Anda di halaman 1dari 4

Sajian Krismas

Oleh SITI ZALEHA JORIMAI


PERAYAAN dan makanan - dua perkara yang kerap bersatu ibarat isi dan kuku.
Di Malaysia, keadaannya lebih unik kerana kita ada banyak perayaan yang
disambut, maka makin pelbagailah jenis makanannya.
Lebih menarik setiap perayaan mempunyai makanan tradisi masing-masing.
Kalau Hari Raya Aidilfitri dengan rendang dan ketupat, Deepavali pula maruku
dan ladu, Tahun Baru Cina tidak boleh dipisahkan Yee Sang dan begitu juga Hari
Krismas yang popular dengan ayam belanda panggang dan biskut berwarnawarni.
Selain Santa Claus dan hiasan pokok Krismas, satu lagi eleman yang tidak boleh
ditinggal semasa perayaan yang juga dipanggil Hari Natal ialah biskut Krismas.
Kehadiran biskut yang pelbagai rasa, warna, rupa dan bentuk, di samping
hidangan-hidangan tradisional lain memeriahkan lagi suasana dan semangat
Krismas.
Menelusuri sejarah biskut Krismas, perkataan biskut atau cookies pertama kali
ditemui dalam bentuk cetakan ialah pada tahun 1703.
Begitu pun, sejarah biskut Krismas telah bermula sejak 10,000 tahun lalu apabila
petani-petani zaman Neolithic, gemar menyediakan makanan mereka dengan
kaedah membakar. Gandum yang dibentuk sebagai doh akan dibakar di atas
batu panas.
Resipi asal biskut Krismas dikatakan bermula di zaman pertengahan Eropah.
Lebkuchen atau gingerbread (biskut/kek halia) dikatakan biskut atau kek
pertama yang secara tradisinya dikaitkan dengan Krismas.
Amalan membuat biskut Krismas tersebar luas di seluruh Eropah. Hampir setiap
rumah membuat biskut mereka sendiri dengan pelbagai rasa dan nama. Selain
Lebkuchen, orang Sweden gemarkan Paparkakor (biskut pedas mengandungi
halia dan lada hitam) dan Krumkake (kepingan nipis berperisa limau) pula pilihan
orang Norway.
Seperti dalam banyak perkara lain, biskut Krismas turut melalui evolusinya
tersendiri dengan kepelbagaian rasa, rupa dan bentuk.
Apa pun bagi penganut Kristian, biskut Krismas kekal sebagai sebahagian
daripada semangat Krismas itu sendiri.
Semangat yang sama cuba disemarakkan oleh Benjamin Yong Kwet Yue,
pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Delicious Group Sdn
Bhd., pemilik rangkaian restoran Delicious.

Buat tahun kedua berturut-turut, rangkaian restoran itu tampil dengan sajian
istimewa sempena Krismas termasuk himpunan pelbagai jenis, bentuk dan
warna biskut Krismas khusus untuk pelanggannya sepanjang Disember ini.
Tahun lepas kami buat promosi yang sama, bezanya tahun ini skalanya lebih
besar dan kami himpunkan dalam bentuk katalog dengan senarai sajian yang
lebih panjang dan gambar-gambar yang menarik, katanya.
Pemilihan setiap sajian dibuat secara sebulat suara oleh kakitangan, setelah
melalui proses trial and error.
Menurut Benjamin, 30, apa yang di senaraikan adalah yang terbaik daripada
biskut-biskut tradisional seperti gingerbread man, biskut oatmeal, biskut ginger
star, biskut keju rosemary hingga kepada yang moden dan hasil kreativiti sendiri
seperti baby meringue mouse dan biskut gula Krismas.
Biskut-biskut Krismas ini membawa makna tersendiri pada saya. Seperti
kebanyakan kanak-kanak lain, zaman kanak-kanak saya turut dibuai dengan
cerita tentang Santa Claus yang akan datang memberi hadiah setiap kali tiba
musim Krismas.
Sebagai penghargaan kepadanya, disediakan sepinggan biskut, lobak merah
dan secawan susu untuk Santa.
Bila semakin besar saya memahami bahawa semua cerita itu satu fantasi,
tetapi sekurang-kurangnya ia kekal sebagai semangat krismas yang
menceriakan sambutan, katanya.
Benjamin mengakui, Krismas merupakan suatu perkara yang `besar dalam
keluarganya.
Biasanya kami terutama emak mengambil masa berminggu-minggu membuat
perancangan dan persiapan.
Tradisi
Kadang-kadang saya terfikir, kenapa setiap tahun perlu bersusah payah hanya
semata-mata untuk menyambut kedatangan satu hari itu, tetapi saya sedar ia
adalah sebahagian tradisi tidak bertulis di mana tanpanya Krismas tidak akan
meriah.
Setiap tahun menjelang krismas emak saya akan mula sibuk mencari ayam
belanda. Tidak kurang daripada 30 ekor ayam belanda akan dipanggang untuk
diberi kepada rakan-rakan, jiran atau untuk hidangan keluarga.
Waktu ini juga semua ahli keluarga akan berkumpul dan satu perkara yang
tidak boleh ditinggalkan ialah masak dan makan hidangan Krismas bersamasama.
Seiring dengan semangat Krismas, tahun ini sambutan lebih bermakna kerana
kami juga akan berkongsi resipi keluarga dengan pelanggan di Delicious.

Selain biskut-biskut yang saya sebutkan tadi, kami juga menyajikan pelanggan
dengan ayam belanda panggang resipi asal ibu saya, daging panggang bersama
puding Yokshire, pai Shepherd, pai daging Wagyu, Classic Christmas Trifle dan
banyak lagi, katanya.
Menariknya, bukan sekadar dinikmati di restoran, makanan-makanan istimewa
itu juga boleh ditempah untuk jamuan di rumah mengikut jumlah minimum yang
ditetapkan.
Dengan cara ini, semua orang boleh menikmatinya semasa sambutan
Krismas, katanya.
Berkelulusan dalam bidang psikologi dari Universiti Monash, Melbourne,
Australia, anak muda ini amat meminati dunia masakan kerana dia sendiri
memang suka makan.
Masakan pertamanya ialah kek lobak merah ketika berusia 13 tahun dan resipi
itu antara yang popular di Delicious sekarang ini.
Empat tahun lalu, beliau menterjemahkan minat tersebut dengan menubuhkan
Delicious, restoran berkonsep kafe keluarga untuk semua peringkat usia. .
Membawa falsafah ringkas - makanan berkualiti mampu dinikmati untuk semua kini mempunyai tiga cawangan di One Utama, Bangsa Village dan Marc Service
Residence, di Kuala Lumpur. Sebuah lagi lagi akan dibuka di Jalan Tun Razak pada
Januari ini.
Sajian tradisi Krismas
Puding Plum (Puding Krismas)
Puding Krismas, telah wujud pada awal kurun ke 15. Resipi asli dihasilkan
daripada daging lembu, bawang putih dan sayur-sayuran serta buah-buah
kering. Pada kurun ke 16, kismis dan buah prun telah dimasukan ke dalamnya.
Plum adalah merujuk kepada buah prun tersebut.
Biskut-biskut Krismas
Membuat kek dan biskut yang pelbagai saiz dan jenis adalah amalan yang biasa
sebelum Krismas. Tukang masak dahulu telah menyediakan biskut manis untuk
menandakan bahawa sesuatu keramaian itu adalah penting. Biskut krismas
biasan yang mengandungi pelbagai jenis bahan di dalamnya seperti halia, lada
hitam, almond, buah-buah kering, kayu manis dan sebagainya. Denmark dan
Jerman memperkenalkan acuan biskut, hiasan dan perhiasan untuk perayaan.
Kek/biskut halia (gingerbread) adalah kek/biskut tradisional pertama
diperkenalkan pada Hari Krismas. Orang Inggeris pula memperkenalkan biskut
bergula.
Kek Buah

Kek buah adalah hidangan istimewa masyarakat British. Pada kurun ke 13, buahbuah kering telah dibawa ke Britain dari Portugal dan timur Mediterranean. Kek
ini dihidangkan pada setiap perayaan semenjak awal kurun ke 18. Ia menjadi
salah satu hidangan yang menarik pada Hari Krismas.
Gula-gula (Candy Canes)
Kenapa sesetengah gula-gula berkait rapat dengan Krismas? Beratus tahun
dahulu, gula sangat mahal. Ia adalah hidangan istimewa pada hari cuti dan
keramaian seperti Krismas dan perkahwinan.
Dalam sejarah pemakanan, gula-gula dikatakan dibuat untuk tujuan perubatan.
Konsep ini dibawa oleh pakar perubatan Islam. Gula yang digunakan secara tidak
ketara dalam perubatan oleh bangsa Arab memberikan idea kepada orang-orang
Eropah tentang kebaikan yang tersembunyi pada gula.
Pai daging dan buah-buahan kisar
Berdasarkan kepada pengkaji sejarah makanan, pai buah-buah kering telah
wujud sejak zaman pertengahan Eropah. Selain daging, resipi ini pada ketika itu,
juga mengandungi buah-buahan kering, gula dan rempah. Disebabkan wujud
perbezaan antara buah-buah kering dan daging kisar pada pertengahan kurun ke
19, daging tidak dimasukkan lagi sebagai salah satu ramuan.
Biskut/kek Halia (gingerbread)
Gingerbread telah dihias dengan menekankan ciri-ciri acuan kayu. Acuan
tersebut kadang-kadang sangat besar, teliti dan mempunyai bentuk yang sangat
cantik. Di Britain, kebiasaan bentuk kek ini adalah bentuk lelaki dan khinzir
terutamanya untuk upacara Malam Unggun Api (5 November)
Selepas kisah Hansel dan Gretel yang menggambarkan sebuah rumah dibuat
daripada roti, dengan atapnya daripada kek dan tingkap daripada barli, kedai
roti di Jerman mula memperkenalkan rumah gingerbread yang penuh ketelitian
dengan salji aising di atas atapnya, berserta kad Krismas.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2007&dt=1225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm#ixzz2
Dgh6NpF2
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai