Anda di halaman 1dari 2

PENDEKATAN MODULAR

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia di negara kita digubal dengan menggunakan


pendekatan modular. Tujuan pendekatan modular ini diperkenalkan adalah untuk
memastikan penguasan kecekapan berbahasa yang baik secara lebih bersistematik.
Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kadar celik huruf dan juga agar murid-urid
dapat menguasai kemahiran 2M pada peringkat rendah . KPM telah menggunakan
pendekatan ini mulai tahun 2012. Kumpulan sasar utama pendekatan itu ialah murid
prasekolah. Mereka akan menggunakan modul penguasaan asas berbahasa yang bermula
dengan aktiviti kesediaan dan diikuti dengan aktiviti bacaan asas serta menulis dimulai
dengan menulis huruf.
Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil
yang dikenali sebagai modul. Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terdapat lima modul
iaitu Modul Mendengar dan Betutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa
dan Modul Tatabahasa. Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut untuk
mengukuhkan kecekapan berbahasa .
Pada hemat saya, pendekatan modular ini amat berkesan kepada pelajar-pelajar
sekolah rendah yang baru ingin menguasai kemahiran membaca, menulis, mendengar dan
bertutur. Hal ini kerana, dengan adanya modul ini, kemahiran-kemahiran tersebut akan
dipecahkan dan menjadi lebih sistematik untuk diajar kepada pelajar-pelajar di sekolah.
Perkara ini tidak akan memeningkan pelajar kerana silibus yang diajar adalah berpandukan
modul yang telah dikecilkan skopnya mengikut kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Pendekatan Modular ini juga akan memudahkan guru-guru mendekati murid-murid dalam
kelas terutama sekali apabila melakukan aktiviti mengikut kemahiran yang ditetapkan.
Murid-murid tentu akan dapat menguasai kemahiran tersebut dengan lebih mudah, lantas
kemahiran berbahasa mereka akan lebih meningkat.

Rumusannya, pendekatan modular itu hendaklah mengambil kira faktor-faktor


tertentu yang harus dititik beratkan oleh guru. Guru Bahasa Melayu memerlukan modul
yang sesuai dengan situasi setempat dan semasa. Jadi, kandungan modul itu perlu
pelbagai dan luwes. Hal ini membolehkan guru untuk memilih modul yang sesuai
dengan keperluan murid agar murid-murid dapat menguasai kemahiran berbahasa
sekurang-kurangnya kemahiran 2M iaitu membaca dan menulis.