Anda di halaman 1dari 2

.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami meneruskan perjuangan
hidup pada hari ini dengan penuh kenikmatan dan kesyahduan . Kami juga bersyukur kerana
Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menghadirkan
diri untuk berusaha menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada hari ini .
Ya Allah Tuhan yang memudahkan segala urusan,
Sesungguhnya pada hari ini dan hari esok merupakan hari-hari yang penuh bermakna bagi
organisasi kami, kerana sistem pengurusan organisasi kami akan diaudit oleh pihak SIRIM untuk
memastikan kualiti perkhidmatan yang telah, sedang dan akan kami berikan kepada pelanggan
mematuhi piawaian MS ISO 9001:2000 yang bertaraf dunia, maka permudahkanlah segala urusan
kami sehingga kami dapat mencapai objektif pengurusan berkualiti.
Ya Allah Tuhan yang menyatukan hati ,
Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi
organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang,
Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka ,berlapang dada, bantu membantu, sokong
mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang
permasalahan yang timbul.
Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai
semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita-cita yang murni.

Anda mungkin juga menyukai