Anda di halaman 1dari 4

LENCANA KERIS GANGSA

Sila Klik Untuk Melihat Nota


NOTA KERIS GANGSA

KERIS GANGSA
(a) Kesetiaan
1.
Menyanyi lagu Negaraku
2.

Mengenal bendera Malaysia dan bendera negeri

3.

Lambang dan Cogan Kata Pengakap

4.

Pengertia Rukun Negara

5.

Ketua Negara dan ketua negeri

6.

Persetiaan dan undang-undang Pengakap

7.

Hormat, isyarat dan salam Pengakap

8.

Mengenal nama penuh pemimpin Pengakap dan lain-lain

9.

Sejarah perkembangan kumpulan di sekolah

10.

Mengetahui tempat ibadat

11.

Nilai-nilai beribadat

(b) Kesihatan dan Keselamatan


1.
Kesihatan dan kebersihan badan
2.

Kebersihan tandas, pembuangan sampah dan sumber minuman

3.

Memakai kasut dan selipar

4.

Bahaya pil dan gula-gula

5.

Penyakit kulit

6.

Bahaya benda tajam

7.

Bahaya bahan letupan

8.

Bantuan orang dewasa

9.

Peraturan pejalan kaki

10.

Keselamatan jalan raya

11.

Peti pertolongan cemas

(c)
1.

Kecekapan
Asas perbarisan

2.

Permainan berpasukan

3.

Mengekalkan kesegaran fizikal

4.

Menggunakan pisau kecil

5.

Perhubungan awam

6.

Pakaian seragam Pengakap

7.

Isyarat Pengakap

8.

Simpul buku sila

(d) Penyertaan
1.
Perkumuhan manusia, haiwan dan tumbuhan

2.

Memelihara binatang/haiwan

3.

Membaca buku pemeliharaan haiwan

4.

Pusat sumber

5.

Membuat barang permainan

6.

Persembahan di sekolah

7.

Lakonan bisu

8.

Muzium mini di rumah

9.

Membuka akaun simpanan wang

(e) Perkhidmatan
1.
Membantu ibu bapa di ruumah
2.

Lawatan

3.

Melaporkan satu peristiwa

4.

Perlaksanaan undang-undang sekolah

5.

Khidmat kemasyarakatan

6.

Buku Log Mingguan

Lencana Kegemaran
(Dapatkan dua daripada kategori ini)
1.
Ahli koleksi hobi
2.

Ahli kraftangan

3.

Peladang kecil

4.

Pelukis

5.

Pembaca buku

6.

Penghibur

Versi

Lain.

LENCANA KERIS GANGSA

Kesetiaan Menyanyi Lagu Kebangsaan Negara Ku dan memahami bagaimana


menghormati lagu itu ketika dimainkan.
Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana pengakap itu berada .
Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia.
Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin
Pengakap kanak-kanak kumpulannya.
Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat
tinggalnya.

Kesihatan Dan Keselamatan


Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri.
Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh
orang yang tidak dikenali.
Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam.
Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti
mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api.
Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan;
mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis, Balai Bomba, Doktor dan Rumah Sakit,
tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran.
Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas,
melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain.

Kecekapan
Mengetahui Latihan Asas Kawat Kaki.
Mengetahui cara memanjat tali (tinggi tali tidak lebih dari 3 meter).
Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat
menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti :
perhentian bas, kereta api, teksi, balai bomba, hospital, balai polis, pejabat pos dll.
Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam pengakapnya dan
mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana
Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri.
Mengetahui segala isyarat pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju
dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti ikut arah ini, jangan ikut arah
ini, di sini ada air, tunggu di sini dan saya sudah pulang.
Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila dan kegunaannya.

Penyertaan
Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan; menunjukkan Pengakap
Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurang TIGAbuah buku dan dapat menceritakan balik
isi ceritanya kepada pemimpin pengakapnya.
Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang.
Menjalankan SATU daripada aktiviti di bawah :

1 Mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah.


Atau
2 Membuka akaun simpanan.

Perkhidmatan :
Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan
memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log).
Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah
(pengesahan dan perakuan guru/kakitangan sekolah dalam buku log).

Anda mungkin juga menyukai