Anda di halaman 1dari 3

Lampiran A

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
REKOD PENGESAHAN DAN PEMBACAAN BUKU LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, 31400, IPOH
KOD SEKOLAH

: AEB 2050

NAMA GURU

: SHAKIRAH BINTI NORSAID

BIDANG

Kemahiran
Profesionalisme

JUDUL
(BIL. MUKA SURAT)

Etika Penjawat Awam Dari


Perspektif Islam.
(Bil Muka Surat : 289 )

PENGARANG

Sharifah Hayaati
Ismail Al-Qudsy

TARIKH
PEMBACAAN

TARIKH
PEMBENTANGAN

TANDA
TANGAN
PENTADBIR

B0RANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, 31400, IPOH


1
.
2
.

Nama Guru

SHAKIRAH BINTI NORSAID

Judul

ETIKA PENJAWAT AWAM DARI


PERSPEKTIF ISLAM.

4
.
6
.

Tarikh Pembentangan

7
.

Sinopsis

Kod Sekolah: AEB 2050

3. Bidang: KEMAHIRAN
PROFESIONALISME
5. Masa:

Tempat Pembentangan

Buku ini mengupas dengan lebih lanjut cara-cara bekerja dari sudut Islam. Penekanan
khususnya diberi kepada penjawat awam di mana banyak isu-isu berkaitan amanah dalam
bekerja sering melanda penjawat awam masa kini. Penerangan diberi khususnya dari sudut
akhlak dan peribadi seorang muslim ketika menjalankan tanggungjawabnya. Etika adalah sesuau
nilai yang positif dalam segala nilai dan moral yang boleh memaparkan karakter seseorang.
Penulis menegaskan lagi, untuk menilai sama ada urusan yang dijalankan seseorang itu beretika
atau tidak adalah dengan melihat dari sudut positif atau negatif pekara itu dilakukan. Pelan
Integriti Nasional Malaysia etika telah diklasifikasikan sebagai himpunan nilai dan moal yang
menjadi piawai bagi tingkahlaku individu, organisasi dan profesion.
8
.

NilaiPengetahuan / Pengajaran
Nilai postif dan perilaku positif : nilai positif pada seseorang individu itu berdasarkan kepada
keimanan yang jitu. Perilaku atau pekerjaan tidak diiktiraf di sisi Allah S.W.T tanpa perilaku positif.
Nilai dan etika dalam islam banyak ditekankan dalam pembelajaran ilmu fardu ain. Dengan ilmu
yang diperolehi, seorang Muslim hendaklah mengamalkan ilmu yang dipelajarinya mengikut
kehendak dalam Islam yang meletakkan nilai dan akhlak yang baik dipraktikkan dalam kehidupan
seharian. Perkara ini berkaitan dengan niat seseorang dan dalam Islam keikhlasan suatu ibadah
hanya diletakkan kepada Allah Taala sahaja seperti yang difirmankan Allah dalam surah alBayyinah ayat ke 5 terjemahannya : Tidaklah Aku perintahkan kamu kecuali untuk menyembah
Allah ikhlas kerana agama, dan surah al-Zumarayatke 11 terjemahannya : Katakan (wahai
Muhammad) sesungguhnya Aku perintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan
segala ibadah kepada-Nya.. Nilai yang jelas dalam al-Quran dan al-Hadith antaranya ialah nilai
sabar, tekun, menepati waktu, tidakmembazir, berlumba-lumba, tidak bakhil, tidak sombong, baik
sangka, bijaksana, berkasih sayang, amanah dan bersih.
Etika kerja atau profesion yang dituntut dalam Islam dan antaranya matlamat syariat yang
dinamakan sebagai maqasidkhamsah iaitu memelihara agama, jiwa dan nyawa, akal fikiran,
harta dan keturunan. Islam juga mengetengahkan sistem hokum (hokum) kerjanya yang
tersendiri yang di sebut sebagai wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Malah uruf atau amalan
kebiasaan masyarakat yang mengandungi nilai baik dan tidak bertentangan dengan syarak juga
diterima pakai. Justeru itu, system hokum ini perlu difahami dengan mendalam oleh setiap

individu Muslim termasuklah penjawat awam.

9
.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Melalui buku ini, maka dapatlah saya aplikasikan bahawa kita sebagai insan yang dapat berfikir
baik dan buruk dalam suatu perkara sudah tentu dapat laksanakan suatu tugas kerja dengan
penuh keazaman dan bersungguh-sungguh selagi mana tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Pandangan Imam al-Ghazzali tentang etika atau akhlak iaitu nilai yang tertanam dalam jiwa
seseorang sehingga melahirkan tindakan baiksecaraspontan. Turut ditekankan dalam buku ini
nilai ihsan dan amanah yang perlu ditanamkan dalam diri. Manakala bagi tujuan pengukuhan nilai
ini, penjawat awam diberikan anugerah atau ucapan penghargaan seperti terimakasih, syabas,
tahniah, dan saya bangga dengan pencapaian anda yang dikira sebagai nasihat dan
perangsang kepada individu berkenaan. Usaha berterusan dalam melahirkan budaya kerja
cemerlang perlu dipertingkatkan dengan member lebih tanggungjawab dan nilai kerja yang
meletakkan kebolehpercayaan yang tinggi bagi seseorang melaksanakan suatu tugas kerja.
Maka nilai profesionalisme yang tinggi, integriti adalah penting untuk pengamalan dalam tugas
dan tanggungjawab sebagai penjawat awam umumnya.

Disediakan oleh,
..............................................
( SHAKIRAH BINTI NORSAID )

Disahkan oleh,
........................................................
(
)

Anda mungkin juga menyukai