Anda di halaman 1dari 1

Obesiti merupakan keadaan perubatan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpu

l sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.[1][2] Indiv


idu itu biasanya dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI), yakn
i ukuran yang diperoleh daripada membahagikan berat badannya (dalam kilogram) de
ngan ketinggian seseorang (dalam meter) yang dikuasa dua.[1] Indeks BMI antara 2
0 hingga 25 dianggap normal, individu yang mempunyai BMI lebih daripada 25 dikat
akan memiliki berat terlebih; dengan 30 dan ke atas, mereka ini dianggap obes, d
an dengan 35 dan ke atas, mereka ini dianggap obes parah. Secara umumnya, angka
BMI ini menjadi ukuran kuantitatif yang baik untuk mengenal pasti obesiti seseor
ang. Walaupun begitu, indeks BMI rupanya peramal yang lemah bagi individu yang s
angat cergas, kerana seseorang yang memiliki tisu otot yang lebih tinggi daripad
a individu biasa, memperoleh keputusan BMI yang lebih tinggi daripada normal, wa
laupun badan individu itu sangat besar. Indeks jisim badan ini terpakai untuk or
ang dewasa yang telah membesar sepenuhnya dan tidak harus digunakan untuk kanakkanak yang sedang membesar. Carta pertumbuhan khusus boleh digunakan untuk mengu
kur obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Beberapa negara Asia Timur menggunakan n
ilai yang lebih rendah.[3] Obesiti meningkatkan kebarangkalian menghidap pelbaga
i penyakit berkaitan obesiti, termasuklah penyakit kardiovaskular, diabetes meli
tus tahap 2, apnea tidur obstruktif, jenis-jenis kanser tertentu, osteoartritis,
dan asma.[4]
Obesiti kerap kali terjadi disebabkan oleh kombinasi pengambilan tenaga makanan
secara keterlaluan, kurangnya aktiviti jasmani, dan kerentanan genetik.[1] Terda
pat kes terpencil didapati disebabkan oleh gen, kecelaruan endokrin, pengubatan,
atau penyakit mental.[5] Tiada bukti kukuh sebenarnya yang menyokong pandangan
bahawa orang obes makan sedikit tetapi berat masih bertambah kerana metabolisme
yang rendah.[6] Secara kebiasaannya, orang obes mempunyai penggunaan tenaga yang
lebih banyak berbanding orang yang kurus kerana banyak tenaga diperlukan untuk
mengekalkan jisim badan yang bertambah.[6][7]
Obesiti sememangnya dapat dicegah dengan kombinasi perubahan sosial dan pilihan
peribadi seseorang.[1] Perubahan diet dan bersenam merupakan rawatan utamanya.[4
] Kualiti diet dapat ditingkatkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang b
erlemak tinggi dan bergula tinggi, dan meningkatkan pengambilan serabut diet.[1]
Pengubatan boleh juga diambil, seiring dengan diet yang sesuai, untuk mengurang
kan selera atau mengurangkan penyerapan lemak.[8] Jika diet, senaman, dan pengub
atan tidak efektif, pembedahan boleh dilakukan untuk mengurangkan isi padu perut
atau panjang usus, seterusnya menyebabkan rasa kenyang lebih awal atau menguran
gkan kebolehan menyerap khasiat daripada makanan.[9][10]
Obesiti menjadi antara punca utama kematian boleh elak di serata dunia, dengan p
eningkatan kadar dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak.[1][11] Pada 2014, 600 ju
ta dewasa (13%) dan 42 juta kanak-kanak berumur bawah lima tahun merupakan obes.
[1] Obesiti lazimnya terjadi dalam kalangan wanita berbanding lelaki.[1] Pihak b
erkuasa melihat obesiti merupakan antara masalah kesihatan awam paling serius pa
da abad ke-21.[12] Obesiti dicela dan diaibkan dalam dunia moden (khususnya duni
a Barat), walaupun pernah dilihat sebagai simbol kekayaan dan kesuburan pada sua
tu ketika dalam sejarah dan masih lagi berlangsung di beberapa bahagian di dunia
ini.[4][13] Pada 2013, Persatuan Perubatan Amerika mengklasifikasikan obesiti s
ebagai suatu penyakit.[14][15]

Anda mungkin juga menyukai