Anda di halaman 1dari 2

BULETIN SMK SERI BALI

MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL


Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini pendidikan Teknik dan
Vokasional dihasrafkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan
dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang
industri negara. Sebagaimana yang kita ketahui semua sekolah di Malaysia telah
bersetuju untuk mengadakan Minggu Teknik dan Vokasional di setiap sekolah bagi
merealisasikan objektif Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Sehubungan dengan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bali telah
menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik berkaitan dengan teknik dan vokasional.
Antara contoh aktiviti yang diadakan adalah Pertandingan Menyediakan Sandwich,
Membina peta I-THINK, Pertandingan Reka Cipta menggunakan straw dan tambahan pula
Pertandingan lukisan unjuran ortografik serta Pertandingan melukis lakaran rekabentuk.
Aktiviti pertama yang dianjurkan oleh Minggu Teknik dan Vokasional ialah
pertandingan menyediakan sandwich dengan guru penasihat yang bernama Cik. Nik
Nazahiyah, Pn. Siti Rahimah dan Pn. Sumathi. Aktiviti ini telah berlangsung pada hari Rabu
bertempat, di Dewan SMK Seri Bali. Mankala, objektif pertandingan ini ialah untuk
mengenal pasti hidangan sepinggan lengkap dan mengenal pasti adab dan sopan semasa
makan.

Seterusnya, aktiviti kedua ialah membina peta I-Think untuk matapelajaran Ekonomi
dan Asas, Prinsip Perakaun dan Perdagangan. Aktiviti ini dijalankan dengan guru
penasihat iaitu Pn. Sumathi, Pn. Suriana dan Pn. Shahida serta En. Md Azhar. Masa yang
diberikan untuk aktiviti ini adalah sepanjang minggu tersebut di kelas masing-masing.
Manakala objektif membina peta ini ialah melatih membuat nota dengan
mudahdandapatmembantumengingatifaktadenganmudahuntukpersediaanpeperiksaanakhir.

Minggu teknik dan vokasional juga telah menganjurkan pertandingan Reka Cipta
menggunakan straw. Guru penasihatnya bernama Pn. Suriana dan Pn. Nurshahidah yang
bertemakan Jambatan pertandingan ini berlangsung pada hari Rabu di Dewan SMK Seri
Bali. Manakala objektifnya ialah untuk mewujudkan pelajar yang kreatif, inovatif,
imaginatif dan produktif. Tambahan pula, pelajar dapat peka terhadap teknologi semasa.

Aktiviti yang terakhir ialah pertandingan melukis unjuran ortografik untuk tingkatan
2 dan 3 manakala pertandingan melukis lakaran rekabentuk telah dianjurkan khas untuk
pelajar tingkatan 1. Aktiviti ini dianjurkan oleh En. Mohd Samsulnahar dan Pn. Balkhis.
Pertandingan ini telah berlangsung sepanjang minggu Teknik dan Vokasional.
Pertandingan ini bertempat di kelas masing-masing. Objektif pertandingan ini adalah,
mengenal pasti nama dan cara-cara penggunaan alatan lukisan teknik dan megenal pasti
kaedah lukisan unjuran ortografik.
Kesimpulannya, minggu Teknik dan Vokasional banyak manfaat kepada pelajar bagi
mengenal pasti identiti dan minat mereka pada masa depan.

Anda mungkin juga menyukai