Anda di halaman 1dari 13

Pengertian dan Sejarah Perkembangan Olahraga Sepak Takraw

Kisah
sejarah
perkembangan
permainan
olahraga
sepak
takraw:
1. Bukti sejarah pertama yang berhasil diungkap adalah pada abad ke 15 dimana pada saat itu
kesultanan Malaka yang dipimpin oleh Raja Muhammad tidak sengaja terkena bola dari rotan yang
pada saat itu dimainkan oleh Tun besar yang merupakan putra dari Tun Perak. Akibat terkena bola
rotan tersebut Raja Muhammad murka dan ingin berniat membunuh Tun besar, namun usahanya
selalu digagalkan oleh Tun perak.
2. Perkembangan olahraga sepak takraw juga terdapat di negara Thailand dimana dari sejarahnya
olahraga ini sudah ada sejak masa pemerintahan Raja Naresuan pada tahun 1590 hingga 1805.
Perkembangan sepak takraw pada masa itu mengalami perubahan, tetapi sepak takraw versi modern
baru muncul di Thailand pada tahun 1740 an.
3. Pada tahun 1866 asosiasi olahraga Malaysia menerapkan peraturan dimana gaya permainannya
mirip dengan olahraga bola voli. Dan beberapa tahun kemudian penerapan permainan sepak takraw
sendiri sudah dimasukkan dalam kurikulum sekolah di Malaysia.
4. Pada tahun 1940 muncullah sepak takraw modern yang sudah mulai menyebar di beberapa negara
bagian Asia Tenggara dan sudah terdapat berbagai aturan formal di setiap pertandingan. Sebutan
sepak takraw ternyata berasal dari bahasa Melayu yang memiliki arti menendang bola anyaman.
5. Sedangkan di Indonesia sendiri olahraga sepak takraw baru berkembang pada tahun 1970 dimana
dimulai dari kunjungan Muhibah Singapore dan Malaysia untuk memperkenalkan olahraga ini.
Semenjak diperkenalkan, mulai muncul peminat dari olahraga ini di beberapa daerah.
6. Pada tahun 1971 baru dibentuk secara resmi sebuah organisasi induk olahraga bola sepak ini dan
fungsinya untuk menampung aspirasi dan mengatasi segala persoalan seputar sepak takraw.

1. GELANGGANG
1.1 Luas gelanggang adalah 13.4m x 6.1m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8m tinggi dari
permukaan lantai gelanggang. (Gelanggang pasir atau rumput tidak dibenarkan)
1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04m diukur ke dalam dari penjuru ukuran
gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0m dari garisan tepi gelanggang dan
bebas dari sebarang rintangan.
1.3 Garisan Tengah
Garisan tengah selebar 0.02m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama
besar.
1.4 Garisan Suku Bulatan
Garisan suku bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari 0.9m
ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Garisan selebar 0.04m ini
hendaklah keluar dari tepi suku bulatan itu.
1.5 Bulatan Sepak Mula
Bulatan sepak mula berjejari 0.3m hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan kanan petak
gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan
tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi.
Garisan 0.04 m ini hendaklah diukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3 m.
2. TIANG
2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55m (1.45m untuk wanita) di ukur dari permukaan gelanggang dan
ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04 m.
2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan
garisan tengah gelanggang.
3. JARING

3.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06m hingga
0.08m.
3.2 Lebar jaring adalah 0.7m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10m selari dengan garisan
tengah gelanggang.
3.3 Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05m sebagai sempadan dari atas ke bawah dan
kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi.
3.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05m yang diperkuat dengan
benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang.
3.5 Ketinggian jaring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55m ( 1.45m untuk wanita ),
manakala di bahagian tengah jaring 1.52m ( 1.42m untuk wanita ) dari permukaan gelanggang.
4. BOLA TAKRAW
4.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat daripada rotan hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat
daripada satu lapis fiber sintetik.
4.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:- Mempunyai 12 lubang.
- Mempunyai 20 pertemuan silang.
- Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk pemain lelaki dan 0.42
m hingga 0.44 m untuk pemain wanita.
- Berat bola sebelum dimainkan di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain lelaki dan 150 g
hingga 160 g untuk pemain wanita.
4.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak
mempunyai warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.
4.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama
(durable material) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan
pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan daripada ISTAF sebelum
dimainkan di manamana kejohanan antarabangsa.
4.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan
Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw yang
telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.
5. PEMAIN-PEMAIN
5.1 Setiap perlawanan dimainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang pemain.
5.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan Tekong
(server).
5.3 Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di
sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan Apit Kiri manakala yang berada di sebelah
kanan dinamakan Apit Kanan . Kedua-dua pemain dinamakan Apit.
5.4 Kejohanan Berpasukan

5.4.1 Pasukan hendaklah mempunyai tiga (3) Regu di mana bilangan pemain minimum sembilan (9)
orang pemain dan maksimum duabelas (12)orang.
Setiap nama pemain hendaklah didaftarkan untuk bermain di dalam perlawanan.
Maksimum tiga (3) pemain didaftarkan sebagai permain simpanan.
Seorang pemain cuma boleh bermain untuk satu Regu sahaja.
5.4.2 9 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.
5.4.3 Mana-mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 9 orang, tidak dibenarkan bermain di
kejohanan tersebut dan dianggap kalah.
5.5 Kejohanan Antara Regu
5.5.1 Setiap regu hendaklah mempunyai minimum 3 orang pemain dan maksimum 5 orang pemain
(1 regu mempunyai 3 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan ) yang kesemua mesti didaftarkan.
5.5.2 3 orang pemain mestilah berada di gelanggang semasa diperkenalkan.
5.5.3 Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 3 orang, tidak dibenarkan bermain di
kejohanan tersebut dan dianggap kalah.
6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN
6.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw.
Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan
pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang sama sekali.
6.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang
berlainan.
6.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang berwarna
cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama
maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka
mana-mana negara yang dinamakan dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.
6.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak
getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan.
Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan
memakai track-suits.
6.5 Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain
hendaklah memakai nombor jersi ( dari 1 hingga 36 ) yang sama untuk keseluruhan kejohanan.
Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan berukuran tidak kurang 10 cm
di bahagian depan ( bahagian tengah dada ).
Nama pemain hendaklah berada di belakang bahagian atas nombor pakaian di mana bersesuaian
saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk tatapan televisyen .
Pakaian pemain boleh mempunyai logo penaja dibahagian hadapan pakaian pemain dimana
haruslah mengikut peraturan pertandingan.
Logo atau lambang melainkan logo pengeluar pakaian tidak boleh diletakkan.
6.6 Ketua regu hendaklah memakai Arm Band di lengan kiri.

6.7 Mana mana pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang dinyatakan di dalam Undang
Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak Teknikal ISTAF terlebih
dahulu.

7. GANTIAN PEMAIN
7.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam manamana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang sama.
7.2 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan /
Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan.
7.3 Dalam acara Regu, setiap regu boleh menamakan maksimum dua (2) orang pemain simpanan
bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada. Setiap Regu dibenarkan membuat
maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.
Dalam acara Berpasukan , setiap regu boleh menamakan maksimum (1) seorang pemain simpanan
bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada . Setiap Regu dibenarkan membuat
maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.
Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil Rasmi dan
pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa
pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah
dijalankan atau semasa permulaan set.
Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama ( bagi acara regu
sahaja )
Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka dianggap
pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru.
7.4 Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Sekiranya keduadua pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain
telah dilakukan , maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah.
7.5 Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak dibenarkan
meneruskan perlawanan dan dianggap kalah.
7.6 Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut
dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum dilakukan di
dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan
akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.
8. UNDIAN DAN WARM-UP
8.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dengan kehadiran kedua-dua
ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama ada (i) Sepak Mula atau (ii)
Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah memilih baki pilihan Regu yang menang
undian. Kedua-dua Regu hendaklah mematuhi keputusan Pengadil.
8.2 Regu yang memenangi undian akan memulakan Warm-Up selama 2 minit dan diikuti oleh regu
yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan
menggunakan bola rasmi.

9. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA


9.1 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam petak gelanggang
masing-masing dalam keadaan bersedia.
9.2 Sebelah kaki Tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi kakinya
mestilah berada di luar bulatan sepak mula untuk menyepak bola.
9.3 Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada di dalam suku bulatan
masing-masing.
9.4 Pemain regu lawan bebas berada di mana-mana kawasan didalam petak gelanggangnya.
10. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.
10.1 Perlawanan ikendalikan oleh seorang Pengadil ( berada di salah satu hujung Jaring ), seorang
Pembantu Pengadil ( berada bertentangan dengan Pengadil ), seorang Pengadil Rasmi ( berada di
belakang Pengadil ), seorang Pengadil Garisan dipenjuru belakang garisan gelanggang sebelah
kanan Pengadil dan seorang lagi Pengadil Garisan di penjuru belakang garisan gelanggang
sebelah kanan Pembantu Pengadil.
Pengadil akan dibantu oleh Pengadil Rasmi bagi memantau keadaan diluar gelanggang.
Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan
disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut.
Pertukaran sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat
mata.
Pada mata dius ( bila kedua-dua regu pada mata 14-14 ) servi s akan bertukar pada setiap mata.
Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak sebelum
memulakan setiap set.
10.2 Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya apit
membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka campakan semula hendaklah di
lakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi olek Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain
masih melakukan kesalahan yang sama maka campakan itu dianggap batal.
10.3 Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam
gelanggang masing-masing.
10.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau pun tidak,
melalui antara dua pita sempadan dan jatuh di dalam gelanggang pasukan lawan.
10.5 Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika keputusan telah
diperolehi.
10.6 Dalam pertandingan sistem liga, ketiga tiga regu dalam pasukan hendaklah bermain.
11. PERKARA-PERKARA BATAL
11.1 Pihak Sepak Mula
11.1.1 Apit yang membuat campakan, memain mainkan bola ( menghempas, mencampak dan lain
lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.

11.1.2 Mana mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi atau
menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis.
11.1.3 Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak garisan bulatan
sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.
11.1.4 Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya.
11.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan.
11.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.
11.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.
11.1.8 Pemain menggunakan tangan atau lain lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan
walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi membantu melakukannya.
11.1.9 Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkan mata
buat kali kedua.
11.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.
11.2.1 Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking pihak
lawan.
11.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.
11.3.1 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan
11.3.2 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada di atas
atau di bawah jaring kecuali semasa follow through.
11.3.3 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.
11.3.4 Bola menyentuh tangan.
11.3.5 Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua dua paha / kaki
atau badan.
11.3.6 Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan lain-lain
menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.
11.3.7 Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.
11.3.8 Mana mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakan.
12. SISTEM KIRAAN MATA
12.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata
akan diberi kepada pihak lawan.
12.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata lima belas (15) dengan kelebihan
minimum dua (2) mata.
Bila regu terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan
dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata tujuhbelas (17) (yang mana dahulu).
Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat pengumuman lanjutan mata 17

12.3 Setiap perlawanan (Regu dan Double) dijalankan dalam 5 set (best of 5-set) dua minit rehat
antaranya dan di mana regu yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira memenangi
perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua ketiga, keempat dan kelima.
Dalam perlawanan Berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 set (best of 3-set) dengan 2 minit rehat
antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi
perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga.
12.4 Dalam set kelima (acara Regu dan Double) dan set ketiga (acara Berpasukan), tukar petak
gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 8.
13. REHAT (TIME-OUT)
13.1 Setiap Regu berhak meminta satu minit rehat (time out) sekali untuk setiap set.
Rehat boleh diminta oleh Pengurus pasukan atau Jurulatih semasa bola tidak berada dalam
permainan.
Cuma 4 orang pemain sahaja bagi setiap regu dibenarkan berada di belakang garisan gelanggang
semasa satu minit rehat untuk acara Double, 5 orang pemain untuk acara Regu dan 6 orang pemain
untuk acara berpasukan.
Tidak ada lagi rehat yang di berikan secara automatik
13.2 5 orang iaitu 3 pemain dan dua yang lain berpakaian kemas serta berlainan daripada pemain.
14. PERMAINAN TERGENDALA
14.1 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain
tercedera dan memerlukan rawatan segera tidak melebihi 5 minit untuk setiap regu.
14.2 Pemain yang tercedera dibenarkan berehat dan menerima rawatan sehingga 5 minit. Jika selepas
5 minit, pemain tidak berupaya bermain, maka gantian pemain mestilah dibuat. Jika regu ini telah
membuat kedua-dua pertukaran pemain seperti di peraturan No.7, maka regu lawan akan dikira
sebagai pemenang.
14.3 Cuma Pengadil Rasmi sahaja boleh memberhentikan perlawanan apabila berlaku gangguan atau
halangan dengan kebenaran Jawatankuasa Pertandingan.
14.4 Semasa tempoh permainan diberhentikan, semua pemain
gelanggang untuk minum atau mendapat tunjuk ajar.

tidak dibenarkan

keluar

dari

15. TATATERTIB (DISIPLIN)


15.1 Semua pemain mestilah mematuhi Undang-Undang Permainan.
15.2 Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa Pengadil jika ada sebarang pertanyaan atau
inginkan kepastian mengenai keputusan yang dibuat dan Pengadil hendaklah memberi penerangan
terhadap keputusan yang telah dibuatnya.
15.3 Pengurus / Jurulatih
Rasmi
dan
Pegawai dilarang membantah keputusan Pengadil
semasa pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran pertandingan. Tindakan
disiplin boleh diambil terhadap pegawai berkenaan.
16. HUKUMAN
16.1 KAD KUNING

Kesalahan yang boleh dikenakan Kad Kuning adalah seperti berikut:16.1.1 Tidak menunjukkan semangat kesukanan dan melakukan perkara-perkara yang
dengan etika sukan yang boleh menjejaskan keseluruhan pertandingan.

bertentangan

16.1.2 Memaki atau mengeluarkan katakata kesat.


16.1.3
Berulang
kali
Peraturan pertandingan.

melakukan

melanggar UndangUndang Perrmainan

dan

16.1.4 Melambat-lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.


16.1.5 Masuk keluar

gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

16.1.6 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan Pengadil.


16.2

KAD MERAH

Kesalahan-kesalahan
kesalahan berikut:-

yang perlu dihukum, pemain boleh diberi kad

merah

jika

melakukan

16.2.1 Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh pengadil.
16.2.2 Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan.
16.2.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai atau penonton.
16.2.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.
16.2.5 Menerima Kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang sama.
16.3 Mana-mana pemain yang melakukan kesalahan sama ada di dalam atau di luar gelanggang
terhadap pihak lawan, pemain, Pengadil, Pembantu Pengadil atau mana-mana orang di mana Kad
Kuning telah dikeluarkan adalah merupakan tindakan displin yang perlu diterima oleh semua pihak:
16.3.1 Kesalahan: Kad Kuning Pertama
Hukuman: Amaran Biasa
16.3.2 Kesalahan: Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain di perlawanan yang lain tetapi di
dalam kejohanan yang sama.
Hukuman: Digantung satu perlawanan
16.3.3 Kesalahan: Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu perlawanan di kejohanan yang
sama.
Hukuman: (i) Digantung 2 perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat )
16.3.4 Kesalahan: Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan di kejohanan
yang sama.
Hukuman: Digantung serta-merta dari bermain perlawanan seterusnya sehingga lembaga displin
membuat keputusan.
16.3.5 Kesalahan: Pemain menerima 2 Kad Kuning dalam perlawanan yang sama.
Hukuman: (i) Digantung dua perlawanan.

(ii) Denda US $100 (dibayar oleh Persatuan/kelab yang terlibat)


(iii) Diberi Kad Merah di atas kesalahan disiplin ketiga dalam mana-mana perlawanan di kejohanan
yang sama.
16.4 Manamana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil sama ada Kesalahan di
dalam atau diluar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu
Pengadil, Pengadil Garisan atau mana-mana pegawai: Kad Merah akan diberi di atas tindakan
disiplin berikut akan di ambil:16.4.1 Kesalahan: Menerima Kad Merah
Hukuman: Digantung sertamerta daripada bermain dalam manamana
Lembaga Displin membuat keputusan.

perlawanan

sehingga

17. KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN


17.1 Tindakan perlu diambil terhadap Pegawaipegawai Pasukan yang berkelakuan buruk atau
menimbulkan kekacauan semasa kejohanan dijalankan sama ada di dalam atau di luar gelanggang.
17.2 Mana-mana pegawai yang berkelakuan buruk dan menganggu kelancaran pertandingan akan
diiringi keluar oleh Pegawai Pertandingan dari gelanggang perlawanan. Pengadil akan
memberhentikan pertandingan serta-merta sehingga Pegawai Pertandingan atau Lembaga Displin
Persatuan Sepak takraw memberi isyarat meneruskan pertandingan.
18. UMUM
18.1 Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk di dalam
Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.
PINDAAN DILULUSKAN
Pindaan Undang-undang Permainan ini telah diluluskan semasa Kongres ISTAF pada 17hb Januari
2011 di Bangkok, Thailand.

Sepak Sila
Sepak sila adalah menyepak bola dengan menggunakan kaki bagian
dalam gunanya untuk menerima dan menimang bola, mengumpan dan
menyelamatkan smash lawan.
Teknik melakukan Sepak sila:

Berdiri dengan dua kaki terbuka berjarak selebar bahu.

Jarak badan terhadap bola kurang lebih sejauh separuh panjang lengan, jadi badan lebih dekat
terhadap bola karena kaki pemukul berada dengan posisi seperti orang bersila (ditekuk).

Kaki sepak digerakkan melipat setinggi lutut kaki tumpu.

Bola dikenai atau bersentuh dengan bagian dalam kaki sepak pada bagian bawah bola.

Kaki tumpu agak ditekuk sedikit dan badan dibungkukan sedikit.

Kedua tangan dibuka dan di bengkokan pada siku untuk menjaga keseimbangan.

Pergelangan kaki sepak pada waktu menyepak dikencangkan.

Sepak Kuda/Sepak Kura


Bola disepak ke atas lurus melewati kepala.

Sepak Kuda (Sepak Kura)

Sepak kuda atau sepak kura adalah sepakan dengan menggunakan kura kaki
atau dengan punggung kaki. Digunakan untuk menyelamatkan bola dari
smash lawan, memainkan bola dengan usaha menyelamatkan bola dan
mengambil bola yang rendah.

Sepak Cungkil

Sepak cungkil adalah menyepak bola dengan menggunakan kaki (jari kaki).
Digunakan untuk mengambil bola yang jauh, rendah dan bola-bola yang liar pantulan
dari bloking.

Menapak

Menapak adalah menyepak bola dengan menggunakan telapak kaki. Digunakan untuk:
smash ke pihak lawan, menahan atau membloking smash dari pihak lawan dan
menyelamatkan bola dekat net (jaring).

Sepak Simpuh atau Sepak Badek

Sepak badek adalah menyepak bola dengan kaki bagian luar atau samping luar. Digunakan untuk
menyelamatkan bola dari pihak lawan dan mengontrol bola dalam usaha penyelamatan.

Sundulan (heading)
Sundulan (heading) adalah memainkan bola dengan kepala. Digunakan
untuk menerima bola pertama dari pihak lawan, meyelamatkan bola dari
smash lawan.

Mendada

Mendada adalah memainkan bola dengan dada, digunakan untuk mengontrol bola untuk dapat
dimainkan selanjutnya.

Memaha

Memaha adalah memainkan bola dengan paha dalam usaha mengontrol bola,
digunakan untuk menahan, menerima dan menyelamatkan bola dari smash lawan.

Membahu

Membahu adalah memainkan bola dengan bahu dalam usaha mempertahankan dari smash pihak
lawan yang mendadak, dimana pihak pertahanan dalam keadaan terdesak dan dalam posisi yang
kurang baik.
Teknik khusus dalam sepak takraw
Teknik khusus dalam permainan sepak takraw adalah cara bermain sepak takraw, bagaiman
permainan itu dimulai, apa yang harus dilakukan. Setelah bola dikuasai tindakan apa yang harus
dilakukan untuk membuat smash sehingga smash itu mendapatkan hasil atau nilai bagi regunya.
Adapun teknik khusus dalam permainan sepak takraw adalah :

Sepak Mula (Servis)


Sepak Mula (Servis) adalah sepakan yang dilakukan oleh
tekong kearah lapangan lawan sebagai cara memulai
permainan. suatu gerak kerja yang penting dalam permainan
sepak takraw, karena point dapat dibuat oleh regu yang
melakukan servis. Tujuan suatu servis hendaklah dipusatkan
kepada pengacuan permainan atau pertahanan lawan sehingga
kita dapat mengatur smash yang mematikan dan sulit

menerima bola oleh lawan.