Anda di halaman 1dari 25

Nota Isu Semasa

isu ekonomi

Nota Isu Semasa: Ekonomi

Legal Notice

Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.tipsptd.com dan


diedarkan oleh 'Muaz Hadi Global Ventures (001968529-A)'

Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula


naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi
Akta Hakcipta.

Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web


www.tipsptd.com, sila laporkan kepada kami melalui email
admin@tipsptd.com dan ganjaran sewajarnya akan diberikan
kepada anda

Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip


penting untuk Assessment Center dan Temuduga di masa
hadapan

Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah
hakmilik di bawah tanggungjawab Team Tips PTD dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan
untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini
tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang
liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam
Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan

Team Tips PTD, Oktober 2010

Edisi Pertama Januari 2010


1st revision Mac 2010
nd
2 revision Oktober 2010

INI BUKAN SOALAN RAMALAN. Ianya boleh digunakan sebagai rujukan pantas untuk peperiksaan
bertulis dan PAC nanti. Ianya berdasarkan sumber prima dari akhbar, laman hebahan rasmi kerajaan dan
senarai edaran umum oleh pihak berwajib.

http://tipsptd.com/blog

Page 2

Nota Isu Semasa: Ekonomi

ISU
EKOOMI

http://tipsptd.com/blog

Page 3

Nota Isu Semasa: Ekonomi


PAKEJ RAGSAGA EKOOMI
Lata belakang:

Semasa Bajet 2009 digubal, Amerika Syarikat (AS) sedang mengalami krisis kewangan.
Pihak Kerajaan sememangnya telah menyedari situasi yang berlaku di AS ekoran amalan
sub-prima gadaian oleh bank-bank komersial AS. Kegagalan peminjam-peminjam yang
tidak layak membayar balik pinjaman berkenaan telah menyebabkan berlakunya PL
(non performing loan) atau pinjaman tidak berbayar.

NPL telah mencetuskan kelembapan ekonomi kepada sektor lain dan juga negara-negara
lain yang berurusan dengan AS chain economic effect. Kesan yang paling teruk ialah
terhadap bank-bank AS yang mengeluarkan pinjaman-pinjaman tersebut. Situasi ini telah
mencetuskan ketidaktentuan jangkaan ekonomi dunia. Impak daripada itu telah
memberikan kesan kepada ekonomi Negara.

Krisis ekonomi AS ini menyebabkan pengurangan eksport Malaysia ke AS iaitu daripada


15% pada September jatuh ke tahap -2.6% pada Oktober. Antara sektor pembuatan yang
terkesan oleh situasi ini ialah pengeluar barangan elektrikal di Pulau Pinang.
Pengurangan eksport ke AS bermakna pengeluaran terpaksa dikurangkan. Kos
pengeluaran juga perlu dikurangkan. Sehubungan itu, terdapat kilang-kilang
pengeluar menyingkatkan tempoh kerja atau waktu operasi.

Kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia terus menjejaskan pendapatan Negara.
Ini kerana kebergantungan kepada jualan minyak mentah adalah tinggi dan
menguntungkan. Kejatuhan harga minyak di pasaran dunia turut mengheret
ketidaktentuan pasaran saham dan komoditi tempatan. Ini bermakna krisis yang berlaku
di AS telah menyebabkan pengurangan permintaan terhadap sektor industri tempatan atau
eksport.

Kebijaksanaan pengurusan dan pentadbiran kewangan Negara terbukti apabila situasi


kewangan Negara tetap kukuh berasaskan keteguhan bank-bank tempatan (RWCR:
12.6% dan NPL: 2.4%), simpanan 37% daripada KDNK dan rizab yang tinggi iaitu USD
99.7 bilion dan mampu bertahan sehingga lapan bulan. Namun demikian, kekukuhan ini
tidak terlindung sepenuhnya daripada kesan krisis kewangan global. Pelbagai cara dicari
untuk mengatasi krisis ini melalui penjanaan hasil seperti pengembangan produk di halal
hab, fokus pasaran pelancongan ke negara-negara Timur Tengah, pengembangan dan
pembangunan ICT yang berterusan.

Sebagai langkah positif, Kerajaan telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi
memastikan ekonomi Negara sentiasa kukuh. Pakej-pakej seperti ini telah dilaksanakan
oleh Negara-negara maju yang lain seperti AS (USD700 bilion), China (USD586 bilion),
Korea Selatan (USD10.8 bilion) dan Hungary (USD7 bilion).

http://tipsptd.com/blog

Page 4

Nota Isu Semasa: Ekonomi

Matlamat:

Bertujuan meningkatkan pelaburan domestik, memastikan kuasa beli rakyat terus kukuh
dan mengurangkan pengangguran melalui program-program latihan dan kemahiran.
Kerajaan juga terpaksa mengambilalih pelaburan swasta bagi menggerakkan dan
mewujudkan aktiviti ekonomi. Pakej ini juga menjadi penyelamat kepada projek-projek
pembangunan rakyat dan Negara.

Fokus strategi pakej ialah mengkaji projek-projek yang berpotensi memberikan kesan
berganda dan kandungan import yang tinggi seperti menangguhkan pembelian
Eurocopter oleh ATM. Keutamaan pakej adalah untuk kesejahteraan rakyat dan
kontraktor-kontraktor tempatan contohnya melalui aktiviti ekonomi yang membolehkan
spill over kepada rakyat.

BAJET 2009
Bajet ini dibentangkan pada Ogos 2008 dan menggariskan sebelas langkah ke arah
memperkukuhkan daya tahan ekonomi egara melalui Pakej Rangsangan Ekonomi, iaitu:
1) Jaringan Keselamatan Sosial

Bertujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat, khususnya melalui skim-skim bantuan


tertentu;
Menetapkan garis par kemiskinan RM720 (Semenanjung), RM830 (Sarawak) dan
RM960 (Sabah);
Mempercepatkan pelaksanaan pendaftaran secara liputan penuh penerima bantuan
kebajikan masyarakat berdasarkan tahap kelayakan baru selaras dengan peningkatan
paras Pendapatan Garis Kemiskinan;

2) Dasar Jaminan Makanan

Bahan makanan yang tidak mencukupi disebabkan kekurangan pengeluaran dalaman.

3) Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat

Bajet 2009 membolehkan rakyat meningkatkan pendapatan untuk kegunaan keluarga atau
take home tea;
Mekanisme ini dilaksanakan melalui semakan semula ke atas kelayakan pembayaran
cukai pendapatan;

http://tipsptd.com/blog

Page 5

Nota Isu Semasa: Ekonomi

Sehubungan itu seramai lebih kurang 100,000 rakyat dikategorikan sebagai belum layak
untuk membayar cukai pendapatan masing-masing;
Mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% kepada 8% selama 2
tahun mulai 1 Januari 2009;
Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan dana tambahan skim mikro kredit sebanyak
RM200 juta;
Menambah premis perniagaan untuk usahawan kecil dan sederhana yang berjumlah
RM100 juta;

4) Menjamin Kebajikan Pekerja

Memberi sumbangan kepada pekerja sektor swasta pelepasan cukai kepada individu yang
dibayar elaun sebanyak RM2500 sebulan dan penerima kupon RM1000 sebulan;
Membenarkan penjawat awam untuk mengambil pinjaman perumahan bagi hartanah di
pasaran sekunder di mana hak milik strata belum dikeluarkan;
Melanjutkan bayaran balik pinjaman perumahan Kerajaan sedia ada secara sukarela
daripada 25 tahun kepada 30 tahun;
Meningkatkan had kelayakan pinjaman kereta bagi penjawat awam, iaitu:
o JUSA - daripada RM60,000 kepada RM70,000
o Gred 41 54 - daripada RM55,000 kepada RM65,000
o Sokongan - daripada RM45,000 kepada RM55,000

5) Menambah Baik Pengangkutan Awam

Memperuntukkan sejumlah RM35 bilion untuk pembangunan infrastruktur pengangkutan


awam mulai tahun 2009 hingga tahun 2014;
Memantapkan dan menyelenggarakan sistem pengangkutan awam khususnya LRT,
komuter dan bas di bandar-bandar utama (RM500 juta);
Pelaksanaan projek-projek kecil di bawah Program Penyelenggaraan Awam (PIA) dan
Projek Infrastruktur Asas (PIAS) yang bernilai RM600 juta.

6) Program Perumahan

Bagi memastikan setiap rakyat mampu memiliki rumah kediaman masing-masing, SPNB
dipertanggungjawabkan untuk membina 6500 unit rumah mampu milik melalui program
Rumah Mesra Rakyat;
Manakala Jabatan Perumahan Negara, KPKT akan membina 4,000 unit rumah kediaman
melalui Program Perumahan Rakyat;
Kementerian Luar Bandar dan Wilayah akan membina 15,000 unit rumah kediaman
melalui program PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin);

http://tipsptd.com/blog

Page 6

Nota Isu Semasa: Ekonomi

Kerajaan juga menggerakkan semula projek-projek perumahan terbengkalai di kawasankawasan strategik dan berdaya maju. Tanggungjawab ini diamanahkan kepada SPNB
dengan nilaian sejumlah RM200 juta.

7) Mempertingkatkan Program Latihan dan Kemahiran

Menyediakan Dana Program Latihan Kemahiran sejumlah RM300 juta bagi memenuhi
keperluan tenaga kerja di Koridor Pertumbuhan;
Mempercepatkan proses pengambilan kakitangan bagi jawatan kritikal yang amat
diperlukan di sektor awam (18,000 kekosongan) secara kontrak (contract for service)
sebelum dilantik secara tetap;
Membiayai program latihan kemahiran golongan belia di institut latihan swasta (RM200
juta);
Memperkasakan golongan belia melalui program-program khusus oleh agensi-agensi
berkenaan (RM100 juta);
Bantuan kewangan kepada sekolah bantuan Kerajaan (SBK) iaitu sekolah agama bantuan
Kerajaan, SJK Cina dan Tamil serta mission school (sekolah ibadat) sejumlah RM200
juta.

8) Memantapkan Perkhidmatan Kesihatan

Menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggarakan hospital.

9) Persekitaran Kondusif Bagi Pelaburan Swasta

Mewujudkan Dana Pelaburan sejumlah RM1.2 bilion yang bertujuan menarik pelaburan
swasta ke dalam Negara;
Mempermudah proses pengambilan tenaga kerja profesional, pengiktirafan kelayakan
asing;
Memberikan kemudahan permit terus kepada knowledge worker berbanding aplikasi
semasa iaitu memberikan permit kepada majikan;
Menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur lebar Berkelajuan Tinggi (high speed broad band
HSBB) yang bernilai RM400 juta bagi meningkat keupayaan komunikasi;
Menghapuskan duti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang untuk sektor
pembinaan dan pembuatan;
Semua Approved Permit (AP) bagi keluaran besi keluli panjang akan dikecualikan cukai;
Libatkan GLC dalam pembangunan wilayah koridor seperti PETRONAS ECER, SIME
DARBY NCER, KHAZANAH WILAYAH ISKANDAR serta lainnya.

10) Mempromosikan Pelancongan

http://tipsptd.com/blog

Page 7

Nota Isu Semasa: Ekonomi

Membenarkan individu atau entiti asing untuk membeli hartanah komersil bernilai
RM500,000 atau lebih untuk kegunaan sendiri tanpa kelulusan FIC;
Melanjutkan masa perniagaan pasar raya besar dan pusat membeli belah untuk
kemudahan pelancong asing;
Mempergiatkan Pelancongan
Mempermudah dan mempercepatkan proses pengeluaran visa di bawah program
pelancongan dan pendidikan.

11) Pelan Tenaga egara

Memantapkan pendidikan awal kanak-kanak pra-sekolah melalui PERMATA, Tadika


serta lainnya (RM200 juta).
Secara keseluruhannya Pakej Rangsangan RM7 Bilion adalah berasaskan lima teras misi
nasional melalui strategi-strategi khusus bajet 2009 dan mencakupi tiga fokus utama iaitu
menjamin kesejahteraan rakyat (RM2,600 juta), membangunkan modal insan berkualiti
(RM1,000 juta) dan memperkukuhkan daya tahan Negara (RM3,400 juta).

http://tipsptd.com/blog

Page 8

Nota Isu Semasa: Ekonomi


HARGA MIYAK
Faktor kenaikan harga minyak mentah dunia:

Harga minyak mentah dunia, yang berpandukan harga minyak mentah jenis West Texas
Intermediate (WTI), meningkat kerana:
 Permintaan minyak mentah dunia yang tinggi (85.9 juta tong sehari pada tahun 2007),
terutama daripada China dan India, berbanding dengan bekalan (84.9 juta tong sehari)
 Keadaan geopolitik yang tidak stabil dan tidak menentu di beberapa negara OPEC seperti
Iran dan Iraq yang menjejaskan pengeluaran minyak mentah
 Cuaca buruk yang dialami beberapa negara pengeluar minyak seperti Hurricane Emily di
Mexico yang menjejaskan pengeluaran minyak di negara itu
 Aktiviti spekulasi pembelian minyak mentah masa hadapan (futures trading)

Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah meningkat tinggi di pasaran
dunia. Harga minyak mentah jenis WTI, telah meningkat daripada purata AS$41.60 setong
(tahun 2004) kepada AS$72.28 setong (tahun 2007). Pada bulan Disember 2007 harga
purata adalah sebanyak AS$91.36 setong dan terus meningkat kepada AS$92.98 setong pada
bulan Januari 2008.

Harga minyak mentah jenis Tapis (minyak mentah keluaran Malaysia) turut meningkat
daripada purata AS$41.48 setong pada tahun 2004 kepada AS$78.30 pada tahun 2007. Pada
bulan Januari 2008 harga purata terus meningkat kepada AS$96.74 setong.

Faktor kenaikan harga minyak kita walaupun egara kita menghasilkan minyak:

Malaysia mengeluarkan minyak jenis Tapis, namun minyak tersebut tidak digunakan dalam
negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika
dieksport.
 Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk
kegunaan tempatan. Dengan ini Malaysia mendapat keuntungan dengan mengeksport
minyak yang lebih mahal dan mengimport minyak yang lebih murah.

Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan Malaysia.
Walaubagaimanapun, OPEC memainkan peranan penting dalam menentukan tahap

http://tipsptd.com/blog

Page 9

Nota Isu Semasa: Ekonomi


pengeluaran minyak dunia tetapi ia tidak mampu mempengaruhi harga pasaran minyak
sepenuhnya.

Dari segi produk petroleum tempatan (petrol, diesel dan LPG), PETRONAS hanya
membekalkan 42 peratus daripada pasaran runcit produk petroleum. Bakinya dibekalkan
oleh syarikat asing seperti Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron.
 Jika harga runcit produk petroleum hendak dikekal rendah, Kerajaan terpaksa
menanggung keseluruhan subsidi minyak dan adalah tidak bijak Kerajaan berbuat
demikian. Jika PETRONAS pula dikehendaki menanggung keseluruhan subsidi tersebut,
bermakna PETRONAS juga terpaksa menanggung subsidi yang sepatutnya dibayar oleh
Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron. Ini kerana Kerajaan tidak boleh memaksa
syarikat minyak asing untuk menanggung subsidi tersebut kerana ia bukan milik
Kerajaan.

Harga petrol RO97 dan diesel di Malaysia berbanding negara jiran:

Harga petrol RON97 dan diesel di Malaysia adalah lebih murah daripada kebanyakan negara
ASEAN. Malah, ia adalah antara yang terendah di dunia.

Langkah Kerajaan memastikan harga produk petroleum lebih rendah daripada negara
jiran:

Kerajaan memastikan harga produk petroleum (petrol, diesel dan LPG) rendah dengan
memberi subsidi dan pengecualian cukai jualan kepada pengguna.

Dengan adanya subsidi, harga runcit bagi satu tong gas seberat 12 kilogram di Semenanjung
adalah RM21.00 sedangkan harga sebenar ialah RM45.61. Jadi bagi setiap tong gas 12kg di
Semenanjung, Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM24.61. Subsidi yang ditanggung
oleh Kerajaan bagi setiap tong gas 12kg di Sabah ialah RM25.38 manakala di Sarawak ialah
RM25.28.

Perlunya Kerajaan berhemat dalam pemberian subsidi bagi produk petroleum:

Jumlah tanggungan subsidi Kerajaan semakin besar iaitu RM16.2 bilion pada tahun 2007.
Sekiranya harga minyak mentah dunia terus meningkat, tanggungan subsidi Kerajaan juga
turut meningkat.

Apabila jumlah subsidi dan pengecualian cukai jualan semakin meningkat, wang yang ada
untuk tujuan pembangunan serta subsidi sektor lain terpaksa dikurangkan.

http://tipsptd.com/blog

Page 10

Nota Isu Semasa: Ekonomi

Pemberian subsidi dan pengecualian cukai jualan yang tidak berhemat akan meningkatkan
perbelanjaan pengurusan Kerajaan dan seterusnya memburukkan keadaan defisit akaun
Kerajaan.

Ini akan menyebabkan Kerajaan terpaksa terus berhutang bagi menampung perbelanjaan
yang semakin meningkat tersebut. Sekiranya keadaan ini berterusan, beban hutang akan
terus ditanggung oleh generasi akan datang.
Masalah penyelewengan penggunaan subsidi:

Tujuan Kerajaan memberi subsidi minyak adalah untuk mengurangkan beban golongan
berpendapatan rendah dan sederhana. Sebaliknya, subsidi lebih banyak dinikmati oleh
golongan kaya yang menggunakan kenderaan mewah berbanding dengan golongan sasar
yang hanya menggunakan kereta berkuasa kecil dan motorsikal.

Harga runcit produk petroleum dalam negeri jauh lebih rendah berbanding harga runcit di
negara jiran. Ini menggalakkan kegiatan penyeludupan ke luar negara yang bererti rakyat
asing dapat menikmati subsidi tersebut. Dengan kata lain, wang rakyat Malaysia digunakan
untuk faedah rakyat negara jiran dan penyeludup.

Subsidi produk petroleum hanya diberikan kepada pengguna kenderaan persendirian dan isi
rumah serta sektor tertentu seperti sektor pertanian dan pengangkutan awam termasuk bot
penumpang. Walau bagaimanapun, berlaku penyelewengan penjualan produk petroleum
bersubsidi tersebut kepada sektor perindustrian dan ini menguntungkan pihak tidak
sepatutnya menikmati subsidi berkenaan.

Pemberian subsidi produk petroleum tambahan kepada sektor-sektor tertentu:




Tujuan: Mengurangkan beban rakyat, terutama mereka berpendapatan rendah dan


sederhana serta memastikan harga barangan dan perkhidmatan tidak meningkat dengan
mendadak.
 Pengusaha kenderaan awam dan perdagangan di bawah Sistem Kawalan Diesel
Bersubsidi. Sebanyak 84% pengangkutan awam dan pengangkutan barangan pengguna
atau lebih 275,900 kenderaan layak menikmati harga diesel bersubsidi pada harga
RM1.43 seliter. Harga ini adalah 15 sen lebih rendah berbanding harga semasa RM1.58
seliter untuk pengguna lain.
 Sebanyak 20 jenis kenderaan termasuk bas sekolah, bas ekspres, bas mini, kereta sewa
dan teksi layak menggunakan kemudahan fleetcard ini di 3,121 stesen minyak di
seluruh negara. Surat kelulusan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
 Pelaksanakan Sistem e-Diesel Nelayan bagi sektor perikanan. Melalui sistem ini
Kerajaan menetapkan diesel bersubsidi pada harga RM1.00 seliter kepada kira-kira
18,000 nelayan di seluruh negara.

http://tipsptd.com/blog

Page 11

Nota Isu Semasa: Ekonomi


 Seramai 15,000 nelayan pesisir pantai yang menggunakan bot dengan enjin sangkut
petrol dan berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga menikmati
petrol bersubsidi pada harga RM1.00 seliter.
 Diesel bersubsidi juga diberikan kepada pengusaha bot penumpang di pedalaman Sabah
dan Sarawak pada harga RM1.20 seliter.

Sumbangan PETROAS:


PETRONAS = Sebuah syarikat yang ditubuhkan Kerajaan pada tahun 1974, bertujuan untuk
membangunkan sumber minyak dan gas negara.

Kini, PETRONAS telah berkembang untuk menjadi sebuah syarikat minyak dan gas yang
tersenarai dalam Fortune Global 500, iaitu tergolong sebagai salah satu syarikat terbesar
dunia. PETRONAS mempunyai empat anak syarikat yang disenaraikan dalam Bursa
Malaysia dan beroperasi di lebih 33 buah negara. Ini menjadikan PETRONAS sebagai
sebuah syarikat minyak dan gas multinasional.

Sumbangan besar PETRONAS kepada negara:


 Menyumbang RM48.3 bilion dalam bentuk cukai, dividen dan royalti pada tahun
2007. Jumlah ini merupakan 66.2 peratus daripada keuntungan kasar.
 Dalam sektor pendidikan, PETRONAS telah menubuhkan Universiti Teknologi
Petronas dan Institut Teknologi Petroleum bagi menyediakan peluang pengajian
di peringkat tertiari.
 Memberi biasiswa kepada pelajar berkelayakan di sekolah menengah dan di
universiti tempatan dan luar negara.
 Petrosains di KLCC yang dimiliki dan dikendali oleh PETRONAS adalah bagi
mendedah dan meningkatkan minat para pelajar dan generasi muda terhadap ilmu
sains dan teknologi. Pendedahan ini diharap menjadi langkah pertama ke arah
mendalami imu tersebut dan seterusnya melahirkan ahli sains dan teknologi
tempatan yang berwibawa.
 Pembinaan KLCC merupakan mercu tanda utama pembangunan negara manakala
Taman Rekreasi KLCC disediakan secara percuma untuk kegunaan semua
golongan masyarakat.
 PETRONAS melalui anak syarikatnya Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. sebagai
pemaju Putrajaya telah menyumbang kepada pembangunan Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan di Putrajaya. Di samping itu, PETRONAS berperanan
sebagai agensi peneraju Koridor Ekonomi Wilayah Timur.

http://tipsptd.com/blog

Page 12

Nota Isu Semasa: Ekonomi


 Dalam sektor pelancongan, PETRONAS telah menganjurkan sukan elit Formula 1
di Malaysia sebagai salah satu strategi penjenamaan Malaysia di peringkat
antarabangsa dan sebagai satu usaha untuk menggalakkan pelancongan di dalam
negara. Di samping itu, PETRONAS melibatkan diri dalam teknologi
pembangunan enjin automatif bagi Formula 1 dan kegunaan komersil.
 Memberi subsidi gas kepada sektor tenaga dan sektor bukan tenaga berjumlah
RM58.2 bilion bagi tempoh Mei 1997 hingga Mac 2007. Harga gas yang
ditetapkan kepada sektor tenaga pada masa ini hanyalah RM6.40 setiap million
British Thermal Unit (mmbtu) sahaja sedangkan harga gas berasaskan harga
komersial ialah sebanyak RM40.53 setiap mmbtu. Pada tahun 2006, PETRONAS
telah membelanjakan sebanyak RM15.6 bilion untuk membekalkan gas bersubsidi
kepada sektor tenaga dan bukan tenaga.

Isu Kenaikan Harga Minyak


Kerajaan bertindak melakukan penstrukturan semula pakej subsidi bagi petrol dan diesel
berikutan kenaikan harga bahan api tersebut di pasaran dunia. Harga petrol di negara ini
dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa 5 Jun 2008. Ini
merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sebelum ini. Manakala harga
diesel naik sebanyak RM1.00 seliter kepada RM2.58 seliter daripada harga asal iaitu RM1.58
seliter.
Pengenalan
Harga bahan api petrol dan diesel telah ditetapkan sebanyak RM2.70 seliter bagi petrol dan
RM2.58 seliter bagi diesel, berkuat kuasa 5 Jun 2008. Harga tersebut meningkat sebanyak 78 sen
seliter bagi bahan api petrol dan RM1 setiap liter bagi diesel.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan kenaikan harga
petrol dan diesel di negara ini berikutan harga minyak mentah dunia mencecah AS$ 125 setong.
Bantuan Subsidi Kerajaan
Berikutan peningkatan harga bahan api mencecah 40 peratus berbanding harganya sebelum ini,
kerajaan prihatin dan mengambil kira nasib rakyat dengan membayar subsidi minyak secara
tunai kepada pemilik kenderaan di bawah skim baru subsidi bahan api.
Walau bagaimanapun, pada hakikatnya kerajaan akan memulangkan semula sebahagian daripada
kenaikan itu kepada pengguna dalam bentuk rebat tunai sebaik sahaja mereka memperbaharui
cukai jalan kenderaan masing-masing.
Bayaran Rebat Tunai

http://tipsptd.com/blog

Page 13

Nota Isu Semasa: Ekonomi


Bayaran rebat tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuat kuasa 1 April 2008 hingga
31 Mac 2009 yang akan diberikan dalam bentuk kiriman wang yang boleh ditunaikan di Pejabat
Pos Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.
Bayaran itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan melalui 686 rangkaian Pos Malaysia di
negara ini.
Rebat Tunai Kepada Pemilik Kenderaan
Bayaran sebanyak RM625 setahun kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin
sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti enjin sehingga RM2500cc.
Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran
tunai sebanyak RM150 setahun.
Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori menerima bayaran
tunai, mereka akan dibantu menerusi pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 untuk kenderaan
melebihi 2000cc dan RM50 untuk motosikal berkapasiti enjin melebihi 250cc.
Kerajaan juga membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan bantuan
khas kepada pengusahanya bagi mengimbangi kenaikan harga gas. Harga gas untuk sektor
industri telah dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54.

Tarif Elektrik Baru Untuk Semenanjung


Perdana Menteri turut mengumumkan tarif elektrik baru untuk Semenanjung Malaysia. Ia
membabitkan peningkatan berkuat kuasa 1 Julai 2008, sebanyak:

26 peratus untuk pengguna komersial dan industri,


18 peratus untuk peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta perusahaan
kampung yang menggunakan tidak melebihi 200 Kilowat Jam (kWj) setiap bulan.

Bagaimanapun, struktur tarif elektrik baru itu tidak membabitkan isi rumah yang menggunakan
200 kWj ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60.
Agihan Subsidi Kerajaan
Walaupun, pakej penstrukturan semula subsidi itu telah menjimatkan peruntukkan subsidi
kerajaan sebanyak 13.7 billion, kerajaan masih lagi terpaksa menanggung peningkatan subsidi
petroleum dan makanan sebanyak RM42.6 billion.
Peruntukkan subsidi daripada penjimatan penstrukturan semula tersebut sebenarnya akan
disalurkan semula bagi kepentingan rakyat dengan agihan kepada pelbagai subsidi seperti
berikut:-

http://tipsptd.com/blog

Page 14

Nota Isu Semasa: Ekonomi

Subsidi dasar jaminan bekalan makanan negara (RM 4 billion);


Subsidi minyak masak (RM1.5 bilion);
Subsidi pembelian beras import (RM400 juta);
Subsidi tepung (RM200 juta);
Subsidi roti (RM100 juta);
Subsidi petrol, diesel dan gas (RM7.5 bilion).

Tujuan Penstrukturan Semula Harga Petrol dan Diesel


Kos petrol dan komoditi di peringkat global, sudah mengalami kenaikan yang drastik.

Subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil.
Penstrukturan baru subsidi itu adalah pendekatan terbaik bagi menangani masalah yang dihadapi
negara berikutan peningkatan harga minyak mentah dunia.
asihat Kerajaan kepada Rakyat
Rakyat perlu mengamalkan cara hidup yang mengutamakan penjimatan dan mengurangkan
pembaziran bagi mengelakkan situasi buruk yang mungkin dihadapi.
Kita perlu menerima hakikat bahawa apa yang dilakukan kerajaan bukan hanya untuk faedah
kesemua 27 juta rakyatnya tetapi juga mengambil kira kepentingan generasi akan datang.
Penarikan subsidi minyak tidak dilakukan secara 'melulu' tetapi turut mengambil kira golongan
yang berpendapatan rendah.
Tanggungjawab Rakyat Untuk Memulakan Langkah Penjimatan

Pengguna di negara ini terpaksa mengkaji semula pola perbelanjaan bagi


menyesuaikannya dengan kenaikan kos sara hidup termasuk membuat perancangan
semula kewangan dan gaya hidup.

Melakukan langkah jimat-cermat dalam kehidupan. Jika terdapat kawasan di halaman


rumah, mulalah bercucuk tanam. Ini dapat menjimatkan kos membeli sayur-sayuran.

Bagi mereka yang tinggal di rumah bertingkat seperti pangsapuri, mereka boleh bercucuk
tanam di dalam pasu atau mengikut kaedah penanaman hidroponik.

Bagi mengurangkan kos pengangkutan, beralihlah kepada pelbagai jenis pengangkutan


awam yang ada untuk ke tempat kerja atau destinasi-destinasi lain.

Amalkan berkongsi kenderaan. Gunakan kenderaan yang lebih kecil kemampuan


enjinnya (cc). Kenderaan kecil menggunakan minyak yang kurang berbanding kenderaan
berkuasa tinggi dan besar.

Kos perbelanjaan di rumah juga perlu dikurangkan. Langkah berjimat-cermat boleh


dilakukan terhadap kos utiliti seperti bil elektrik, telefon dan air. Perbelanjaan telefon di
rumah atau telefon bimbit dengan mengurangkan panggilan yang tidak perlu.

http://tipsptd.com/blog

Page 15

Nota Isu Semasa: Ekonomi

Jika perlu gunakan khidmat pesanan ringkas (sms) kerana kadarnya lebih rendah.
Hentikan langganan perkhidmatan telefon bimbit seperti nada dering, permainan,
maklumat tertentu dan sebagainya.

http://tipsptd.com/blog

Page 16

Nota Isu Semasa: Ekonomi


Keratan Akhbar:
(1)

Rencana Utusan Malaysia (02/06/2008)

Pengguna Mesti Kreatif Hadapi Krisis Minyak


MOHD. (AHAR MOHD. ARSHAD, University of Tasmania, Australia

Sudah banyak keluhan dan kegusaran yang kita dengar berikutan isu harga minyak yang terus
mencatatkan rekod tertinggi saban hari. Para individu, syarikat-syarikat dan pihak kerajaan di
seluruh dunia semakin waspada dengan senario kenaikan sekarang.
Rakyat Malaysia meskipun cemas dengan berita kenaikan harga minyak, tetapi masih mendapat
subsidi yang sedikit sebanyak menjadikan pengguna di negara ini tidak begitu terdedah secara
langsung dengan keadaan pasaran minyak semasa.
Berpeluang tinggal di Australia dan menggunakan kereta di sini, kesan kenaikan harga minyak
dunia sangat dirasai. Keadaan di Australia agak berbeza kerana stesen petrol di sini meletakkan
harga minyak mengikut perubahan harga pasaran.
Lebih memeritkan, pembelian minyak juga dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ini
menjadikan para pemandu di sini lebih merasakan bahana krisis sekarang. Berikutan harga
minyak di Australia yang berubah mengikut harga semasa, para pengguna di sini responsif
dengan perkembangan yang berlaku.
Apa yang menarik, dalam keadaan krisis yang memuncak, manusia menjadi semakin kreatif.
Pelbagai kaedah dicari sebagai alternatif untuk mengurangkan beban kenaikan kos bahan bakar.
Antaranya, terdapat pengguna yang menggunakan minyak masak sayuran yang dikitar semula
sebagai bahan api kenderaan. Perkara ini semakin popular dan semakin banyak kajian sedang
dijalankan bagi mempertingkatkan kadar efisiensi pembakaran.
Ada juga yang menaiki kuda sebagai kenderaan. Kuda sukar diperolehi di Malaysia, tetapi
alternatif basikal boleh diambil kira. Kedua-dua kaedah ini selain tidak memerlukan minyak,
membolehkan kita beriadah di samping mesra alam. Rasanya, penggunaan motosikal adalah
lebih popular bagi kebanyakan kita di Malaysia.
Jika rakyat Malaysia memilih alternatif bermotosikal sebagai langkah berjimat, sayugia
diingatkan agar para penunggang motosikal lebih berhati-hati. Seperti kita sedia maklum, korban
di jalan raya di Malaysia kebanyakannya melibatkan mereka yang bermotosikal.
Selain itu, terdapat juga ura-ura penerbangan tambang murah JetStar akan memperlahankan
kelajuan kapal terbangnya bagi mengurangkan penggunaan tenaga. Dengan ini pihak syarikat
dikatakan tidak perlu menaikkan tambang tiket di mana jika ini dibuat, tiadalah maknanya istilah
penerbangan tambang murah lagi.

http://tipsptd.com/blog

Page 17

Nota Isu Semasa: Ekonomi


Jika harga minyak dunia terus melonjak, diramalkan kerajaan Malaysia akan terpaksa
memindahkan sedikit beban kenaikan ke atas para pengguna. Pasti pengguna di Malaysia kecewa
kerana kita punya syarikat minyak nasional yang pada hemat ramai, jika wang hasil minyak
cermat diurus, manfaat kepada ramai wajar sama-sama kita rasai.
Para pengguna perlu mengambil langkah awal sebelum harga minyak mencecah AS$200 setong.
Jika anda selama ini berulang berpuluh-puluh kilometer dari tempat kerja, mungkin mencari
rumah yang dekat dengan pejabat perlu difikirkan. Kebergantungan terhadap pengangkutan
awam juga akan semakin meningkat dalam keadaan harga minyak yang tinggi. Di sini, tahap
kecekapan sistem pengangkutan awam di Malaysia perlu direformasikan.
Cadangan mewujudkan bas ekspres rakyat juga adalah sesuatu yang baik. Yang kurang enaknya,
jurang kaya dan miskin mungkin semakin ketara. Mungkin kita akan kembali seperti dulu, boleh
memilih menaiki bas berhawa dingin atau bas tidak berhawa dingin (boleh dibuka tingkapnya).
Alternatif lain ialah dengan berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Mungkin para majikan juga
perlu dirayu untuk menaikkan elaun perjalanan.
Melihat dari sudut positif, kesempatan krisis minyak kali ini juga sejajar dengan kegawatan
peningkatan suhu dunia. Semakin kita berusaha mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil,
semakin kuranglah kesan negatifnya kepada alam sekitar.

2) Rencana Utusan Malaysia (13/06/2008)

Berganding Bahu Hadapi Krisis Harga Minyak Global


MENGUMUMKAN keputusan untuk tidak lagi menaikkan harga petrol dan diesel pada tahun
ini semestinya bukan satu tugas yang mudah di pihak kerajaan.
Apatah lagi dalam keadaan semua orang tahu bahawa harga minyak di pasaran dunia akan terus
melonjak dan dijangka berada pada paras yang tinggi menjelang akhir tahun ini.
Ini bermakna dalam tempoh enam bulan dari sekarang, waima tinggi mana sekali pun harga
minyak global, Malaysia akan mengekalkan harga di paras yang diputuskan pada 4 Jun lalu.
Berikutan keputusan itu, kerajaan semestinya tidak mempunyai pilihan selain terpaksa
menanggung perbelanjaan tambahan setiap kali harga minyak di pasaran dunia meningkat pada
bulan-bulan mendatang.
Hakikatnya kerajaan terpaksa berhadapan dengan dilema serta kesukaran untuk mengimbangi
kenaikan harga minyak di pasaran dunia dengan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

http://tipsptd.com/blog

Page 18

Nota Isu Semasa: Ekonomi


Menanggung subsidi terlalu besar sehingga mengakibatkan kemerosotan rizab negara sematamata untuk memastikan harga minyak kekal rendah pasti memberi kesan kepada ekonomi.
Mengurangkan subsidi dengan menaikkan harga petrol serta diesel pula mengundang kemarahan
rakyat kerana rantaian kesannya yang bukan sedikit.
Sebab itu kerajaan mengumumkan pembayaran rebat kenderaan melibatkan perbelanjaan
sebanyak RM5 bilion bagi mengurangkan beban rakyat.
Begitu juga dengan langkah-langkah lain yang menjurus kepada penjimatan perbelanjaan
kerajaan di sektor awam supaya ia dapat disalurkan pula bagi projek berkepentingan rakyat.
Itu pun nampaknya masih belum dapat meredakan kegusaran rakyat kerana kenaikan harga
barangan dan perkhidmatan berlaku secara terang-terangan.
Justeru keputusan kerajaan untuk menjadikan kenaikan harga petrol 78 sen seliter dan diesel
RM1 seliter sebagai episod terakhir bagi tahun ini harus dihargai oleh rakyat.
Bahawa keputusan untuk 'menggalas' beban perbelanjaan tambahan yang pastinya bukan sedikit
sehingga akhir tahun ini amat signifikan dan besar ertinya kepada negara.
Ia juga menuntut kekuatan di pihak kerajaan untuk mengumumkan keputusan yang amat besar
termasuk dari sudut kesannya kepada ekonomi negara selepas RM5 bilion diperuntukkan untuk
membayar rebat kenderaan.
Justeru peranan rakyat baik di peringkat atasan mahu pun bawahan ialah melengkapkan
'pengorbanan' kerajaan dengan membuang segala tabiat lama yang menjurus kepada pembaziran.
Tidak ada gunanya jika kerajaan berhabisan dalam usaha mengurangkan beban pengguna tetapi
penerimaan di pihak rakyat hanyalah dalam bentuk bantahan serta demonstrasi.
Rakyat dan kerajaan mesti berganding bahu menghadapi krisis ekonomi yang muncul dalam
bentuk peningkatan harga minyak global yang sudah pasti tidak akan ada penyusutannya.

http://tipsptd.com/blog

Page 19

Nota Isu Semasa: Ekonomi


DASAR PESWASTAA
Latar belakang:

Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun
1983 apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia yang
juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara.

Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu


proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi. Pada
dasarnya, penswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang
tertentu kepada sektor swasta.

Rasional:
Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan perasmian conference The Securities Industri in Malaysia
pada 28hb April, 1984 menyatakan....
Goverment the world over are notorious for inefficiency when running enterprises, even
aided by monopoly and the authority of Government. On the other hand, the private
sector is better motivated and generally more efficient. It is hoped that privatisation will
improve the economic and general performance of the services, resulting in a more rapid
growth of the nation as a whole'.
Sektor awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan menentukan arah dan
penyediaan perkhidmatan tetapi telah juga terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan
perdagangan di Malaysia.
Saiz sektor awam telah berkembang dengan begitu pesat sekali dalam 10 tahun yang lalu.
Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan begitu besar sekali dari 28% pada tahun 1975
kepada 36% pada tahun 1982 dan ini merupakan satu beban kewangan yang besar untuk
ditanggung oleh Kerajaan. Keadaan ekonomi meleset juga menjadi faktor-faktor utama yang
membawa kepada Dasar Penswastaan ini diperkenalkan.
Objektif:
(i) Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan
 Pada masa yang lepas, pihak Kerajaan telah membelanjakan ribuan juta ringgit dalam
sektor kesihatan, pertahanan, air, api, jalan keretapi, pelabuhan, lapangan terbang dan
sebagainya, dan perbelanjaan tersebut terus meningkat dari masa ke semasa dan kadar
pulangan balik kepada Kerajaan adalah lambat dan sangat rendah.
http://tipsptd.com/blog

Page 20

Nota Isu Semasa: Ekonomi

 Di samping itu, Kerajaan juga terpaksa menyelenggarakan perkhidmatan dan pelaburanpelaburan tertentu. Jumlah emolumen merupakan satu item yang terbesar iaitu lebih satu
pertiga daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan dalam bentuk
pindahan juga telah meningkat dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini dan sekarang telah
menjadi hampir setengah daripada perbelanjaan mengurus.
(ii) Meninggikan Kecekapan dan Penghasilan Kerja
 Pencapaian kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam bidang
perdagangan dan perindustrian masih tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai
kedudukan monopolistik dan menikmati pelbagai sokongan Kerajaan.
 Dengan menswastakan beberapa perkhidmatan Kerajaan yang tertentu, serta dengan
kepakaran dan peluang yang lebih baik yang boleh diberi oleh pihak swasta, adalah
dijangka perkhidmatan tersebut dapat di tingkatkan dengan lebih baik lagi.
(iii) Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi dan Kekesanan egara
 Harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan
sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak menggalakkan
penggunaan sumber-sumber kekayaan negara ini dengan cekap dan sepenuhnya.
 Lebih banyak syarikat swasta yang dapat diwujudkan yang dengan secara tidak langsung
dapat meninggikan pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, cukai pendapatan juga
dapat dikutip dari syarikat-syarikat yang berkenaan.
(iv) Pembahagian Sumber serta Kecekapan
 Lebih banyak penglihatan Kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan
Kerajaan terhadap sumber-sumber negara. Keputusan pula biasanya dibuat berasaskan
pertimbangan yang bukan bercorak pasaran. Sebahagian besar daripada barang-barang
dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan mencerminkan nilai pasaran. Harga
barangan tersebut adalah berasaskan subsidi dan sumber yang diuntukkan itu untuk
pengeluarannya tidak dapat diagihkan dengan cekap. Subsidi dan pengekalan sikap yang
berkehendakkan kebajikan, akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung
kepada bantuan Kerajaan. Keadaan ini tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang
perseorangan dan negara keseluruhannya.
(v) Mempercepatkan Pencapaian Matlamat Dasar Ekonomi Baru
 Dengan memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, Kerajaan dapat
mewujudkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta Bumiputera atau bilangan
pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak Dasar Ekonomi
Baru itu.

http://tipsptd.com/blog

Page 21

Nota Isu Semasa: Ekonomi


Strategi Pelaksanaan:
Satu Jawantankuasa telah ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan dianggotai oleh
Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan dan Jabatan Awam (PSD)
dengan dipengurusikan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi menyediakan satu garis panduan
yang lengkap untuk memudahkan Kementerian/Jabatan menswastakan beberapa perkhidmatan di
bawah Kementerian/Jabatan masing-masing. Antara isu-isu yang perlu dipertimbangkan ialah:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Pemecahan sesuatu khidmat (fragmentation)


Soal keselamatan
Perundingan
Implikasi kewangan
Penentuan harga
Implikasi kepada kakitangan
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

Pengawasan dan penilaian yang rapi terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan


juga merupakan sebahagian dari program penswastaan. Tingkat kecekapan daya pengeluaran,
daya persaingan yang sihat serta tingkat harga yang dikenakan terhadap perkhidmatanperkhidmatan berkenaan perlu diawasi untuk menilai kos dan faedah dari perkhidmatan yang
diswastakan.

Penutup:
Kebimbangan-kebimbangan terhadap Dasar Penswastaan timbul kerana akan berlakunya
beberapa pemindahan hakmilik 'national monopoly' yang sepatutnya dikendalikan oleh
sektor awam kepada syarikat swasta.
Pemindahan itu dikuatiri boleh menyebabkan kenaikan kos, harga dan agihan pendapatan
yang tidak serata disebabkan oleh pemonopolian tersebut.
Walaubagaimanapun, jika dasar ini dikaji secara mendalam dan dipraktikkan secara
sempurna selepas mengambil kira kemungkinan penyalahgunaan kuasa monopoli di atas,
ianya akan dapat menyediakan satu perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan murah
kepada pengguna-penggunanya, yang mana secara tidak langsung akan mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

http://tipsptd.com/blog

Page 22

Nota Isu Semasa: Ekonomi


DASAR HALACARA BARU DALAM PEMBAGUA KAMPUG DA LUAR
BADAR
Latar Belakang:
Semasa membentangkan kajian Separuh Penggal rancangan Malaysia Ke IV di Parlimen pada
29hb Mac, 1984 Y.A.B. Perdana Menteri telah menekankan bahawa Kerajaan akan terus
berusaha sedaya upaya bagi memperbaiki keadaan hidup penduduk-penduduk luar bandar.
Selanjutnya, beliau menegaskan bahawa Malaysia mencapai kemerdekaan pembangunan luar
bandar telah diberi tekanan yang istimewa oleh Kerajaan.
Dalam ertikata luas, takrif luar bandar yang dimaksudkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri bukanlah
merujuk kepada lokasi dari segi fizikal dan geografi tetapi kepada kawasan-kawasan di mana
terdapat petani dan nelayan miskin, penduduk miskin di kampung-kampung baru dan estet-estet.
Membangunkan masyarakat miskin sedemikian adalah merupakan pembangunan luar bandar.
Untuk menegaskan lagi pencapaian matlamat ini, Y.A.B. Perdana Menteri telah memanggil satu
mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketuaketua Jabatan Persekutuan pada 10hb April, 1984 dengan tujuan menegaskan lagi komitmen
Kerajaan serta membuktikan halacara baru dalam pembangunan luar bandar.

Rasional:
Dasar ini adalah berasaskan kepada:
a) Hasrat Kerajaan untuk melatih dan memupuk pemahaman di kalangan masyarakat
kampung mengenai aspek-aspek pelaburan yang merangkumi konsep kos pulangan dan
keuntungan
b) Penyemaian pengetahuan kepada penduduk-penduduk di luar bandar supaya mereka
dapat menganggap bahawa wang bukan sahaja sebagai satu medium pertukaran tetapi
juga alat pelaburan. Oleh itu, adalah didapati perlu mengubah keadaan masyarakat desa
supaya menjadi lebih monetised
c) Di zaman moden ini, tidak lagi boleh diterima sistem 'peasantry' atau sistem di mana
petani cuba menampung sara hidup dengan memiliki dan mengerjakan tanah sebesar
'kankang kera'. Kerajaan berpendapat bahawa masyarakat petani tidak wajar dijadikan
mangsa kepentingan strategi makanan negara. Mereka hendaklah dipelihara daripada
nasib yang buruk ini dengan kesanggupan mereka menukar, secara beransur-ansur cara
dan pergantungan mereka kepada pengeluaran padi
d) Tujuan untuk mengatasi masalah saiz kebun yang tidak ekonomik dalam mana sistem
pertanian kecil-kecilan diubah kepada sistem pelaburan besar-besaran, teratur dan
berbentuk perniagaan.

http://tipsptd.com/blog

Page 23

Nota Isu Semasa: Ekonomi

Objektif:

Meningkatkan mutu dan daya pengeluaran pertanian, meninggikan pendapatan petani


dan pekerja di desa dan memudahkan penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan
serta lain-lain prasarana. Matlamat dasar ialah untuk mengurangkan kemiskinan di
kalangan penduduk di luar bandar dengan memupuk di kalangan penduduk tersebut
semangat berusaha, bekerjasama di samping menimbulkan sifat-sifat jaya diri dalam
usha ekonomi yang menguntungkan.

Aspek-Aspek Dasar:
i.

Kemajuan pertanian dengan mengadakan cara pengurusan perladangan bagi kebun-kebun


kecil dan bendang-bendang

ii.

Mewujudkan industri kampung dan perusahaan kecil atau lain-lain kegiatan ekonomi
bukan pertanian

iii.

Pengelompokan dan penyusunan semula kampung-kampung secara teratur untuk


membibitkan pusat-pusat pertumbuhan baru

Strategi Pelaksanaan:
Mengadakan program pertanian berkelompok dan pengumpulan kampung-kampung yang
berdekatan untuk dijadikan bandar kecil.
Pesawah-pesawah akan mencantumkan tanah mereka yang sebelah menyebelah untuk
dijadikan estet-estet padi.
Estet-estet padi ini akan diselenggarakan oleh koperasi.
Pengurus-pengurus estet akan dilatih oleh Kerajaan dan dibayar gaji oleh koperasi
pemilik tanah.
Jentera-jentera juga akan dimiliki oleh koperasi estet.
Pemilik tanah akan mendapat saham dalam estet mengikut saiz tanah mereka sebagai
peraturan daripada saiz estet.
Sementara sawah mereka disatukan dan diurus sebagai estet, peserta sesuatu skim akan
ditempatkan semula dalam satu kawasan yang sesuai dalam estet itu.

http://tipsptd.com/blog

Page 24

Nota Isu Semasa: Ekonomi


Bandar-bandar ini akan dibekalkan dengan kemudahan air, elektrik, jalan dan lain-lain.
Di samping itu, kedai-kedai dan perkhidmatan lain seperti klinik dan pejabat pos akan
diadakan.
Industri kecil yang sesuai dengan sumber alam tempatan akan dikenalpasti dan didirikan.
Dalam ertikata lain bandar-bandar kecil ini akan menjadi pusat perkhidmatan kepada
penduduk sekitarnya.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah mengemukakan cadangan mengenai pendekatan
bagi mengelompokkan kampung-kampung tradisi mengikut lima model iaitu:
1)
2)
3)
4)
5)

Model pemusatan
Model tarikan
Model gabungan
Model pengembangan
Model perubahan

Penutup:
Kerajaan percaya bahawa halacara baru ini akan dapat mengurangkan masalah
kemiskinan yang masih mengongkong penduduk-penduduk luar bandar.
Menerusi pendekatan baru ini, penduduk-penduduk desa tidak sahaja akan menikmati
perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan moden tetapi juga berpeluang
untuk mengubah tahap kedudukan ekonomi mereka.
Kejayaan halacara baru ini akan banyak bergantung kepada kerjasama yang erat antara
agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dan juga penduduk-penduduk desa selaku kumpulan
sasarannya.
Peranan komunikasi dan perhubungan awam dalam mendapatkan penerimaan kumpulan
sasaran ini adalah syarat utama yang akan menentukan kejayaan halacara baru ini.

http://tipsptd.com/blog

Page 25

Anda mungkin juga menyukai