Anda di halaman 1dari 2

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah sejenis pendekatan

yang memerlukan pelajar menangani masalah secara penghasilan


produk sebagai artifak pembelajaran. Menerusi penghasilan artifak ini,
pelajar bertindak sebagai seorang penyelesai masalah, pembuat
keputusan, perekacipta dan penyelidik. Ia merupakan sejenis
pembelajaran inkuiri yang bersifat terbuka dan dimotivasikan oleh
perasaan ingin tahu seseorang pelajar. (Mioduser dan Betzer 2003)
Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam PBP ialah nilai
berdikari. Hal ini kerana pelajar mampu menimba ilmu dengan lebih
praktikal dan tidak bergantung kepada pemusatan terhadap guru
semata-mata. Pembelajaran ini menekankan pembelajaran kendiri dan
amalan penerokaan yang lebih luas oleh seseorang pelajar.
PBP juga akan memupuk nilai hormat-menghormati. Pembelajaran
ini dikenal pasti mampu mewujudkan kemahiran sosial yang lebih baik
kerana membuka peluang untuk pelajar bergaul lebih rapat dan
mampu mengeratkan hubungan sesama ahli kumpulan. Kita dapat
melihat murid saling hormat-menghormati semasa mereka membuat
tugasan secara berkumpulan dan menghormati pandangan ahli
kumpulan yang lain.
Selain itu, nilai bekerjasama dapat dipupuk. Hal ini kerana kerja
projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar turut
melibatkan diri secara aktif dalam membuat dan menyediakan projek
secara berkumpulan. Maka, sikap koperatif dan semangat bekerjasama
antara ahli kumpulan dapat disemai.
Tambahan pula, murid akan dapat belajar nilai bersyukur. Melalui
PBP, murid akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi untuk menghasilkan sesuatu. Apabila sesuatu objek

dihasilkan dengan baik dan dipamerkan akan membolehkan murid


menikmati rasa kejayaan dan kebanggaan.
Di samping itu, nilai menghargai masa dapat dipupuk. PBP
memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Muridmurid terpaksa meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk
menyiapkan sesebuah projek. Melalui proses ini, murid akan sentiasa
menghargai masa demi menyiapkan tugasan dalam masa yang
ditetapkan.
Secara kesimpulan, PBP dapat dijalankan secara perseorangan atau
berkumpulan. Guru perlu memasyikan bahawa langkah-langkah telah
diberi perhatian agar kaedah projek dapat dilaksanakan dengan lebih
teratur dan berkesan agar mencapai hasil pelajaran yang memuaskan.

Anda mungkin juga menyukai