Anda di halaman 1dari 18

KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN

KEBANGSAAN (MTT 2353)


KONSEP NILAI MURNI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

1.0 Tujuan pemilihan tajuk.


Memandangkan kepada masalah sosial yang semakin ketara dan berleluasa
dewasa ini khususnya dikalangan remaja ataupun kanak-kanak sekolah, tajuk
ini amat sesuai dipilih untuk diperbincangkan. Masalah sosial yang disajikan
kepada kita baik melalui media elektronik ataupun media cetak setiap hari amat
membimbangkan contohnya kes penyalahgunaan dadah, penderaan,
pembunuhan, rasuah, politik wang dan sebagainya. Kes juvana juga semakin
hari semakin meningkat.
2.0 Definisi Nilai Murni
Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan
tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:
"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang
dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilainilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang
menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk
menjadi baik dan berakhlak mulia"
(Wan Mohd. Zahid, 1988)
Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima
oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama
kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran
Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin
Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM
yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajarpelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni,
bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.

3.0 Falsafah Pendidikan Negara


Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987
berbunyi:"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara"
Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara
yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri:
a. Percaya dan patuh kepada tuhan
b. Berilmu pengetahuan
c. Berakhlak mulia
d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa
dan negara.
f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai
jika nilai-nilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya
dalam pendidikan formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan
dapat diperkembangkan sebagai khalifah Allah dimukabumi ini, manusia
hendaklah menyeru dan menyedarkan sesama manusia yang lain.
Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau selaku Menteri Pendidiakn pernah
menyeru agar FPN menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan
kebangsaan dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang hendak
dicapai. Usaha dan kesedaran daripada insan itu sendiri amat penting dalam
mentafsir, membentuk dan melaksanakn hasrat falsafah pendidikan demi untuk

melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakal, berketerampilan dan


berakhlak mulia.
Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai
zaman kanak-kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing-masing
berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat
menyesuaikan dan memeprsembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai
murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan
dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah
dari rebungnya".
Pendidikan di rumah adalah bergantung kepada ahli keluarga itu sendiri.
Rasulullah S.A.W menegaskan kepentingan pendidikan bermula di rumah iaitu
pada peringkat keluarga lagi. Sabda baginda yang bermaksud:
" Setiap bayi yang dilahirkan itu dengan fitrahnya. Hanya ibubapanya
yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi."
Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibubapa dalam membentuk
kanak-kanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah
Pendidikan Negara. Nilai-nilai murni mula diterapkan dari pendidikan pra
sekolah lagi merupakan basic atau asas kepada proses pembelajaran dan
perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan bernilai murni.
Guru bukan hanya menjalankan tugas mengajar matapelajaran yang terdapat
dalam syllabus tertentu sahaja, sebab nilai murni perlu terdapat dalam setiap
matapelajaran. Dan adakalanya nilai murni yang disalurkan itu tidak terdapat
secara khusus di dalam subjek tersebut tetapi diterapkan secara tidak formal
seperti komunikasi yang baik antara guru dan murid, yang akan mempengaruhi
penanaman nilai dalam jiwa pelajar.
4.0 Rasional Nilai-nilai Murni dalam Falsafah Pendidikan Negara
Pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Ini
menunjukkan kerapuhan kebangsaan kita. Masyarakat kita tiada semangat
muhibbah yang dapat menyatukan setiap kaum. Selain daripada itu tekanan
daripada cendikiawan Islam terutama sejak Persidangan Sedunia Tentang
Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977 serta penularan pelbagai jenis
penyakit kerohanian, akhlak, sosial dikalangan pelbagai lapisan masyarakat
mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang lebih kepada isu
nilai dalam pendidikan.

Sebagaimana yang kita tahu matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk
melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan,
bertanggungjawab, berkebolehan berwawasan dan terlatih. Maka apakah corak
pandangan hidup atau "world view" yang harus didedahkan kepada pelajar atau
belia sekarang untuk mereka hayati, amal dan wariskan?. Untuk melihat output
dan product yang positif yang dijelmakan oleh pelajar ialah melalui penanaman
nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik mereka
agar selaras dengan penyataan FPN ini. Fungsi utama proses pendidikan ialah
sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai
tersebut. Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI
(Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) yang akan menghasilkan
keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak.
Masyarakt adalah agen ketiga dalam membentuk nilai murni. Melalui FPN
yang dipelajari disekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau
telah tamat bersekolah. Mereka telah diterapkan dan diajar dengan nilai murni.
Kesan daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain
samada melalui bentuk penerangan, perbincangan melihat ataupun perubahan
perlakuan sendiri. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung
dan sentiasa berterusan.
Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan
menonjol. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi
penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana:
" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan
akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal
dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan
sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilainilai murni akan berhasil dan berkesan."
5.0 16 Aspek Nilai-nilai Murni
Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah
meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di
negara kita, tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan
kepada pandangan dan maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang
dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh
diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk
pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor
dan akhlak.

Di sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui:


a. Secara pertuturan
b. Secara perlakuan
c. Secara teladan
d. Secara isyarat
e. Secara kefahaman
f. Secara interpretasi
g. Secara konteksual
Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya
berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai
moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni:1. Baik Hati
Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara
tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini
meliputi:
o Aspek belas kasihan
o Bertimbang rasa
o Murah hati
o Saling faham memahami
o Sedia memaafkan
1. Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian:

o Bertanggungjawab
o Berupaya bertindak sendiri
o Jaya diri dan yakin pada diri sendiri.

1. Hemah Tinggi
Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan
oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. Ciriciri berhemah tinggi adalah:
o Kesopanan
o Mengakui kesalahan
o Ramah mesra
1. Hormat Menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan
yang bersopan. Ini merangkumi:
o Hormat dan taat kepada ibubapa
o Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran
tetangga dan pemimpin
o Hormat kepada raja dan negara
o Patuh kepada undang-undang
o Hormat kepada hak asasi
o Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai
keturunan
o Hormat kepada keperibadian individu.

1. Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati
yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri:
o Sayang kepada nyawa
o Sayang kepada alam sekeliling
o Cinta kepada negara
o Cinta kepada keamanan dan keharmonian
1. Keadilan
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
1. Kebebasan
Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang
yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah:
o Kebebasan di sisi undang-undang
o Kebebasan dalam sistem demokrasi.
1. Keberanian
Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati.
Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan
keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Nilai ini
merangkumi:
o Berani dengan tidak membuta tuli
o Berani kerana benar
o Berani mempertahankan pendirian
o Berani bertanggungjawab.
1. Kebersihan fizikal dan mental

Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan


mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya
ialah:
o Kebersihan diri
o Kebersihan persekitaran
o Pertuturan dan kelakuan yang bersopan
o Pemikiran yang sihat dan membina
10. Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan.
1. Kerajinan
Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan,
dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.
1. Kerjasama
Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu,
komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti
persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.
1. Kesedaran
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai
masyarakat. Ini termasuklah:
o Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan
kepentingan orang lain.
o Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.
1. Kesyukuran

Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan
yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.
1. Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh
membuat pertimbangan, boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.
1. Semangat Bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan
keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada
isu-isu sosial dalam masyarakat.
6.0 Strategi Penerapan Nilai Murni
Suatu proses perubahan yang sedang berlaku dalam Falsafah Pendidikan
Negara dengan menjadikan "Manusia" sebagai objek yang paling utama.
Aspek-aspek Ontologi (teori kejadian), epistemologi (teori ilmu) dan axiologi
(teori nilai). Ketiga-tiga aspek ini digabungkan sebagai commitment untuk
menjadikan nilai-nilai murni sebagai asas utama dalam kurikulum pendidikan
kebangsaan.
Kementerian Pendidikan memutuskan untuk menggunakan strategi bersepadu
diperingkat menengah. Langkah ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua
matapelajaran yang diajar tidak terpisah di antara satu sama lain, malah
berkaitan dan bersifat bersepadu. Unsur-unsur utama yang akan digunakan
untuk mewujudkan kesepaduan itu ialah unsur nilai.
Dalam pendidikan , penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak
langsung. Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting
kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Ini
merupakan satu penghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar
peringatan atau penghafalan.
Bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran,
pendekatan kognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan. Fakta-fakta
sejarah dan cerita-cerita dalam matapelajaran sastera umpamanya akan dapat
dibincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur
nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu. Pelajar di mana
membuat penilaian berdasarkan kepada nilai mereka sendiri di mana guru

hanya bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar untuk mereka periksa nilai
sendiri di samping guru mencari alternatiif lain.
Nilai yang diterapkan boleh menjadi kriteria panduan tentang bagaimana
sesuatu nilai harus dilakukan misalnya nilai keberanian ataupun rasional. Orang
yang rasional boleh membuat pertimbangan yang baik dalam menghadapi
menyelesaikan sesuatu masalah. Sikap perihatin guru dan kesedaran pelajar
dalam memupuk nilai murni baik secara formal ataupun spontan menyebabkan
ianya akan sentiasa dapat dipupuk dari semasa ke semasa.
Tindakan Kementerian Pendidikan yang melancarkan strategi bersepadu
diperingkat sekolah menengah (KBSM) adalah bersesuaian kerana ia bertujuan
memastikan bahawa semua matapelajaran yang diajar tidak terpisah jauh antara
satu sama lain dan sentiasa berkaitan dan bersifat bersepadu. Unsur yang
menunjukan kesepaduan ini ialah unsur nilai.
7.0 Teknik Penerapan Nilai Murni
Walaupun nilai-nilai murni diwar-warkan untuk dilaksanakan dan diserapkan
dalam pendidikan, jika tidak ada teknik yang sesuai ianya tidak akan mencapai
matlamat dan keberkesanannya. Antara cara yang dikenalpasti untuk
menerpkan dan menyerap serta menyemai nilai-nilai murni ialah:
Melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam)
Penerapan nilam murni dalam matapelajaran lain
Aktiviti ko-kurikulum
Aktiviti persatuan sekolah
Melaui teknik-teknik di atas, penerapan nilai murni akan dapat dilaksanakan
walaupun tidak sepenuhnya. Melalui matapelajaran tertentu, sekurangkurangnya dengan mewajibkan pelajaran mengambil subjek yang berkenaan
akan memberikan pengetahuan ataupun akan dapat menarik minat mereka
untuk belajar.
Begitu juga dengan penerangan melalui matapelajaran lain yang mungkin
berlaku secara langsung misalnya melalui perlakuan atau interaksi. Di sini
pelajar akan dapat melihat dan membandingkan serta mengaitkan apa yang
dipelajari dalam matapelajaran khusus tadi dengan apa yang dilihat sekarang.

Disamping bimbingan guru-guru dasn ibubapa, kesedaran daripada pelajar itu


sendiri amat penting dalam menetapkan situasi diri mereka sendiri.
Teknik ke tiga dan ke empat juga berlaku secara tak langsung di mana biasanya
melalui teknik ini penerapan nilai-nilai murni akan lebih menyerlah. Penerapan
nilai-nilai murni akan tertera dengan sendirinya. Jika kumpulan yang tidak
mempunyai nilai murni mereka akan sentiasa berada dalam keadaan
bermasalah.
8.0 Keberkesanan penerapan nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Memandangkan penerapan nilai telah lama dilaksanakan dikalangan pelajar,
baik melalui ibubapa, guru ataupun masyarakat, hari ini kita telah dapat melihat
beberapa bukti yang menunjukkan sejauhmana keberkesanan ataupun
ketidakberkesanan penerapan tersebut.
Adakah matlamat FPN untuk melahirkan insan yang seimbang dan hamonis
telah terccapai? Jawapannya, "Ya" dan "Tidak", ini kerana walaupun penerapan
nilai telah disemai dan dilaksanakan namun masih ada yang tidak
mengamalkannya walaupun mereka telah menerimanya. "Ilmu tanpa Amal",
tiada ertinya.
Antara bukti keberkesanan yang telah kita dapat lihat pada hari ini ialah
semakin ramai golongan remaja kita yang berakhlak mulia walaupun mereka
dipengaruhi oleh pelbagai godaan untuk memencongkan nilai murni pada diri
manusia. Golongan remaja yang awal 20-an sekarang adalah mereka yang telah
diterapkan dan diberi penekanan mengenai penerapan nilai-nilai murni semasa
di sekolah dahulu. Hasilnya kita lihat pada hari ini adanya kesedaran daripada
golongan remaja sendiri untuk membenteras kepincangan yang dihadapi oleh
segelintir rakan mereka yang masih dipengaruhi oleh nilai yang tidak elok.
Misalnya, dalam industri muzik yang sentiasa mengulit remaja dengan lagulagu dan muzik terkini seperti rock, dang-dut, dan lain-lain. Tapi ada juga
remaja yang sedar dan cuba menarik dan menutupinya dengan mengalunkan
lagu-lagu dakwah dengan memuji kebesaran Illahi seperti kumpulan Rabbani,
Raihan, Hijjaz, Hawa dan sebagainya. Perkembangan kumpulan pemuzik
dakwah ini sekurang-kurangnya menunjukkan adanya kesedaran dan kejayaan
pemupukan nilai murni.
Dari segi ekonomi misalnya, kanak-kanak sekolah begitu perihatin terhadap
kelemahan dan kesusahan orang lain. Penerapan nilai murni yang mereka
terima membantu menyedarkan mereka untuk menderma, menolong dan
perihati terhadap masalah yang wujud tanpa mengira siapa. Contohnya, "Derma

Hari Pahlawan" yang selalu di buat oleh kanak-kanak sekolah , menunjukkan


disamping mereka menderma mereka bekerjasama membantu memungut
derma tersebut. Ini menunjukkan satu inesiatif yang baik dalam menyemai
nilai-nilai murni.
Anugerah "Tokoh Kanak-kanak", "Pingat Hang Tuah", "Olahragawan dan
Olahragwati" dan lain-lain anugerah menunjukkan nilai-nilai murni yang
disemai dan keberkesannanya kerana penganugerahan itu diberikan
berdasarkan kepada sikap, sifat dan pencapaian yang baik yang ditunjukkan.
Yang paling jelas kita lihat sekarang ialah nilai saling hormat menghormati
yang ditunjukkan oleh remaja kita kepada ahli masyarakat. Melalui penerapan
nilai di sekolah-sekolah, ramai pelajar yang dapat menerimanya. Misalnya
mereka prihatin dalam menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.
Mereka pandai menyesuaikan diri dalam sesuatu kelompok tertentu agar tidak
menyinggung perasaan orang lain.
Namun demikian tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua nilai-nilai murni
yang diterapkan di sekolah-sekolah atau di rumah itu diterima pakai oleh
pelajar kita, sebab masih ada yang menunjukkan kesan yang negatif. Masalahmasalah sosial yang semakin meningkat sekarang menunjukkan kesukaran
mereka melaksanakan nilai-nilai murni tersebut walaupun mereka
mengetahuinya, tetapi tidak dipraktikan. Ini berpunca daripada beberapa faktor
tertentu seperti ibubapa, institusi sekolah sendiri, guru dan masyarakat dan
pelajar itu sendiri.
Ibubapa misalnya mereka walaupun telah menyemai dan menanam nilai-nilai
murni dalam jiwa anak mereka tetapi tidak menggalakkan mereka untuk
mengamalkan adalah sesuatu yang tidak wajar.
Begitu juga guru-guru dan masyarakat. Mereka tidak begitu memberi perhatian
terhadap nilai-nilai yang asas atau kecil. Mereka memandang ringan atas
beberapa kesilapan kecil yang dilakukan dan kurangnya penerapan. Guru
misalnya, mereka sekadar mengajar mengenai nilai-nilai murni kepada pelajar
sedangkan mereka sendiri tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik.
Sikap individu atau pelajar sendiri yang ambil mudah (sambil lewa) terhadap
penerapan nilai murni ini. Misalnya mereka mempelajari sesuatu subjek itu
adalah sekadar exam-oriented, hanya untuk lulus peperiksaan, bukannya
memahami dan mempraktikkan apa yang dipelajari. Ada segelintir pelajar yang
suka dipaksa untuk melakukan sesuatu perkara, maka dengan tidak adanya

paksaan samada dari ibubapa ataupun guru menyebabkan mereka


melalaikannya.
9.0 Konsep Pemuafakatan Dalam Pendidikan
Dalam pendidikan, konsep pemuafakatn ini ditumpukan kepada pemuafakatan
antara guru, ibubapa, masyarakat dan murid itu sendiri. Antaranya yang jelas
kita nampak ialah pemuafakatan yang dibuat melalui penibuhan PIBG di
sekolah-sekolah untuk menangani dan membincangkan isu-isu semasa
berkaitan dengan sekolah, perkembangan , kemajuan serta masalah yang
melanda pelajar serta sekolah tersebut.
Dengan adanya PIBG, ini menunjukkan bebanan di sekolah tidak hanya dipikul
oleh guru sahaja tetapi juga mendapat kerjasama daripada ibu-bapa pelajar.
Sebarang kemajuan dapat dirasai bersama sebaliknya juga sebarang masalah
perlu dipikul dan dibanteras bersma.
Konsep pemuafakatan di sekolah juga dapat kita lihat melalui kegiata-kegiatan
ko-kurikulum ataupun temasya yang diadakan. Contohnya temasya sukan atau
sukaneka di sekolah adakalanya melibatkan tidak hanya pelajar berkenaan
tetapi juga ahli keluarga pelajar tersebut. Ini menunjukkan adanya semangat
kesukanan, setiakawan serta kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan.
10.0 Penutup
Kesemua 16 nilai yang dipilih untuk disisipkan kedalam pendidikan adalah
nilai-nilai yang dapat menjadikan seseorang itu manusia yang dihormati dan
boleh memainkan peranan yang aktif dalam menjamin keharmonian dalam
masyarakatnya serta dapat menyumbang kearah pembangunan masyarakat.
Tanggungjawab untuk menyediakan generasi yang seimbang dan harmonis dari
segi JERI bagi melaksanakan hasrat FPN bukanlah satu yang mudah.
Penggubalan KBSM adalah harapan untuk melahirkan insan yang soleh dan
berakhlak mulia.
Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak semestinya bergantung 100%
kepada kandungan kurikulum yang ditentukan tetapi perlulan juga berdasarkan
inisiatif mereka sendiri. Guru sebagai "role model" perlulah menunjukkan dan
menainkan peranan dalam menerapkan nilai murni baik dari segi perbuatan,
perlakuan maupun tuturkatanya. Guru harus cekap dalam menyampaikan isi
pelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam penyampaiannya.
Begitu juga dalam memilih kaedah dan waktu hendaklah bersesuaian.

Kesemua nilai yang disenaraikan merupakan asas atau jambatan kepada pelajar
yang masih dibangku sekolah dalam membentuk perwatakan dan displin diri
yang tinggi dan mulia. FPN digubal berpandukan kepada konsep berteraskan
Allah SWT. Ia menampakkan sifat yang bersepadu, menyeluruh dan seimbang
iaitu kesepaduan di antara ilmu, iman dan amal; kesepaduan di antara akal,
jasad dan roh; kesepaduan di antara teori dan amali, di antara kemahiran dan
akhlak; di antara rupa dan jiwa; di antara pembangunan keduniaan dan akhirat;
dan di antara manusia, alam dan Allah, yang mana kesemuanya
bermatlamatkan pemikiran insan soleh . Insan yang baik akan membentuk
keluarga yang baik, seterusnya masyarakat serta bangsa yang baik.
Tindakan kerajaan menukarkan kurikulum lama kepada kurikulum baru iaitu
pendidikan bersepadu (KBSM) adalah satu langkah yan bijak dan tepat. Ini
menunjukkan kerajaan ada campurtangan dan turut memberi penekanan kepada
bukan sahaja ilmu yang bersifat kerohanian dan keduniaan tetapi juga ilmu
moral yang lebih bersifat kejasmanian dan keakhiratan. Pendidikan akan
sentiasa terus berlangsung, tiada limitasinya. Matlamat akhir pendidikan
bersepadu adalah merupakan integrasi tanggungjawab membentuk insan yang
baik dan seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek selaras dengan
kehendak FPN.
Soalan-soalan yang dikemukankan.
Dari Sdr. Rashdan
a) Untuk keberkesanan , kenapa ibubapa tidak dimasukkan ke dalam hand-out
sebagai punca-punca kelemahan penerapan nilai murni?
b)Isu-isu menghormati dikalangan masyarakat lebih baik hujah disokong
dengan bukti contohnya statistik.
Dari Sdr. Raman
Masalah disiplin pelajar yang semakin kritikal hingga ke tahap pukul gurusiapakah yang sebenarnya dipertenggungjawabkan?
Dari Sdr. Zahrim
Mengapakah di Institut Pendidikan Swasta kurang menekankan kepada nilainilai FPN.
Di sini apakah peranan Kementerian Pendidikan dalam menangani masalah ini?

Dari Sdr. Che Ghani


Peristiwa 13 Mei- adakah berlakunya peristiwa tersebut akibat daripada tidak
wujudnya FPN atau mungkin tidak ada penerapan nilai.
Dari Pn. Sarimah
Penerapan nilai murni dalam FPN amat baik tetapi Jenayah semakin menjadijadi? Apakah teknik penerapan nilai mugkin menemui kegagalan?
Dari Sdr. Riduan
Peratusan bumiputera berbanding dengan bukan bumiputera jauh berbeza.
(Hasil Kajian Intan). Berdasarkan kepada nilai murni yang terdapat dalam FPN:
a. Adakah ia benar-benar berkesan
b. Adakah nilai murni boleh menampung peratusan bumiputera yang terlibat
dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.
Dari Sdr. Suhaimi Shaharom
Fatwa Pendidikan Negara berkaitan 16 aspek nilai murni. Pelajar ITTHO masih
bermasalah dalam menghayati nilai murni. Adakah nilai murni yang ada
memberi keberkesanan di ITTHO.
Dari Sdr. Siva Dev
16 aspek nilai murni - kebebasan
Adakah akta "universiti" menghalang kebebasan untuk hasilkan bakal pepimpin
di masa depan.
Dari Sdr. Victor
Unsur sosial, homoseksual di sekolah.
Bagaimana strategi & teknik penerapan dilaksanakan dan cara mengatasinya.
Adakah FPN boleh diterapkan.
Jawapan kepada persoalan yang dikemuakan.

Soalan keberkesanan.
Mengenai keberkesanan penerapan nilai-nilai murni.
Sejauhmana keberkesanannya adalah sesuatu yang sukar untuk dikodkan dalam
bentuk percentage tertentu kerana kita tidak dapat mengukur atau membuat sukatan
yang tepat untuk melihat keberkesanan. Yang jelas, adanya perubahan ataupun
imigrasi sikap individu itu sendiri. Kita boleh kenalpasti samada individu itu ada nilai
murni atau tidak. Sememangnya kejayaan penerapaan bukanlah 100% sebab tahap
penerimaan individu itu berbeza-beza.
Dari segi statistik sukar untuk diperolehi sebagaimana ynag diminta oleh Sdr. Rashdan
dalam pengukuran nilai murni, kecuali statistik untuk kes jenayah yang senag
diperolehi dari rejod-rekod Polis. Ini kerana manusia tidak mengukur nilai yang
diterap secara khusus.
Punca kelemahan nilai murni, kami tidak memasukkan ibubapa mungkin salah satu
kelemahan kumpulan kami tetapi perkara ini sepatutnya tidak dipersoalkan kerana
saudara sendiri telah sedia maklum bahawa apa yang kami senaraikan adalah
sebahagiannya sahaja.
Peristiwa 13 Mei
Semasa tahun 1969, walaupun telah ada penerapan nilai murni dalam FPN tetapi
ianya tidak diberi penekanan dalam pendidikan jika dibandingkan dengan masa
sekarang.
Disiplin Pelajar
Siapa yang bertanggungjawab adalah semua pihak dari individu kepada masyarakat.
Nilai murni di ITTHO
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sebilangan pelajar di ITTHO tidak menghayati
penerapan nilai murni yang telah diterapkan di sekolah dahulu. Ini dapat di lihat dari
sikap agresif mereka untuk bertindak tanpa menggunakan prosedur yang betul. Apa
yang perlu dicadangkan, pensyarah di ITTHO seeloknya terdiri dari masyarakat
Malaysia terutama yang beragama Islam, kerana mereka inilah yang berperanan
dalam menerapkan nilai murni jika dibandingkan dengan pensyarah asing yang tidak
begitu pakar dalam nilai murni kita.
Penambahan dari idea pensyarah

Trainning.
Beliau menyentuh mengenai "trainning" dikalangan guru-guru. Guru tidak dapat
latihan /kursus sepenuhnya. Walaupun ada di IAB. Ada guru yang merungut mereka
tidak dapat melaksanakannya.
Mereka yang mengajar agama pun ada kelemahannya. Ada yang mengajar sesuatu
perkara itu dari satu aspek sahaja. Contohnya, Najis hendaklah disucikan, dan anjing
adalah najis bagi orang Islam . Tetapi jika dilihat dari aspek lain, kita boleh
menanamkan sifat nilai murni seperti menyanyangi binatang walaupun najis jangan
menganiayainya, kerana ada yang masuk syurga kerana membei minum air kepada
seekor anjing yang dahaga. Maka walaupun haram disisi Islam tetapi pada
"humanities" ianya baik - perlu seimbangkan. Nilai-nilai merentas kurikulum
kadangkala tidak dapat dilaksanakan.
Pemuafakatan Pendidikan
Ianya telah disuarakan oleh bekas Pengarah Tan Sri Wan Ahid, telah diambil alih oleh
pengarah baru (Mohd Nor) tetapi tidak dapat dilaksanakkan kerana masalah kesihatan.
Maka masih tidak dapat diteruskan.
Pemuafakatam bukan sahaja melibatkan sekolah, guru tetapi juga ibubapa.
Kadangkala berlaku percanggahan nilai-nilai yang diajar di rumah dan di sekolah di
mana wujudnya pendekatan dualisme.

Masalah Homoseksual
Telah lama wujud - di IPTA sendiri, asrama penuh -lelaki lembut menjadi mangsa.
Kadangkala masalah (budaya) ini wujud adalah berkaitan dnegan latarbelakang
keluarga ataupun berlaku kerana telah biasa dengan pergaulan bebas. Kalau buat
terapipun akan ambil masa yang panjang. Mereka yang terlibat dalam homoseksuality
(lesbian atau gay) adalah mereka yang ingin mencari abnormality.
Kadang-kala isu-isu seks dibicarakan terlalu terbuka tetapi untuk diajar di sekolah
dibantah oleh ibubapa. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan adakalanya terlalu
berani dan tidak bersesuaian. Contohnya kempen AIDS - Kementerian Kesihatan
kempen untuk galakkan pakai kondom. Bila pelajar bawa kondom ke sekolah, guru
marah. Di manakah penyelesaian yang sebenar?
BIBLIOGRAFI

1. Abu Bakar Nordin, 1991. Kurikulum , Perspektif dan Perlaksanaan. Pustaka


Antara, Kuala Lumpur.
2. Dr. Tajul Ariffin Nordin & Dr. Nor Aini Dan, 1992. Pendidikan dan Wawasan
2020. Arena Ilmu Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
3. Dr. Hussien Hj. Ahmad, ______. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Perihal
Pendidikan dan Falsafah di Malaysia.
4. Ibrahim Saad, 1982. Isu Pendidikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
5. MASSA: Wawancara Reformasi Pendidikan bersama Datuk Najib. Jun 1997.
6. Mok song Sang, 1991. Pendidikan di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur.
7. Wan Mohd Nor Wan Daud, (Jan-Mac 1996). Insan Baik Teras
Kewarganegaraan. Pemikir

Anda mungkin juga menyukai