Anda di halaman 1dari 18

TUGASAN B:

2.0 TRANSKRIP SESI KAUNSELING


(SESI 1)
Kaunselor : Selamat pagi.- membina hubungan
Klien : Selamat pagi.
Kaunselor : Saya akan memperkenalkan diri, nama saya Nanthini.
Klien : Nama saya Gopi
Kaunselor : Ok, sekarang kita akan berada dalam sesi kaunseling individu yang pertama
untuk Gopi.saya akan terangkan apakah peraturan semasa sesi kaunseling. Pertama, sesi
ini akan mengambil masa sebanyak 30-45 minit. Kedua, didalam sesi kaunseling kita ada
kerahsiaan, apa sahaja perbualan kita disini perlu dirahsiakan. Kecuali apa yang Gopi
ceritakan itu membahayakan diri anda dan diri orang lain. Contohnya Acher bercerita
kepada saya mahu mencederakan seseorang didalam kelas, maka saya boleh melanggar
etika kerahsiaan kita, Gopi boleh faham? Saya harap segala yang diceritakan oleh Gopi
adalah benar bagi mencapai matlamat sesi ini. Kamu juga berhak untuk menghentikan sesi
ini ataupun boleh tukarkan kaunselor jika kamu rasa tidak selesa dengan saya. Peranan
saya pula untuk membantu kamu untuk menyelesaikan masalah tetapi keputusan akan
diambil oleh kamu. Untuk sesi ini saya minta kebenaran Gopi untuk membuat rakaman
video sepanjang sesi.Ok.. sekarang saya mahu kamu perkenalkan diri kepada saya.
(penstrukturan)
Klien : Nama saya Gopi, hobi saya bermain basikal, saya suka membaca buku. Saya tinggal
di Sungai Manggis Terdapat 4 orang didalam keluarga iaitu saya, adik, bapa dan emak.
Saya sayang dengan keluarga saya. Bapa saya bekerja sebagai boilerman dan emak saya
suri rumah. Saya sekarang belajar di kelas 5 Mawar.
Kaunselor : Sepanjang cuti Hari Raya, apa yang kamu buat dirumah?-kemahiran menyoal
Klien : Ada membaca, menulis, tengok tv dan pergi ke rumah kawan dan saudara mara.
Kaunselor : jadi. Untuk sesi kita yang pertama ini kamu ada apa-apa mahu cerita dengan
saya? Saya mahu kamu faham bahawa sesi kaunseling bukan untuk orang yang
menghadapi masalah sahaja, orang yang tidak menghadapi masalah juga boleh datang.membuat interpretasi

Klien : hmm.. tiada


Kaunselor : Kamu tahu apa itu kaunseling?
Klien : Saya tahu sikit-sikit.. Kaunseling itu memberi nasihat kepada orang lain.
Kaunselor : Ok, sebenarnya kaunseling ini tidak diberikan nasihat.. tapi kadang-kadang
cadangan akan diberikan.. Kaunseling ini diberikan kepada semua orang tanpa mengira
agama, bangsa, jantina dan sebagainya.. Orang yang jumpa kaunselor itu tidak bermaksud
mereka ada apa-apa masalah..Orang yang tidak ada masalah pun boleh juga jumpa
kaunselor.. faham, Gopi?
Klien : Ya, saya faham..
Kaunselor : Sepanjang cuti sekolah kamu ada keluar dari tempat tinggal kamu? Contohnya
pergi makan angin atau berjalan-jalan.
Klien : ada. Pergi ke Kampung Pulau Carey
Kaunselor : apa yang ada disana?
Klien : lembu..kambing
Kaunselor : maksud saya, apa yang menarik ada disana.
Klien : emmm. Menarik dapat bermain dengan kawan.
Kaunselor : emmm dapat bermain dengan kawan. Siapa kawan-kawan kamu yang
ada disana? - parafrasa
Klien : Yoga, Vino, Tinesh..
Kaunselor : Emmmm.. ok. Sekali lagi saya mahu tanya kamu, ada apa- apa mahu
dikongsi hari ini? - dorongan minima
Klien : aaaa.. aaaa...
Kaunselor : apa-apa sahaja yang kamu mahu cerita.. macam mana di kelas kamu?kemahiran menyoal
Klien : Dikelas semua okey..
Kaunselor : Di kelas, dengan siapa kamu paling rapat?
Klien : emmm.. Mahen dan Kesa.. Yang paling rapat Mahen.!!
2

Kaunselor : Ooooo... itu di kelas, kalau di sekolah ini?


Klien : Karti, Anitha, Ragu
Kaunselor : semua tu tahun 5, betul? Kamu semua satu kampung ke?
Klien : Ya
Kaunselor : Ooooo.. Kamu anak keberapa dalam keluarga?
Klien : anak pertama.
Kaunselor : Ahaaa. Anak pertama. Jadi adik?
Klien : anak kedua, umur tujuh tahun.
Kaunselor : tahun 1 la.. siapa adik kamu?
Klien : Shanti, tahun satu.
Kaunselor : kalau waktu lapang, kamu suka buat apa?
Klien : Bermain game.
Kaunselor : Game apa tu?
Klien : komputer
Kaunselor : Ehemm.. Game apa yang kamu suka main?Klien : Need for speed !
Kaunselor : macam mana game tu? Boleh cerita dengan saya?
Klien : Macam biasa sahaja.. Kita kena race dengan orang lain. Kalau win kita akan dapat
rewards. Dengan itu kita boleh beli kereta yang lain. Online pun boleh main.
Kaunselor : oh..ok... sewaktu awal-awal tadi kamu ada cakap sayang sangat dengat emak
dan bapa kan?- refleksi perasaan
Klien : Betul.
Kaunselor : Apa yang membuatkan kamu sayang sangat dengan mereka?
Klien : Bapa saya belikan basikal dan emak saya belikan mainan.
Kaunselor : sebab itu sahaja?
3

Klien : saya tolong mereka dan mereka akan bagi duit pada saya.
Kaunselor : ehemmm kalau kamu dapat duit dari bapa dan emak. Kamu buat apa?menyemak persepsi
Klien : saya simpan di dalam tabung.
Kaunselor : tabung besar tabung Acher?
Klien : besar sikit.
Kaunselor : Besar sikit? Buat atau beli tabung tu?
Klien : beli..
Kaunselor : Kamu pernah kira ada berapa duit dalam tabung tu?
Klien : Sudah banyak sekarang. Saya tidak tahu ada berapa.
Kaunselor : Kalau tabung tu sudah penuh, dimana kamu simpan duit?
Klien : Sembunyi dalam almari.
Kaunselor : Tidak hilang ke simpan dalam almari? Mana tahu adik ambil ke..
Klien : tidaklah..saya kunci.
Kaunselor : jadi. Kamu sayang dengan emak dan bapa sebab mereka bagi duit dengan
kamu.. dan beli mainan.
Klien : Tidak macam itu.. Mereka sangat sangat pada saya dan adik saya.. Mereka sentiasa
membantu saya sewaktu saya buat kerja rumah... Kalau saya tidak tahu macam mana buat
kerja sekolah.. saya akan tanya mereka
Kaunselor : Tadi kamu ada cakap.. ada adik kan? Siapa yang hantar kamu berdua pergi
sekolah?-kemahiran menyoal
Klien : Jalan kaki sahaja.
Kaunselor : Rumah kamu dekat dengan sekolah?
Klien : Jauh.
Kaunselor : Kamu jalan kaki seorang?
Klien : Tidak.. adik dan kawan-kawan.
4

Kaunselor : Rumah kamu besar ke?


Klien : Tidak..kecil sahaja, ada 4 bilik. Saya ada bilik sendiri. -meminta penjelasan
Kaunselor : Gopi, ada apa-apa nak kongsi dengan saya?
Klien : tiadaSaya rasa macam saya belum sedia untuk kongsikan masalah yang
merungsingkan saya.. Saya berharap pada sesi yang akan datang saya dapat
kongsikannya..
Kaunselor : Tidak apa.. Ambil masa kamu.. Masa pun dah nak tamat.Jadi kalau kamu tiada
apa-apa mahu di cakapkan lagi,saya ingatkan sekali lagi peraturan kita iaitu berkaitan
kerahsiaan dan apa peranan saya dan apa peranan kamu. Anda boleh cerita sahaja kalau
ada apa-apa. Saya tidak akan cerita pada orang lain. -penstrukturan. Sebelum itu, saya
rumuskan apa yang kita bincang hari ini. Hari ini kita hanya berbincang tentang keluarga
Gopi. Gopi telah menyatakan tentang diri kamu dan ahli keluarga kamu. Kamu juga ada
mengatakan kamu sangat sayang kepada keluarga kamu dan rapat dengan adik kamu. Kita
jumpa pada sesi yang akan datang.. Saya harap pada sesi yang akan datang kamu dapat
kongsikan apa-apa yang merungsingkan kamu... Terima kasih kerana sudi dapat pada sesi
ini.- merumus
Klien : Terima kasih..
(SESI 2)
Kaunselor : ok Gopi. Boleh kita mulakan sekarang?
Klien : boleh.
Kaunselor : selamat pagi Gopi.-membina hubungan
Klien : selamat pagi...
Kaunselor : sekarang kita masuk sesi kaunseling individu yang keberapa?
Klien : kedua.
Kaunselor : ok. Sesi kedua, saya nak ingatkan balik apa peraturan dan peranan dalam
sesi kaunseling. Kamu masih ingat lagi?-meminta penjelasan
Klien : tidak.
Kaunselor : ok. Yang pertama berkaitan apa peranan saya dan apa peranan kamu. Saya
akan membantu kamu untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang kamu ada tetapi
5

keputusan akan diambil oleh kamu sahaja. Kedua adalah berkaitan kerahsiaan, apa sahaja
yang kita bualkan disini kamu tidak boleh cerita dengan orang lain. Termasuk kawan-kawan
kamu di kelas. Boleh? Saya juga tidak akan mendedahkan apa-apa yang kita kongsikan di
sini kecuali ia membahayakan anda ataupun orang lain. -penstrukturan
Klien : boleh.
Kaunselor : Kamu masih ingat apa yang kita telah buat semasa sesi 1 dulu?
Klien : ya.
Kaunselor : ok hari ini ada apa-apa yang kamu mahu berkongsi dengan saya?
Klien : Saya hari ini nak kongsikan tentang kawan rapat saya Mahen..
Kaunselor : ok.. apa yang anda nak kongsikan tentang dia?
Klien : Saya dan dia sangat rapat.. Saya dan Mahen berkawan dari masa kecil dulu..
Kaunselor : Hmmm...dari masa kecil itu macam mana yaa?
Klien : Kami dua berkawan dari tadika dulu..dari umur 5 tahun sampai sekarang.. Last year
seorang budak baru join kelas kami.. Namanya Arun...saya dah rasa macam tidak selesa..
Saya tidak suka denganya.. memang tidak suka...tidak selesa..! Saya tak tahu macam mana
cakap.. Saya.. memang tak suka dia.!! (muka sudah berubah)
Kaunselor : Gopi telah mengulang banyak kali tidak suka dan tidak selesa.. boleh saya
katakan kehadiran Arun mengganggu kamu?
Klien : hmm..ya.! Tepat.. Betul.. Kehadiran dia telah menggangu saya kerana saya rasa
Mahen dah mula rapat dengan Arun. Sejak kehadiran dia hubungan kami sudah tidak rapat..
Saya dan Mahen akan buat group study dekat rumah Mahen.. Sekarang Arun itu pun dah
join..
Kaunselor : Ok, apa yang menggangu anda dengan kehadiran dia?
Klien : Kalau saya dengan Mahen sahaja buat group study.. kami memang senyap dan buat
kerja masing-masing.. Kalau ada apa-apa soalan baru saya akan tanya pada Mahen... Tapi
Arun ni kan..sentiasa dia cakap sahaja dengan Mahen.. Mahen juga turut cakap
dengannya.. Tiba-tiba mereka berdua ketawa kuat-kuat.. Saya dah terkejut satu hari semasa
mereka berdua ketawa.! (muka marah).

Saya sedang belajar dekat sana tapi mereka

berdua ketawa sahaja! Lagipun begitu kuat.. Mereka dua tu macam tak perasaan saya ada
dekat bilik itu dan sedang belajar lagi..
6

Kaunselor : Oh, kamu rasa macam mereka berdua sahaja dalam bilik itu dan seolaholahnya kamu tidak ada dalam bilik tersebut. Lepas itu, Gopi buat apa?
Klien : Saya tak dapat buat apa-apa (kesal). Dia juga tidak akan letakkan telefon dia dalam
silent mode.. Tiba-tiba ia akan berbunyi.. Dia guna Whatsapp.. So, banyak kali telefon dia
akan bunyi.. Dah lah banyak kali berbunyi..! Dia tak boleh tutupke?! Dia tidak fikir ada orang
belajar dekat bilik itu..!
Kaunselor : Hmm.. kamu tidak suka kehadiran Arun kerana kamu rasa dia sudah
memisahkan kamu dengan Mahen..Kamu juga tidak puas hati kerana kawan rapat itu pun
tidak dapat memahami perasaan anda..
Klien : Ya.. saya sangat sedih kerana kawan rapat saya juga tidak dapat memahami saya.!
Ada satu lagi situasi yang sangat menyedihkan saya.!
Kaunselor : Ya.. Teruskan...
Klien : Ada satu hari kelas kami telah mengikuti satu lawatan.. Kelas saya ada 10 orang
budak lelaki.. So, semua orang duduk dua orang dalam bus itu.. Ada seorang budak lelaki
tidak hadir pada hari itu.. Masa kami kumpul dekat depan.. saya dah mula berfikir tentang
hal ini.. Tapi saya ada confident sikit bahawa Mahen akan duduk sebelah saya.. Semua
orang dah mula naik dalam bus itu.. Saya yang last naik dalam bus itu.. Apa yang
mengejutkan dan menyedihkan saya ialah ... Arun duduk sebelah Mahen..Saya terpaksa
duduk seorang sahaja.. Mereka berdua mainlah..ketawa..tapi sayaaa... (menangis)
Kaunselor : (senyap).. Ok, tak apa.. Saya faham..saya faham.. - empati dan kesenyapan
Klien : Mahen pun tidak faham saya.. saya tak tahu macam mana..! Sebab Arun
kebanyakkan masa dengan Mahen..saya tidak dapat kongsikan rahsia saya kepadanya..
sekarang saya dengan dia dah mula kurang bercakap. Kalau saya tidak cakap pun dia tidak
akan tanya saya kenapa?
Kaunselor : Adakah kamu pernah berbincang tentang ini kepada Mahen ataupun Arun.?
Klien : emmmm.. pernah.. Saya pernah berbincang dengan Mahen tentang ini. Dia cakap
diapun faham bahawa saya tak suka dengan Arun.. Tapi dia support juga Arun.. Dia cakap
Arun tu caring lah.. budak baik lah.. Saya geram masa itu..!
Kaunselor : Kamu rasa geram kerana Mahen support dia..? Pernah kamu bincang tentang
ini kepada Arun?

Klien : ya..Saya tidak bincang ini kepada arun.. Saya takut saya menyakiti dia.. Saya harap
dia sendiri memahami keadaan saya.! Tapi sekarang kehadiran Arun ke rumah Mahen dah
kurang.. saya pun tidak tahu kenapa..
Kaunselor : Kenapa kamu rasa macam itu? Apakah tindakan anda jika Arun tidak dapat
memahami kamu? Adakah ia menjejaskan lagi keadaan ini?
Klien : Hmm.. saya rasa ya.. Ia akan menjejaskan lagi.. Tapi saya takut untuk berbincang
dengan dia.. Kalau dia anggap saya salah ke? Ataupun dia mula tidak suka saya ke? Saya
tak tahu macam mana mulakan perbincangan ini? Pergaulan dengan Mahen dengan Arun tu
dah mula kurang.. Mereka macam dah tidak cakap banyak..Mahen pun dah mula rapat
dengan saya..Tapi saya tidak tahu macam mana dia ubah.. Saya pun rasa-rasa nak tanya
dengan dia.. tapi saya takut dengan jawapan yang dia akan bagi..
Kaunselor : Ok, Gopi tidak berani untuk berbincang tentang hal ini.. Nampaknya, Gopi masih
belum lagi bersedia untuk terima jawapan yang akan diberi oleh Mahen nanti..
Klien : Ya.. saya belum sedia.. (muka sedih). Tapi saya pernah tanya dia kena kehadiran
Arun dah kurang...Dia cakap dia yang cakap dekat dia tentang saya bahawa tidak suka
dengan Arun..selepas itu saya mula rasa..huh! kenapa dia cakap macam ini.?
Kaunselor : Ada kamu tanya tentang dia apa dia cakap?
Klien : Tidak.. saya takut !
Kaunselor : Ok..kamu ada keinginan untuk tanya Mahen tentang apa yang dia cakap
dengan Arun
Klien : Ya..saya ada keinginan untuk tanya..
Kaunselor : Kamu boleh berhadapan dengan apa yang dia akan cakap?
Klien : Tak..saya masih belum bersedia.. saya belum berani lagi
Kaunselor : Kalau macam itu.. kamu rasa adakah ia penting untuk ditanya?
Klien : hmmm...tidak pasti..
Kaunselor : Ok.. macam ini.. tiba-tiba kamu rasa Mahen ini kurang bergaul dengan Arun.
Kamu dah mula rasa tidak selesa dengan perubahan itu. Kamu rasa adakah kerana kamu
mereka berdua dah berpisah.. Betul..?

Klien : Ya..betul.. Saya rasa macam saya dah bersalah kerana mera dah kurang bergaul..
Adakah saya penyebabnya?
Kaunselor : Saya rasa kamu ni baik hati.. sebab lepas mereka dah kurang bergaul pun..
kamu macam diri kamu itu salah..Sebenarnya, kedua-dua kawan kamu itu menghormati
perasaan kamu..
Klien : hmmm...
Kaunselor : Sebab lepas kamu berbincang dengan Mahen..dia pun dah mula faham
perasaan kamu.. Arun pun boleh datang ke rumah Mahen selepas Mahen cakap dengan dia
tentang kamu.. Tapi dia tidak buat macam itu.. Dia pun menghormati perasaan anda..
Klien : hmm..saya dah mula rasa macam mereka menghormati saya..
Kaunselor : hmm.. bagus.. lepas ini kamu boleh cakap dengan biasa dengan mereka berdua
terutamanya dengan Arun dan lepas ini dia datang ke rumah Mahen pun kamu boleh
bertolak ansur dengannya?
Klien : Ya.. Saya rasa saya boleh bercakap dengan dia seperti biasa..Saya cuba untuk
bertolak ansur dengan dia.. Saya rasa kalau ada apa-apa yang saya tidak suka dengan Arun
ataupun Mahen.. saya kena cakap dengan mereka ..Baru mereka akan faham tentang
saya.. sebab saya pun kena ada ruang tersendiri..
Kaunselor : Hmm.. bagus macam itu.. Nampaknya, Gopi sudah mula nampak penyelesaian
kepada masalah kamu..
Klien : Ya.. Saya kena bertolak ansur dengan mereka berdua..
Kaunselor : hmm..ok..Saya rasa kita bolehlah tamatkan sesi dekat kini.. Sebelum itu, saya
rumus balik apa yang berlaku dalam kedua-dua sesi ini.. Pada mulanya, Gopi belum
bersedia untuk kongsikan perkara-perkara yang merungsingkan kamu..Kamu macam
teragak-agak sikit.. Lepas itu kamu mula kongsikan masalah kamu iaitu perselisihan faham
antara kawan kamu dengn kamu.. Kamu memang geram dengan perangai kedua-dua
kawan kamu itu.. Sekarang kamu dah mula faham tentang perangai mereka dan cara untuk
mengatasi masalah ini..Betul?
Klien : ya..ya..
Kaunselor : Ok..sekarang sebelum saya tamatkan sesi ini saya nak tanya perasaan Gopi
sepanjang sesi ni?

Klien : Saya rasa semangat dan gembira kerana saya dapat confident dan celik akal untuk
menghadapi perangai kawan-kawan saya.. Saya juga dapat mengetahui cara untuk
menyelesaikan masalah saya dengan bantuan kamu.. Ini 1st time saya mengikuti sesi
kaunseling.. so, saya dapat tahu apa itu kaunseling dan saya telah mengubah fikiran saya
bahawa kaunseling ini menasihat orang lain.
Kaunselor : hmm..Bagus.! Ada apa-apa lagi nak cakap?
Klien : Tidak.. saya hanya nak ucapkan terima kasih kerana sudi membantu saya..
Kaunselor : hmm..Tak apa, Gopi.. Kalau macam itu kita tamatkan sesi kita sampai sini
sahaja.. Saya mengucapkan terima kasih kerana sudi datang ke sesi kaunseling ini dan juga
menepati masa. Saya juga berharap dan berdoa bahawa kamu boleh bergaul dengan
semua orang tanpa sebarang gangguan..ok.. Kita jumapa lagi, Gopi..- rumusan besar
Klien : Ok, terima kasih!

10

3.0 LAPORAN SESI KAUNSELING


Menurut McLeod, J.(2007) dalam Eh Ah Meng (2011) menyatakan bahawa
kaunseling individu sebagai seseorang individu yang membina hubungan istimewa dengan
seseorang yang terlatih yang boleh membantunya memnyelesaikan sesuatu masalah yang
sukar diselesaikan oleh dirinya sendiri. Pada pandangan saya, kaunseling individu
merupakan suatu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor dan juga klien. Pada
umumnya, kaunseling sebenarnya bukan bermakna memberi nasihat tetapi cadangan akan
diberikan. Seseorang kaunselor juga tidak akan memberi jawapan secara langsunng kepada
semua persoalan klien tetapi akan membantu mencari jawapan bersama-sama dengan
kliennya. Kaunselor akan mengembangkan pemikiran, menyeimbangkan perasaan dan
mengubah tingkah laku klien kepada yang lebih diterima. Kaunselor juga menitikberatkan
faktor kerahsiaan dan memberi fokus kepada kemahiran membuat keputusan serta
pengurusan masalah.
3.1 Analisis Masalah Klien
Klien merupakan murid tahun 5. Dia tinggal bersama ayah, emak dan adiknya di
Sungai Manggis. Klien tidak suka dengan kehadiran kawan baharu yang telah
memisahkannya daripada kawan lamanya. Perasaan tidak puas hati ini terhadap kawan
lama dan juga kawan barunya telah menggangu perasaan dan juga fikiran klien tersebut.
Menurut klien, kawan-kawannya tidak memahami perasaan dia terutamanya kawan rapat
dia. Terdapat seorang lagi kawan yang telah memisahkan klien dengan kawan rapatnya itu.
Dia juga menyatakan bahawa perubahan yang terdapat dalam diri kawan rapatnya adalah
disebabkan oleh kawan barunya. Dia tidak boleh menghadapi perubahan tersebut yang ada
pada kawan rapatnya. Dia telah menyatakan pelbagai pengalaman yang menyedihkan
akibat daripada perangai kedua-dua kawannya. Fikiran dia tidak rasional kerana dia
berharap kawan rapat itu hanya boleh berkawan denga dia sahaja. Klien sering
menyalahkan kawan barunya sahaja. Dia tidak memahami bahawa kawan dia juga berhak
untuk bergaul dengan orang lain. Saya telah menetapkan supaya klien menyedari bahawa
kawanya boleh bergaul dengan semua orang. Dua sesi telah dijalankan di maktab saya.
Sesi ini diambil untuk kerana ia merupakan sebahagian daripada tugasan saya. Pada
mulanya klien menyatakan tidak mempunyai sebarang masalah dan belum bersedia
mengkongsikan perkara yang merungsingkannya. Pada sesi yang pertama saya telah
membina hubungan dengan klien dengan melihat persekitaran hidupnya samaada
mempengaruhi kehidupannya atau pun tidak. Dalam sesi itu saya yang bertanya banyak
soalan sebagai satu galakkan kepadanya untuk berkongsi masalahnya tetapi dia tidak
berkongsikan masalahnya kerana ini merupakan kali pertama dia menjadi seorang klien dan
11

segan untuk bercakap dengan saya. Dia juga berharap bahawa dia akan menyediakan
dirinya untuk bercakap pada sesi yang seterusnya.
Dalam sesi yang kedua klien sudah mula berkongsi tentang perkara yang
merungsingkannya. Dia dapat meluahkan perasaan marah, sedih, kecewa dan sebagainya
dalam sesi ini. Dia dapat merasionalkan fikiran yang tidak rasionalnya dengan bantuan saya.
saya banyak meneroka berkaitan dengan kawan-kawan klien.
3.2 TEORI
Teori yang diaplikasikan dalam kedua-dua sesi ini adalah teori pemusatan insan.
Teori pemusatan perorangan ini diperkenalkan oleh CARL R.ROGERS(1902-1987 )yang
berfokus kepada klien. Menurut Khoo Bee Lee (2014), Rogers melihat ahli-ahli terapi hanya
bertindak

sebagai

penyedia

kepada

perkembangan

peribadi

seseorang.

Beliau

menenkankan kepada individu sebagai klien yang mana dianggapnya mempunyai banyak
pengalaman sendiri dan berguna untuk diketahui bersama. Mengikut Rogers sejak bayi
pengalaman dianggap sebagai kebenaran dan kenyataan. Bayi dikatakan menilai
pengalamannya sebagai sudahkah dia memenuhi keperluan untuk kesempurnaan
kendirinya ,apabila manusia berinteraksi dengan alam persekitaraan dan belajar tentang
dirinya maka konsep kendiri semakin berkembang. Fitrahnya manusia mahu disukai dan
dikasihi oleh orang lain. Manusia mengejar penghargaan kendirinya.Kemahuan terhadap
penerimaan dan kendiri yang positif individu akan membina suatu keadaan yang baik dan
tingkahlaku yang baik. Setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang
dan mencapai atau menuju ka arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah satu-satunya
pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk
menuju ka arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri sendiri,
memerlukan kemesraan dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan
kendiri pada tahap yang tinggi.
Menurut Eh Ah Meng et.al (2011), Rogers menyarankan tiga suasana yang penting
iaitu ketulenan, penerimaan tanpa syarat dan empati. Jika wujud suasana psikologikal itu
perhubungan antara kaunselor-klien yang menumpukan penerimaan positif dengan
keredaan kaunselor terhadap klienhya, keikhlasan, ketulenan dan kefahaman yang empati
oleh kaunselor tentang ruang rujuk dalam klien, maka suatu perubahan personaliti akan
berlaku dalam diri klien. Kaunselor menjadi dirinya sendiri. Kaunselor bersifat ikhlas, tidak
buruk sangka, tidak bersifat ragu-ragu dan tidak berpura-pura terhadap klien. Semakin
dalam kaunselor boleh melibatkan diri secara tulen dan tidak berpura-pura, semakin tinggi
kemungkinan klien untuk berubah. Menerima klien tanpa mengira syarat tertentu
menyumbang kepada perkembangan kendiri manusia secara menyeluruh dan bersepadu.
12

Kaunselor menerima tanpa syarat sangat menghargai diri klien dan tidak terpengaruh
dengan tingkah laku klien. Sikap ini terjelma dalam penerimaan kaunselor ke atas diri dan
juga sikap klien. Ia adalah perasaan ambil berat kaunselor yang tidak dikuasai oleh
perasaan berat sebelah atau penilaian perasaan atau tingkah laku klien. Kebolehan
kaunselor untuk memasuki ruang rujuk klian dan membenarkan diri klien mengalami proses
mental dan emosi yang dialami klien. Proses empati juga berlaku apabila kaunselor
memahami dan menghayati perasaan klien. Kaunselor melaksanakan teknik empati
sepanjang sesi rawatan. Namun begitu, kebolehan kaunselor adalah semasa sesi
penerokaan di mana kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien
akan berupaya memahami keadaan diri klien dengan lebih mendalam. Mengenal pasti
perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor sedang mendengar dan
menggalakan klien untuk bercakap lebih bebas. Oleh itu, ketiga-tiga elemen ini penting
kepada saya sewaktu saya mengaplikasikan teori ini dalam sesi saya.
3.3 KEMAHIRAN -KEMAHIRAN
Antara kemahiran yang biasa digunakan dalam sesi ialah kemahiran mendengar,
refleksi perasaan, parafrasa, dorongan minima, kemahiran menyoal, kesenyapan, empati
dan komunikasi bukan lisan dan kemahiran bina hubungan, kemahiran membuat
penstrukturan serta membuat rumusan. Menurut Muhd Mansur dan Siti Nordina (1993)
dalam Khoo Bee Lee (2014) kemahiran mendengar merujuk kepada mendengar secara aktif
dan memerhati,menerima dan memahami mesej yang disampaikan oleh klien sama ada
secara lisan ataupun bukan lisan yang jelas mahupun kabur. Mendengar secara aktif
membekalkan banyak maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut. Selain itu,
kemahiran ini juga mempunyai kesan terapeutik. Bercakap dengan kaunselor yang aktif
mendengar membolehkan klien meluahkan dan hal ini membawa kepada pelepasan emosi
klien. Kemahiran mendengar in boleh dilihat apabila seseorang kaunselor itu memberi
respond yang betul tentang apa yang dikatakan oleh klien.
Sebagai contohnya, klien mengatakan bahawa terdapat banyak perkara yang
menganggunya dan respon kaunselor ialah apakah yang menganggunya?. Dengan ini,
kaunselor dapat memberi respon yang baik tentang apda yang dikatakan oleh klien.
Seterusnya ialah refleksi perasaan pula berlaku apabila pemfokusan kepada perasaan atau
emosi klien yang dilahirkan secara lisan atau tidak merujuk kepada refleksi perasaan. Ia
membantu untuk mendengar secara aktif dan empati mengenai klien. Jika refleksi perasaan
seseorang kaunselor itu tepat maka ia membantu klien meluahkan lebih banyak isi penting
tentang perasaanya. Contohnya, Ok, Gopi tidak berani untuk berbincang tentang hal ini..
Nampaknya, Gopi masih belum lagi bersedia untuk terima jawapan yang akan diberi oleh
13

Mahen nanti.. merupakan refleksi perasaan yang dapat daripada klien itu. Selepas refleksi
tersebut, klien telah meluahkan lebih banyak perasaanya seperti sedih dan kesal.
Seterusnya ialah kemahiran membina hubungan dengan klien.
Mansor Abu Talib. (2010) menyatakan bahawa kemahiran ini asas untuk membina
hubungan dengan klien bagi memastikan kelancaran sesi. Ia merupakan langkah yang
paling awal dalam sesi . Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling
mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang.
Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan
memberikan tanggapan pertama yang positif terhadap kaunselor. Contohnya, Selamat pagi.
Sihat tak hari ni? Dah sarapan belum? dalam sesi ini akan membri kesan positif terhadap
klien. Klien akan berasa bahawa dirinya diambil berat oleh kaunselor. Dalam sesi kaunseling
ini, saya mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien dengan
mengukir senyuman kepada klien. Saya juga mengunakan kontak mata dengan klien
sewaktu sesi. Fungsi kontak mata adalah untuk membolehkan saya memberi tumpuan,
menunjukkan minat, menunjukkan tanda hormat, menggalakkan perundingan, menimbulkan
rasa penerimaan, menimbulkan rasa percaya mempercayai, menimbulkan rasa keselesaan
dan menimbulkan rasa kesungguhan terhadap klien saya.
Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap orang lain. Seseorang
yang bersikap terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap
dengannya. Manakala orang yang bersifat tidak menerima, lebih cenderung duduk
menyandar ke belakang menjauhi kliennya. Oleh itu saya duduk condong sedikit ke
hadapan klien yang bermakna saya sudah bersedia untuk membantu. Semua kemahiran ini
dapat melihat daripada video rakaman saya. Selain itu saya juga mengunakan kemahiran
mempara frasa yang bermaksud respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati
tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini perlulah di nyatakan dalam bentuk ayat yang
agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Parafrasa ialah respons kaunselor setelah
mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien.
Matlamat utama ialah memudahkan penerokaan ke atas klien. Sebagai contohnya,
klien menyatakan Saya seronok main dengan kawan dan saya telah membuat parafrasa
kamu dapat bermain dengan kawan-kawan. Ia membantu klien untuk berfikir dan
menumpukan perhatian terhadap situasi, orang, objek atau idea dengan lebih jelas.
Kemahiran yang seterusnya ialah kemahiran

dorongan minima diperlukan untuk

memberikan sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan.


Dorongan

minima

merupakan

respons

ringkas

ataupun

pergerakan

positif

yang

menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan. Contoh dorongan minima
14

yang saya telah gunakan ialah hmm,teruskan,oh., sentuhan, dan senyuman. Tujuannya
ialah bagi memberangsangkan klien untuk terus bercerita. Selain itu, ia menunjukkan saya
sedang mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien.
Menurut Asmah Ismail (2012) empati adalah proses untuk memahami emosi dan
perasaan seseorang klien. Dengan adanya kemahiran berempati ini, saya dikatakan
berkeupayaan untuk memahami emosi dan dapat merasai apa jua yang dirasai oleh klien
tersebut. Dengan ini, klien akan merasakan bahawa saya memang seorang pendengar yang
baik, memahami keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya kerana kaunselor
berupaya untuk memahami situasi sebenar yang dialaminya. Dalam sesi ini saya telah
menyatakan tak apa, saya faham sewaktu klien itu menangis. Ayat tersebut menunjukan
bahawa saya berempati dengan situasi klien itu. Selain itu, saya juga mengunakan
kemahiran kesenyapan sewaktu klien saya menangis. Kesenyapan ini memberi peluang
kepada klien untuk meluahkan perasaannya dengan bebas. Saya telah tunggu sampai klien
saya berhenti menangis dan saya teruskan sesi saya selepas itu.
Mansor Abu Talib. (2010) menyatakan bahawa kemahiran merumus adalah
pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan
oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan
dengan parafrasa. Kemahiran merumus ini bertujuan untuk menyedarkan klien dan
mengimbas kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu. Kaunselor
boleh membuat rumusan sama ada di permulaan, di tengah atau pun di akhir sesi
kaunseling. Namun kebiasannya, rumusan dibuat pada hujung sesi kaunseling, iaitu
membuat rumusan keseluruhan. Di samping itu saya membuat rumusan diakhir sesi. Dan
sebelum tamat sesi secara keseluruhannya. Contohnya, Sebelum itu, saya rumus balik apa
yang berlaku dalam kedua-dua sesi ini..Pada mulanya, Gopi belum bersedia untuk
kongsikan perkara-perkara yang merungsingkan kamu..Kamu macam teragak-agak sikit..
Lepas itu kamu mula kongsikan masalah kamu iaitu perselisihan faham antara kawan kamu
dengn kamu.. Kamu memang geram dengan perangai kedua-dua kawan kamu itu..
Sekarang kamu dah mula faham tentang perangai mereka dan cara untuk mengatasi
masalah ini.
Selain itu, penstrukturan juga sangat penting dalam sesuatu sesi. Asmah Ismail
(2012) menyatakan penstrukturan merupakan satu kemahiran yang sangat penting di dalam
sesuatu sesi kaunseling. Ini adalah kerana sekiranya penstrukturan dilakukan dengan baik
dalam sesuatu sesi kaunseling itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra dengan
klien. Proses penstrukturan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau tidak
formal. Berikut merupakan cara saya membuat penstrukturan. Pertama, sesi ini akan
15

mengambil masa sebanyak 30-45 minit. Kedua, didalam sesi kaunseling kita ada
kerahsiaan, apa sahaja perbualan kita disini perlu dirahsiakan. Kecuali apa yang Gopi
ceritakan itu membahayakan diri anda dan diri orang lain. Saya harap segala yang
diceritakan oleh Gopi adalah benar bagi mencapai matlamat sesi ini. Kamu juga berhak
untuk menghentikan sesi ini ataupun boleh tukarkan kaunselor jika kamu rasa tidak selesa
dengan saya. Peranan saya pula untuk membantu kamu untuk menyelesaikan masalah
tetapi keputusan akan diambil oleh kamu. Boleh faham?
Kemahiran yang seterusnya ialah kemahiran bertanya soalan. Soalan merupakan
kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling. Ini adalah kerana
ia merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya,
soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien. Matlamat menyoal adalah untuk
mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk
mendapatkan kepastian. Terdapat 2 jenis soalan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka.
Soalan tertutup adalah soalan yang khas yang cukup sekadar dijawab dengan gerak balas
yang ringkas, tepat dan padat.
Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua perkataan
sahaja, seperti ya atau tidak. Contoh soalan tertutup ialah semua tu tahun 5, betul? Kamu
semua satu kampung ke? Soalan terbuka akan memberi n peluang kepada klien untuk
menerokai dan membincangkan segala yang dialami dan dirasainya. Contohnya, soalan
yang saya gunakan ialah Ok, apa yang menggangu anda dengan kehadiran dia? Maka,
klien pun bercakap perkara-perkara yang mengganggunya. Saya juga sentiasa berwaspada
terhadap pergerakan klien. Saya sentiasa memerhatikan perubahan yang terdapat pada
muka dia. Contohnya, saya pernah memerhati bahawa muka klien yang marah dan juga
kesal. Ia membantu saya untuk mengetahui emosi klien saya pada masa itu. Maka say
boleh lah menjalankan sesi mengikut keselesaan klien saya itu.
3.4 REFLEKSI KLIEN
Sesi kaunseling ini hanya meliputi dua sesi sahaja. Pada sesi pertama, klien menyatakan
bahawa dia belum sedia untuk meluahkan isi hatinya kepada saya. Dia memang tidak yakin
dan teragak-agak untuk kongsikan kepada saya. Mula-mulanya dia menyatakan bahawa dia
tidak selesa untuk bercakap dengan saya kerana klien tersebut memang tidak suka
menyatakan masalahnya kepada orang asing. Pada akhir sesi pertama, dia menyatakan
bahawa dia akan berkongsi pada sesi yang akan datang. Dengan itu, saya mengetahui
bahawa saya berjaya meyakinkan klien saya tersebut. Pada akhir sesi kedua, klien
menyatakan bahawa dia dapat mengubah pandanganya tentang proses kaunseling. Dia
menyatakan bahawa sudah dapat celik akal dengan bantuan saya bagi menyelesaikan
16

masalahnya. Selepas sesi ini dia berharap dia boleh melaksanakan kerja rutinnya seperti
biasa. Dia juga mengakui bahawa dia telah mengubah fikiran yang tidak rasionalnya
terhadap masalh yang dihadapi olehnya. Walaubagaimanapun sepanjang pelaksanaan sesi
ini, saya dapat mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Saya berasa saya kurang
menguasai aspek-aspek yang perlu ada pada seseorang kaunselor. Ada juga kemahiran
yang saya dapat digunakan sewaktu sesi djalankan tetapi saya perlu meneroka secara
mendalam supaya dapat menguasainya secra mendalam. Saya juga telah mendapat
banyak pengalaman tentang amali ini. Saya perlu memantapkan penggunaan teori saya
sewaktu sesi kaunseling. Ada juga yang masih kelirukan saya tentang cara mengaplikasikan
teori dalam sesi. Oleh itu, saya perlulah meningkatkan kemahiran saya dengan membaca
banyak buku sebagai satu penyediaan awal. Pengalaman ini telah memberi pengajaran
kepada saya. Saya akan menjadikannya sebagai satu panduan sebelum menjadi seorang
kaunselor yang berkesan.

17

4.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, bagi menjadi seorang kaunselor yang berjaya

adalah

tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus


memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada
tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan

tidak

sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan


klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan
terhadap kaunselor. Selain mempunyai kemahiran-kemahiran yang baik, seorang kaunselor
yang berjaya juga harus mempunyai personality yang baik. Ini kerana perhubungan
kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor. Contoh-contoh
personaliti kaunselor yang baik ialah seperti mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan
berempati. Sifat mesra dan jujur kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila berinteraksi
dengan klien. Kaunselor juga harus berpandangan terbuka atau mengelakkan diri daripada
pandangan yang negatif terhadap klien. Kaunselor juga harus berkebolehan memasuki
ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi
yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati permasalahan klien.

18

Anda mungkin juga menyukai