Anda di halaman 1dari 5

MENGENALPASTI TINGKAHLAKU SASARAN DAN CARA-CARA

MENGUMPUL DAN MEREKOD DATA

Di dalam proses mengubah tingkahlaku, perkara pertama yang perlu diberi


keutamaan ialah mengenalpasti tingkahlaku sasaran . Tingkahlaku sasaran merupakan
tingkahlaku yang hendak diubah, ditingkatkan atau dihentikan. Bagi mengenalpasti
tingkahlaku sasaran itu beberapa perkara perlu diberi pertimbangan. Perkara tersebut
adalah :-

i. Jumlah tingkahlaku yang perlu diubah


ii. Kekerapan berlakunya tingkahlaku tersebut
iii. Jangkamasa sesuatu tingkahlaku itu berlaku
iv. Jenis-jenis tingkahlaku yang perlu diberi keutamaan

Sebagai contoh, jika seseorang murid itu mempunyai pelbagai jenis


masalah tingkahlaku dan ada diantaranya boleh menimbulkan masalah kepada individu
yang lain. Oleh itu guru perlu mengenalpasti tingkahlaku yang akan dijadikan
tingkahlaku sasaran berdasarkan kepada pertimbangan di atas.

Setiap masalah tingkahlaku memerlukan pendekatan yang berbeza di dalam


membuat pengurusan tingkahlaku, oleh itu setiap masalah perlu diubah secara berasingan
kerana intervensi yang berlainan bagi masalah yang berlainan tidak boleh berjalan
serentak untuk mengelakkan berlaku konflik di antara satu sama lain. Contohnya, seorang
murid yang sering memukul kawannya dan dalam masa yang sama mempunyai masalah
pengurusan diri. Bagi masalah memukul rakan guru perlu mengunakan pendekatan
disiplin misalnya manakala bagi pengurusan diri pula pendekatan secara lembut dan
berhemah diperlukan. Oleh itu kedua-duanya tidak boleh dijalankan secara serentak
untuk mengelakkan kekeliruan bagi murid yang ingin diubah.

Bagi hal yang demikian bagi mengenalpasti tingkahlaku sasaran itu guru perlu
menyenaraikan semua masalah yang timbul dan kemudian menyusunnya mengikut
keutamaan. Oleh yang demikian di dalam mengenalpasti tingkahlaku tersebut ianya
perlulah jelas tepat dan boleh diubah. Ini adalah bagi memudahkan guru apabila
merancang intervensi kelak.

Guru perlu mengikut garis panduan yang betul di dalam memilih tingkahlaku
sasaran. Di bawah adalah beberapa garis panduan yang boleh diguna pakai oleh guru di
dalam mengenalpasti tingkah laku sasaran mereka.

i. Guru perlu hanya memilih seseorang individu atau kumpulan yang ingin
dijadikan sasaran. Pemilihan ini adalah untuk mengelakkan kecelaruan ketika
membuat intervensi terhadap murid bermasalah tersebut. Guru perlu memilih
murid yang paling bermasalah dan sering menimbulkan konflik kepada guru dan
rakan-rakan yang lain. Selain itu guru juga boleh mengabungkan beberapa

(1)
ii. individu yang mempunyai masalah dan kenalpasti masalah mereka yang hampir
sama bagi membentuk satu kumpulan.

iii. Selain itu guru perlu mempunyai rekod dan data tentang masalah tingkahlaku
murid sebelum mengambil keputusan memilih tingkahlaku sasaran. Guru boleh
membuat analisa tentang potensi tingkahlaku sasaran, kekerapan, tahap masalah
serta jenis masalah berdasarkan rekod tersebut. Guru hendaklah melakukan
pemerhatian berterusan terhadap murid bermasalah tersebut bagi menentukan
masalah utama yang akan dipilih sebagai tingkah laku sasaran.

iv. Pertimbangan juga perlu dibuat tentang hala tuju tingkahlaku ini semasa proses
mengubah tingkah laku kelak. Guru perlu membuat pertimbangan samada
tingkahlaku tersebut hendak dikekalkan sebagai contoh murid sering datang awal
ke sekolah, walaupun mempunyai masalah tingkahlaku yang lain. Guru perlu
memilih tingkahlaku ini untuk dikekalkan supaya murid akan tetap datang awal
walaupun apabila guru membuat intervensi bagi tingkahlaku sasaran yang lain.
Jika tingkahlaku itu hendak diubah, guru perlu mengambil kira perubahan positif
yang boleh berlaku jika pengurusan tingkahlaku dijalankan kelak. Bagi
menghapuskan tingkahlaku sasaran guru perlu mengambil kira kesediaan murid
bagi mengelakkan pendekatan bagi menghapuskan tingkahlaku tersebut turut
menghapuskan tingkahlaku yang hendak dikekalkan. Sebagai contoh, murid yang
sering tidak menyiapkan kerja sekolah dikenakan dendaan dan menyebabkan
murid ini kerap ponteng sekolah.

v. Guru juga perlu menentukan bahawa tingkahlaku itu adalah tingkahlaku yang
dapat dilihat atau tidak. Sebagai contoh tingkahlaku agresif adalah tingkahlaku
yang dapat dilihat manakala tingkahlaku emosi tidak dapat dilihat kecuali apabila
ada rangsangan yang berlaku. Oleh itu sekiranya tingkahlaku yang tidak dapat
dilihat itu adalah lebih dominan, guru perlu memilih tingkahlaku tersebut sebagai
tingkahlaku sasaran dan kemudian barulah tingkahlaku yang dapat dilihat. Bagi
pemilihan seperti ini, guru perlu meminimakan rangsangan-rangsangan yang
boleh menyebabkan murid bertindak agresif.

vi. Tingkahlaku sasaran perlulah boleh dikira supaya guru mudah untuk merekodkan
apabila guru membuat modifikasi tingkahlaku kelak. Rekod-rekod ini kelak
berguna kepada guru apabila membuat analisa tingkahlaku untuk melihat
keberkesanannya terhadap murid.

vii. Tingkahlaku sasaran yang telah dikenalpasti perlulah dinyatakan dengan ringkas
dan tepat. Guru perlu menerangkan kepada murid tentang tingkahlaku yang ingin
diubah dengan ringkas dan tepat supaya murid dan guru faham tentang
tingkahlaku sasaran yang dipilih untuk mengelakkan salah faham. Pemilihan
tingkah laku yang tepat dapat meningkatkan kejayaan sesuatu modifikasi
tingkahlaku yang dibuat berbanding tingkahlaku yang tidak dinyatakan dengan
jelas.

(2)
Langkah-langkah Mengenalpasti tingkah laku

 Mengesan tingkah laku-tingkah laku bermasalah. Sebagai seorang guru


pemulihan, guru perlu terlebih dahulu mengesan tingkah laku-tingkah laku
bermasalah dikalangan murid-murid di kelas pemulihan. Guru boleh
membuat satu senarai semak tingkah laku yang telah dikesan bagi membuat
pilihan tingkah laku sasaran yang hendak diubah terlebih dahulu. Guru perlu
mengambil kira tingkah laku yang paling serius berbanding dengan tingkah
laku yang lain.

 Memerhati dan merekod.


Bagi tujuan merekod guru perlu memastikan bahawa tingkah laku tersebut
adalah tingkah laku yang berterusan atau tingkah laku diskrit
i. Untuk tingkah laku berterusan, terdapat dua cara untuk merekod
tingkah laku tersebut iaitu
- time sample recording
Cara merekod mengunakan time sample adalah berdasarkan
kekerapan dan tempoh masa berlakunya tingkah laku yang
telah diperhatikan
- interval (sela)
Guru melihat kepada corak atau patern tingkah laku itu dengan
mencatat bila dan bagaimana tingkah laku itu sering berlaku.
ii. Untuk tingkah laku diskrit cara merekod adalah dengan mengunakan:
- peristiwa semasa (event)
- hasil tugasan (out-come of a given task)
- Murid juga boleh diberi peluang untuk merekod tingkah laku
mereka sediri (Self-recording)

 Mengenal pasti tingkah laku yang perlu diubah suai berdasarkan keutamaan.
Guru perlu mengambil kira bahawa tingkah laku yang dipilih adalah
merupakan tingkah laku yang mendatangkan gangguan bukan hanya kepada
diri murid tetapi juga kepada orang disekeliling mereka. Tingkah laku sasaran
yang telah dipilih adalah tingkah laku yang hendak dihapuskan atau
dikurangkan secara berperingkat dan kekal.

 Setelah tingkah laku tersebut dipilih berdasarkan keutamaan, guru perlu


mengkaji punca tingkah laku tersebut supaya guru boleh mengenal dan
memahami masalah tersebut. Punca-punca yang membawa kepada masalah
tingkah laku itu boleh dikategorikan kepada punca individu, keluarga, guru,
rakan sebaya dan persekitaran murid.

 Setelah semua langkah-langkah untuk mengenal pasti tingkah laku dibuat oleh
guru, satu program intervensi yang sesuai perlu dirancang.

(3)
Mengumpul dan merekod data.

Guru perlu konsisten di dalam mengumpul dan merekod data supaya


rekod yang dikumpulkan adalah relevan dengan tingkahlaku sasaran yang dipilih.
Guru boleh memilih jenis rekod yang difikirkan sesuai dengan masalah tingkahlaku
murid yang hendak diperhatikan.

Guru boleh memungut data dengan cara mengumpulkan data-data di


dalam kad-kad berdasarkan hari. Guru boleh menjalankan pungutan data selama 20
minit sehari misalnya. Guru boleh meminta bantuan guru lain jika perlu.

Contoh kad-kad rekod : Time sampeling

1.Tumpuan murid ketika di dalam kelas

Isnin Selasa Rabu

ttttt lll ttttt ttttt ttttt ttttt

ttttt ttttt ttttt lll ll ttttt

Contoh rekod : Interval


 x  x x x x x  X

3/10 = 30% penumpuan terhadap pelajaran

2. Data rekod murid membuat bising di dalam kelas

Nama : _____________________ Tingkahlaku :______________


Tahun : ____________________ Sasaran : _________________
Tarikh : ____________________ _________________________

Masa/Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat


7.45 - 8.15
8.15 – 8.30
8.30 – 9.15

(4)
Contoh : Tugasan Murid
3. Data rekod kerja yang disiapkan oleh murid

Mata Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat


pelajaran
Bahasa 3 baris ayat 5 perkataan 10 baris ayat Tidak buat 3 baris ayat
Melayu

Contoh : Peristiwa Semasa

Nama Murid: Murad bin Harun


Tahun: Tahun 6
Tarikh: 27 September 2007
Jenis Kesalahan :
Bertumbuk dengan rakan.

Catatan :

Bibliografi :

Ibrahim Ahmad, 2002. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah


rendah.Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Asmawati Baharuddin, 1998. Teori Personaliti. Selangor: Makruf Publisher &


Distributors Sdn Bhd.

Nama : RIZAIMAH BT YUSOP


KSPK PEMULIHAN KHAS 2007

(5)

Anda mungkin juga menyukai