Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN POLIS KEM

BT 26, KELAPA SAWIT,


81030 KULAI, JOHOR

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM


SK POLIS KEM
2017

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD SHUKRI BIN ROSLI
SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1.0

TAJUK KERTAS CADANGAN


KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM

TARIKH
TEMPAT
MASA

2.0

: 21 Januari 2017 (Sabtu)


: Dewan Terbuka SK Polis Kem
: 8.00 pagi 4.30 petang

PENDAHULUAN

Barisan kepimpinan unit beruniform , kelab persatuan dan sukan


permainan sekolah adalah para murid yang terpilih yang diberikan
tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal
meningkatkan pencapaian kokurikulum para murid ke tahap yang lebih
baik. Pelajar tersebut memerlukan keyakinan diri untuk bertugas
dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya
mereka memerlukan bimbingan dan panduan.
Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan
kepimpinan ini

memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah

untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Pengerusi dan
Setiausaha unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan juga
perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui
perkembangan bidang kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda
adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap
tugas mereka . Maka atas dasar dan tujuan tersebut kursus kepimpinan
ini sangat sesuai dilaksanakan.
3.0

RASIONAL

Di dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan


peranan penting untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut.
Tanpa ilmu dan keyakinan diri, murid tidak akan dapat menjalankan
peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini murid yang
dilantik

memegang

jawatan

akan

mampu

melaksanakan

tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu perkembangan


kokurikulum di sekolah.
4.0

MATLAMAT

Untuk memastikan para murid terlibat mempunyai pengetahuan dan


kemahiran, mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah
organisasi dan mempraktikkannya.
5.0

OBJEKTIF
5.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan
mengenali kawan-kawan.
5.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu
pengetahuan.
5.3 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu
pasukan..
5.4 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di
hadapan khalayak.
5.5 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara
bijak.
5.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan
diperlukan oleh pihak sekolah

6.0

JAWATANKUASA
Penasihat
Pengerusi 1
Pengerusi 2
Pengerusi 3
Penyelaras
Kem
Setiausaha

: En Mohamad Mohidi Bin Sibli


Guru Besar SK Polis Kem
: En. Azhar Bin Mohamed
GPK Kokurikulum SK Polis Kem
: En. Azlan Shah Bin Abd Aziz
GPK HEM SK Polis Kem
: Pn Zaliah Binti Marjuki
GPK Pentadbiran
: En. Mohd Shukri Bin Rosli
Setiausaha Kokurikulum SK Polis
: Pn. Noramizah Binti Abdul Majid
Naib Setiausaha Kokurikulum

Polis Kem
Ahli-ahli Jawatankuasa:
6..1

Persiapan tempat dan siaraya

SK

En. Ahmad Sukri Bin Ramli


6.2

Sijil , Buku Program dan Jamuan makan


Pn. Zatul Iffah Bt Sahu
Pn. Norhidayah Bt Kamarudin

6.3

Urusetia dan Pendaftaran


Pn. Noramizah Bt Abdul Majid

6.4

Jurufoto dan dokumentasi


En Mohd Shukri Bin Rosli

6.5

Backdrop dan Mengemas


En Borhan Mauzun Bin Ahmad

7.0 BIDANG TUGAS


7.1 Penyelaras program
- Mengadakan perbincangan dengan PK Kokurikulum.
- Membuat kertas kerja dan mengadakan mesyuarat.
7.2
Setiausaha
- Menguruskan makluman kepada peserta kursus.
- Menguruskan surat kepada penceramah.
- Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat.
7.3

Persiapan Tempat dan Siaraya


-

Menyediakan dan menyusun tempat untuk kursus.

Menyediakan tempat duduk dan keperluan penceramah


semasa program.

Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi di PSS.

Mencari alternatif dan back up sekiranya ada gangguan.


.

7.6

Back Drop
-

Menguruskan

backdrop

kursus.
7.7

Pengerusi Majlis

di

bahagian

hadapan

tempat

- Menyediakan draf teks ucapan pengacaraan program dan


majlis penutupan.
- Berbincang dengan penyelaras berkaitan dengan aturcara
majlis.
- Mempengerusikan majlis hingga tamat.
7.8

Jurufoto dan Dokumentasi


-

Mengambil foto di sepanjang majlis berlangsung untuk


didokumentasikan.

7.9

Sijil dan Buku Program


- Berbincang

dengan

penyelaras,

merangka

dan

menyediakan buku program.


- Menyediakan sijil untuk para peserta kursus.
7.10
-

Jamuan
Berbincang dengan penyelaras untuk memastikan jumlah
peserta.

Membuat tempahan makanan dan memastikan tempat


makan adalah bersih dan teratur.

7.11
8.0

Urusetia dan Pendaftaran


Mendaftar masuk semua peserta termasuk guru.

KUMPULAN SASARAN

Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausah dan Bendahari


Unit Uniform, Kelab Persatuan, Sukan Permainan SK Polis Kem.

9.0
BIL
1

STRATEGI PELAKSANAAN

TARIKH
27 Dis
2016

AKTIVITI
TINDAKAN
Perbincangan bersama PK Koku Penyelara
tentang
Kursus
Kepimpinan s
Kokurikulum

CATATAN
Membuat draf 1
kertas
kerja
program.

2 Jan 2017

5 Jan 2017

8 Jan 2017

11 Jan
2017

13 Jan
2017

15 Jan
2017
16 Jan
2017
19 Jan
2017
21 Jan
2017

8
9
10

Menyerahkan kertas kerja untuk


diedit.
Menyerahkan kertas kerja untuk
kelulusan Penasihat
Mesyuarat bersama semua AJK
pelaksana
Makluman kepada Pengerusi
dan Setiausaha melalui Guru
Penasihat
Mendapat maklum balas dari
semua guru penasihat

Penyelara
s
Penyelara
s
Penyelara
s
Setiausah
a

Setiausah
a
Guru
Penasihat
Mendapatkan penceramah atau Setiausah
fasilitator
a
Taklimat akhir bersama ketua Semua
AJK
AJK
Persiapan tempat
AJK
Pelaksanaan Kursus Kepimpinan

Semua
AJK

Membaiki kertas
kerja.
Lulus/ Tidak Lulus
Pengagihan tugas
kepada AJK
Mengedarkan
surat
melalui
Guru Penasihat
Memastikan
jumlah
peserta
kursus
Lancar/Tidak
Lancar/Tidak
Lancar/Tidak
Lancar/Tidak

10.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM KEPIMPINAN


8.00 8.30am

8.30 10.00am :

Pendaftaran Peserta
MODUL 1 : MENGENAL POTENSI DIRI
Proses mengenal diri sebagai seorang
pemimpin
Pengkupasan sikap dan watak peribadi
Tahu dan sedar kekuatan dan kelemahan
diri
Sedar kehebatan dan potensi diri

PENGURUSAN MASA
10.00 10.30am :

Minum Pagi

10.30 1.00pm

MODUL 2 : PENGURUSAN KENDIRI

Elemen Fizikal
Elemen Emosi
Elemen Spiritual
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)
1.00 2.00pm

Makan Tengah Hari / Solat Zohor

2.00 3.00pm

CIRI-CIRI DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG


PEMIMPIN
Faktor-faktor yang menjadikan pemimpin
seorang yang terbilang
Beza antara pemimpin dan juga pengurus
Ciri-ciri

pemipin

menurut

pandangan

Islam.
Tanggungjawab seorang pemimpin

ILMU KOMUNIKASI BERKESAN


Pendedahan sifat tanpa komunikasi
berkesan.
Perubahan emosi dengan komunikasi
berkesan.
Peluang dan halangan di dalam
berkomunikasi.
Kaedah komunikasi terkawal.
3.30 3.30pm

Minum Petang

3.30 4.30pm

PELAN DAN TINDAKAN


Perancangan pemimpin
Plan your work and work your plan
Matlamat-semoga berjaya di dunia dan di
akhirat.
Penyampaian sijil dan penutup

11.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN


Perbelanjaan :
Perkara
Bayaran Saguhati Penceramah
RM 15.00 x 80 peserta

Jumlah
RM1200

Makan Peserta
RM 8.00 x 80 peserta
Fail : RM1.00 x 80 peserta
Fotografi , Dokumentasi , Bahan

RM 640

Edaran dan Sijil


JUMLAH

RM 80
RM 100
RM
2020

12.0

PENUTUP

Sumber

Wang Kokurikulum
(Sahsiah)

Adalah diharapkan di akhir kursus ini para peserta akan dapat


menjalankan

tugas

dan

tanggung

jawab

mereka

sebagai

pemimpin kecil di sekolah dan dapat menjana perubahan ke arah


kecemerlangan

di dalam kelab, persatuan dan unit beruniform

masing-masing. Kursus ini akan dapat menyemai dan menanam


sikap kepimpinan kepada para pelajar serta mengetahui dan
membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk
mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.
Program ini juga diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang
berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan membentuk
barisan kepimpinan unit uniform, kelab dan persatuan, sukan dan
permainan murid yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan
proaktif.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.
(MOHD SHUKRI BIN ROSLI)
Setiausaha Kokurikulum,
SK Polis Kem

.
(AZHAR BIN MOHAMED)
Guru Pen. Kanan Kokurikulum
SK Polis Kem

Disahkan oleh,
.
(MOHAMAD MOHIDI BIN SIBLI)
Guru Besar,
SK Polis Kem

Isi Kandungan Kertas Kerja


1 Tajuk Kertas Kerja
2 Pendahuluan
3 Rasional
4 Matlamat
5 Objektif
6 Jawatankuasa
7 Bidang Tugas AJK
8 Kumpulan Sasaran
9 Strategi Pelaksanaan
10 Jadual Pelaksanaan Program
11 Cadangan Peruntukan Kewangan
12 Penutup

Muka Surat
1
1
1
2
2
2-3
4
5
5
6-7
8
8

10

Anda mungkin juga menyukai