Anda di halaman 1dari 14

Teknologi Hijau

Definisi
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk,
peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
? Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas
Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan
menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
? Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
? Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara
Tenaga Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan
tenaga
Alam sekitar Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
Ekonomi Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan
teknologi; dan
Sosial Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Objektif
Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama
meningkatkan pembangunan ekonomi;
Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan
sumbangannya kepada ekonomi negara;
Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan
meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;
Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk
generasi akan datang; dan
Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan
menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

Sektor Utama
Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama yang
berikut:
i) Sektor Tenaga
Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan
pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor
industri dan komersial; dan
Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan
tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
ii) Sektor Bangunan: Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan,
pemuliharaan dan pemusnahan bangunan
iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air,
rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan
iv) Sektor Pengangkutan
Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan,
khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.
Matlamat
i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)
Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan
komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;
Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi,
peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan;
Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung
Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor
pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan
Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi
mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi
Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.

ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)


Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan;
Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan
teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran
serantau;
Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;
Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh
universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama
dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;
Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran
global; dan
Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.
iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)
Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;
Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara
keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;
Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;
Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;
Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan
Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan
institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.
Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:
risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim
nano
risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi
nano lain)
risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.
Teras Strategik
i) Teras Strategik 1
Mengukuhkan kerangka institusi

Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi


yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui:
Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau
Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian,
agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi
Hijau yang efektif;
Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana
Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;
Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan
usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif;
Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat
pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan
Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan
tanggungjawab masing-masing.
ii) Teras Strategik 2
Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif
Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau
perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau. Industri ini
menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global, menyediakan peluang
pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh dicapai melalui:
Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong oleh
langkah-langkah kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan pertumbuhan
Teknologi Hijau selaras dengan objektif dan matlamatnya;
Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan
rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan
industri;
Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang
membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan
pembangunan industri tempatan;
Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang

dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama; dan


Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.
iii) Teras Strategik 3
Memperkukuh Pembangunan
Modal Insan dalam Teknologi Hijau
Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk
pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui;
Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan
kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau;
Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi Hijau
di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah;
Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber
manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau;
Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam
bidang Teknologi Hijau; dan
Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam
sektor Teknologi Hijau.
iv) Teras Strategik 4
Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam
penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos
Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan dan
Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui:
Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC;
Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;
Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan atau
institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau;

Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan;dan,


Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan serantau
dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau.
v) Teras Strategik 5
Promosi dan Kesedaran Awam
Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang
mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana perkara
tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan
termasuklah:
Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui
program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi
Hijau;
Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang efektif
untuk mempromosikan Teknologi Hijau;
Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap
peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif;
Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau; dan
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entiti yang
berhubung dengan kerajaan
Lima langkah strategik jayakan Dasar Teknologi Hijau Negara
BANGI: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima langkah strategik bagi
menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara.
Perdana Menteri berkata, langkah pertama adalah mengukuhkan rangka kerja institusi
terutama di kalangan Menteri manakala langkah kedua mensasarkan untuk
menyediakan persekitaran yang kondusif bagi Pembangunan Teknologi Hijau.
Katanya, langkah ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan modal insan
menerusi pemberian latihan dan program pendidikan.

Langkah keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan inovasi Tekologi Hijau
menerusi pengkomersialan.
Langkah terakhir adalah memantapkan usaha mempromosi dan meningkatkan
kesedaran rakyat terhadap Teknologi Hijau, katanya berucap melancarkan Dasar
Teknologi Hijau Negara di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian
Temubual Galeri@1, RTM 1
Y. Bhg. Dato Dr Halim Bin Man
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
1. Apakah maksud teknologi hijau?
Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam
semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah
teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada.
Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti
tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh
yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan
Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang
menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui
kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan.
Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan
(sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi
keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu,
kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurangkurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang
lebih baik dari sekarang.
2. Mengapakah teknologi hijau diberi penekanan dalam pentadbiran negara?
Pada 9 April lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Kementerian
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air dan

Komunikasi. Saya percaya penekanan terhadap teknologi hijau adalah pendekatan


yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Ia juga
selaras dengan agenda utama Kerajaan-Kerajaan di seluruh dunia pada masa kini yang
memberi prioriti kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca
dunia. Kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama
memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini a better place to live in.
Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti
hidup rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran
udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya
masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau,
kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima.
Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara.
Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau
dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh
juga meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah kita hasilkan. Pasaran
untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh
diperbaharu atau renewable energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah
dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita. Mengikut
unjuran kami, menjelang tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4
peratus pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).
Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk mempromosikan teknologi hijau.
Pihak swasta, para profesional serta penyelidik harus bekerjasama untuk mencipta dan
mengkomersilkan teknologi hijau.
3. Apakah kepentingan aplikasi teknologi dan amalan hijau dalam kehidupan kita
sebagai orang awam?
Seperti yang telah saya katakan tadi, secara amnya, Teknologi Hijau merupakan satu
teknologi yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi
mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya
fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca
dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan cuaca

panas yang sedang kita hadapi pada masa ini. Selain itu, kejadian bencana alam seperti
ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut,
kepupusan spesis flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan
fenomena perubahan cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang. Oleh yang
demikian, mitigasi fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam
masyarakat dunia pada masa kini.
Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang. Walau
bagaimanapun, usaha-usaha boleh dilakukan untuk melambatkan proses ini. Oleh yang
demikian, aplikasi Teknologi Hijau merupakan salah satu langkah yang diambil bagi
melambatkan proses perubahan cuaca dunia. Kita sebagai pengguna merupakan salah
satu daripada penyumbang terbesar dalam pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti
harian dan pilihan yang kita buat sebagai contohnya penggunaan kereta, tenaga
elektrik, penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan sebagainya.
Sehubungan itu, aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat
elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif,
penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-perkara yang boleh
dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun amalan-amalan
hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita pada masa kini,
kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan kita masih akan dapat menikmati
kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam jangka masa panjang. Kita juga harus
sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat oleh kita pada hari ini akan menentukan masa
depan yang akan dilalui oleh anak-anak kita di masa akan datang. Oleh yang demikian,
saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua agar mula
mendekati amalan-amalan hijau yang kecil seperti mengitar semula sampah,
menggunakan peralatan cekap tenaga, mengamalkan penjimatan tenaga dan air dan
sebagainya.
4. Boleh Y.Bhg Dato berikan sedikit saranan dan harapan Datuk kepada masyarakat ke
arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengutamakan teknologi hijau?
Usaha Kerajaan untuk menerapkan teknologi hijau perlu dilihat dari dua aspek. Pertama
ialah aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan teknologi hijau. Kita
tidak semestinya mencipta sesuatu yang komplikated atau kompleks. Produk mudah

yang mesra alam serta praktikal untuk negara kita boleh dihasilkan. Adalah penting
supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah lagi untuk mencipta sesuatu.
Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para penyelidik kita boleh menghasilkan
teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir sumber-sumber
seperti tenaga dan air. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang boleh dikomersilkan
untuk penggunaan tempatan dan untuk tujuan eksport.
Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam
melaksanakan proses kerja atau amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan
amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan perkara-perkara mudah yang boleh
kita laksanakan. Contohnya, kita boleh membawa air minum dalam bekas tanpa
keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik ke
rumah, eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakan
bekas styrofoam atau plastik yang tidak mesra alam. Bawalah beg sendiri ketika
membeli-belah.
Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga.
Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian akan menghasilkan
penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan cekap tenaga lebih mahal sedikit
berbanding peralatan biasa, namun penjimatan tenaga adalah banyak dan kurang
menjejaskan alam sekitar. Yang penting adalah supaya kita mulakan dengan langkahlangkah yang mudah dan murah dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidup. Ibubapa
harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka akan turut
terdorong untuk mengamalkan budaya hijau.
Sebenarnya perubahan gaya hidup dan perubahan minda akan mengorak langkah ke
arah penghayatan dan pengamalan teknologi hijau. Perubahan kecil yang kita buat
pada hari ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
5. Adakah sebarang galakan disediakan oleh Kerajaan untuk menggalakkan teknologi
hijau?
Untuk bidang kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharu, Kerajaan telah
memperkenalkan pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat yang
menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau Renewable Energy

(RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga Energy


Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment
Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer Status).
Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian duti import
dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti
import yang digunakan secara terus dalam penjanaan tenaga elektrik daripada sumber
RE dan dan aktiviti EE. Insentif-insentif ini telah ditambah baik di bawah Bajet 2009
dimana pengecualian boleh diberikan bagi:
i- duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak
ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang
diluluskan oleh ST;
ii- pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar daripada
pengilang tempatan;
iii- Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor
cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi
kepada pengimport termasuk agen yang diluluskan oleh ST.
iv- Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods yang
diluluskan oleh ST seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu
fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman udara.
6. Boleh Y.Bhg Dato terangkan langkah-langkah yang diambil atau contoh-contoh
program yang dijalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat?
Kementerian telah mula menjalankan program-program kesedaran mengenai
Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharu yang merupakan salah satu daripada
cabang Teknologi Hijau sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Centre for Education,
Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE) oleh
Universiti Sains Malaysia. Program-program ini disasarkan kepada golongan profesional,
sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang awam di Malaysia. Antara program yang
telah dilaksanakan oleh CETREE ialah Pameran program Kempen Penjimatan Tenaga &
Alam Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan
Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan dan sebagainya.
Selain daripada itu, CETREE juga telah membangunkan Modul Tenaga Boleh

Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga Merentasi Kurikulum Sekolah Rendah di seluruh


Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid sekolah di peringkat awal dalam Tenaga
Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga.
Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan program Energy Month peringkat
Kebangsaan secara tahunan bagi meningkatkan kesedaran mengenai Tenaga Boleh
Diperbaharu dan mempromosikan amalan Kecekapan Tenaga di kalangan orang awam
dan sektor swasta. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program Energy
Month adalah mengadakan ceramah-ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga,
menerbitkan buku panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah, menerbitkan siri artikel di
surat khabar dan menggunakan media massa untuk menggalakkan amalan Kecekapan
Tenaga.
Di masa akan datang, Kementerian akan melaksanakan kempen Teknologi Hijau yang
akan melibatkan stake-holders yang berkaitan termasuk orang awam dan Kementerian/
Jabatan Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi
mendidik dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua pihak mengenai
kepentingan Teknologi Hijau dalam kehidupan kita. Ini bagi memastikan programprogram lain yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan dalam mempromosi dan
membangunkan Teknologi Hijau tempatan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan
dihayati oleh semua lapisan masyarakat.
Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

1 Comment
Posted in Karangan Pengajian Am STPM Penggal 1& 2, KARANGAN TAJUK SAINS DAN
TEKNOLOGI

Dasar Angkasa Negara penentu hala tuju


Posted on April 6, 2014 | Leave a comment

Dasar Angkasa Negara penentu hala tuju

Selain pertambahan infrastruktur berkaitan angkasa yang dimiliki oleh Agensi Angkasa
Negara (Angkasa) seperti Observatori Negara Langkawi (ONL) tahun 2011,
pembangunan sektor angkasa negara mengorak langkah ke hadapan dengan Dasar
Angkasa Negara.
Dasar Angkasa menjadi pemangkin bagi pembangunan sektor angkasa negara masa
hadapan, termasuk pembangunan sektor industri angkasa, yang mana Angkasa akan
bertindak sebagai agensi penggerak utama.
Dasar itu penting sebagai memenuhi keperluan rangka kerja dan hala tuju dalam
membangunkan sektor angkasa yang strategik dan penting bagi negara. Dasar ini
merupakan kerangka dan garis panduan untuk memandu industri angkasa negara
dalam tempoh 10 tahun akan datang iaitu sehingga 2020.
Dengan adanya dasar baru itu, sektor angkasa akan diiktiraf sebagai sektor baru yang
strategik yang boleh menjana ekonomi baru bagi negara di samping meningkatkan
keupayaan negara di dalam teknologi tinggi bagi tujuan keselamatan.
Dasar ini meliputi bidang satelit komunikasi, satelit navigasi, remote sensing
(penderiaan jauh atau pencerapan bumi), undang-undang angkasa, sumber manusia,

pendidikan dan kesedaran awam, penyelidikan dan pembangunan (R&D), industri


angkasa dan teknologi angkasa.
Dengan adanya dasar angkasa itu, pembangunan sektor angkasa akan memberi
tumpuan kepada aktiviti-aktiviti hiliran seperti aplikasi bagi satelit telekomunikasi,
satelit navigasi dan satelit atau remote sensing, yang dijangka menjadi industri penting
bagi penjanaan ekonomi baru negara. Sebagai contoh, penggunaan Sistem Penentu
Kedudukan Global (GPS) begitu meluas kerana ada pihak yang bersedia menjualnya
secara komersial untuk pengguna.
Jawatankuasa Angkasa Negara (Jangka) itu dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi
dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili. Ia turut dianggotai oleh
Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri (MITI), Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komuniti (KPPK),
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani (MOA).
Turut terlibat ialah Kementerian Luar, Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian
Kewangan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Malaysian
Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Jabatan Penerbangan Awam
dan wakil Industri Aeronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB), dan MEASAT Satellite
Systems Sdn. Bhd.
Jangka yang akan membincang dan mencadangkan program berkaitan angkasa bagi
negara akan melaporkan kepada hasil perbincangan kepada Majlis Aeroangkasa
Malaysia ( MAC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Akta Angkasa untuk mengawal selia aktiviti dan operasi berkaitan sektor angkasa
seperti pelancaran dan pengoperasian satelit, pendaftaran objek yang dilancarkan ke
angkasa lepas, pengoperasian stesen Bumi dan aktiviti lain yang berkaitan juga digubal.
Setiap pelancaran dan pengoperasian satelit yang dimiliki oleh rakyat ataupun syarikat
Malaysia perlu diberi lesen dan Angkasa bertanggungjawab pengeluaran lesen pada
masa akan datang selepas akta tersebut diwartakan.Ketika ini, Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) merupakan badan yang bertanggungjawab
mengeluarkan lesen untuk kebenaran menggunakan julat frekuensi gelombang sahaja.
Dalam pada itu, program kesedaran dan pendidikan juga terus dilaksanakan untuk
pelbagai peringkat lapisan kumpulan sasar termasuk sekolah rendah, sekolah
menengah dan pelajar universiti

Anda mungkin juga menyukai