, bersiram di pancapersada, merupakan satu daripadanya. Dalam adat
perkahwinan, banyak pengaruh Hindu yang masih kuat menjadi pegangan. Adat berinai
masih dikekal bahkan adat berinai untuk pengantin semakin diterima pakai. Masyarakat
Melayu bukan sahaja berinai hanya sekadar ala kadar, bahkan berinai dengan pelbagai
ukiran.
Ketika mengandung, upacara melenggang perut juga diambil daripada amalan
Hindu. Melenggang perut diadakan untuk mengetahui jantina bayi. Buah kelapa akan
diletakkan di atas perut ibu, dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh. Sekiranya jatuh ke kiri
ibu itu dikatakan akan melahirkan anak lelaki dan sekiranya jatuh ke kanan akan melahirkan
anak perempuan.
Dari sudut bahasa, banyak kosa kata Sanskrit yang dibawa oleh Hindu diserapkan
dalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit adalah merupakan bahasa yang mula wujud di
tanah Melayu sebelum tulisan jawi dengan menggunakan aksara Pallava. Lambakan
perkataan dalam bahasa Sanskrit menjadikan kosa kata bahasa Melayu lebih luas.
Sehingga ke hari ini, masih banyak perkataan dalam bahasa Sanskrit yang wujud. Bahkan
bahasa Sanskrit ini telah diserap dan disesuaikan ejaan dengan bahasa Melayu moden hari
ini.
Hindu juga membawa sastera lisan mereka. Cerita penglipur lara merupakan cerita
lisan yang popular dan berkembang khususnya dalam kalangan istana. Cerita penglipur lara
adalah cerita mengenai kisah-kisah imaginasi penulis.
Pengaruh

Hindu

juga

terdapat

dalam

kesenian

Melayu.

Motif-motif

yang

berlambangkan haiwan seperti gajah, ular dan sebagainya terdapat dalam seni ukiran yang
menghiasi rumah dan barang-barang perhiasan. Muzik tradisional Hindu turut masuk dalam
masyarakat Melayu khususnya di istana.

Pengaruh Islam
Selepas Hindu, pengaruh Islam pula berkembang dengan kedatangan mubaligh ke rantau
ini. Mengikut Dato Dr. Abdul Monir Yaacob dalam kertas kerjanya bertajuk Islam dalam
Mempengaruhi Pemikiran Melayu (2003), pengaruh agama Islam terhadap orang Melayu
sangat kuat. Hal ini terbukti apabila pengaruh Hindu terhakis sedikit demi sedikit lalu
digantikan dengan amalan Islam. Amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam digugurkan
walaupun tidak sepenuhnya. Penyerahan diri kepada Allah merupakan satu daripada

amalan yang dilakukan oleh kebanyakan orang Melayu. Agama Islam telah mengubah cara
pemikiran orang Melayu. Agama Islam menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsurunsur rasionalisme dalam pemikiran mereka.
Budaya Arab yang merupakan sebahagian daripada agama Islam telah dipelajari
oleh orang Melayu dan ini menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam cara hidup
mereka. Hampir setiap negeri di Tanah Melayu dan Brunei dianggap sebagai negara Islam
dengan mengambil sempena nama-nama syurga seperti Darul Ridzuan, Darul Iman, Darul
Takzim dan lain-lain. Antara unsur budaya Arab iaitu Islam yang terserap termasuklah
bahasa. Banyak kosa kata Arab terdapat dalam bahasa Melayu. Antaranya termasuklah
konsep ibadat seperti fardu, solat, azan dan sebagainya.
Pendidikan turut berkembang dengan adanya pengaruh Islam. Madrasah dibina
untuk menyebarkan dan meluaskan pengetahuan tentang ajaran Islam. Pengajian pondok
begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal yang demikian menyebabkan
lahirnya masyarakat yang berpendidikan dan celik ilmu.
Bentuk tulisan Arab juga diterima dan digunakan seluas-luasnya oleh masyarakat.
Tulisan tersebut dinamakan tulisan jawi oleh orang Melayu. Ahli-ahli bahasa telah mengubah
suai huruf Arab tersebut dengan menambahkan titik diakritis pada huruf yang sedia ada
supaya dapat membunyikan perkataan Melayu yang tiada dalam tulisan Arab seperti huruf
p dan g. Ekoran hal tersebut, kitab Islam tersebar luas menggunakan tulisan jawi dan ini
dapat difahami oleh kebanyakan orang. Jika pada zaman Hindu, sastera tulisannya lebih
berpusat di istana, pada zaman Islam, sastera turut berkembang dalam kalangan rakyat
jelata.
Pengaruh Islam juga terdapat dalam seni bina. Reka bentuk ukirannya berbentuk
geometri bagi menggantikan bentuk-bentuk haiwan yang tidak dibenarkan oleh Islam. Reka
bentuk ini terdapat pada rumah Melayu, masjid dan barang-barang perhiasan.
Sungguhpun demikian, pengaruh Hindu dan animisme tidak terhapus seratusperatus. Masih terdapat pengaruh tersebut dalam kehidupan masyarakat Melayu. Terdapat
sebahagian masyarakat yang mencampuradukkan ajaran Islam dengan Hindu dan
animisme. Doa dicampuradukkan dengan jampi mantera dan pemujaan terhadap makhluk
halus. Hal ini terdapat dalam kesenian seperti wayang kulit, makyung, kuda kepang dan
beberapa kesenian lain.
Dalam cerpen Memori Seorang Tua, terdapat juga pengaruh Arab yang diterapkan.
Hal ini dapat dibuktikan melalui penggunaan perkataan-perkataan daripada bahasa Arab

seperti Alhamdulillah da Insya-Allah. Selain itu, masyarakat Melayu di dalam cerpen ini
adalah masyarakat yang sangat berpegang kepada ajaran Islam.
Masyarakat Melayu dalam cerpen Memori Seorang Tua adalah merupakan
masyarakat yang gemar menghadiri majlis ilmu di masjid untuk mendapatkan pengetahuan
yang lebih mendalam mengenai agama Islam.

Pengaruh Barat
Kedatangan Barat berlaku selepas kedatangan Islam kerana penjajahan. Sebelum itu,
aktiviti perdagangan berlaku. Kedatangan mereka turut mempengaruhi orang Melayu.
Apabila barat menjajah rantau ini, nilai barat menular dalam masyarakat yang kadangkala
bertentangan dengan ajaran Islam. Pergaulan terlalu bebas, hiburan
agama merupakan pengaruh yang negatif.

melampaui batas

Walau bagaimanapun, terdapat kesan yang positif hasil pengaruh barat misalnya
teknologi moden dalam bidang pertanian, perindustrian dan perkomputeran yang dapat
mengembangkan ekonomi masyarakat Melayu. Dari segi bahasa, banyak kosa kata yang
terserap yang dapat mengungkapkan pelbagai idea dan maklumat selaras dengan arus
globalisasi.
Kedatangan Inggeris yang membukan peluang pendidikan yang lebih luas kepada
masyarakat Melayu, khususnya golongan bangsawan yang kemudiannya dibuka kepada
orang awam. Ini mempengaruhi budaya fikir orang Melayu. Di sekolah, anak-anak orang
Melayu didedahkan kepada kaedah, idea dan kosmologi sains. Alam semangat dan alam
rohaniah orang Melayu semakin lama semakin terpencil terutamanya

dalam kalangan

mereka yang telah dididik dengan alam sekular sains. Sebab-musabab saintifik
menggantikan konsep magis. Ubat-ubatan kimia menggantikan jampi serapah.
Pengaruh Barat turut dapat dilihat dalam cerpen Memori Seorang Tua. Hal ini dapat
dibuktikan melalui penggunaan beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris dalam cerpen
ini. Contoh penggunaan perkataan bahasa Inggeris ialah handsome, happy birthday to you,
dan vision.

Pengaruh Lain
Orang Cina datang ke Tanah Melayu pada zaman pemerintah Inggeris. Mereka bekerja di
lombong-lombong bijih di samping menjalankan perniagaan. Komunikasi berlaku antara
pelbagai kaum yang mendiami negara ini. Dalam hal ini, perhubungan antara masyarakat
Melayu dan masyarakat Cina telah menyebabkan kosa kata bahasa Cina meresap dalam
bahasa Melayu.

Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa cina yang terdapat

dalam bahasa

Melayu mengekalkan bunyi dan makna asal dalam bahasa cina walaupun sesetengahnya
mengalami perubahan makna. Contoh kosa kata yang terserap dalam bahasa Melayu ialah
tanglung, teko, beca, amoi, apek, singse, suun, lobak, tocang, amah, angpau, capcai, pau,
dan taugeh,
Dari segi masakan, makanan cina turut meresap dalam budaya masyarakat Melayu.
Jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap soya, sos tiram, dan bebola ikan, ayam atau
daging merupakan pengaruh daripada budaya Cina yang kini menjadi sebahagian daripada
makanan popular masyarakat Melayu.
Pemberian sampul yang berisi wang kepada kanak-kanak atau orang muda pada
hari raya merupakan pengaruh yang kian sebati dalam masyarakat Melayu, malah
pemberian ini turut dinamakan angpau bagi kebanyakan mereka. Amalan ini diterima kerana
tidak bercanggah dengan ajaran Islam.