Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : KERANA SEPASANG KASUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Airmu mengalir,
Dari gunung jauh di sana,
Jernih dan sejuknya,
Sungguh indah dipandang mata..
Dari Yahya Subban,
Hamba datang bawa cerita,
Kisah yang bermakna,
Untuk kita hayati bersama.
Hai, kawan- kawan pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk..KERANA SEPASANG KASUT. Dengar dan hayati kisah ini.
Kringgg loceng Sekolah Kebangsaan Seri Inai telah pun berbunyi
menandakan sesi persekolahan telah bermula pada waktu petang. Kelihatan
seorang budak lelaki berpakaian lusuh memikul sebuah beg berlari dengan pantas
menuju ke pagar sekolah. Budak lelaki itu telah ditahan oleh guru disiplin. Guru
disiplin yang berbadan tegap dan kuat itu bernama Cikgu Amar. Setiap murid di
sekolah pasti gerun apabila berhadapan dengan Cikgu Amar..
Kenapa datang lambat lagi hari ini Salim?!! Tanya Cikgu Amar.
Maafkan saya cikgu, belum sempat Salim memberikan alasan satu libasan rotan
hinggap di kakinya..
Aduh ! , Salim mengerang kesakitan.
Termasuk hari ini dah 10 hari kamu dating lewat ke sekolah. Cikgu tidak mahu
mendengar alas an kamu lagi, pastikan esok kamu dating lebih awal bentak Cikgu
Amar dengan suara yang bagaikan halilintar itu.

Kasihan si Salim nasibnya badan,


Dibenci guru keras kepala,
Tiada teman ingin berkawan,
Hidup sendiri dalam kesusahan.
Selalu lewat datang ke sekolah,
Berlari laju hingga lelah,
Tiada siapa ingin membantu,
Seorang diri menanggung malu.
Salim merupakan seorang pelajar yang datang daripada sebuah keluarga
miskin yang tinggal di ceruk kampong. Dia mempunyai seorang adik perempuan
yang bernama Salmi. Ibunya bekerja sendiri dengan menjual sayur-sayuran yang
ditanam untuk menyara keluarga. Ayahnya pula telah lama meninggal dunia.
Kehidupan mereka sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. Wang yang diperolehi hasil menjual sayur- sayuran itu cukup- cukup sahaja
digunakan untuk makan anak- beranak dan belanja ke sekolah.
Pada suatu hari, kasut sekolah yang dipakai oleh Salmi koyak teruk seperti
mulut buaya dan tidak boleh dipakai lagi. Salim sangat kasihan kepada adiknya.
Tetapi dia tidak mampu melakukan apa-apa. Salim mendapat idea. Dia memberi
cadangan kepada adiknya.
Adik, adik pakailah kasut abang dahulu, biar abang tidak pergi ke sekolah, tetapi
kamu ke sekolah kata Salim kepada adiknya.
Tidak abang, saya lebih selesa jika duduk di rumah sahaja membantu ibu memetik
sayur, abang sahaja yang pergi ke sekolah , kata Salmi.
Baiklah, jika begini, kita bergilir- gilir pakai ke sekolah. Mula- mula, adik pakai
dahulu, lepas adik balik, abang pakai pula.kata Salim.

Pada suatu hari, Sekolah Kebangsaan Seri Inai mengadakan pertandingan


marathon. Hadiah utama pertandingan itu merupakan sebuah basikal. Salim begitu
teruja dengan hadiah tersebut. Dia juga teruja dengan hadiah tempat ketiga iaitu
sepasang kasut sekolah.
Oleh itu, Salim mengambil keputusan untuk menyertai acara tersebut dan
merancang untuk mendapat tempat ketiga supaya dia dapat menghadiahkan kasut
itu kepada adiknya.
Kawan- kawan, sungguh mulia hati si Salim yang ingin membantu adiknya sendiri.
Salim masuk pertandingan berlari,
Tempat ketiga ingin dimiliki.
Hari pertandingan telah pun tiba. Salim berlari sekuat hatinya.
Semua peserta ditinggalkannya,
Salim mendapat tempat pertama.
Salim menangis teresak- esak kerana dia telah mendapat tempat pertama.
Salim menangis bukan kerana gembira, tetapi dia sedih tidak dapat menunaikan
hajatnya mendapatkan kasut untuk adiknya. Mereka mahu ke sekolah seperti biasa,
namun apakan daya nasib tidak menyebelahi mereka. Kisah ini telah sampai ke
pengetahuan Cikgu Amar. Dia menitiskan air mata. Dia menyesali perbuatannya
yang terus menghukum tanpa mengetahui cerita sebenar.
Sejak hari itu, Cikgu Amar berusaha mengutip duit sumbangan untuk keluarga
Salim. Duit sumbangan itu telah diberikan kepada ibu Salim untuk membeli barangbarang dapur dan peralatan sekolah. Salim berterima kasih kepada Cikgu Amar atas
bantuan yang diberikan. Dia sangat bersyukur kerana kini, dia dan adiknya Salmi
sudah memiliki sepasang kasut sekolah yang baru. Cantik, putih dan selesa dipakai.
Kelihatan air mata berlinang membasahi pipi Salim dan Salmi.
Kawan- kawan, begitulah cerita tentang Salim dan Salmi.

Kerana sepasang kasut, Salim sanggup berkorban demi adiknya. Kerana


sepasang kasut, dia sanggup dihukum dan dimarahi gurunya. Kerana sepasang
kasut, Salim sanggup menyertai pertandingan marathon untuk mendapat tempat
ketiga dan kerana sepasang kasut juga, seorang guru telah sedar akan
kesilapannya.
Semoga kisah ini akan menjadi teladan dan pengajaran kepada kita semua.
Saya tinggalkan hadirin dengan serangkap puisi,
Hari ini kita mendongak ke langit,
Kita mengharapkan matahari terus menyinari bumi,
Tetapi, Tuhan menurunkan hujan,
Kita bersedih dan tertanya- tanya,
Ke mana perginya matahari,
Rupa- rupanya Tuhan memberikan pelangi setelah hujan membasahi bumi,
Janganlah kita mengalah dan berputus asa,
Usaha dan terus berusaha,
Pasti kejayaan menjadi milik kita,
Andai kita gagal di tengah jalan,
Jangan berhenti, kerana pasti ada sinar harapan.
Sekian, terima kasih.