Anda di halaman 1dari 3

BAB 7: PENGAJARAN PENYELESAIAN MASALAH BERCERITA

Definisi:
Penyelesaian masalah adalah asas kurikulum matematik di kebanyakan negara maju. 4 kriteria
penyelesaian masalah mengikut Burns (1992) ialah:

Pelajar faham wujud suatu situasi yg merisaukan


Pelajar berminat mencari penyelesaiannya
Pelajar tidak dapat menyelesaikan secara terus
Penyelesaiannya memerlukan penggunaan idea matematik

NCTM telah mengesyorkan spya penyelesaian masalah dimasukkan dlm kurikulum math. Sek.

Model Polya:
Seekor ayam mempunyai 2 kaki. 4 ekor ayam mempunyai berapa kaki?
1. Memahami masalah
Kaji masalah yg diberi
Mengenal pasti corak atau pola dalam soalan tersebut seperti:
a.) Seekor ayam = 2 kaki
b.) 4 ekor ayam = ? Kaki
2. Merancang penyelesaian
Rancangan menyelesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan kaedah melukis
gambar.
3. Pelaksanaan perancangan
Langkah 1: Melukis seekor ayam dan menuliskan berapa kaki yang ada pada ayam

tersebut
Langkah 2: Melukis 4 ekor ayam. Menuliskan berapa kaki yang ada pada semua ayam.
Langkah 3: Mengira jumlah kaki yang ada pada keempat-empat ekor ayam tersebut
dengan menggunakan operasi darab.
4 ayam x 2 kaki= 8 kaki

4. Menyemak semula
Jawapan yang telah dibuat akan disemak semula dengan mengira tambahan jumlah kaki
ayam yang telah dilukis dalam pelaksanaan perancangan langkah kedua tadi.
2 kaki + 2 kaki + 2 kaki + 2 kaki = 8 kaki

Analisis Kesilapan Newman:


Newman (1983), menyatakan masalah utama murid dalam menjawab soalan berbentuk
perkataan terletak kepada peringkat kefahaman dan transformasi iaitu menukarkan

perkataan dalam soalan kepada ayat atau simbol matematik


Digunakan untuk mengenal pasti punca kesilapan & kesalahan murid-murid khususnya

dalam penyelesaian masalah


Sebagai prosedur asas diagnostik
Ujian rujukan kriteria hendaklah diberi keutamaan & dilakukan secara formatif

Prosedur:
1. Pembacaan
kebolehan membaca semula soalan dengan senyap dan meminta bantuan guru jika

terdapat perkataan yang tidak difahami


Mengenal pasti ralat Bacaan: Baca soalan kepada saya. Jika anda tidak faham beritahu

2.

3.

saya.
Pemahaman
Kebolehan memberitahu guru mengenai kehendak soalan
Mengenal pasti ralat Pemahaman: Beritahu saya, apa kehendak soalan itu.
Transformasi
Kebolehan untuk mendapatkan jawapan
Mengenal pasti ralat Transformasi: Sekarang beritahu saya apa kaedah yangawak

gunakan untuk dapatkan jawapan.


4. Kemahiran proses
Keupayaan menyelesaikan masalah
tersebut dan kemudiannya memberitahu guru apa yang dia fikirkan
Mengenal pasti ralat Kemahiran Proses:
Sekarang semak setiap langkah
dalam tugasan awak dan beritahu
saya apa yang awak fikirkan.
5. Pengekodan
Kebolehan menulis jawapan dengan betul
Mengenal pasti ralat encoding-ketidak upayaan untuk menzahirkan jawapan dalam bentuk
yang boleh diterima pakai: Beritahu saya, apa jawapan kepada soalan itu? Tunjukkan
jawapan awak.
Pelaksanaan:
1. Jelaskan tujuan bercakap dengan murid iaitu untuk membantu murid dalam matematik
dengan mesra, ringkas dan selesa.
2. Guru mberitahu murid untuk membuat beberapa masalah matematik.

3. Murid menjawab soalan yg telah dijawab tetapi jawapan salah dan galakkan murid
menunjukkan cara menyelesaikan masalah. Guru hanya diam sehingga murid selesai.
4. guru menanya murid menggunakan soalan/arahan Newman yg sesuai tanpa membantu
murid dalam mana-mana peringkat. Guru membuat catatan ringkas mengenai jawapan
murid yg revealing
5. Tentukan mengikut klasifikasi ralat Newman iaitu guru dapat mencari dimana kesilapan
murid.
6. Ulang 3, 4 dan 5 bagi ralat yang seterusnya.
Isu pengajaran dlm penyelesaian masalah bercerita:
1. Perbendaharaan kata matematik
Penguasaan perbendaharaan kata matematik pelajar bergantung kepada:
a. Pengalaman sehariannya dengan kawan, keluarga dan persekitaran
b. Perbendaharaan kata yang digunakan oleh guru sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas
c. Tahap bahasa matematik yang digunakan oleh buku teks
2. Sintaksis
Refleks kepada tatabahasa yg berhubungan antara perkataan dan ayat
Contoh: soalan 20 - 8 = ?
a. Cari beza antara 20 dengan 8
b. Cari selisih antara 20 dengan 8
c. Tolak 8 daripada 20
d. Ambil 8 daripada 20
e. 20 dikurangkan 8 sama dengan brpa?
Murid tidak mengenal bentuk soalan diatas menyebabkan murid tidak dapat
mengenalpasti operasi yg perlu digunakan
3. Terjemahan dua hala
murid tidak dapat menukarkan maklumat yg tkandung dalam soalan bm atau bi kepada

ayat matematik
maka murid perlu ada kemahiran dalam menterjemahkan masalah bercerita kpd bahasa

matematik dan sebaliknya.


Guru perlu melatih murid supaya dapat berfikir dalam bahasa matematik.
4. Komponen konsep
Melalui pemahaman konsep, murid dapat mhurai dan mengetahui bagaimana, kenapa

sesuatu simbol digunakan.


pemahaman konsep membantu murid dalam penyelesaian masalah bukan rutin.
Membantu murid mengenalpasti operasi yg perlu digunakan.