Anda di halaman 1dari 1

CAMERON HIGHLANDS 14 Dis.

- Di samping masalah kerakusan pencerobohan tanah di Cameron


Highlands, kaedah pemasangan struktur pelindung hujan 'Plastic Rain-Shelter' (rumah plastik)
yang tidak sesuai oleh pekebun juga antara faktor merangsang kejadian banjir lumpur.
Pemasangan 'Plastic Rain-Shelter' oleh pekebun dalam skala besar tanpa reka bentuk yang
sesuai terutamanya di lereng bukit, dikatakan menyebabkan air hujan yang mengalir ke sungai
menjadi lebih deras dan banyak serta menyebabkan hakisan.
Perkara itu turut dipersetujui oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar penyelidik alam
sekitar dan pekebun sendiri bahawa pemasangan 'Plastic Rain-Shelter' perlu mempunyai sistem
reka bentuk yang sesuai di kawasan lereng bukit.
'Plastic Rain-Shelter' atau lebih dikenali sebagai rumah plastik yang mempunyai reka bentuk
hampir sama dengan rumah hijau berfungsi untuk mengurangkan kadar kelembapan hasil
tanaman dan menghasilkan produk tanaman yang lebih berkualiti.
Kajian dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi)
menyatakan kadar aliran air meningkat di kebun yang menggunakan 'Plastic Rain-Shelter'.
Hasil kajian berjudul 'Sustainability of Current Agricultural Practices in the Cameron Highlands'
(Kemampanan Amalan Pertanian Masa Kini Di Cameron Highlands) pada 2005 itu mengemukakan
dapatan, berlakunya peningkatan aliran air di ladang kebun bunga yang menggunakan 'Plastic
Rain-Shelter' berbanding ladang sayur yang tidak menggunakannya.
Malah sekiranya hujan lebat berlaku, ladang kebun bunga dilihat menyumbangkan banjir lumpur
berbanding ladang kebun sayur. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-sekitar/8216-rumah-plastik-8217-di-kebunpunca-banjir-lumpur-di-cameron-highlands-1.36210#sthash.s1TZxd75.dpuf

Anda mungkin juga menyukai