Anda di halaman 1dari 3

Makanan segera telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di

Negara ini. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong masyarakat di


Negara ini terpikat dengan makanan segera dan bincangkan kesan
pengambilan makanan segera terhadap kehidupan masyarakat.
Makanan ringan didefinisikan sebagai makanan yang mudah untuk
disediakan dan dinikmati oleh masyarakat pada bila-bila masa. Antara
makanan ringan itu ialah kerepek, gula-gula, manisan dan sebagainya. Pihak
media massa sering menyiarkan berita mengenai isu makanan ringan ini yang
menjadi kegilaan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia. Sebenarnya, ada
banyak sebab yang membawa makanan ringan ini menjadi sesuatu yang
sangat diminati. Hal ini begitu membimbangkan, kerana rakyat Malaysia
menjadikan makanan segera sebagai trend dalam kehidupan tanpa
memikirkan kesan pengambilan makanan tersebut.
Antara faktor yang mendorong masyarakat di Negara ini terpikat
dengan makanan segera ialah ia mempunyai rasa yang enak. Selain itu, rasa
makanan segera yang lazat juga menyebabkan pengguna ketagih untuk
menikmatinya terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja. Hal ini kerana,
terdapat perasa tambahan dan pewarna tiruan digunakan untuk
menyedapkan lagi sesuatu produk makanan tersebut. Contohnya, minuman
bikarbonat yang amat kaya dengan kandungan gula iaitu 14 sudu teh gula,
pewarna kimia dan kafein bagi setiap botol besar. Minuman ini tidak
mempunyai sebarang khasiat tetapi disebabkan rasanya yang enak
menyebabkan kanak-kanak dan remaja memilihnya sebagai minuman
sedangkan mereka memerlukan nutrien yang cukup untuk pembesaran.
Seterusnya, kesibukan masyarakat terutamanya di bandar kini telah
mendorong mereka memilih makanan segera kerana ianya mudah disediakan.
Rakyat di Negara ini lebih gemar membeli makanan yang telah tersedia kerana
setelah pulang dari bekerja, mereka hanya perlu memanaskannya sahaja.
Dengan adanya restoran makanan segera seperti Baskin Robbins, MC Donald,
Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut telah memudahkan mereka untuk
memilih pelbagai sajian makanan mengikut cita rasa masing-masing. Selain
itu, makanan yang telah ditinkan dan dipekkan juga menjadi pilihan sajian
harian kerana ianya perlu dipanaskan sahaja. Hal ini menyebabkan

masyarakat tidak mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang dalam


kehidupan seharian.

Bukan itu sahaja, kewujudan produk-produk makanan segera sangat


menarik pengguna untuk memilih pelbagai makanan yang digemari. Hal ini
kerana pelbagai iklan telah di paparkan di dada-dada akhbar dan di kaca
televisyen. Iklan makanan segara dikatakan sangat kreatif yang mampu
menarik minat kanak-kanak dan dewasa. Produk makanan segera seperti mee
segera, burger, sosej, kentang goreng pula boleh didapati dimana-mana.
Contohnya, pasaraya, kantin sekolah dan juga stesyen minyak turut menjual
makanan untuk memenuhi kehendak pelanggan. Setiap produk makanan
terbaru yang dikeluarkan oleh rangkaian makanan segera telah mendapat
publisiti dan promosi yang meluas. Hal ini menyebabkan masyarakat tidak
mahu melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri.
Antara kesan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat
ialah menjejaskan kesihatan. Berdasarkan kajian Universiti Toronto, Kanada,
pengambilan makanan segera secara berlebihan akan merosakkan fungsi otak.
Kandungan makanan segera boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap
ingatan terhadap individu. Hal ini kerana otak memerlukan jumlah glukosa
yang mencukupi untuk menjalankan fungsi dengan baik. Seperti yang kita
tahu, kekurangan pengambilan makanan berkhasiat akan menjejaskan
kesihatan. Contohnya serat. Kekurangan pengambilan serat akan
menyebabkan masalah sembelit.
Sementelahan itu, kesan pengambilan makanan ringan juga
menyebabkan masalah pertumbuhan terbantut terutamanya dalam kalangan
kanak-kanak. Hal ini kerana, pertumbuhan kanak-kanak pada usia 7-12 tahun
adalah cepat dengan adanya makanan yang seimbang. Kekurangan
pengambilan makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan pertumbuhan
kanak-kanak terbantut sehingga ketinggian mereka tidak sama dengan
usianya. Perkara ini dapat diatasi jika ibu bapa menitikberatkan gaya
pemakanan anak-anak mereka.

Tambahan pula, kesan pengambilan makanan ringan dalam kalangan


masyarakat ialah masalah kegemukan dan obesiti. Hal ini berpunca daripada
pengambilan makanan segera yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi.
Contohnya ialah aiskrim, minuman bikarbonat yang mengandungi peratus
gula yang tinggi. Kegemukan adalah peningkatan kolesterol dalam salur darah
akan menyebabkan risiko serangan jantung. Serangan jantung berlaku kepada
sesiapa sahaja yang tidak mengamalkan gaya pemakanan seimbang.
Kesimpulannya, pengambilan makanan segera perlu dikurangkan dan
digantikan dengan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buahbuahan dan sayuran supaya tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekali lagi
ditegaskan bahawa makanan segera mempunyai kesan buruk kepada
kesihatan jika kita tidak bijak mengambilnya secara berlebihan atau kerap.
Oleh itu, kita perlu mengamalkan pendekatan yang dianjurkan oleh Pihak
Kementerian dan Kesihatan dengan menggalakkan rakyat mengamalkan gaya
hidup sihat melalui pemakanan yang seimbang. Ini kerana, terlalu banyak
mengambil makanan yang melebihi keperluan kita juga boleh menyebabkan
masalah kesihatan dan kurang mengambil makanan juga menampilkan kesan
yang buruk. Justeru, kita sebagai pengguna sepatutnya bijak memilih
makanan yang terbaik untuk diri kita untuk kekal sihat.

679 Patah Perkataan

Anda mungkin juga menyukai