Anda di halaman 1dari 6

KAEDAH TEKNIK PENGAJARAN TILAWAH ALQURAN SEKOLAH RENDAH

KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH


Pengenalan
Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s
kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai Talaqqi Musyafahah. Caranya Jibril
membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut
dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat
berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para
sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan,
seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.
Talaqqi
Talaqqi pada bahasa : pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Talaqqi
pada Istilah : Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Guru
memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut
bacaan guru secara beramai-ramai.
Musyafahah
Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari
pergerakan dua bibir. Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran
secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya
( mengikut ) Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian
murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu Dalam kaedah talaqqi
musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara
langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul
secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan
yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.
Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah
1. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.
2. Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka)
3. Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.
4. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid.

Objektif
1. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.
2. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.
3. Membaca dengan betul dan fasih.
4. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

KAEDAH TEKNIK PENGAJARAN TILAWAH ALQURAN SEKOLAH RENDAH

Ciri-Ciri
1. Disampaikan secara individu dan kumpulan.
2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik
3. Perlu penglibatan murid yang aktif.
4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas.
5. Perlu ada teks.

Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.


1. Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid.
2. Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca.
3. Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru).
4. Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman.
5. Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang.
6. Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis.
7. Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid
mengikut)
8. Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiran membaca,
mendengar bacaan guru dalam kumpulan dengan bimbingan naqib di bawah
pengawasan guru.
9. Mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun
dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya.
10. Guru menerangkan hukum tajwid bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad
imbasan. Guru menulis di papan tulis
11. Pemulihan - dengan mempamirkan carta ayat al-Quran samada ditulis di
papan gulung, manila kad atau sebagainya. Pemulihan boleh dilakukan secara
latihan mengeja dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau murid
turus.
12. Penilaian - guru meminta seorang atau dua orang murid membaca beberapa
ayat. Guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang terdapat di dalam ayat.
13. Aktiviti susulan murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat yang tidak
sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu
berikutnya.

KAEDAH TEKNIK PENGAJARAN TILAWAH ALQURAN SEKOLAH RENDAH

KAEDAH TASMIK
Pengenalan
Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca
mereka akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih,menelaah, menguji
dan megesahkan maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran alQuran, murid diminta membaca dan guru mendengar.
Kaedah Tasmik bacaan ayat al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan
hafazan. Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Jika
terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan. Selepas itu murid boleh ditanya
mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan
dalam ayat yang dibaca.

Objektif
1. Mengetahui pencapaian murid.
2. kenal pasti tahap pencapaian.
3. Menyedarkan kesilapan bacaan.
4. Meningkatkan kemahiran indidvidu.
5. mengklafikasikan murid mengikut pencapaian

Pelaksanaan
1. Guru mendengar dan meneliti bacaan murid.
2. Murid dikehendaki membaca kumpulan dan individu bergilir-gilir.
3. Murid dikehendaki membaca dengan suara yang nyaring.

Kekuatan
1. Guru dapat membetulkan bacaan murid dengan tepat
2. Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik
3. Guru dapat mempastikan murid tidak melakukan kesilapan.
4. Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan murid dengan tepat

KAEDAH TEKNIK PENGAJARAN TILAWAH ALQURAN SEKOLAH RENDAH


5. Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid.

KAEDAH TADARUS
Pengenalan
Pada bahasa : Belajar mengajar
Pada Istilah : Pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang
ayat yang sama atau berlainan dan diteliti oleh ahli halaqah yang lain.
Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi
4 orang. Seorang membaca yang lain mendengar danmembetulkan bacaan jika
terdapat kesalahan dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak
kepada semua kumpulan. Murid-murid membaca secara bergilir-gilir dalam
kumpulannya. Jika sampai kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih
membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya membaca atau
mengeja.

Objektif:
1. Meningkatkan kemahiran sesama murid
2. Guru dapat memantau pencapaian murid.
3. Murid mendapat keyakinan diri.
4. Pencapaian murid dapat diselaraskan.

Prinsip
1 . Bacaan dilaksanakan dalam halaqah.
2. Pembacaan secara bergilir dan diperhati serta dibetulkan oleh ahli halaqah.
3. Apabila berlaku kesalahan, teguran terus dilakukan.
4. Bacaan dilakukan dengan jelas dan terang dan didengari di kalangan ahli.

Pelaksanaan :
1. Hendaklah ditentukan bahan/ ayat.
2. Hendaklah ditentukan ahli dalam kumpulan halaqat mengikut peringkat
kemahiran.
3. Jumlah ahli kumpulan tidak melebihi dari 5 orang.

KAEDAH TEKNIK PENGAJARAN TILAWAH ALQURAN SEKOLAH RENDAH


4. Hendaklah dilantik seorang murid turus sebagai pembimbing/naqib.
5. Guru hanya memantau aktiviti murid, dan hanya membantu apabila perlu
Kekuatan
1. Bimbingan terus guru dan ahli halaqah.
2. Pengajaran dan Pembelajaran secara aktif
3. Berani mencuba

KAEDAH TIKRAR
Pengenalan
Maksud Tikrar pada bahasa ; Ulangan berkali-kali
Pada Istilah :
Aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan mengingati
sesuatu bacaan berulang kali. Selepas guru membaca, murid-murid ikut. Seorang
murid membaca dan dikuti oleh murid-murid lain. Murid-murid membaca secara
kelas. Murid-murid membaca beramai ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain
mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja.

Objektif:
1. Murid dapatmenyebut huruf /kalimah dengan betul dan fasih.
2. Menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang
tekal.
3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.
Pelaksanaan:
1. Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan
2. Memastikan tahap kebolehan murid.
3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan teliti.
4. Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas
hati.
5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya.
Kekuatan:
1. Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.

KAEDAH TEKNIK PENGAJARAN TILAWAH ALQURAN SEKOLAH RENDAH


2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
3. Dapat membina keyakinan diri murid.

Anda mungkin juga menyukai