Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis, Yang dihormati

barisan hakim yang arif lagi bijaksana seterusnya guru-guru yang saya
sayangi. Berdiri saya disini adalah untuk menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk SI TANGGANG ANAK DERHAKA.

Tersebutlah kisah satu cerita


Cerita bermula kisah derita
Sedihnya ibu kecewa hatinya
Kerana dihalau anak kandungnya
Di dalam sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri bernama si
Talang dan Si Deruma. Mereka mempunyai seorang anak bernama Si
Tanggang. Si Tanggang amat bercita-cita tinggi akan tetapi, kehidupan
mereka yang serba kekurangan menjadi penghalang cita-citanya.

Hadirin sekalian,
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal yang sangat besar
berlabuh di muara sungai berhampiran denga rumahnya. Si Tanggang
pergi mencuba nasib dengan berjumpa nakhoda kapal itu dan meminta
untuk dijadikan sebagai anak kapal.
Walaupun ibu bapanya keberatan untuk melepaskan Si Tanggang
berlayar akan tetapi mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji
akan pulang ke rumah setelah menjadi kaya- raya.
Si Tanggang amat cekap berniaga dan rajin bekerja. Lalu dia diambil
sebagai anak angkat nakhoda. Apabila nakhoda semakin uzur, Si
Tanggang di lantik menjadi nakoda yang baharu. Dia dipanggil sebagai
nakhoda Tanggang.
Kehebatan Si Tanggang sampai ketelinga sultan, tidak lama kemudian
sultan mengahwinkan puterinya dengan Si Tanggang.
Pada suatu hari, kapal Si tanggang dan isterinya berlabuh di muara
sungai kampung asal-usulnya. Kedua ibu bapanya berasa sangat
gembira. Mereka mendayung-dayung sampan ke kapal Si Tangang.

Apabila telah sampai di kapal Si Tanggang, tiba-tiba seorang anak kapal


melarang mereka naik ke situ. Si Tanggang tidak mahu melihat keadaan
ibu bapanya yang daif itu. Ibu bapanya memnggil Tanggang Taggang
akan tetapi, Si Tanggang berpura-pura tidak mengenal mereka. Apabila
isterinya bertanya Si Tanggang mengatakan bahawa kedua ibu bapanya
sudah tiada lagi.
Kedua ibu bapanya pulang dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila
sampai di tebing tasik, ibunya memandang kearah langit dan berdoa.
Oh Tuhan! Tunjukkan kepadanya akulah ibu kandungnya.
Tiba-tiba angin bertiup kuat, petir berdentum. Kapal Si Tanggang
terumbang-ambing dipukul oleh ombak. Ketika itulah Si Tanggang sedar
bahawa dia telah menderhaka kepada kedua ibu bapanya. Si Tanggang
meminta ampun kepada ibunya, ibu ampunkanlah Tanggang 2x.

Akan tetapi, penyesalan itu tiada gunanya, Si Tanggang, isteri dan


semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu. Oleh itu, kawankawan janganlah kita menderhaka kepada ibu bapa kita. Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Cerita rakyat cerita Malaysia,


Moga terhibur pelbagai bangsa

Salam 1 malaysia daripada saya.

Daun mengkudu biji selasih,


Saya akhiri sekian terima kasih.

SKRIP CERITA SI
TANGGANG ANAK
DERHAKA

SK. TASEK PERMAI

Anda mungkin juga menyukai