Anda di halaman 1dari 16

Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengenalan
Kesihatan adalah suatu perkara yang amat penting dan harus dititik beratkan oleh semua
individu. Lantaran itu, penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab setiap individu demi
memastikan kelangsungan hidup yang sihat dan berkualiti. Tanpa nikmat sihat, tidak bererti
sebuah kecantikan dan nilaian harta yang berjuta-juta kerana dengan nikmat sihat jua lah
membolehkan kita hidup dengan sempurna dan efektif. Bak kata orang-orang tua, harta boleh
dicari tapi nikmat sihat tidak boleh dibeli. Ini menggambarkan bahawa nikmat sihat itu lebih
berharga dari timbunan harta sehinggakan wang ringgit itu tidak mampu untuk ditukar ganti
dengan nikmat sihat. Dalam pada itu, kehidupan pada hari ini menuntut setiap individu berusaha
untuk mencari harta tetapi bukanlah penting untuk dinobatkan sebagai individu terkaya. Sudah
memadai sekiranya seseorang itu berharta untuk memenuhi keperluan hidup agar tidak
bergantung harap pada insan lain. Semua ini dapat dicari dan dipenuhi sekiranya seseorang itu
memiliki kesihatan tubuh badan yang baik.
Selaras dengan itu, satu kementerian yang dikenali sebagai Kementerian Kesihatan diwujudkan
di bawah organisasi kerajaan Malaysia bagi meninjau dan memantau perkembangan kesihatan
rakyat di Malaysia. Klinik Desa, Klinik Kesihatan, Hospital dan semua yang berkait dengan
kesihatan akan bernaung di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi organisasi di Negara
ini. Kementerian Kesihatan diterajui oleh seorang menteri dan timbalannya manakala
dibawahnya pula diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan dibantu oleh pegawai kanan
kesihatan untuk memastikan perjalanan organisasi di bawah Kementerian Kesihatan ini berjalan
lancar. Bidang kesihatan merupakan satu bidang yang professional di mana setiap pengurusan
dan tindakan yang dirancang mestilah relevan dengan sesuatu keadaan. Individu yang
berkecimpung dalam bidang ini hendaklah menjadi seorang yang berilmu, berkemahiran tinggi
dan berakhlak mulia kerana pekerjaan ini menuntut individu yang terlibat untuk berdepan dengan
orang awam terutamanya pesakit.

Justeru itu, dalam diri setiap pengamal perubatan haruslah ditanam dengan sifat berkeyakinan
tinggi bersesuaian dengan tanggungjawabnya yang memerlukan keyakinan untuk menguruskan
pesakit. Setiap pengamal perubatan seharusnya tidak jemu untuk sentiasa mendalami ilmu
pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran untuk mencapai tahap yang kompeten untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit iaitu pelanggang kita. Sememangnya
tidak dapat dinafikan bahawa bidang kesihatan merupakan satu bidang yang amat sukar dan
mencabar kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah pesakit dan sentiasa berdepan
dengan risiko jangkitan. Oleh sebab itu, setiap pengamal perubatan dituntut untuk mendalami
ilmu pengetahuan agar mereka tahu bagaimana caranya untuk melindungi diri sendiri dari
pelbagai risiko.

Pencarian Literature

Hammed Noor Norddin, 2008 mengatakan perkhidmatan penyayang sebagai bersopan santun,
responsif, hormat-menghormati, dan hubungan komunikasi yang baik. Beliau menambah,
perkhidmatan profesinalisma pula sebagai mempunyai etika kerja, berkomitmen, disiplin, cara
yang terbaik dan taraf kerja barkualiti. Beliau menegaskan perkhidmatan bekerja secara
berpasukan sebagai bersatu menuju matlamat, mempunyai perasaan kekitaan, berkepimpinan,
saling mempercayai antara satu sama lain, akauntabilti, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
Mengikut pakar pengurusan, Vijay Sathe mengatakan bahawa budaya merupakan satu set
kefahaman utama yang dikongsi bersama oleh sesuatu masyrakat dan organisasi. Dilihat dari segi
manifestasi, beliau menganggap bahawa budaya mengandungi perkara yang dikongsi seperti
tutur kata dan perbuatan. Dalam erti kata lain apa yang dikongsi itu ialah kepercayaan, nilai dan
norma.
Jaafar Muhamad:1999 mengatakan organisasi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia
memang wajar mempunyai budayanya sendiri, yang memilik satu sistem yang difahami dan
diamalkan bersama-sama oleh ahli-ahlinya.
Ismail Merican dan rakan-rakan, (2006) melihat bahawa interaksi yang berkesan akan
mempengaruhi dengan memberi diagnosis yang tepat dan komitmen pesakit dalam rawatan.
Interaksi yang berkesan adalah interaksi yang melibatkan kurang percakapan.
Scott Mckain dalam bukunya What Customer Really Want (2005) telah memberikan enam
asas utama yang menjadi sempadan antara pelanggang dan pembekal perkhidmatan. Keenamenam asas tersebut adalah perbezaan jangkaan diantara apa yang dibekalkan oleh perkhidmatan
dengan kehendak pelanggang.

Perbincangan

Pada 23 Februari 2009, Yang Berhormat Dato Seri Doktor Liow Tiong Lai, Menteri
Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Budaya Korporat Kementerian Kesihatan
Malaysia yang bertujuan untuk menerapkan budaya kerja korporat dalam kalangan kakitangan
kesihatan di Malaysia. Beliau menggariskan tiga budaya korporat yang diperkenalkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu, budaya profesionalisma, budaya penyayang dan budaya
kerja berpasukan. Menyentuh teks ucapannya pada hari itu, beliau mengakui bahawa tugas dan
tanggungjawab setiap warga Kementerian Kesihatan Malaysia kini kian mencabar dan rumit.
Beliau menegaskan bahawa nilai kesabaran amat penting dalam diri setiap kakitangan kesihatan
dek kerana setiap hari warga kesihatan akan berdepan dengan pelbagai situasi dan kerenah
pesakit ditambah lagi dengan waris pesakit itu sendiri. Kata beliau lagi, kemajuan teknologi telah
membuka gerbang maklumat untuk sesiapa sahaja yang inginkannya. Lantaran itu, pesakit kini
merupakan orang-orang yang berpengetahuan dan mampu mempersoalkan jenis rawatan dan
layanan yang diterima. Selaras dengan itu, beliau menekankan bahawa budaya korporat
profesionalisma amat penting dan harus ditanam dalam diri setiap warga kesihatan.

Dengan nilai profesionalisma itulah menuntut setiap warga kesihatan untuk memberikan
perkhidmatan terbaik untuk pesakit iaitu pelanggang yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, menerusi budaya kerja profesionalisma ini juga menuntut setiap warga kesihatan
untuk menghadapi pelbagai cabaran dan sebarang kemungkinan yang berlaku meskipun
mengalami kekangan dari segi bilangan kakitangan, kelengkapan dan suasana kerja yang kurang
kondusif. Tambahan lagi, dalam ucapan beliau yang lalu, beliau menyedarkan bahawa rakyat
sememangnya menaruh harapan yang tinggi terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga
kakitangan kesihatan dalam penjagaan kesihatan mereka. Dek kerana itulah setiap kakitangan
kesihatan perlu menerapkan budaya kerja profesionalisma untuk mempertingkatkan ilmu
pengetahuan dan juga kemahiran selaras dengan perkembangan teknologi dunia hari ini.
Profesionalisma bukan sekadar menunjukkan seseorang kakitangan kesihatan itu berilmu
pengetahuan dan berkemahiran, tetapi turut merangkumi nilai moral yang mulia.

Seseorang warga kesihatan itu belum dapat dikatakan professional sekiranya hanya mampu
menguruskan kes yang datang tetapi tidak mampu menangani kehendak dan kerenah pesakit.
Oleh sebab itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menegaskan bahawa nilai kesabaran menjadi
kunci kekuatan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit. Bayangkan
sekiranya pesakit itu adalah ahli keluarga kita sendiri, sudah pasti kita ingin berikan rawatan
yang terbaik untuk meredakan kesakitan yang dialami. Begitu juga dengan orang awam, kita
hendaklah berdepan dengannya dengan penuh komitmen dan dedikasi meskipun mereka tiada
pertalian darah dengan kita selaras dengan nilai profesionalisma yang dituntut. Seseorang warga
kesihatan itu boleh dikatakan professional sekiranya perkhidmatan yang diberikan itu bertepatan
dengan masalah yang dialami pesakit dan dalam masa yang sama pesakit berpuas hati dengan
perkhidmatan yang diberikan. Sememangnya kuasa untuk menyembuhkan itu bukan milik kita,
ianya milik Allah Yang Maha Berkuasa tetapi kita sebagai hamba-Nya yang lemah ini masih
diberi ruang untuk berusaha dan berikhtiar. Allah memberikan manusia akal untuk berfikir dan
dengan akal yang hanya sejengkal itu lah harus digunakan untuk menyelesaikan sesuatu
permaslahan yang timbul.

Budaya korporat yang seterusnya ialah penyayang. Penyayang ditakrifkan sebagai perasaan
kasih dan cinta kepada pesakit dan juga mesra pelanggang. Budaya penyayang seharusnya
dipupuk dalam kalangan setiap insan bukan hanya dikhususkan kepada warga kesihatan sahaja.
Sekiranya nilai penyayang ini diterapkan dalam diri setiap insan, maka mudahlah untuk
mewujudkan persefahaman dalam kalangan anggota dan pesakit. Dengan itu jua, suasana kerja
penyayang dapat diwujudkan bagi memastikan setiap pesakit mendapat layanan dan
perkhidmatan yang terbaik. Dalam masa yang sama, setiap pesakit juga haruslah memahami
tugas dan tanggungjawab anggota kesihatan bukanlah mudah. Nilai kesabaran haruslah dituntut
untuk mewujudkan suasana tolak-ansur dan hormat-menghormati. Memang tidak dapat
dinafikan, setiap pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan menuntut untuk dilayan
dengan segera tetapi bukan semua situasi akan mendapt layanan serta-merta. Warga kesihatan
yang bertugas akan menilai terlebih dahulu keadaan dan keterukan yang dialami oleh pesakit
sebelum memberi rawatan terutamanya di Jabatan Kecemasan. Pesakit yang tenat dan kanak-

kanak akan diberi keutamaan. Oleh itu, amatlah penting nilai kesabaran dan hormatmanghormati antara satu sama lain.
Namun begitu, pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dengan yang usaha prihatin dan
mesra rakyat telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan
kesihatan rakyat di negara ini. Antaranya, bagi memastikan pesakit mendapat rawatan dengan
segera, Kementerian Kesihatan sedang berusaha untuk memastikan waktu menunggu di klinik
pesakit luar dikurangkan kepada 30 minit. Kini rakyat boleh mendapatkan perkhidmatan
kesihatan selepas waktu pejabat. Waktu operasi di 16 buah Klinik Kesihatan juga telah
dilanjutkan sehingga jam 9.30 malam hari bekerja dan dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00
tengahari pada hari sabtu. Bilangan Klinik Kesihatan yang terlibat akan ditambah dari masa ke
masa. Ini menunjukkan langkah kerajaan melalui Kementerian Kesihatan yang penyayang dan
mesra rakyat bagi meningkatkan kualiti kesihatan rakyat di negara ini.
Dalam masa yang sama, setiap warga kesihatan perlu memainkan peranannya yang tersendiri
untuk menangani setiap masalah yang dialami oleh pesakit dengan penuh berhemah dan sopansantun. Inilah yang dikatakan sebagai budaya penayang bila mana warga kesihatan dapat
menangani pesakit dengan lemah-lembut dan dalam masa yang sama, pesakit berpuas hati
dengan layanan yang diberikan. Bagaimana cara yang berkesan untuk berkomunikasi dengan
pesakit haruslah dipertingkatkan untuk mewujudkan interaksi dua hala. Dalam masa yang sama,
setiap pesakit haruslah bekerjasama dengan warga kesihatan untuk memudahkan tindakan segera
dapat diambil bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Setiap warga kesihatan haruslah
menjaga tutur-kata agar tidak mengguris hati pesakit. Inilah yang dikatakan sebagai penyayang.
Namun begitu, suasana penyayang ini tidak dapat diwujudkan sekiranya hanya sebelah pihak
sahaja yang memainkan peranan, ianya menuntut kedua-dua belah pihak untuk memainkan
peranan masing-masing. Adalah penting bagi setiap warga kesihatan itu menganggap pesakit
sebagai sebahagian dari keluarganya agar dapat diwujudkan suasana kasih sayang itu.

Budaya korporat yang berikutnya ialah kerja berpasukan. Kerja berpasukan yang dimaksudkan
bukanlah merujuk kepada wujudnya keadaan berpuak-puak tetapi yang dimaksudkan sebagai
kerja berpasukan ini ialah bekerja bersama-sama di bawah satu unit. Suasana kerja berpasukan

haruslah diterapkan dalam diri setiap warga kesihatan kerana dengan wujudnya semangat kerja
berpasukan, semua kerja akan menjadi mudah. Pujangga mengataknan, kekitaan yang erat tiada
kerja menjadi berat. Ini kerana dalam sesuatu pasukan itu, setiap kerja akan dibahagikan
mengikut peranan masing-masing. Dalam erti kata lain, setiap warga kesihatan itu akan
melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya tanpa disuruh. Masing-masing sudah mengetahui
apa yang harus dan sepatutnya dilakukan. Adalah mustahil sekiranya seseorang itu hendak
melakukan semua kerja dalam satu masa melainkan turut sama-sama dibantu oleh kakitangan
yang lain. Di sinilah kita akan nampak betapa pentingnya budaya kerja berpasukan untuk
memastikan kelangsungan tugas berjalan lancar. Tambahan pula, dalam satu-satu unit pasukan
itu sudah semestinya ada golongan senior yang berpengalaman dan juga golongan junior. Adalah
penting bagi golongan senior untuk memberikan tunjuk ajar kepada juniornya dan dalam masa
yang sama golongan junior pula haruslah merendah untuk meminta tunjuk ajar dari seniornya
untuk mewujudkan suasana kerja berpasukan. Lebih dari itu juga, perasaan hormat-menghormati
antara satu sama lain amat penting untuk mewujudkan suasana kerja yang harmoni.
Selain itu, budaya kerja berpasukan juga turut menuntut setiap warga kesihatan itu agar lebih
komited dengan tugas dan tanggungjawabnya. Sudah semestinya kita akan merasa malu
sekiranya orang lain yang melakukan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh kita sedangkan
dalam masa yang sama kita wujud bagaikan tunggul tanpa memainkan peranan yang sepatutnya.
Dengan itu, secara automatiknya kita akan melunaskan tugas dan tanggungjawab yang diberikan
kepada kita tanpa melepaskannya kepada orang lain. Jangan sampai orang lain melabelkan
kehadiran kita sebagai tidak bertambah apa-apa dan ketiadaan kita tidak merugikan apa-apa. Itu
menggambarkan kehadiran kita tidak menguntungkan apa-apa. Biarlah kehadiran kita dalam
sesuatu unit pasukan itu akan menyenangkan hati orang lain agar setiap kerja dapat dilakukan
secara berpasukan. Ingatlah bahawa budaya kerja berpasukan ini bukan bererti kita boleh
melepaskan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh kita kepada orang lain, tetapi budaya kerja
berpasukan ini mendorong kita sebagai warga kesihatan untuk bersama-sama membanting
keringat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.
Dalam pada itu, dengan wujudnya suasana kerja berpasukan juga membolehkan setiap warga
kesihatan duduk berbincang bersama-sama bagi berkongsi idea dan mencari penyelesaian bagi
suatu masalah yang timbul. Tambahan pula, dengan wujudnya suasana kerja berpasukan

menjadikan sesuatu unit itu lebih utuh bak kata orang-orang tua dahulu, lidi yang sebatang
senang dipatahkan tetapi bila diberkas akan menjadi lebih kukuh. Diberkas yang dimaksudkan di
sini ialah membentuk satu uniti akan menjadikan sesuatu itu lebih utuh. Tambahan lagi, kerja
secara berpasukan akan menjadikan kerja yang berat itu menjadi lebih ringan dek kerana
permuafakatan yang wujud dalam sesuatu unit itu. Bak kata pepatah, yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing. Ini menunjukkan bahawa permuafakatan itu akan membawa berkat
seperti mana kata-kata yang berbunyi, kerja sepakat membawa berkat.

Rumusan

Apa yang penting dalam memahami pada keseluruhannya adalah melihat setakat mana budaya
tersebut berjaya mempengaruhi elemen kepuasan kerja dan prestasi pekerja organisasi dari
semasa ke semasa. Sebenarnya, budaya korporat telah mengambil tempat pemeformalan di
dalam organisasi yang dilengkapkan dengan peraturan dan undang-undang sebagai satu kawalan.
Apa yang dilakukan ialah membentuk perasaan tanggungjawab dan iltizam pekerja yang tinggi
terhadap organisasi. Walau bagaimanapun, budaya korporat adalah sebahagian daripada
penigkatan kualiti dalam perkhidmatan khususnya di Kementerian Kesihatan Malaysia dan
kualiti merupakan nadi bagi kehidupan organisasi. Manakala organisasi pula hidup kerana
adanya pelanggang. Maka kecemerlangan organisasi boleh diukur menerusi kepuasan
pelanggang yang menerima perkhidmatan. Mengikut Hammed Noor Norddin : 2003, untuk
menpai kecemerlangan, seseorang individu atau sesebuah organisasi perlu memahami akan
makna cemerlang dan kemudian selaraskan dengan budaya organisasi sesebuah Kementerian.
Sememangnya jelas bahawa budaya korporat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia akan menguntungkan banyak pihak lebih-lebih lagi anggota kesihatan itu sendiri
sekiranya budaya tersebut dipraktikkan oleh anggota kesihatan. Tiga budaya yang digariskan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu budaya profesionalisma, budaya penyayang dan
budaya kerja berpasukan telah membawa banyak perubahan dalam pengurusan kesihatan rakyat
di negara ini. Ketiga-tiga budaya ini perlulah digabung bersama untuk menghasilkan hasil kerja
yang kompeten dan perkhidmatan yang terbaik. Kesimpulannya, perubahan yang dibawa oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan memperkenalkan budaya kerja korporat dalam
kalangan anggota kesihatan menampakkan perkembangan yang positif dalam mutu
perkhidmatan kesihatan di Malaysia selaras dengan perkembangan teknologi arus komodenan
dunia hari ini.

Rujukan
I.
II.
III.

http://www.moh.gov.my/v/bu_kor
http://www.moh.gov.my/v/lagu
Hammed Noor Norddin, Komunikasi Berkesan Untuk Pesakit, Yayasan Islam

IV.

Terengganu, 2003.
Hishamuddin Mohamad Ali, kualiti Perkhidmatan Fasiliti Hospital Kerajaan Dari

V.
VI.

Persepsi Pengunjung.
Jaafar Muhamad, Kelakuan Organisasi, Leeds Publications, Kuala Lumpur, 1999.
Narimah awin, (Dr)., Dato, Budaya Kerja Cemerlang, Nota syarahan Kursus PTK. Bil.5,

VII.

Quality Hotel, Shah Alam, 3-16 April 2005.


Norhayati Rusli, Keberkesanan Berkomunikasi Di Antara Individu Terhadap Kepuasan

VIII.

Pesakit Di Klinik Pesakit Luar Kerajaan, Di Daerah Kuala Langat, Selangor, 1997.
Mohd Ismail Merican & Rakan-Rakan, Interaksi Dengan Pesakit, Institut Pengurusan

IX.

Kesihatan, 2006.
Roslan Johari & Rakan-Rakan, Pengukuhan Soft Skill, Insitut Pengurusan Kesihatan,

X.

2008.
Scoty Mckain, What Customers Really Want Thomas Nelson, Indianapolis, 2005

Lampiran

Latar Belakang Putih


Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian
Kesihatan Malaysia menjalankan tugas.
Sentuhan di Hati
Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.
Hati Berwarna Merah
Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan.
Tangan
Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.
Nilai-nilai Teras
Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.

MOTO
Kami Sedia Membantu
Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan
untuk mencapai matlamat yang sama.
Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.
Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

NILAI-NILAI TERAS
Penyayang
Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami
bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu.
Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.
Profesionalisme
Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang
dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan
perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.
Kerja Berpasukan
Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat
yang sama.

JANJI KAMI
Kami Sedia Membantu
Kami Komited terhadap keperluan anda
Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.
Kami melaksanakan apa yang dirancang
Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian
perkhidmatan.
Kami berdedikasi terhadap tugas
Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.

KOMITMEN KAMI
Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa
kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.
Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun,
mudah didekati dan bersopan santun.
Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang
diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.

IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM


Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:

Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;

Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;

Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;

Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta

Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU ULU KINTA


32150 TANJUNG RAMBUTAN
PERAK DARUL REDZUAN

TUGASAN MAPP 2231


PENULISAN REFLEKSI
KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

NAMA : MUHAMMAD AL AMIN BIN OTHMAN


KAD PENENALAN : 910409-11-5341
NOMBOR MATRIK : BPP 2010-4634