Anda di halaman 1dari 1

PLOT

(BINAAN PLOT)
(a) Permulaan - Mengisahkan "saya" hendak menelefon temannya, tetapi tersalah menekan
telefon nombor telefon lalu panggilannya terus sampai ke rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu
kepada "saya" yang disangka anak perempuannya, Nana, bahawa orang menjual ikan dan
mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini demikian kerana banjir telah naik
ke paras dada. Tanpa sempat "saya" menjelaskan dirinya yang sebena, Mak Piah sudah
memutuskan talian telefonnya.

(b) Perkembangan - "Saya" membuat panggilan telefon kepada Mak Piah tetapi tidak
berjawab. "Saya" bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini demikian kerana Mak Piah
tinggal seorang diri. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir. Akhirnya Mak
Piah menjawab panggilan telefon "saya", tetapi sekejap sahaja. "Saya" tidak sempat hendak
berbicara lebih panjang. Hati "saya" mela resah memikirkan keadaan Mak Piah dalam suasana
banjir di kawasan telah sampai ke paras dada. Memikirkan nasib Mak Piah meningatkan dia
akan emaknya. Hal ini menambahkan rasa rindu kepada ibunya yang sudah meninggal dunia.
Perasaan dan keinginan "saya" hendak berjumpa dengan Mak Piah menjadi begitu kuat. "Saya"
mendapatkan alamat rumah Mak Piah daripada buku panduan telefon. "Saya" datang ke rumah
Mak Piah dengan membawa makanan. "Saya" terpaksa berbohong di hadapan Mak Piah
bahawa makanan yang dibawanya itu merupakan kiriman daripada anak perempuannya, Nana.

(c Klimaks - Sekembalinya "saya" dari rumah Mak Piah, "saya" telah diserang demam
panas selama lima hari. Setelah sembuh, "saya" terus pergi ke rumah Mak Piah seperti yang
sebelum ini. Apabila "saya" sampai di perkarangan rumah Mak Piah, ramai orang sedang
berkumpul. Belum sempat "saya" melangkah masuk ke dalam rumah Mak Piah, usungan
jenazah telah dibawa keluar. "Saya" mengikut jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan.

(d) Peleraian - Nana dan abangnya, Nubhan berasa sangat sedih. Mereka menyesal kerana
tidak pulang menjenguk dan membantu emak mereka semasa banjir. Emak mereka meninggal
dunia setelah kepalanya tercedera kerana terjatuh semasa hendak membersihkan rumah
selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah jenazahnya ditemui jirannya.

Anda mungkin juga menyukai