Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA PERKHEMAHAN / AKTIVITI LUAR




























.
















Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada
dan menghadiri perkhemahan Go Green Camp 2016 peringkat sekolah, Sekolah
Kebangsaan Bandar Pusat pada kali ini .
Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukartukar pendapat di samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi yang
berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,
Engkau perbaikilah akhlak kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan
terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang
merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan
kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera
meninggalkan keburukan .
Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh
ujian yang mendatang daripada-Mu Ya Allah .
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini
akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati
samada dalam bidang akademik mahupun keperibadian .























































.






























.



























.

Anda mungkin juga menyukai