Anda di halaman 1dari 4

TEKS CERITA MTQ 2013

SK TUNGKAH MELAYU
TAJUK : PERISTIWA DI LEMBAH SEMUT - NABI SULAIMAN


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa yang setia, barisan pendidik yang berjasa serta rakan-rakan yang
mulia.

,
Insan pilihan nan bijaksana
Diutus Allah menjadi khalifah di dunia
Sifat adilnya berseri taqwa
Ilmu dan hikmahnya bersinar bak suria
Jin serta manusia
Haiwan yang melata
Malah air, awan dan udara
Menjadi rakyat naungannya

Sajak

Nabi Sulaiman empunya nama


Raja beriman Rasul bertaqwa
Assalamualaikum pemula kata
Hamba mohon membuka bicara
Peristiwa di lembah semut tajuk cerita,
Hamba sampaikan untuk semua.

Hadirin sekalian,
Jika anda terlihat seseorang asyik berbual dengan haiwan,, anda tahu di
mana destinasi yang bakal ditujunya?? HmmmTentulah Hospital Mental Kota
Sentosa. Namun tahukah anda terdapat seorang Rasul yang telah dianugerahkan
Allah mampu memahami dan berbicara bahasa haiwan?? Benar, Nabi Sulaiman
berkemahiran memahami pertuturan haiwan, malah boleh memerintahkan jin,angin
dan lain-lain..
Ayahanda Nabi Sulaiman, iaitu Nabi Daud a.s merupakan rasul serta raja
yang memerintah Bani Israil. Sejak kecil, Nabi Sulaiman sudah menampakkan
tanda-tanda kecerdasan, ketajaman otak, kepandaian berfikir serta ketelitian dalam
mempertimbangkan dan mengambil sesuatu keputusan. Allah SWT mengangkatnya
sebagai nabi dan rasul. Setelah ayahandanya wafat, Nabi Sulaiman diangkat
menjadi raja Bani Israil.
Baginda juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap,
memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk
tersebut patuh kepada baginda.
Firman Allah swt :
1




Dan Sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi
Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur Dengan berkata: "Segala
puji bagi Allah Yang Dengan limpah kurniaNya memberi Kami kelebihan mengatasi
kebanyakan hamba-hambaNya Yang beriman".
Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud;
dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, Kami telah diajar
mengerti bahasa pertuturan burung, dan Kami telah diberikan serba sedikit dari
tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); Sesungguhnya Yang demikian ini adalah limpah
kurnia (dari Allah) Yang jelas nyata".
Suatu hari rombongan besar Nabi Sulaiman hendak menuju ke lembah
Asgalan. Rombongan itu terdiri daripada Nabi Sulaiman dan umatnya, iaitu dari
golongan manusia, malaikat, jin serta binatang-binatang . Pada pertengahan jalan,
baginda menyuruh rombongannya berhenti.
Berhentilah sejenak, kita beri waktu kepada makhluk-makhluk Allah untuk
menyelamatkan diri, ucap Nabi Sulaiman.
Wahai Nabiyullah, mengapa kita tiba-tiba berhenti di tengah jalan?, tanya salah
seorang ahli rombongan.
Di depan ada lembah semut yang di dalamnya terdapat jutaan semut, mereka
akan ku suruh untuk berlindung agar tidak terpijak oleh rombongan kita, jawab
Nabi Sulaiman.
Dari jarak yang cukup jauh itu, Nabi Sulaiman nampaknya mendengar dialog
Raja Semut yang menyuruh para semut untuk berlindung. Sungguh, mukjizat yang
hebat , seseorang dapat mendengar perbualan haiwan dari jarak yang jauh.
Lantas, Raja Semut bertitah Hai semut-semut, masuklah kalian ke dalam
sarang agar tidak dipijak oleh rombongan Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman tersenyum mendengar suara semut yang ketakutan itu. Ketika
kaum semut itu tengah sibuk menyelamatkan diri, Nabi Sulaiman menyuruh
kepada rombongannya untuk terus bersyukur kepada Allah SWT. Lihatlah akhlak
Nabi Sulaiman kawan-kawan, meskipun diberi kehebatan, Nabi Sulaiman ini tidak
pernah sombong dan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.
2

Rakan taulan yang dikasihi,


Setelah beberapa saat berhenti, Nabi Sulaiman dan rombongannya kembali
meneruskan perjalanan. Ketika melintasi lembah semut itu , Nabi Sulaiman dan
rombongannya mendapat pujian daripada Raja Semut. Kaum semut bersyukur
kerana sarangnya tidak rosak dan tidak dipijak oleh rombongan Nabi Sulaiman.
Kisah ini terkandung di dalam Al-Quran dalam surah An-Naml ayat 18 :


( 18)








Ertinya : Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut,
Wahai semut-semut ! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak
oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari..
Kawan-kawan semua,
Begitulah kisah Nabi Sulaiman di lembah semut . Pengajaran yang dapat kita
perolehi di sini ialah kita seharusnya bersyukur diatas apa jua kurniaan Allah kepada
kita. Jangan ada sifat sombong diatas kelebihan yang kita perolehi. Itu semua
adalah milik Allah SWT. Gunalah segala kelebihan yang Allah berikan kepada kita
untuk manfaat bersama.
Walaupun dengan kelebihan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada Nabi
Sulaiman yang diantaranya ialah dapat berbicara dengan jin, burung, serangga dan
binatang-binatang , baginda tidak pernah kufur nikmat, malah anugerah-anugerah
tersebut menjadi pemangkin mempertingkatkan iman baginda .
Oleh yang demikian, perlu disedari bahawa umat manusia pada hari ini yang
tidak memiliki kehebatan seperti mana Nabi Sulaiman tidaklah perlu angkuh dan
sombong. Ini adalah kerana Nabi Sulaiman yang mendapat kurniaan dari Allah yang
luar biasa pun tidak merasa sombong dan angkuh. Malah sentiasa memohon
kepada Allah agar ditetapkan lagi keimanannya kepada Allah.

Lagu berentak
Lagu
cindai

Gurindam berkias berseloka


.
Namun ada pengajarannya
Nasihat iktibar yang ditimba
Buat pedoman di hari muka
Nabi Sulaiman raja yang bijaksana
Bahagia Sang Semut selamat dari mala
bahaya
3

Dayung perahu ke pulau Pandan


Orang berdagang di Inderagiri
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Hamba memohon undurkan diri

Pantun

,
............

Anda mungkin juga menyukai