Anda di halaman 1dari 18

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

1.0 PENDAHULUAN
Penyata kewangan merupakan dokumen penting yang perlu disediakan oleh
organisasi pada setiap penghujung tahun perakaunan. Ini kerana, penyata kewangan
merupakan petunjuk kepada prestasi perniagaan pada setiap tahun. Terdapat pelbagai
pihak yang memerlukan kepada penyediaan penyata kewangan syarikat. Antaranya
ialah pelabur dan pembiaya. Kedua-dua pihak ini memerlukan penyediaan penyata
kewangan yang lengkap daripada perniagaan bagi membolehkan mereka membuat
keputusan yang tepat sama ada perniagaan tersebut berpotensi untuk berkembang di
masa akan datang. Tujuan pelabur dan pembiaya membuat analisis ke atas penyata
kewangan perniagaan adalah bagi memastikan pelaburan atau pembiayaan yang bakal
dilakukan mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka.
Prestasi perniagaan dapat dikenal pasti melalui analisis penyata kewangan
perniagaan bagi setiap tahun. Analisis ini dilaksanakan bagi mengenal pasti pestasi
kewangan perniagaan pada masa lepas dan pada masa ini. Selain itu, analisis ini juga
dilaksanakan bagi menjalankan membolehkan pihak-pihak yang berkepentingan dapat
mengenalpasti kelemahan dan kekuatan syarikat berdasarkan matlamat yang telah
ditetapkan.
Terdapat beberapa jenis nisbah kewangan yang boleh digunakan bagi menilai
prestasi kewangan perniagaan untuk tahun semasa. Antaranya ialah nisbah kecairan,
nisbah hutang, nisbah pengurusan aset dan nisbah keberuntungan. Setiap nilai nisbah
ini memberikan gambaran umum kepada pihak-pihak yang berkepentingan tentang
prestasi perniagaan dari aspek-aspek yang tertentu. Nisbah kecairan menunjukkan
kemampuan perniagaan untuk memenuhi obligasi hutang semasa sekiranya dituntut
oleh pemiutang secara tiba-tiba. Nisbah hutang secara umumnya menunjukkan
kecekapan perniagaan menguruskan hutang-hutang yang diperoleh. Analisis nisbah ini
melibatkan perhubungan diantara aset, liabiliti dan ekuiti. Ia merupakan cara untuk
menganalisis hutang dan untuk melihat jika semua liabiliti boleh dibayar jika menjual
semua aset. Nisbah pengurusan aset menunjukkan bagaimana pengurusan perniagaan
menggunakan aset yang dimiliki untuk menjana pendapatan perniagaan manakala
nisbah keberuntungan pula menunjukkan kemampuan perniagaan untuk menghasilkan
pulangan yang tinggi atas operasi perniagaan yang dijalankan.

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

Bagi tugasan ini, penyata kewangan yang akan digunakan untuk menilai prestasi
kewangan diambil daripada laporan kewangan Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad.
Tahun perakaunan yang dijadikan rujukan ialah penyata kewangan tahun 2008 dan
tahun 2009. Tujuan pengiraan nisbah kewangan bagi kedua-dua tahun ini dilaksanakan
adalah untuk dijadikan asas perbandingan sekaligus membolehkan analisis arah aliran
dilakukan. Menurut Shamsudin Ismail (1998), tujuan analisis arah aliran adalah untuk
menentukan sama ada prestasi dan kedudukan kewangan syarikat mengalami arah
aliran yang meningkat atau menurun atau tidak mengalami apa-apa arah aliran yang
tertentu. Selain daripada itu, analisis ini adalah untuk menentukan sama ada arah aliran
masa lepas ini akan berterusan untuk masa depan.
2.0 NISBAH KECAIRAN
Untuk mengukur prestasi Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad dari aspek
kecairan syarikat, terdapat dua jenis nisbah yang boleh digunakan iaitu nisbah semasa
dan nisbah cepat.
2.1 Nisbah Semasa (Current Ratio)
Nisbah

semasa

menunjukkan

kemampuan

perniagaan

untuk

menanggung hutang jangka masa pendek yang dilakukan dengan menggunakan asetaset semasa yang dimiliki oleh perniagaan. Aset semasa digunakan bagi menghitung
kemampuan perniagaan membayar hutang semasa kerana aset semasa mudah
dicairkan kepada bentuk tunai.
semasa adalah:

Formula yang digunakan bagi menghitung nisbah


Aset Semasa

Nisbah Semasa =

Liabiliti Semasa

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, nisbah semasa yang


diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
881 882

Nisbah Semasa =

1 030 457
Nisbah Semasa =

0.86

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 pula, nisbah semasa yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah:
757 671
Nisbah Semasa =

Nisbah Semasa =

698 779
1.08

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai nisbah semasa bagi Kumpulan


Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 2009.

Nisbah

2008

2009

Perbezaan

Meningkat/Menurun

Semasa

0.86

1.08

0.22

Meningkat

Berdasarkan jadual perbandingan di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat


peningkatan dari segi kemampuan perniagaan untuk menjelaskan hutang-hutang jangka
masa pendek yang ditanggung oleh perniagaan. Nilai nisbah yang terlalu tinggi tidak
digalakkan kerana situasi itu menunjukkan perniagaan terlalu banyak melabur dalam
aset semasa atau perniagaan tidak menggunakan kemudahan kredit sepenuhnya. Nilai
yang terlalu rendah juga menunjukkan prestasi perniagaan yang tidak baik kerana
perniagaan akan berdepan dengan ancaman bankrap akibat ketidakmampuan
membayar hutang semasa apabila dituntut oleh pemiutang. Nilai nisbah semasa yang
terbaik adalah 2.0. Berdasarkan pengiraan di atas, dapat disimpulkan bahawa
perniagaan dapat meningkatkan prestasi nisbah hutangnya yang agak lemah pada
tahun 2008 kepada nilai yang lebih baik pada tahun 2009. Walau bagaimanapun,
Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad perlu memikirkan kaedah untuk meningkatkan nilai
nisbah semasanya yang masih berada di paras yang agak rendah.

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

2.2 Nisbah Cepat (Quick ratio)


Nisbah cepat mempunyai fungsi yang hampir sama seperti nisbah
semasa. Nisbah cepat menunjukkan kemampuan perniagaan untuk menanggung
hutang jangka masa pendek yang dilakukan dengan menggunakan aset-aset semasa
yang dimiliki tetapi tidak mengambilkira nilai inventori. Ini kerana inventori agak sukar
untuk dicairkan berbanding aset-aset semasa yang lain. Formula yang digunakan bagi
menghitung nisbah semasa adalah:
Aset Semasa - Inventori
Nisbah Cepat =

Liabiliti Semasa

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, nisbah cepat yang diperoleh
oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
Nisbah Cepat

881 882 459 489

1 030 457
Nisbah Semas=

0.41

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 pula, nisbah cepat yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah:

757 671 354 381

Nisbah Cepat
=

698 779

Nisbah Semas=

0.58

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai nisbah cepat bagi Kumpulan


Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 2009.

2008

2009

Perbezaan

Meningkat/Menurun

0.41

0.58

0.17

Meningkat

Nisbah Cepat

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

Berdasarkan jadual di atas, berlaku peningkatan bagi bagi nisbah cepat yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad. Walau bagaimanapun, nilai nisbah
cepat ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai nisbah semasa yang
diperolehi. Ini disebabkan oleh kebanyakan nilai aset semasa perniagaan terikat kepada
inventori yang dimiliki. Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad perlu mengenalpasti teknik
pemasaran yang mampu menjana lebih pendapatan bagi membolehkan lebih banyak
inventori ditukarkan menjadi tunai atau bank.
3.0 NISBAH HUTANG
Analisis nisbah hutang merujuk kepada prestasi perniagaan dalam menguruskan
hutang-hutang yang ditanggung. Terdapat dua jenis nisbah hutang yang dikaji pada
penyata kewangan Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad iaitu nisbah hutang atas aset
dan nisbah hutang atas ekuiti. Nilai nisbah hutang yang baik bagi sesebuah perniagaan
adalah kurang daripada 1. Nilai nisbah hutang yang terlalu tinggi menunjukkan
kecenderungan perniagaan untuk menjadi bankrap dan akan menyukarkan firma untuk
mendapatkan dana tambahan melalui hutang.
3.1 Nisbah Hutang Atas Aset
Nisbah hutang atas aset dihitung bagi mengenalpasti sejauh manakah aset-aset
perniagaan dimiliki atau dibiayai daripada hutang. Nilai nisbah hutang atas aset yang
baik adalah kurang daripada 1. Sekiranya nilai nisbah adalah 1, ini bermaksud jumlah
hutang atau liabiliti sama dengan jumlah aset. Sekiranya nilai nisbah adalah lebih besar
dari 1, maka perniagaan dianggap sebagai tidak solvent. Formula yang digunakan bagi
menghitung nisbah hutang atas aset adalah:
Jumlah Liabiliti
Nisbah Hutang Atas Aset =

Jumlah Aset

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, nisbah hutang atas aset yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
1 144 646
Nisbah Hutang Atas Aset

Nisbah Hutang Atas Aset =

Nisbah Cepat =

1 660 401
0.69

881 882 459 489


1 030 457

Nisbah Semas=

0.41

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, nisbah hutang atas aset yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :

1 145 538
Nisbah Hutang Atas Aset =

Nisbah Hutang Atas Aset =

1 712 717
0.67

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai nisbah hutang atas aset bagi
Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008
dan 2009.
Nisbah Hutang

2008

2009

Perbezaan

Meningkat/Menurun

Atas Aset

0.69

0.67

(0.02)

Menurun

Berdasarkan jadual di atas, terdapat sedikit penurunan bagi nisbah hutang atas
aset yang diperoleh pada tahun 2009 jika dibandingkan dengan nilai nisbah yang
diperoleh pada tahun 2008. Ini menunjukkan peningkatan prestasi pengurusan firma di
dalam pembiayaan pembelian aset menggunakan hutang. Nilai nisbah yang rendah bagi
kedua-dua tahun juga menunjukkan kestabilan firma menguruskan pembelian aset-aset
perniagaan melalui kaedah kredit atau hutang.
3.2 Nisbah Hutang Atas Ekuiti
Nisbah hutang atas ekuiti juga dipanggil sebagai nisbah leverage. Nisbah ini
membandingkan pembiayaan yang diberi oleh pemiutang berbanding ekuiti yang dimiliki
oleh pemilik perniagaan. Sekiranya nilai yang diperoleh adalah 1, ini menunjukkan
operasi perniagaan dibiayai secara sama rata oleh pemiutang dan pemilik iaitu 50%
modal dikeluarkan oleh pemilik manakala baki 50% diperoleh melalui pinjaman.
Semakin kecil nilai nisbah hutang atas ekuiti adalah lebih baik kepada perniagaan. Ia
menunjukkan bahawa modal perniagaan lebih banyak dilaburkan oleh pemilik
berbanding pinjaman yang dilakukan. Formula yang digunakan bagi menghitung nisbah
hutang atas aset adalah:
Jumlah Liabiliti
Nisbah Hutang Atas Ekuiti =

Jumlah Ekuiti Pemilik

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, nisbah hutang atas ekuiti
yang diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :

1 144 646
Nisbah Hutang Atas Ekuiti =

Nisbah Hutang Atas Aset

515 755
2.22

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, nisbah hutang atas ekuiti
yang diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :

1 145 538
Nisbah Hutang Atas Ekuiti =

Nisbah Hutang Atas Aset

567 179
2.02

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai nisbah hutang atas ekuiti bagi
Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008
dan 2009.

Nisbah

2008

2009

Perbezaan

Meningkat/Menurun

2.22

2.02

(0.2)

Menurun

Hutang Atas
Ekuiti

Berdasarkan jadual di atas, didapati berlaku sedikit penurunan bagi nisbah


hutang atas ekuiti yang diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad pada tahun
2009 berbanding tahun 2008. Ini menunjukkan kadar kebergantungan kepada
pemiutang untuk menyalurkan modal kepada perniagaan semakin berkurang. Walau
bagaimanapun, nilai nisbah hutang atas ekuiti yang tinggi untuk kedua-dua tahun
kewangan (melebihi angka 2) menunjukkan operasi perniagaan lebih banyak dibiayai
oleh pemiutang berbanding modal yang dikeluarkan oleh pemilik perniagaan.

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

4.0 NISBAH PENGURUSAN ASET


Analisis ke atas nisbah pengurusan aset dilaksanakan bagi mengenalpasti
keberkesanan firma menggunakan aset-aset yang ada di dalam perniagaan untuk
menghasilkan jualan atau menambahkan pendapatan perniagaan. Semakin tinggi nilai
nisbah yang diperoleh, semakin bagus prestasi firma di dalam pengurusan aset-aset
perniagaan yang ada. Bagi mengenal pasti kecekapan pengurusan Kumpulan Nestle
(Malaysia) Berhad dalam menggunakan aset-aset perniagaan yang dimiliki, sebanyak
tiga jenis pengiraan nisbah akan digunakan iaitu pusing ganti aset tetap, pusing ganti
jumlah aset dan pusing ganti inventori.
4.1 Pusing Ganti Aset Tetap (Fixed Asset Turnover)
Pusing ganti aset tetap menunjukkan kemampuan dan kecekapan firma
menggunakan aset-aset tetap yang dimiliki untuk menghasilkan jualan bagi perniagaan.
Semakin tinggi nilai pusing ganti yang diperoleh adalah lebih baik untuk menunjukkan
peningkatan prestasi firma. Formula yang digunakan bagi menghitung pusing ganti aset
tetap ialah:
Jualan
Pusing Ganti Aset Tetap =

Aset Tetap

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, pusing ganti aset tetap yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
3 877 068
Pusing Ganti Aset Tetap =
Nisbah Hutang Atas Aset=

778 519
4.98

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, pusing ganti aset tetap yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
3 744 233
Pusing Ganti Aset Tetap =
Nisbah Hutang Atas Aset=

955 046
3.92

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai pusing ganti aset tetap bagi
Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008
dan 2009.

Pusing Ganti

2008

2009

Perbezaan

Meningkat/Menurun

Aset Tetap

4.98

3.92

(1.06)

Menurun

Berdasarkan jadual di atas, terdapat penurunan di dalam nilai pusing ganti aset
tetap pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 1.06 kali. Ini menunjukkan
berlaku penurunan terhadap tahap keberkesanan penggunaan aset tetap oleh
Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad untuk menjana pendapatan kepada perniagaan.
4.2 Pusing Ganti Jumlah Aset (Total Asset Turnover)
Pusing ganti jumlah aset menghitung keberkesanan penggunaan aset-aset yang
dimiliki untuk mendatangkan hasil kepada perniagaan. Analisis ini menilai kemampuan
firma menguruskan kesemua aset yang ada untuk menjana pendapatan kepada
perniagaan. Semakin tinggi nilai pusing ganti yang diperoleh adalah lebih baik untuk
menunjukkan peningkatan prestasi firma. Formula yang digunakan bagi menghitung
pusing ganti aset tetap ialah:
Jualan
Pusing Ganti Jumlah Aset =

Jumlah Aset

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, pusing ganti jumlah aset yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :

3 877 068
Pusing Ganti Jumlah Aset =

Nisbah Hutang Atas Ase t=

1 660 401
2.34

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, pusing ganti jumlah aset yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
3 744 233
Pusing Ganti Jumlah Aset =

1 712 717

Nisbah Hutang Atas Ase t=

2.19

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai pusing ganti jumlah aset bagi
Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008
dan 2009.

Pusing Ganti

2008

2009

Perbezaan

Meningkat/Menurun

Jumlah Aset

2.34

2.19

(0.15)

Menurun

Berdasarkan jadual di atas, terdapat sedikit penurunan di dalam nilai pusing


ganti jumlah aset pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 0.15 kali. Ini
menunjukkan berlaku penurunan terhadap tahap keberkesanan penggunaan aset-aset
yang dimiliki oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad untuk menjana pendapatan
kepada perniagaan.
4.3 Pusing Ganti Inventori (Inventory Turnover)
Analisis pusing ganti inventori memberikan gambaran umum kepada pihak-pihak
berkepentingan tentang kecekapan pengurusan inventori firma. Analisis kewangan ini
melibatkan pembelian dan penggunaan inventori yang dimiliki oleh perniagaan. Semakin
tinggi nilai pusing ganti yang diperoleh menunjukkan semakin baik prestasi yang
ditunjukkan oleh perniagaan. Ini disebabkan oleh semakin tinggi nilai pusing ganti
bermaksud semakin banyak barang-barang yang habis dijual oleh perniagaan. Formula
yang digunakan bagi menghitung pusing ganti inventori ialah:
Kos Barang Dijual
Pusing Ganti Inventori

Inventori

10

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, pusing ganti inventori yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
2 673 318
Pusing Ganti Inventori

459 489

Nisbah Hutang Atas Ase t=

5.82

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, pusing ganti inventori yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
2 462 739
Pusing Ganti Inventori

354 381

Nisbah Hutang Atas Ase t=

6.95

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai pusing ganti inventori bagi


Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008
dan 2009.

Pusing Ganti

2008

2009

Perbezaan

Meningkat/Menurun

Inventori

5.82

6.95

1.13

Meningkat

Berdasarkan jadual di atas, terdapat peningkatan di dalam nilai pusing ganti


inventori

pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 1.13 kali. Ini

menunjukkan tahap keberkesanan penggunaan inventori yang dimiliki oleh Kumpulan


Nestle (Malaysia) Berhad untuk menjana pendapatan kepada perniagaan menjadi
bertambah baik.

11

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

5.0 NISBAH KEUNTUNGAN


Analisis nisbah keuntungan digunakan bagi mengenal pasti kemampuan firma
menghasilkan pulangan dan keuntungan daripada operasi perniagaan yang dilakukan.
Bagi menilai prestasi Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad dari aspek nisbah
keberuntungan, empat jenis nisbah akan digunakan iaitu margin untung kasar, margin
untung bersih, pulangan aset dan pulangan ekuiti.
5.1 Margin Untung Kasar (Gross Profit Margin)
Margin untung kasar menunjukkan keberkesanan dasar penetapan harga dan
kecekapan bahagian pengeluaran melaksanakan operasi perniagaan. Nisbah ini
merupakan peratus keuntungan yang diperoleh oleh firma melalui jualan selepas ditolak
kos barang dijual. Semakin tinggi nilai margin yang diperoleh menunjukkan semakin baik
tahap prestasi perniagaan. Formula yang digunakan bagi menghitung margin untung
kasar ialah:
Untung Kasar
Margin Untung Kasar =

Jualan

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, margin untung kasar yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
1 203 750
Margin Untung Kasar =
Nisbah Hutang Atas A =

3 877 068
0.31

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, margin untung kasar yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
1 281 494
Margin Untung Kasar =
Nisbah Hutang Atas A=

3 744 233
0.34

12

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai margin untung kasar bagi


Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008
dan 2009.

Margin

2008

2009

Perbezaan

Meningkat/Menurun

Untung Kasar

0.31

0.34

0.03

Meningkat

Berdasarkan jadual di atas, terdapat peningkatan di dalam margin untung kasar


yang diperoleh pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 0.03 atau 3%.
Oleh kerana jumlah jualan semakin berkurang pada tahun 2009, peningkatan ini
mungkin disebabkan oleh pengurangan kos pengeluaran, sekaligus menunjukkan
peningkatan tahap kecekapan pengurusan pengeluaran Kumpulan Nestle (Malaysia)
Berhad.
5.2 Margin Untung Bersih (Nett Profit Margin)
Analisis margin untung bersih dilakukan untuk mengukur peratus keuntungan
bersih selepas ditolak kos barang dijual, faedah, cukai dan belanja operasi. Ia juga
menilai kecekapan syarikat dalam pengurusan perbelanjaan operasi. Formula yang
digunakan bagi menghitung margin untung bersih ialah:
Untung Bersih Lepas Cukai
Margin Untung Bersih

Jualan

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, margin untung bersih yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
340 887
Margin Untung Bersih =
Nisbah Hutang Atas A =

3 877 068
0.09

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, margin untung bersih yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah:
351 793
Margin Untung Bersih =
Nisbah Hutang Atas A =

3 744 233
0.09
13

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai margin untung bersih bagi


Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008
dan 2009.
Margin

2008

2009

Perbezaan

Meningkat/Menurun

Untung Bersih

0.09

0.09

Kekal

Berdasarkan jadual di atas, tiada perubahan nilai margin untung bersih yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun 2008 dan 2009. Nilai
margin untung bersih yang diperoleh kekal pada 0.09 atau 9% bagi kedua-dua tahun
tersebut.
5.3 Pulangan Atas Aset (Return On Asset)
Nisbah pulangan atas aset mengukur keuntungan yang dapat dihasilkan bagi
setiap ringgit yang dilaburkan. Nisbah ini menunjukkan kemampuan perniagaan dalam
menghasilkan pulangan yang tinggi untuk setiap ringgit yang dilaburkan ke dalam
pembelian aset. Formula yang digunakan bagi menghitung pulangan aset ialah:
Untung Bersih Lepas Cukai
Pulangan Atas Aset

Jumlah Aset

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, pulangan atas aset yang
diperoleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
340 887
Pulangan Atas Aset

Nisbah Hutang Atas A=

1 660 401
0.21

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, pulangan atas aset yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
351 793
Pulangan Atas Aset

Nisbah Hutang Atas A=

1 712 717
0.21
14

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai pulangan atas aset bagi


Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008
dan 2009.

Pulangan

2008

2009

Perbezaan

Meningkat/Menurun

Atas Aset

0.21

0.21

Kekal

Berdasarkan jadual di atas, tiada perubahan nilai pulangan atas aset yang diperoleh
oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun 2008 dan 2009. Nilai margin untung
bersih yang diperoleh kekal pada 0.21 atau 21% bagi kedua-dua tahun tersebut.
5.4 Pulangan Atas Ekuiti (Return On Equity)
Analisis nisbah pulangan atas ekuiti dilakukan bagi mengukur pulangan yang
diperoleh oleh pemilik atau pemegang saham bagi setiap ringgit yang dilaburkan ke
dalam perniagaan. Semakin tinggi nilai nisbah yang diperoleh menunjukkan semakin
tinggi pulangan yang diperoleh oleh pemilik-pemilik perniagaan bagi pelaburan yang
mereka masukkan. Formula bagi menghitung nisbah pulangan atas ekuiti ialah:
Untung Bersih Lepas Cukai
Pulangan Atas Ekuiti

Jumlah Ekuiti

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, pulangan atas ekuiti yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
340 887
Pulangan Atas Ekuiti

Nisbah Hutang Atas A =

515 755
0.66

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, pulangan atas ekuiti yang
diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad ialah :
351 773
Pulangan Atas Ekuiti =
Nisbah Hutang Atas A=

567 179
0.62
15

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan nilai pulangan atas ekuiti bagi


Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008
dan 2009.

Pulangan

2008

2009

Perbezaan

Meningkat/Menurun

Atas Ekuiti

0.66

0.62

(0.04)

Menurun

Berdasarkan jadual di atas, berlaku sedikit penurunan terhadap nilai pulangan


atas ekuiti yang diperoleh oleh Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun 2009
berbanding tahun 2008. Nilai pulangan atas ekuiti yang diperoleh menurun sebanyak
0.04 atau 4% daripada 0.66 pada tahun 2008 menjadi 0.62 pada tahun 2009.

6.0 RUMUSAN
Berdasarkan analisis yang telah dibuat, prestasi kewangan Kumpulan Nestle
(Malaysia) Berhad mengalami sedikit kemerosotan pada tahun 2009 berbanding tahun
2008. Pihak pengurusan pentadbiran dan pemasaran perlu mengenalpasti teknik
pemasaran yang mampu menjana lebih pendapatan serta memikirkan strategi bagi
meningkatkan keuntungan bagi tahun berikutnya.

16

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

RUJUKAN
Loh Lan dan Wong Pooi Leng. (2005). Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dan 5. Shah
Alam. Federal Marshall Cavendish Education.
Mokhtar Pet. (2013). Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1. Shah Alam. Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
R.J. Bull.(1998). Perakaunan dalam Perniagaan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Kiet. (2012). Teks STPM Pengajian Perniagaan
Penggal 1. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Tan Siew Lian. (2007). Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 & 5. Petaling Jaya. Sasbadi
Sdn. Bhd.
Jamal7478.(2008). Penyata Kewangan - Maksud Aset, Liabiliti, Nilai Bersih dan Analisis
Nisbah. http://jamal7478.blogspot.com/2008/10/penyata-kewangan-maksudaset-liabiliti.html. Akses pada 27 Ogos 2013
Nestle (Malaysia) Berhad. (2009). Laporan Tahunan 2009 Nestle Malaysia.
http://www.nestle.com.my/Common/NestleDocuments/Documents/pdf/Nestle_Fin
ancialReport_BM.pdf. Akses pada 30 Ogos 2013.
Unit Perdagangan Bidang Pendidikan Teknik, Vokasional Dan Kemahiran, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Buku
Sumber Pengajaran & Pembelajaran Prinsip Perakaunan.
http://salinasmjkkh.wikispaces.com/file/view/Modul+Prinsip+Perakaunan+2010%
5B1%5D.pdf. Akses pada 30 Ogos 2013.

17

RBT3119 Perniagaan & Keusahawanan

LAMPIRAN
Salinan penyata kewangan Nestle (Malaysia) Berhad bagi tahun berakhir
31 Disember 2009

18