Anda di halaman 1dari 12

Soalan 1.

Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, terangkan mengapa pentingnya


seseorang guru mempelajari psikologi.

Sepanjang pengalaman saya sebagai seorang guru,kita perlu mempelajari


psikologi di dalam pendidikan kerana ia dapat memberi banyak faedah dan manfaat
terhadap guru mahupun pelajar terutamanya di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran agar ianya dapat berjalan dengan lancar dan tersusun.Sebelum itu, marilah
kita merujuk definasi psikologi mengikut beberapa pendapat dan teori.

1.1 Konsep psikologi.

Istilah psikologi berasal daripada bahasa Greek ,iaitu psyche bererti jiwa atau semangat
atau minda dan logos bererti kajian; dengan itu bermaksud “kajian minda”. Ia juga
kerapkali didefinasikan sebagai sains tingkah laku.

Terdapat beberapa definasi lain mengenai psikologi.

 Morgan, King dan Robinson(1979) mendefinasikan psikologi sebagai kajian sains


yang cuba memahami serta meramal tingkah laku manusia.
 Weehan,S.W.,(1960) dan William,(1960) mengatakan psikologi sebagai kajian
saintifik tingkah laku dan aktiviti manusia.
 Baron (1989) mendefinasikan psikologi sebagai kajian saintifik tingkah laku
manusia dan proses mental.
 (Cambriadge Internasional Dictionary of English) mendefinasikan psikologi
sebagai kajian saintifik mengenai cara manusia berfikir dan pengaruhnya
terhadap tingkah laku atau pengaruh peribadi individu terhadap tingkah lakunya.

Kesimpulannya, psikologi ialah kajian saintifik mengenai tingkah laku manusia dan
proses mental. Contohnya, mengkaji kaitan tahap motivasi murid dengan pencapaian
akademik mereka.
2.1 Kepentingan Psikologi.

Kepentingan psikologi tidak dapat dinafikan . Ini kerana psikologi di dalam


pendidikan banyak memberi pendedahan dan kebaikkan terhadap guru di dalam menjana
proses pembelajaran yang berkesan.Berikut adalah sebab- sebab pentingnya seseorang
guru mempelajari psikologi.

2.1.1 Dapat memahami keadaan pelajar dengan lebih baik.


Antara kepentingan pertama mempelajari psikologi adalah untuk memahami
keadaan pelajar dengan lebih baik.Ini kerana situasi dan kebolehan setiap pelajar adalah
berbeza- beza antara satu sama lain.Selain itu juga terdapat 3 jenis klasifikasi Personalaiti
yang mungkin wujud pada diri pelajar – palajar kita iaitu ektrovert,introvert dan
ambivert.

Ektrovert
Seorang ektrovert mempunyai minat yang tinggi terhadap dunia luar dan orang.Ia
merupakan seorang yang “ going out” suka bercakap , peramah, mudah bergaul,tidak
boleh diharapkan ,optimis dan sentiasa sukakan “excitement”.Ia sukakan aktiviti –
aktiviti sosial kerana ia membolehkannya bergaul dengan orang lain.

Introvert
Seorang introvert mempunyai minat dan keupayaan yang tinggi menerokai dunia
dalaman seperti pemikiran, perasaan dan pengalaman seseorang.Ia sentiasa suka
berseorang ,merenung, memfokus terhadap dirinya, sukakan aktiviti solo,tekun,tegas,
malu dan mempunyai pandangan hidup yang pesimistik.

Ambivert
Ambivert ialah satu situasi di mana seseorang mempunyai 2 personaliti di atas dan ia
wujud pada kebanyakan manusia.

Dengan adanya ilmu psikologi, ini sekurang- kurangnya dapat membantu kita
sebagai seorang guru untuk memahami dan mendekati pelajar –pelajar kita dengan
lebih baik agar sesi pembelajaran dapat berjalan dengan lebih berkesan disamping
dapat membentuk peribadi guru yang berkalibar.

2.1.2 Dapat mengkaji tingkah laku pelajar – pelajar di sekolah.


Selain itu juga, tujuan seseorang guru mempelajari dan mengkaji psikologi
adalah kerana ingin memahami tingkah laku mereka dan memperoleh kefahaman
tentang perhubungan mereka.Misalnya melalui kajian dinamika kumpulan ,seseorang
guru dapat memahami bagaimana membina hubungan yang rapat antara kelompok
atau kumpulan.Disamping itu, bidang psikologi juga dapat membantu seseorang guru
meramal gerak balas atau tingkah laku yang mungkin timbul dalam sesuatu situasi.
Misalnya apakah yang akan terjadi jika seorang pelajar tidak pernah menerima pujian
dan layanan yang baik daripada guru? atau apakah yang akan terjadi pada seorang
pelajar jika mereka sering kali menerima kutukan daripada rakan – rakan dan guru
apabila membuat kesilapan tanpa diberi bimbingan yang sewajarnya.
Justeru itu, psikologi juga dapat seseorang guru mengkaji tingkah laku pelajar
dengan memikir kan pelbagai faktor yang mungkin terlibat dalam
berkelakuan.Sebagai contoh tabiat membaca dikalangan pelajar,merokok,gejala
melepak di pusat- pusat membeli belah dan masalah ponteng kelas.Gejala – gejala
buruk mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ajakan dari rakan
– rakan dan masalah keluarga yang menekan jiwanya lantaran kurangnya perhatian
dari ibubapa terhadap mereka akibat pergaduhan dan penceraian yang berlaku.Begitu
juga dengan kesibukan mereka dalam mengejar kemewahan hidup.
2.1.3 Dapat menggunakan prosedur yang betul serta pendekatan saintifik
dalam menyelesaikan masalah tingkah laku murid.
Sebagai salah satu jalan penyelesaian, psikologi digunakan untuk membantu
mengawal tingkah laku pelajar yang tidak diingini dan memberi bimbingan yang
sewajarnya dalam pembentukan tingkah laku .Sehubungan dengan tujuan
tersebut,seseorang guru misalnya boleh mengubah tingkah laku mereka yang negatif
melalui rancangan modifikasi tingkah laku.Ini boleh dilakukan sebahagiannya dengan
merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini dan menjauhkan
serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini .Misalnya melalui peneguhan
positif,tingkahlaku yang diingini akan berulang sementara peneguhan negatif akan
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.Sebagai contoh,jika seorang pelajar tidak
menyiapkan kerja pada tempoh yang ditetapkan, seseorang guru boleh mengarahkannya
supaya menghafal sifir sehingga lancar seandainya mereka merupakan orang yang lemah
di dalam mata pelajaran matematik atau tidak membenarkan mereka keluar rehat seperti
pelajar- pelajar yang lain sehinggalah mereka dapat menyelesaikan tugasan yang diberi
dengan baik.. Dengan cara ini, sekurang – kurangnya dapat mengubah sikap mereka
untuk lebih prihatin terhadap tugasan yang diberikan demi kebaikan pelajaran
mereka.Selain itu juga, motivasi yang membina perlu diwujudkan bagi meransang
seseorang pelajar untuk lebih maju kehadapan terutamanya kepada pelajar yang introvert.
Dengan kata lain,bidang psikologi juga dapat menilai,menyelidik serta
membuat pemerhatian ke atas tingkah laku individu di dalam sesebuah masyarakat serta
cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik di dalam menangani masalah tingkah laku
pelajar di sekolah.

2.4 Untuk memperbaiki kualiti dan hasil proses pendidikan .


Ianya wujud hasil kerjasama yang baik diantara guru dan murid.

2.5 Memberi pengetahuan kepada guru mengenai teori dan prinsip psikologi
untuk diguna pakai di dalam bilik darjah.

2.6 Memberi kesedaran kepada guru mengenai perbezaan individu dari segi kognitif,
afektif dan psikomotor. Ini membolehkan guru merancang aktiviti yang bersesuaian
berdasarkan potensi dan kemampuan murid. Sebagai contoh, murid- murid yang
mempunyai kognitif yang tinggi mampu menyelesaikan dengan baik sementara murid
yang mempunyai kognitif yang rendah memerlukan bantuan guru untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.

Menurut teori Jean Piaget mengatakan bahawa terdapat 4 peringkat perkembangan


kognitif iaitu peringkat deria motor, peringkat pra operasi, peringkat operasi konkrit dan
peringkat operasi formal.Peringkat operasi formal ialah satu peringkat di mana mereka
berkebolehan membuat penaakulan deduktif.

2.7 Dapat memberi pengatuan kepada guru mengenai naluri dan keperluan
murid.

2.7.1 Naluri
Naluri adalah tenaga atau dorongan dalaman yang berpengaruh menggerakkan
seseorang individu untuk membentuk sesuatu tingkah laku .Ia juga merupakan sumber
penggerak yang diwarisi.Sebagai contoh naluri murid ialah naluri meminta bantuan ,
naluri menonjolkan diri, naluri ingin tahu dan naluri berkumpulan.Namun demikian
naluri ini bukan sahaja dapat membina tingkah laku bahkan ia merupakan satu motivasi
di sebalik tingkah laku mereka.

2.7.2 Keperluan
Keperluan pula boleh didefinasikan sebagai satu kehendak atau kemahuan
individu yang dibuat untuk mengurangkan atau membetulkan keadaan
kekurangan.Mengikut definasi ini, keperluan terbahagi kepada 2 jenis :
i) Keperluan fisioligi
ii) Keperluan psikologi.

Keperluan fisiologi.
Keperluan ini merujuk kepada keperluan hayat seperti makanan yang berzat,rehat,
tidur ,air, oksigen, seks dan keperluan deria. Keperluan ini lahir daripada kekurangan
keperluan organik.

Keperluan psikologi.
Keperluan ini merujuk kepada kasih sayang, perlindungan dan pengiktirafan kepada
seseorang individu atau kanak- kanak.Sekiranya keperluan ini tidak dapat dipenuhi
akan menyebabkan kanak- kanak menjadi nakal,beremosi yang tidak stabil dan
mempunyai personaliti yang tidak sihat.

Mengikut teori Murray (1938 ) dan Edward (1959) mengatakan bahawa antara bentuk
– bentuk keperluan yang diperlukan oleh seseorang murid atau individu ialah:-

i) Keperluan pencapaian : Keperluan ini merupakan keinginan dan kemahuan


seseorang untuk melakukan sesuatu dengan cemerlang dan berjaya.Untuk mencapai
kejayaan , seseorang itu sanggup mencuba segala potensi yang ada di dalam dirinya
semaksimum mungkin.

ii) Keperluan usaha memperbaiki diri : Keperluan ini menunjukkan bahawa


seseorang mempunyai hasrat untuk mencapai kejayaan . Seseorang yang memiliki
keperluan ini merasakan perlu untuk mengatasi kegagalannya dengan cuba
bersungguh –sungguh sehingga berjaya.Begitu juga dalam konteks pembelajaran di
mana seorang guru perlulah memberi bimbingan dan dorongan yang membina kepada
murid – muridnya apabila mengalami kegagalan.

iii) Keperluan mununjuk – nunjuk.


Sebagai manusia murid juga mempunyai kegemaran untuk menunjuk – nunjuk
kelebihan ,bakat dan kekuatan diri sendiri.Dengan menunjukkan kelebihan diri,
seseorang murid itu dapat memberikan gambaran yang baik tentang dirinya dan
dengan itu dapat menutup kelemahan dan keburukannya.
iv) Keperluan mendapatkan bantuan.
Seseorang individu atau murid misalnya merasa perlu untuk mendapat layanan ,
sokongan,pertolongan , perhatian dan kasih sayang yang baik daripada guru dan
rakan – rakannya. Ini kerana seseorang murid yang tidak mendapat kasih sayang dan
perhatian yang baik akan memiliki sahsiah yang tidak seimbang.

Di sini , jelaslah kepada kita bahawa dengan adanya pengetahuan mengenai keperluan
ini membolehkan guru – guru menggunakan pendekatan dan motivasi yang sesuai di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Soalan 2 .

Kenal pasti murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi bersifat
introvert . Jelaskan dengan contoh – contoh yang sesuai, bagaimana anda dapat
meningkatkan ciri – ciri positif kedua – dua personaliti ini.
Menurut Carl Jung (1875- 1961) personaliti individu boleh dibahagikan kepada 3
iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert.Sebelum saya menghuraikan bagaiman cara
untuk meningkatkan ciri – ciri positif kedua – dua personaliti ini ,marilah kita
merujuk konsep ekstrovert dan introvert.

1. Konsep ekstrovert.
Seorang ektrovert mempunyai minat yang tinggi terhadap dunia luar dan orang.Ia
merupakan seorang yang yang suka menonjolkan cirri –ciri seperti relaks, gemar
kepada keseronokan, suka bercakap , peramah, mudah bergaul,aktif dan ligat,inovatif
dan gemar kepada perubahan, optimis, cepat bertindak balas , tidak mudah bimbang
dan mempunyai ciri – ciri kepimpinan .Di sampang itu juga ,ia menyukai aktiviti –
aktiviti sosial kerana ia membolehkannya bergaul dengan orang lain.

2. Konsep Introvert

Seorang introvert mempunyai minat dan keupayaan yang tinggi menerokai dunia
dalaman seperti pemikiran, perasaan dan pengalaman seseorang.Ia sentiasa suka
berseorangan ,merenung, memfokus terhadap dirinya, sukakan aktiviti
solo,tekun,tegas, malu, sensitif dan mempunyai pandangan hidup yang pesimistik.
Selain itu, ia juga boleh dipercayai ,tenang dan mempunyai tingkah laku yang
terkawal serta kurang bersedia untuk menanggung risiko.

Terdapat beberapa cara yang dapat saya lakukan untuk meningkatkan ciri –ciri positif
kedua – dua personaliti ini, antaranya :-

1) Memastikan semua murid saya mengambil bahagian secara aktif dalam semua
aktiviti bilik darjah seperti mengadakan kuiz setelah tamat sesuatu topik dibincangkan
. Dengan cara begini , akan memberi mereka perasaan dilibatkan dalam semua aktiviti
kelas.Di samping itu juga, dapat memberi kenyakinan pada diri mereka terutamanya
murid– murid yang introvert untuk cuba menjawab demi meningkatkan markah
kumpulan masing –masing.
2) Melibatkan mereka dalam aktiviti mudah, di mana mereka berpeluang untuk
menikmati kajayaan di dalam sesuatu pembelajaran.

3) Kaedah , aktiviti serta bahan – bahan pengajaran dan pembelajaran haruslah


dirancang berdasarkan kebolehan dan potensi anak murid saya. Sebagai contoh untuk
menarik minat mereka terhadap topik baru yang akan dipelajari saya boleh
memulakannya dengan set induksi yang menarik dan mudah difahami sama ada
menerusi lakonan , perbualan , penggunaan radio, carta –carta yang menarik dan lain
– lain.Ini dapat memberi gambaran secara umum kepada mereka tentang tajuk yang
akan dipelajari.Selain itu juga ia dapat menghasilkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menarik.Dengan cara ini , akan menjadikan mereka seorang
murid yang bermotivasi , berkenyakinan serta mencapai kepuasan belajar.

4) Mengadakan lebih banyak aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah. Seterusnya


melantik ketua kumpulan dikalangan murid yang introvert untuk memberi peluang
kepada mereka berinteraksi dengan ahli – ahli kumpulan yang lain.Di samping itu
juga ia dapat memupuk sikap berkenyakinan dalam diri serta menyingkirkan sifat
malu dan merendah diri.

5) Menghentikan segala ejekan seperti “ bodoh” , “si gemuk”, “si lembap” dan
sebagainya yang pernah digunakan untuknya. Sekiranya keadaan ini berterusan boleh
menyebabkan murid – murid yang introvert menjadi bertambah malu, berkenyakinan
rendah terhadap potensi diri serta hilang minat untuk belajar. Justeru itu sebagai guru
kita perlulah menasihati murid yang ekstrovert agar memberi dorongan dan
kerjasama yang sewajarnya kepada rakan mereka yang introvert agar mereka
merasakan dirinya dihargai.

6) Mengadakan sesi kaunseling dengan murid yang introvert untuk mengenal pasti
punca masalah serta cuba membentuk diri mereka ke arah mencapai sahsiah yang
positif. Ini boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu:-
6.1 Memberi motivasi mengenai gambaran dan pendedahan yang jelas tentang konsep
kendiri positif. Dengan cara ini murid – murid dapat memahami bahawa dirinya
mempunyai kebolehan dan keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan rakan –
rakan yang lain.

6.2 Memberi peluang kepada mereka untuk menyertai kem motivasi dan
perkhemahan serta sukan yang sering kali diadakan di luar bilik darjah. Ini bertujuan
untuk membentuk peribadi yang mantap ,berkeyakinan,cekal dan tabah serta saling
bantu – membantu antara satu sama lain.

7) Mengadakan latihan –latihan tegas diri untuk murid - murid introvert agar mereka
dapat berfungsi sebagai seorang individu yang lebih bertanggungjawab terhadap diri
sendiri dan orang lain.

8) Guru – guru perlulah memberi galakan kepada murid – murid sama ada mereka
yang introvert atau ekstrovert untuk sama- sama menyertai aktiviti – aktiviti
kokurikulum seperti aktiviti kelab persatuan, permainan dan unit beruniform di mana
mereka berpeluang untuk berinteraksi dengan individu – individu yang lain.

9) Selain itu juga, kita sebagai guru perlulah sentiasa memberi bimbingan , tunjuk
ajar dan perhatian yang lebih terhadap murid – murid yang introvert di dalam
membantu mereka meningkatkan konsep kendiri yang positif. Ini kerana konsep
kendiri yang positif dapat membantu seseorang yang introvert menjadi lebih bersifat
sosial dan optimistik di dalam pandangan hidupnya.

10) Memberikan galakan kepada murid – murid untuk menguruskan projek atau
program - program seperti khemah dan kem kepimpinan untuk membentuk peribadi
yang berketrampilan .
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Soalan 1

Berdasarkan pengalaman anda 1 -7


sebagai seorang guru, terangkan
mengapa pentingnya seseorang
guru mempelajari psikologi.

Soalan 2

Kenal pasti murid anda yang ekstrovert 8 -11


dan seorang lagi bersifat introvert.
Jelaskan dengan contoh – contoh yang
sesuai , bagaiamana andan dapat meningkatkan
ciri – ciri positif kedua –dua personaliti ini.