Anda di halaman 1dari 13

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

TAJUK 4

Modul DPLI (SM)

PENGAJARAN MAKRO

4.1 MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


4.2 MEMERHATI DAN MENGULAS KESELURUHAN SATU PENGAJARAN YANG
TELAH DIRAKAM
4.3 MEMBUAT REFLEKSI PENGAJARAN

SINOPSIS
Dalam topik ini anda akan didedahkan kepada konsep pengajaran makro dan prinsip-prinsip
pengajaran makro. Pendedahan juga akan diberi dalam prosedur pengajaran makro dimana ia
akan membantu anda dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dalam situasi kelas sebenar. Anda juga akan didedahkan dengan teknik dan kaedah memerhati
dan mengulas keseluruhan satu pengajaran yang telah dirakam. Bagi memantapkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar, pendedahan juga diberi dalam cara-cara
membuat refleksi pengajaran yang berkesan. Anda juga akan diberi aktiviti-aktiviti, latihanlatihan serta topik-topik perbincangan yang boleh membantu anda memahami topik pengajaran
makro dengan lebih terperinci serta dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pengajaran
dalam situasi sebenar dengan lebih yakin dan berkesan.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, guru-guru boleh:
1. Merancang dan melaksanakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mana-mana
topik Sains KBSM.
2. Memerhati dan mengulas keseluruhan satu pengajaran yang telah dirakam.
3. Membuat refleksi pengajaran yang telah dilaksanakan.

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

KERANGKA TOPIK

PENGAJARAN MAKRO

Merancang Dan
Melaksanakan Pengajaran
dan Pembelajaran

Memerhati Dan Mengulas


Keseluruhan Satu
Pengajaran Yang Telah
Dirakam

Membuat Refleksi
Pengajaran

ISI KANDUNGAN
4.1 MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Konsep Pengajaran Makro
Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari
pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Dalam erti kata lain,
pengajaran makro ialah satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi hingga
penutup. Pelaksanaannya perlulah mengandungi elemen-elemen berikut; dilakukan di kelas
yang besar, perlu murid sebenar, guru mengajar sepenuh waktu, tumpu kepada pelbagai
kemahiran mengajar dan situasi sebenar. Pengajaran makro juga merupakan kesepaduan
teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang
sekian lama dipelajari.
Proses pengajaran makro yang dijalankan di Institut Pendidikan Guru umpamanya, mesti
dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan rakan pelatih yang lain. Pengajaran makro
tersebut berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan sama ada
menggunakan masa 40 minit atau 80 minit. Ianya bertujuan membantu guru pelatih

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran, di samping
mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran
sebenar di bilik darjah di sekolah.

Perbincangan

Di antara objektif-objektif pengajaran makro ialah ia menyediakan suatu


kemahiran lengkap kepada semua guru pelatih.
Bincang dengan rakan anda mengenai objektif-objektif pengajaran makro yang
lain.

Layari Laman Web

http://www.oecd.org/education/school/TalisCeri
http://www.ehow.com/info-differences-micri-macro-teaching.html

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Prinsip Pengajaran Makro


Antara prinsip pengajaran makro ialah:
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas merangkumi aras
pengetahuan pelajar. Guru hendaklah menyatakan objektif secara tepat dan jelas bagi setiap
pengajaran yang dirancang berasaskan tajuk-tajuk yang dikenal pasti.
Jumlah Pelajar
Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di dalam kelas
sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari lakonan rakan-rakan.
Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para pelajar.
Strategi Pengajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran supaya
sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik.
Jangka Masa Pengajaran
Jangka masa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada jadual
waktu kelas yang memakan masa selama antara 40minit (satu waktu) hingga 80 minit (dua
waktu). Ekoran itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan
peruntukan masa yang ditetapkan.
Bahan Pelajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah
dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai
sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah
menyeluruh.
Perbincangan dan Refleksi
Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi
atau muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran
perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid di samping keazaman guru untuk memperbaiki
pengajarannya.

Fikirkan

1. Dengan menggunakan peta i-think yang sesuai, banding dan beza pengajaran makro
dan pengajaran mikro.

Aktiviti 1: Memerhati Dan Mengulas Keseluruhan Satu Pengajaran Yang


Telah Dirakam

Perhatikan dengan teliti satu pengajaran mata pelajaran Sains Sekolah


Menengah yang telah dirakam.
Ulas pengajaran tersebut dengan menggunakan borang kriteria yang
disediakan. (Sila rujuk Lampiran 2)

Prosedur Pengajaran Makro (Sebelum, Semasa dan Selepas)


Sebelum Pengajaran (Persediaan Pengajaran)
Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran makro, guru pelatih perlulah merancang dan
menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap dan
baik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu pengajaran yang berkesan. Pengajaran
yang berkesan akan meningkatkan pencapaian akademik murid dan mengurangkan masalahmasalah disiplin. Berikut ialah aspek-aspek penting dalam persediaan sebelum pengajaran.
1. Perancangan pendahuluan
Penentuan topik
Kebolehan sedia ada murid-murid
Objektif/hasil pembelajaran

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

2. Perancangan penyampaian
Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran
Penentuan masa
Pemeringkatan isi
Pemilihan sumber
3. Perancangan penilaian
Pencapaian
Penganalisisan maklum balas
Pengubahsuaian

Aktiviti 2: Merancang Dan Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran

Rancang dan sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang


lengkap dan baik untuk 1 waktu(40 minit) atau 2 waktu(80 minit) bagi manamana tajuk dalam Sukatan Pelajaran Sains KBSM (Sila rujuk Lampiran 1).
Laksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut di sekolah anda
dengan sebaik mungkin.

Semasa Pengajaran (Pelaksanaan Pengajaran)


Semasa hendak melaksanakan pengajaran makro ini guru pelatih perlulah merancang set
induksi pengajaran yang baik dan menarik perhatian serta minat murid kepada pengajaran yang
hendak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi
mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa
yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.
Seterusnya, perkembangan pengajaran yang merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang
disusun berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Guru pelatih juga perlu
merancang langkah-langkah pengajaran yang berturutan, disusun dengan baik dan mencatat
anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada kaitannya dengan objektif
khusus yang sudah dicatatkan.
Guru pelatih juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan. Ia
perlulah sesuai dengan kebolehan serta minat murid. Isi pelajaran tersebut perlu

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

dipertingkatkan dan diperkembangkan dengan teliti supaya situasi pembelajaran yang unggul
dapat diwujudkan. Ketika melakukan pemeringkatan isi, guru pelatih hendaklah menyenaraikan
semua topik yang hendak diajar, kemudian fikirkan sub topik atau isi yang manakah yang perlu
diawalkan dan yang boleh diajar kemudiannya. Untuk itu guru pelatih perlulah melihat prinsipprinsip berikut:

Dari yang susah diketahui kepada belum diketahui


Dari mudah kepada kompleks
Dari konkrit kepada abstrak
Dari dekat kepada jauh
Dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, guru pelatih hendaklah memikirkan
strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta
keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja
dapat meningkatkan mutu penyampaian malahan akan menjadikan satu-satu pelajaran itu lebih
bermakna serta menyeronokkan murid-murid.
Selain itu, guru pelatih juga harus menjalankan aktiviti untuk mengukur sejauh mana objektif
pengajaran dan pembelajaran telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan secara
pemerhatian terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan kerja murid atau melalui ujian lisan atau
tulisan. Maklumat-maklumat yang didapati dari pentafsiran penilaian ini akan menjadi asas
untuk membuat pengubahsuaian terhadap pengajaran seterusnya.
Bahagian penutup yang merupakan bahagian terakhir dalam satu-satu pengajaran dan
pembelajaran di mana guru membantu murid menyimpul dan membuat rumusan yang berkaitan
isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada murid-murid. Guru juga
perlu memberikan rasa kepuasan belajar dan menggerakkan murid-murid supaya bersedia
untuk pelajaran akan datang. Hal ini bertepatan dengan pernyataan Ee Ah Meng (2001) yang
membahagikan penutup kepada dua bahagian, iaitu penutup kognitif dan penutup sosial.
Penutup kognitif biasanya digunakan apabila guru menyenaraikan isi-isi penting sesuatu
pelajaran dengan tujuan mengukuhkan apa yang telah dipelajari. Manakala penutup sosial pula
bertujuan memberikan suatu perasaan pencapaian kepada murid-murid di hujung pengajaran
satu-satu topik.

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Di sepanjang proses pengajaran makro ini dilaksanakan pelbagai kemahiran dapat diterapkan
dan dikuasai oleh para guru pelatih setelah mereka melalui proses pengajaran mikro sebelum
ini. Ini sejajar dengan tujuan pengajaran makro itu sendiri iaitu untuk membantu guru pelatih
membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran. Antara
kemahiran-kemahiran tersebut ialah kemahiran penyampaian set induksi; kemahiran menerang
dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran dan pembelajaran; kemahiran
penggunaan penyoalan; kemahiran pengelolaan variasi rangsangan; kemahiran penggunaan
papan hitam/putih; kemahiran pengurusan aktiviti pengukuhan; dan kemahiran pelaksanaan
penutup.
Selepas Pengajaran (Refleksi Sesi Makro)
Setelah selesai sesi pengajaran, guru mestilah membuat penilaian kendiri sebagai refleksi atau
muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran
tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi
ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi
membaiki pengajarannya.

Fikirkan :Think-Pair-Share

Apakah kepentingan membuat refleksi sesi pengajaran makro?


Kongsi dengan rakan sebelah anda.

Aktiviti 3: Membuat Refleksi Pengajaran

Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang anda


laksanakan, sila buat satu refleksi pengajaran.

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Latihan

1. Jelaskan 3 ciri pengajaran makro.


2. Terangkan aspek-aspek penting dalam persediaan sebelum pengajaran.
3. Banding dan beza di antara penutup kognitif dan penutup sosial.

Modul DPLI (SM)

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)


LAMPIRAN 1

Model rancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan 5 Fasa Needham


RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
Mata pelajaran

: Sains

Kelas

Masa

Bab/ Tajuk
Isu Sosio-Saintifik /
Konteks

:
:

Pendekatan

: Isu-isu semasa dalam konteksnya seperti dalam keratan


akhbar, video(Print screen dan ringkasan), dapatan data,
artikel dan sertakan URLnya.
: Inkuiri terbimbing / inkuiri terbuka

Tema

Bidang Pembelajaran

Objektif Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

: (Selain daripada hasil pembelajaran dalam HSP, guru perlu


menambah beberapa hasil pembelajaran berasaskan KBAT
seperti mengaplikasi, menganalisis, menilai, mereka cipta dan
sebagainya.)

Pengetahuan sedia ada

KBAT

Sikap Saintifik dan Nilai


murni
Sumber Pengajaran dan
Pembelajaran

Senario Masalah

Fasa/ Langkah/
Masa

(1) Rujukan

(2) Alat

(3) Bahan

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran

Orientasi

Komunikasi dan Nota


(Wajib ada cadangan
soalan KBAT bagi setiap
fasa dan jangkaan
jawapannya)

( minit)

10

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Pencetusan idea
( minit)

Penstrukturan semula
idea
( minit)

Aplikasi
( minit)

Refleksi
( minit)

LAMPIRAN 2

11

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Nama Pelatih: ___________________

Tarikh

:___________________

Mata Pelajaran :____________________

Masa

:___________________

Topik

:____________________

Borang Penilaian Pengajaran Makro


Bil.

Kriteria dan Fasa Pengajaran

1.

Orientasi
1. Adakah topik tersebut diperkenalkan
dengan jelas?
2. Adakah ia menarik perhatian pelajar?
3. Adakah ia menggalakkan kemahiran
berfikir?

Pencetusan Idea
1. Apakah teknik yang digunakan?
2. Adakah teknik-teknik tersebut digunakan
dengan jayanya?

3.

Penstrukturan Semula Idea


1. Adakah aktiviti yang digunakan menarik?
2. Adakah pelajar berfikir semasa aktiviti?
3. Adakah pengalaman pembelajaran ini
bermakna? Mengapa?
4. Adakah kawalan kelas berkesan?

4.

Aplikasi Idea
1. Apakah jenis masalah yang
dikemukakan?
2. Adakah idea pelajar boleh diguna pakai?

5.

Refleksi
1. Adakah soalan-soalan tersebut
menggalakkan pemikiran reflektif?
2. Adakah pelajar bermotivasi?

Keseluruhan
1. Adakah pengajaran ini berjaya?
2. Mengapa?

Komen dan Sebab

Tanda tangan Penilai:

Tanda tangan Pensyarah:

12

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Rujukan

Arends, R.I. (2007). Learning To Teach. 7th Edition. New York: McGraw Hill Higher Education.
Cruickshank, D.R., Jenkins, D.B. & Metcalf, K.K. (2003). The Act of Teaching. 3rd Edition. New
York: McGraw Hill Higher Education.
Darling-Hammond, L.(1991). Teachers and Teaching: Signs of a changing profession.
In The Handbook of research on teacher education. Houston(ed.) New York: Macmillan
Day,C. (1999). Developing Teachers: The Challenges of Lifelong Learning. London:
Falmer Press.
Ee Ah Meng (2001). Pedagogi II: Semester II. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hoyle, E. & John, P. (1995). Professional Knowledge and professional practice.
London: Cassel
Jacobsen, D., Eggen, P. & Kaucahak, D. (1993). Methods for teaching. New York:
Macmillan Publishing Company.
Lieberman, M. (1995). Education as a profession. New Jersey: Prentice-Hall
Ryan, K. & Cooper, J. M. (1998). Those Who Can Teach. Boston: Houghton Mifflin Co.
Wragg, E. C. (1999). An introduction to classroom observation. London: Routledge.

13

Anda mungkin juga menyukai