Anda di halaman 1dari 2

LatihanFartlek

Latihan fartlek ialah speed play adalah sejenis latihan daya tahan yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden.
Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit.
Aktiviti latihan ini berkaitan dengan pecutan, yang mana atlit dikehendaki melakukan larian pecut bertempo atau kadar tertentu
yang biasanya ditentukan berdasarkan peratusan daripada keupayaan maksima.
Latihan ini juga boleh dilakukan pada pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya. Ia merupakan satu
bentuk aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan, seolah-olah kita bermain dengan
kelajuan disepanjang permukaan tanah yang berbeza.
Tujuan latihan fartlek bukan hanya untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, tetapi mampu mengelakkan kebosanan
para atlit.
Objektif latihan
1.

meningkatkan dayatahan kardiovaskular

2.

membina dan meningkatkan kepantasan

Rasional
1.

Latihan ini sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi keupayaan aerobik para atlit

2.

Membina kadar kederasan yang diperlukan sebagai salah satu pre-requisite dalam pembinaan kuasa eksplosif.

Prinsip latihan
1.

Latihan fartlek merupakan satu corak latihan bebas di mana jarak dan masa tidak dipentingkan. Atlit adalah bebas
untuk menentukan jarak dan kadar kederasan sendiri.

2.

Kadar intensiti latihan mestilah ditingkatkan secara progresif dari satu masa ke semasa.

3.

Masa rehat untuk aktiviti larian kepantasan dipenuhi oleh rehat aktif seperti berjalan, jogging dan berlari langkah
panjang (striding).

4.

Aktiviti-aktiviti rehat aktif ini akan bermula kembali dengan memulakan larian kepantasan.

Cara melaksanakan latihan fartlek

1.

Pastikan mengikut tatacara sebelum dan selepas melakukan daya tahan kardiovaskular.

2.

Pilih laluan yang sesuai dan selamat seperti di padang sekolah atau di kawasan yang berdekatan dengan sekolah.

3.

Mulakan latihan fartlek dengan pelbagai variasi larian seperti berlari perlahan, berjalan, larian zig zag, lari pecut atau
lari undur secara berterusan.

4.

Lakukan aktiviti sama ada berdasarkan tempoh masa dan jarak.

5.

Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

Anda mungkin juga menyukai