Anda di halaman 1dari 4
MEMO. INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN JITRA. JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ILP JITRA RUJUKAN :ILPUT/100-1/2(_) TARIKH : 19 Oktober 2016 PERKARA : Etika Berpakaian Semasa Bekerja Bagi Pegawai-Pegawai Awam DARIPADA : Pengarah SALINAN : KEPADA —_: Semua pegawai dan kakitangan Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan kepada Pekeliing Perkhidmatan Bi.2-Tahun 1985 dan Surat Pekeliing Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2013, Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-Upacara Rasmi Bagi Pegawai-Pegawal Awam. 2. Selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan dan Mesyuarat JITU Bil. 3/2016, pemakaian semasa bekerja ditetapkan seperti berik 24, Pakaian Lelaki 2.1.1, Bagh pegawal-pegawai dalam Kumpulan A dan B, “lounge suite” atau “bushjacket’ dengan bahan kain yang sesuai atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan. 2.1.2. Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D, seluar panjang beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai, hendaklah dimasukkan kedalam. 2.1.3, Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkep dengan bersamping. 2.1.4, Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakal semasa bekerja. 2.2. Pakaian Wanita 2.2.1. Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja. “Jeans”, “slacks”. seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja 2.2.2. Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang dltetapkan; kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja. 2.2.3, Pemakaian twofthree — piece pant suit bagi penjawat awam wanita adalah dibenarkan melalui SPP Bil.9 Tahun 2013, Contoh pakaian two/three — piece pant suit adalah seperti di Lampiran A dan lampiran B. 2.3, Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita) 2.3.1. Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang dibekalkan dengannya. 2.4, Pakaian batik (Lelaki dan Wanita) 2.4.1. Pegawai-pegawai awam adalah juga digalakkan memakai batik buatan Malaysia pada setiap hari Khamis. Sekian, terima kasih. C2 LAMPIRAN A Two-Piece Pant Suit LAMPIRAN B