Anda di halaman 1dari 5

Berita | Malaysia

Graduan tempatan tak lah


bodoh sangat pun
Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli dan Dr Wan Zulhafiz Wan Zahari, Astro Awani | Januari 22, 2017
16:18 MYT

Banyak graduan dari universiti tempatan diterima untuk melanjutkan


pengajian sarjana dan peringkat Ph.D di universiti-universiti berkelas dunia
dan lulus dengan bergaya.
PADA 18 Januari 2017, rakyat Malaysia digemparkan dengan kenyataan yang
kononnya dikeluarkan oleh seorang professor dari Universiti Harvard,
Profesor Lant Prichett bahawa kualiti graduan tempatan setaraf dengan
pelajar-pelajar Denmark yang gagal menamatkan persekolahan.
Ini dilaporkan sebuah portal berita tempatan dalam artikel bertajuk Local

Grads Only as Good as Danish High School Dropouts pada 18 Januari 2017.
Seperti dijangkakan, sesetengah rakyat Malaysia yang merasakan diri mereka
lebih pandai dari orang lain menurunkan pelbagai komen-komen jahat
merendah-rendahkan universiti tempatan atas kegagalan menghasilkan
graduan berkualiti tinggi.
Yang peliknya, tajuk artikel ini ditukarkan kepada Rote Learning a Bane in
Tertiary Education, Harvard Professor warns sehari kemudian.
Beberapa jam kemudian, portal berita tersebut menerbitkan satu lagi artikel
melaporkan Profesor Prichett tidak mempunyai data mengenai Malaysia dan
kenyataan yang dibuat olehnya tidak boleh dianggap mengatakan sesuatu
mengenai Malaysia.
Profesor Harvard menyatakan bahawa beliau tidak pernah membuat sebarang
kajian berkaitan Malaysia dan oleh itu tidak akan membuat sebarang
kenyataan berkenaan graduan-graduan Malaysia.
BACA: Kenyataan Profesor Harvard satu penghinaan terhadap graduan
tempatan - Mahdzir
Apa yang tak kena dengan rakyat Malaysia sebegini yang dengan cepat
melatah dan memburukkan negara apabila terdapat sedikit ruang untuk
menghina negara?
Minggu lepas, kegemilangan seorang individu Malaysia bernama Faiz Subri di
Anugerah Puskas telah dibayangi kutukan-kutukan sesetengah rakyat yang
menyoalkan kebolehannya berbahasa Inggeris.
Kegagalan Faiz Subri berbahasa Inggeris menyebabkan mereka melupakan
pencapaian bersejarah yang individu ini telah lakukan untuk negara.
Sekarang, wartawan dari portal berita tersebut memutarbelitkan secara jahat
kenyataan Prof. Prichett mengenai kualiti graduan Malaysia, mungkin dengan
niat untuk memalukan negara.
Setelah 60 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, tapi masih terdapat
rakyat Malaysia mengambil ringan sesuatu yang mereka telah punya
kewarganegaraan.
Banyak masyarakat Cina dan India di Brunei, Rohingya di Myanmar serta
masyarakat Palestin di Lubnan dan Syria, sehingga kini dinafikan kerakyatan.

Tidak seperti Brunei, kerajaan Malaysia (dahulunya Malaya), menjelang


kemerdekaan pada tahun 1957, telah memberi kewarganegaraan kepada semua
rakyat Malaya tidak kira kaum dan agama, walaupun mereka berasal dari luar
rantau Nusantara dan tidak mempunyai persamaan apa pun dengan
masyarakat Melayu tempatan.
Tatkala negara-negara lain di rantau ini membina kekuatan ketenteraan,
Malaysia pula memberikan fokus kepada pembangunan sumber manusia.
Akibatnya, setelah 60 tahun berlalu, Malaysia menjadi sebuah kisah kejayaan
bertukar wajah dari sebuah negara pertanian yang mundur kepada salah
sebuah negara perdagangan terbesar di dunia.
Apakah yang memungkinkan ini hanya menerusi pelaksanaan polisi
pendidikan kebangsaan yang berkesan bagi membina modal insan berkualiti.
Fakta-fakta di bawah menunjukkan graduan tempatan tidaklah seburuk seperti
yang disangkakan:
1. Malaysia dijajah selama lebih 300 tahun dan masyarakat Melayu/Bumiputra
telah dipinggirkan dan dibiarkan terperosok di peringkat terbawah dalam
strata sosio-ekonomi sewaktu zaman pemerintahan Inggeris. Kumpulan
menengah dan profesional dikalangan masyarakat Melayu/Bumiputra hampir
tiada. Menjelang kemerdekaan dan reformasi pendidikan menerusi Dasar
Ekonomi Baru (DEB), status sosio-ekonomi masyarakat Melayu/Bumiputra
(terutama dari kawasan luar bandar) diangkat dan hanya dalam satu generasi,
banyak golongan menengah dan profesional Melayu dihasilkan.
2. Banyak graduan dari universiti tempatan diterima untuk melanjutkan
pengajian sarjana dan peringkat Ph.D di universiti-universiti berkelas dunia
dan lulus dengan bergaya.
3. Terdapat graduan tempatan yang diambil bekerja di bidang-bidang
profesional dan menjadi ekspatriat di Singapura, Brunei, Indonesia, TimorLeste, Kuwait, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu dan United Kingdom, dan ada
juga yang berkhidmat untuk organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
4. Universiti-universiti tempatan mendominasi pertandingan-pertandingan
berprestij antarabangsa seperti Cambridge Debating Tournament yang
dikuasai oleh Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIAM) manakala
Universiti Teknologi MARA (UiTM) menempatkan diri mereka di tangga

kedua dalam pertandingan World Universities Debating Championship


(WUDC) mengalahkan Universiti Yale dan Universiti Harvard pada tahun
2016.
5. Banyak institusi-institusi antarabangsa mengiktiraf kepakaran tempatan
menerusi pelantikan sebagai profesor pelawat, akademik pelawat dan felo
akademik.
6. Malaysia merupakan negara top-two di Asia dengan kemahiran berbahasa
Inggeris yang baik berdasarkan survei oleh EF English Proficiency Index (EF
EPI).
7. Rakyat Malaysia pertama untuk memenangi Anugerah Keamanan Nobel
pada tahun 2013, Mohd Nasarudin Mohd Yusof adalah alumni Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Senarai ini boleh berterusan dan ini cuma sebahagian untuk menunjukkan
sistem pendidikan tempatan tidaklah seburuk yang disangkakan.
Memang benar terdapat kelemahan pada sistem terkini tetapi ini boleh
diperbetul dan ditambahbaik.
Apa yang dilakukan wartawan tersebut adalah suatu kesalahan besar dan tidak
patut dilupakan hanya menerusi permohonan maaf. Laporan portal berita yang
mengatakan graduan Malaysia setaraf pelajar-pelajar Denmark yang gagal
menamatkan persekolahan telahpun tular di media sosial dan ini sedikit
sebanyak telah merosakkan imej negara - suatu laporan yang boleh
memberikan tanggapan yang salah kepada graduan tempatan dan
menjatuhkan maruah negara.
Begitu aneh sekali - apabila kebebasan bersuara disekat, dikatakan kuku besi
tetapi apabila kebebasan diberikan, ini pula jadinya.
Sebagai ahli-ahli akademik, kami berasa lega bahawa Prof. Prichett mengakui
tidak pernah mengatakan sedemikian.
Tiba masanya rakyat Malaysia berbangga dengan diri mereka dan kemampuan
mereka sendiri.
Kita ni tidaklah bodoh sangat pun.

*Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah berkelulusan LLB dan MCL dari IIUM
dan berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Fakulti Undang-undang dan
Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia serta sebagai seorang profesor
pelawat di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University,
Vladivostok, Russia.
*Dr. Wan Zulhafiz Wan Zahari adalah berkelulusan LLB dari IIUM dan LLM
dari UiTM. Beliau berkelulusan PhD dari University of Aberdeen, United
Kingdom dan sekarang berkhidmat sebagai penolong profesor di Kulliyyah
Undang-undang Ahmad Ibrahim, IIUM.
*Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya
mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.

Tag: Universiti Harvard, Profesor Lant Prichett, kualiti graduan tempatan, Universiti
tempatan, pendidikan

Anda mungkin juga menyukai