Anda di halaman 1dari 3

TAJUK: JELASKAN 3 IMPLIKASI TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM

MEMPENGARUHI KEHIDUPAN MASYARAKAT MASA KINI

Era globalisasi yang semakin pesat dari hari ke hari membawa perubahan yang amat
besar dalam pelbagai sektor. Antara salah satu bidang yang pesat membangun hari ini adalah
bidang komunikasi. Bidang komunikasi sangatlah penting kepada manusia untuk saling
berhubung antara satu sama lain walaupun berada ditempat yang berbeza dalam satu-satu
masa. Telekomunikasi pada dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada
satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan radio, televisyen, telefon dan
komputer.
Dari segi sosial teknologi komunikasi mendatangkan pelbagai implikasi kepada
masyarakat. Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melalui
rangkaian ini , ungkapan katak di bawah tempurung tidak akan timbul lagi. Pengguna
komputer hanya perlu menggunakan hujung jari bagi menjengah maklumat terkini dalam
semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan sertamerta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang berilmu dan berpikiran
kreatif dalam mencipta sesuatu idea-idea baru.
Dalam kebaikan yang kita perolehi dapat juga kita lihat unsur negatif yang mana ada
sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyalurkan maklumat yang berunsur
pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya. Penyebaran virus komputer dan juga
menimbulkan sifat malas di kalangan masyarakat masa kini. Ketagihan Internet juga akan
mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk
mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang yang dilanda demam Internet mungkin
melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti

kerja. Ibu bapa mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri sematamata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya.
Dari segi ekonomi teknologi komunikasi juga banyak membantu dalam dunia
perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan perkhidmatan atau barang dalam ruangan siber
Melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara terus. Perbankan, urus niaga saham,
penerbitan, dan pengiklanan juga dijalankan.
Terdapat juga unsur-unsur negatif yang mana ada pihak-pihak yang menganjurkan
skim cepat kaya diInternet untuk menipu orang. Mereka mempelawai pengguna Internet
menyertai skim itu dengan membayar yuran penyertaan. Sebenarnya, skim sedemikian tidak
selamat dan orang yang menyertai skim tersebut kehilangan yuran penyertaan mereka. Sudah
ada banyak kes penipuan dan jenayah komputer dilaporkan dalam akhbar.
Teknologi komunikasi dapat mempengaruhi aspek budaya sesuatu kelompok
masyarakat seperti dunia maya. Ia juga mendekatkan hubungan keakraban antara masyarakat
dan juga dapat mewariskan unsur-unsur kebudayaan dari satu generasi ke generasi berikutnya
serta dari satu tempat ke tempat lain dengan mudah.
Teknologi komunikasi juga telah menimbulkan kesan negatif kepada budaya
masyarakat masa kini yang mana budaya masyarakat yang ramah-tamah, gotong-royong
kurang diamalkan sebaliknya banyak menimbulkan perkelahian dan menyebabkan
kemerosotan

moral

dikalangan

warga

masyarakat.

Bahasa

Malaysia

juga

telah

dicampuradukan dengan bahasa Inggeris dalam satu ayat serta mencipta ayat sendiri.
Ledakan teknologi komunikasi banyak mengubah kehidupan manusia. Kemajuan ini
membuka jendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka baru, bergantung pada
cara-cara kita memanfaatkannya atau

menyalahgunakannya. Ibu bapa perlu mengawasi

anak-anak mereka ketika mereka melayari Internet. Ketahanan diri itulah yang menjamin kita
tidak diracuni unsur negatif melalui Internet.
Sebagai kesimpulannya, Teknologi komunikasi sangatlah penting dalam sesebuah
masyarakat untuk mencapai kemajuan pada masa hadapan. Akan tetapi, kerajaan perlulah
mengadakan kempen kempen bagi menerangkan kebaikan dan keburukan penggunaan
teknologi komunikasi ini kepada lapisan masyarakat supaya rasa cinta terhadap budaya
sendiri, mengembalikan kepekaan masyarakat terhadap orang di sekelilingnya dan
mengekalkan nilai-nilai moral dalam masyarakat masa kini.