Anda di halaman 1dari 3

ACARA

Ucapan
aluan

Menyatakan
kesyukuran

SKRIP
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Zuryati..
diiringi Guru Besar masuk ke dalam dewan.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wrt wbkth dan
Salam Sejahtera
Yang berusaha En Tajuldi b Yaakob , Guru Bear SK Lanai.
Yang dihormati En Tuni a/l Amin, YDP PIBG SK Lanai,
Yang berusaha, En Zuber b Omar, Penolong Kanan Tadbir,
Yang dihormati En Tuyut A/L Laboh, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid.
Yang dihormati Tuan Hj Amir b. Ishak Penolong Kanan
Kokurikulum,
Yang diraikan Puan Zuryati..guru-guru, dan seterusnya anakanak didik yang dikasihi sekalian....
Sirih berlipat siri pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
ALHAMDULILLAH ,BERSYUKUR KITA KE HADRAT
ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA, DAPAT
BERSAMA-SAMA KITA BERKUMPUL PADA HARI INI DI
DALAM MAJLIS PERPISAHAN PUAN ZURYATI..

Bacaan doa

Persembahan
murid

Ucapan

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita


bersama-sama menadah tangan memohon berkat agar segala
urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya menjemput En Razif bin Abu Hasan untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan...
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Razif bin
Abu Hasan atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid oleh muridmurid SK Lanai. Untuk itu, saya mempersilakan Ahli kumpulan
nasyid SK Lanai untuk mempersembahkan nasyid.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada ahli kumpulan nasyid SK
Lanai.
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin sekalian,Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput adik
Sharika_________________________ selaku wakil murid

CATATAN

untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.


Terima kasih diucapkan atas ucapan tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan En
Ahmad Zamry bin Mamat selalu wakil guru untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Zamry atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Al-Anisah bt
Alias selalu wakil staf dan juga rakan karib kapada yang
diraikan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.
Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan En Tajuldin
bin yaakob, , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lanai untuk
menyampaikan ucapan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lanai
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormat nya
mempersilakan.
Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan
daripada Yang Diraikan Puan Zuryati.. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Diraikan Puan Zuryati atas ucapan
sebentar tadi,
Persembahan
multimedia

Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan sebuah


persembahan multimedia mengenai memori perjalanan Puan
Zuryati sepanjang berkhidmat di SK Lanai.
Sama-sama kita saksikan.
Terima kasih diucapkan atas persembahan multimedia sebentar
tadi.

Penyampaia
n hadiah dan
cenderahati

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata


sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan
Puan Zuryati..
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput
dan mempersilakan En Tajuldin bin yaakob Guru Besar SK
Lanai untuk mengiringi Yang Diraikan Puan Zuryati
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Dipersilakanuntuk
menyampaikan cenderamata dari pihak sekolah
.Terima Kasih.
Dipersilakan .. untuk menyampaikan
sumbangan peribadi
.Terima Kasih.
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan
khusus untuk Yang Diraikan Puan Zuryati

Acara
memotong
kek

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan acara memotong kek.
Dengan itu, majlis menjemput sekali lagi En Tajuldin Bin
Yaakob mengiringi Puan Zuryati untuk acara memotong kek.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.

Sesi
bersalaman
murid

Dengan berakhirnya acara memotong kek itu tadi, maka


berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.
Sebelum berpisah, dijemput semua murid, guru dan staf
sokongan perempuan ke sesi bersalaman dan seterusnya sesi
bergambar dengan Puan Zuryati..
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum
Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai