Anda di halaman 1dari 6

Kertas Kerja Pertandingan Kelas Kondusif

KERTAS KERJA CADANGAN


PERTANDINGAN KELAS KONDUSIF
SK KG GEMUROH
21060 KUALA TERENGGANU

1.0

TAJUK

Pertandingan Kelas Kondusif Sk. Kg. Gemuroh, 2015


2.0

PENDAHULUAN

Kelas merupakan tempat dan rumah bagi pelajar di sekolah. Kelas yang
menarik dan kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu
ke kelas bagi menuntut ilmu. Suasana kelas yang kondusif akan memberi
murid keselesaan untuk belajar di samping merasa teruja untuk menerima
ilmu yang baru.
Keceriaan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan muridmurid dalam kelas tersebut. Pertandingan kelas kondusif ini adalah salah
satu medium untuk guru dan murid bersama-sama berganding bahu
untuk mengolah dan menceriakan kelas mereka untuk kepuasan diri
sendiri dan untuk keselesaan semasa belajar di dalam kelas.
Semoga Pertandingan Kelas Kondusif ini akan dapat mencapai objektifnya
untuk menceriakan kelas dan memberi murid suasana pembelajaran yang
baru dan lebih kondusif.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.
3.2 Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan
kelas bersih dan ceria.
3.3 Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti
bekerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan tolong-menolong.
3.4 Menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah dan menyumbang
kepada pengurusan dan kebersihan bilik tersebut.

3.5 Membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan


kebersihan.
4.0 MATLAMAT
4.1 Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.
4.2Meningkatkan tahap kebersihan kelas khasnya dan sekolah amnya.
4.3Memberi murid suasana baru di dalam kelas yang lebih kondusif.
5.0 PENGANJUR
Jawatankuasa 3K sekolah.
6.0 PELAKSANAAN
6.1 Bulan Januari semua kelas membuat persediaan.
6.2 1 Februari membuat perasmian Pertandingan Kelas Kondusif di Tapak
Perhimpunan.
6.3 Penilaian akan dibuat oleh guru bertugas mingguan
6.4 Juara bulanan iaitu Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga akan dipilih
berdasarkan markah mingguan yang terkumpul dan penilaian oleh Juri
Khas ( pihak Pentadbiran).
7.0 PESERTA PERTANDINGAN
Semua kelas daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6 tanpa sebarang
pengecualian.
8.0 JANGKA MASA PERTANDINGAN
Bermula bulan Februari 2015 sehingga bulan Oktober 2015.
9.0 JAWATANKUASA KERJA DAN JURI PENILAI
Rujuk Lampiran 1
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk lampiran 2

11.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


Rujuk lampiran 3
12.0 HADIAH PERTANDINGAN
Rujuk lampiran 4
13.0 JADUAL PELAKSANAAN
Rujuk lampiran 5
14.0 BORANG PEMARKAHAN
Rujuk lampiran 6
15.0 HAL SURAT MENYURAT
Rujuk lampiran 7
16.0 PENUTUP
Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka
masa panjang penganjur. Selain itu, ianya adalah untuk merealisasikan
visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu
yang cemerlang di dalam aspek

jasmani, rohani, mental, emosi dan

sosialnya. Melalui pertandingan ini juga diharap objektif penganjur untuk


mewujudkan suasana pembelajaran kelas yang lebih kondusif dan
menarik akan dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak.
Disediakan

oleh,

Di

sahkan

oleh,
___________________________
(TUAN MANIS BT TUAN MAJID)
GHANI)
Pengerusi J/K Program 3K
Sk Kg Gemuroh
21060 Kuala Terengganu
Terengganu

_________________
(PN RUDIANA ABD
Penolong Kanan HEM
Sk Kg Gemuroh
21060
Kuala

Lampiran 1
JAWATANKUASA INDUK
PERTANDINGAN KELAS KONDUSIF
SK KG GEMUROH
PENGERUSI
: ENCIK ABD GHANI BIN MOHD ALI ( GURU BESAR )
NAIB PENGERUSI : PN RUDIANA (GPK HEM)
SETIAUSAHA
: PN TUAN MANIS BT TUAN MAJID
AHLI J/K 3K
PENGERUSI
SETIAUSAHA
AJK

:PN TUAN MANIS BT TUAN MAJID


:EN ASMADI BIN ISMAIL
:EN ZAZMI BIN MANSOR
AHLI JAWATANKUASA KERJA

GURU
GURU
GURU
GURU
GURU
GURU

KELAS
KELAS
KELAS
KELAS
KELAS
KELAS

TAHUN
TAHUN
TAHUN
TAHUN
TAHUN
TAHUN

1
2
3
4
5
6

:
:
:
:
:
:

PN
PN
PN
PN
PN
PN

WAN SUHAILA BT WAN HASSAN


ROSNAINI BT MAT ALI
NORYANI BT ABD GHANI
ROHAYA BT ISMAIL
NOR ASHIKIN
NOR AZIZAH BT TENGAH

PANEL / JURI PENILAI


JURI MINGGUAN
SEMUA GURU YANG BERTUGAS MINGGUAN
JURI KHAS
PIHAK PENTADBIRAN

Lampiran 2
BI

ITEM

KUANTITI

HARGA

HARGA

SEUNIT

KESELURUHA
N

BANER PELANCARAN

RM50.00

RM50.00

PIALA PUSINGAN

RM 100.00

RM 100.00

3.

SIJIL

30

RM1.00

RM30.00

4.

WANG TUNAI/BULANAN
10 BULAN

RM20.00

RM400.00

1.JOHAN
2.NAIB JOHAN

RM10.00

3.TEMPAT KETIGA

RM 10.00
ANGGARAN KESELURUHAN

RM 530.00

Lampiran 3
Syarat-Syarat Pertandingan
i. Pertandingan melibatkan semua kelas.
ii. Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut:a. Kebersihan lantai, tingkap, siling dan dinding.
b. Papan kenyataan ( visi dan misi / peraturan kelas / jadual waktu /
pelan
kebakaran / jadual bertugas sudut mata pelajaran / carta organisasi /
senarai
pelajar )
c. Hiasan dan kata-kata motivasi
d. Susun atur perabot (kerusi, meja, almari) termasuk semasa dan selepas
waktu
persekolahan.

Lampiran 4
Hadiah Pertandingan
JOHAN
: Piala Pusingan , sijil dan wang tunai RM20.00
NAIB JOHAN: Sijil dan wang tunai RM10.00
TEMPAT KETIGA : Sijil dan wang tunai RM 10.00

Lampiran 5
Jadual Perlaksanaan
Bulan

Tarikh

Jan

11.1.2015-30.1.2015

Feb

1.2.2015

Feb - Nov

Aktiviti
Persediaan kelas.
Pengumuman rasmi
pertandingan dan
syarat-syarat
pertandingan serta
persiapan kelas.
-Memastikan kelas
sentiasa kondusif
-mengumumkan juara
mingguan dan bulanan

Anda mungkin juga menyukai