Anda di halaman 1dari 3

Baha-ud-Din Naqshband Bukhari 1

Baha-ud-Din Naqshband Bukhari


Baha-ud-Din Naqshband Bukhari (1318 – 1389) adalah pendiri tariqat Naqsyabandi, yang merupakan salah satu
tariqat yang cukup besar dan berpengaruh dalam gerakan Tasawuf.

Riwayat Hidup
Tidak banyak informasi yang boleh dirungkai dari kehidupannya. Perkara ini tidaklah menghairankan, kerana
semasa hidupnya, beliau melarang para pengikutnya untuk mencatat segala perilaku mahupun ucapan-ucapannya.
Banyak tulisan dirangkai setelah ia wafat.
Syeikh Baha-ud-Din dilahirkan pada tahun 1318 di desa Qasr-i-Hinduvan (yang kemudian bernama Qasr-i Arifan)
dekat Bukhara, yang juga merupakan tempat di mana beliau wafat pada tahun 1389. Sebahagian besar masa
hidupnya dihabiskan di Bukhara, Uzbekistan serta daerah-daerah yang berdekatan, Transoxiana. Ini dilakukan untuk
menjaga prinsip "melakukan perjalanan di dalam negeri", yang merupakan salah satu bentuk "laku" seperti yang
ditulis oleh Omar Ali-Shah dalam bukunya "Ajaran atau Rahsia dari Tariqat Naqsyabandi". Perjalanan jauh yang
dilakukannya hanya pada waktu ia menjalankan ibadah haji dua kali.
Dari awal, beliau memiliki kaitan erat dengan Khwajagan, iaitu para guru dalam mata rantai Tariqat Naqsyabandi.
Sejak masih bayi, beliau telah dididik dan dipelihara sebagai anak kerohanian oleh salah seorang dari mereka, iaitu
Baba Muhammad Sammasi. Sammasi merupakan pemandu pertamanya dalam jalur ini, dan yang lebih penting lagi
adalah hubungannya dengan penerus (khalifah) Sammasi, iaitu Amir Kulal, yang merupakan rantai terakhir dalam
salasilah sebelum Baha-ud-Din. Baha-ud-Din mendapat pendidikan awal dalam jalur ini dari Amir Kulal, yang juga
merupakan sahabat dekatnya selama bertahun-tahun.
Pada suatu saat, Baha-ud-Din mendapat instruksi secara "rohani" oleh Abdul Khaliq Gajadwani (yang telah
meninggal secara jasmani dan senyap-senyap) ketika melakukan zikir secara hening (tanpa suara). Meskipun Amir
Kulal adalah keturunan kerohanian dari Abdul Khaliq, Amir Kulal telah mempraktikkan zikir yang dilakukan dengan
bersuara. Setelah mendapat petunjuk mengenai zikir diam tersebut, Baha-ud-Din lantas tidak menghadirkan diri
dalam kelompok ketika mereka mengadakan zikir secara bersuara.
Pisahnya Baha-ud-Din dari lingkaran kelompok Amir Kulal ini mungkin boleh dianggap sebagai penanda wujudnya
Tariqat Naqsyabandi, yang ajarannya diambil dari Abdul Khaliq, hujung keturunannya berasal dari Khalifah Abu
Bakar yang diperoleh dari Nabi Muhammad SAW[1].
Syeikh Baha-ud-Din Naqshband wafat dan dimakamkan di desa asalnya pada tahun 1389. Makamnya merupakan
salah satu tempat yang banyak dikunjungi oleh penziarah dan pelancong di Bukhara.

Lihat juga
• Naqshbandi
• Naqshbandia Owaisiah
• Eleven Naqshbandi principles

Pautan luar
• The official website of the Naqshbandi Sufi in USA [2]
• Naqshbandia Owaisiah [3]
• Our Sheikh [4]
• Owaisiah [5]
• Ghazwa tul Hind [6]
• Zikr e Ilahi [7]
Baha-ud-Din Naqshband Bukhari 2

• Eleven Principles Of The Naqshbandi Sufi Order [8]


• The Osmanli Naksibendi Hakkani Way [9]
• The Nakshibendi Path of Sultan al Awliya Shaykh Mawlana Nazim Adil al Hakkani through his khalifa Shaykh
Abdul-Kerim Kibrisi in New York [10]
• Naqshbandia Khalidiya Haqqaniya Way in Italy [11]

Bacaan lanjut
• The Rules or Secrets of the Naqshbandi Order by Omar Ali-Shah (1992) ISBN 2909347095
• The Masters of Wisdom by John G. Bennett (1995) ISBN 1881408019
• The Naqshbandi Sufi Way, (History and Guidebook of the Saints of the Golden Chain). by Shaykh Muhammad
Hisham Kabbani. Kazi Publications, USA (1995) ISBN 0-934905-34-7

Referensi dan rujukan


• Classical Islam and the Naqshbandi Sufi Tradition, Shaykh Muhammad Hisham Kabbani, Islamic Supreme
Council of America (June 2004), ISBN: 1930409230.

References
[1] http:/ / en. wikipedia. org/ wiki/ Baha-ud-din_naqshband_bukhari#endnote_
[2] http:/ / www. naqshbandi. org/
[3] http:/ / www. naqshbandiaowaisiah. com/
[4] http:/ / oursheikh. com/
[5] http:/ / www. owaisiah. com/
[6] http:/ / ghazwatulhind. com/
[7] http:/ / www. zikr-e-ilahi. com/
[8] http:/ / www. uga. edu/ islam/ 11Naqsprin. html
[9] http:/ / www. naksibendi. org/
[10] http:/ / nakshibendi. com/
[11] http:/ / www. naqshbandi. it/
Article Sources and Contributors 3

Article Sources and Contributors


Baha- ud- Din Naqshband Bukhari  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=893090  Contributors: Smim90

Lesen
Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported
http:/ / creativecommons. org/ licenses/ by-sa/ 3. 0/