Anda di halaman 1dari 25

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI GURU &

KURSUS IBU BAPA


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN

18 JANUARI 2014

Anjuran:
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM MOTIVASI GURU
&
KURSUS KEIBUBAPAAN TAHUN ENAM 2014

1.0

Pendahuluan :
Keluarga atau anak-anak adalah anugerah yang diamanahkan oleh Allah.

Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memainkan peranan dalam mendidik dan
membina pembangunan diri anak-anak. Manakala guru turut berperanan dalam
merealisasikan pembangunan pendidikan setiap murid. Justeru, program ini dirancang
kerana menyedari hakikat pentingnya peranan dan tanggungjawab ibu bapa dan guru
bekerjasama ke arah pembangunan sahsiah diri setiap murid dengan berkesan. Melalui
program ini, ibu bapa dan guru dapat menilai semula peranan dan tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan serta dapat meningkatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa
murid.

2.0

Matlamat :

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan peluang yang lebih besar dalam
mendidik dan membentuk sifat-sifat positif dalam diri anak-anak berbanding dengan
orang lain. Di samping iu, guru-guru diperlukan dengan mengembeling tenaga bagi
membantu murid-muridnya meningkatkan syakhsiah diri di sekolah. Oleh itu, ibu bapa
dan guru perlu memahami peranan dan tanggungjawab mereka ke arah pendidikan
yang berkualiti dan berkesan.

3.0

Objektif :

3.1 Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan guru.


3.2 Melahirkan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab ibu bapa
terhadap anak.
3.3 Meningkatkan sahsiah murid dan mengurangkan masalah disiplin sekolah.

4.0

Tarikh

18 Januari 2014 ( SABTU )

5.0

Masa

8.00 pagi

6.0

Tempat

Dewan Sekolah Kebangsaan Tambun

7.0

Sasaran

Guru SK Tambun, Ibu bapa & Pelajar Tahun Enam

8.0

Anjuran

Program Bersama Guru-guru Tahun Enam, Unit


Bimbingan & Kaunseling serta PIBG SK Tambun

9.0

Sumber Kewangan :

9.1 Sumbangan PIBG

RM

300.00

-------------------Jumlah

RM 300.00
============

10.0

Anggaran Perbelanjaan :

10.1 Minuman 200 ( Ibu bapa dan murid ) x RM 0.50 = RM 100.00


10.2 Cenderahati penceramah

= RM 150.00

10.3 Jamuan penceramah

= RM 35.00

10.4 Bahan fotostat

= RM 15.00
---------------------Jumlah

11.0

RM 300.00
============

Jawatankuasa Pelaksana :

Penasihat

: Pn. Hjh. Che Wa Binti Saad ( Guru Besar SK Tambun )

Pengerusi
HEM ) Naib Pengerusi

: Pn. Silvarmalar a/p Manickavasagam ( Pen. Kanan


: 1. Pn. Rokiah Binti Bakar ( Pen. Kanan Pentadbiran )
2. En. Ishak Bin Mohd. ( Pen. Kanan Kokurikulum )
3. Pn. Hjh. Hasanah Nengut ( Pen. Kanan Pend. Khas )

Penyelaras

: Pn. Jamilah Hashim

Setiausaha

: Pn Wan Norazlina Mohamad Salleh

Bendahari

: Pn. Sabrina Sabri

Pengacara Majlis

: Pn. Wan Raihanah Wan Abdul Ghani

Jemputan Penceramah

: Pn. Jamilah Hashim / Cik Mawaddah Binti Baderun

Pendaftaran

: Pn. Sabrina Sabri / Pn. Noraishah Ahmad

Buku Program

: Pn. Wan Norazlina Mohamad Salleh

Backdrop

: Pn. Hasimah Abdul Hamid / Pn. Maizaton Hussein

Persiapan Dewan

: En. Shamsul Baharin Azli / En. Zikhirwan Abd. Latif


En. Mohd. Rofi B. Mohd. Aseh

AJK Jamuan

: Pn. Hasmimah Hanim Jalil / Pn. Norbaini Yazid


Pn. Norsiah Saidon / Zarina Kamaludin

PA System

: En. Mohd. Rofi B. Mohd Aseh

Bacaan Doa

: En. Zikhirwan Abd. Latif

Cenderahati Penceramah : Pn. Sabrina Binti Sabri / Pn. Maizaton Hussein


LCD / ICT

: En. Ahmad Suhaidi Suhaimi

Fotografi

: En. Husarizal Hussin / Pn. Hjh. Hairunnishah Harun

12.0

Bidang Tugasan :

AJK PELAKSANA PROGRAM

BIDANG TUGAS
1. Menyusun kerusi mengikut bilangan

PERSIAPAN DEWAN & PA System

kehadiran guru dan ibu bapa.


2. Menyediakan meja utama penceramah.

En. Shamsul Baharin Azli


En. Mohd. Rofi B. Mohd. Aseh
En. Zikhirwan Abd. Latif

3. Menyediakan meja untuk meletak LCD


dan
pendaftaran.
4. Memastikan mikrofon dan speaker
berfungsi dengan sebaiknya.

BACKDROP
Pn. Hasimah Abdul Hamid

1.Menyediakan backdrop yang sesuai


dengan, tajuk program.

Pn. Maizaton Hussein


JEMPUTAN PENCERAMAH & PIBG
Pn. Jamilah Hashim

1. Menguruskan jemputan penceramah dan


tetamu program PIBG.

Cik Mawaddah Binti Baderun


JAMUAN IBU BAPA

1. Membuat tempahan dengan pengusaha

Pn. Hasmimah Hanim Jalil

kantin.

Pn. Norsiah Saidon

2. Mengurus pemberian makanan kepada

Pn. Zarina Kamaludin


Pn. Norbaini Yazid
BUKU PROGRAM

guru dan ibubapa.


3. Mengurus jamuan jemputan.
1 .Membuat buku program untuk diedarkan

Pn. Wan Norazlina Bt.


Mohamad Salleh

kepada guru dan ibu bapa.

PENGACARA MAJLIS
1. Mengendalikan program dari awal hingga
Pn. Wan Raihanah Wan Abd.

akhir.

Ghani
CENDERAHATI
Pn. Sabrina Sabri

1. Menyediakan cenderahati untuk


penceramah jemputan.

Pn. Maizaton Hussein


LCD / ICT
En. Ahmad Suhaidi Suhaimi

1. Menyediakan laptop untuk penceramah


jemputan menyampaikan modul ceramah.

FOTOGRAFI
1. Menyediakan kamera dan mengambil
En. Husarizal Hussin

gambar

Pn. Hjh. Hairunnishah Harun

berlangsung.

BACAAN DOA
En. Zikhirwan Abdul Latif

13.0

sepanjang program motivasi

1. Menyediakan teks bacaan doa dan


bersedia untuk bacaan doa ketika majlis
bermula.

Tentatif Program :

18 Januari 2014 ( SABTU )

MASA

ATURCARA PROGRAM

7.30 pagi

Pendaftaran

8.00 pagi

Ucapan Aluan dan Bacaan Doa

8.15 pagi

Ucapan YDP PIBG SK Tambun

Ceramah Motivasi oleh :


TN. HJ. ABDUL KAHAR BIN AWANG
KARIM
PENOLONG PENGARAH BAHASA
ARAB
8.30 10.30 pagi

UNIT PENGURUSAN PENDIDIKAN


ISLAM
JABATAN PELAJARAN NEGERI
PERAK
Tajuk : Peranan Ibu Bapa dan Guru
Ke Arah Kecemerlangan Akademik &
Sahsiah Murid
Soal jawab

14.0.

10.30 pagi

Taklimat TOV Oleh Barisan Pentadbir

11.00 pagi

Penetapan Target & Majlis Aku Janji

12.00 tengahari

Bersurai

Penutup :
Diharapkan program ini akan mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada

semua pihak yang terlibat khususnya ibu bapa demi memastikan matlamat dan objektif
8

program dapat dicapai. Jutaan terima kasih kepada semua guru dan Persatuan Ibu
bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tambun
menjayakan program ini.
Disediakan oleh :
_______________________________
( PUAN WAN NORAZLINA MOHAMAD SALLEH )
Setiausaha
Program Motivasi Guru dan Keibubapaan Tahun Enam 2014
Sekolah Kebangsaan Tambun

Disemak oleh :
_______________________________________
( PN. SILVARMALAR A/P MANICKAVASAGAM )
Penolong Kanan HEM
Sekolah Kebangsaan Tambun

Diluluskan oleh :
____________________________
( PN. HJH. CHE WA BINTI SAAD )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tambun

yang sudi membantu

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI GURU &


KURSUS IBU BAPA
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN

18 JANUARI 2014

Anjuran:
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBUN

4.0. LAPORAN PROGRAM KURSUS KEIBUBAPAAN DAN MAJLIS AKU JANJI


TAHUN 6
10

Pada 18 Januari 2014 hari Sabtu yang lalu, Jawatankuasa Program


Kecemerlangan UPSR bersama PIBG SK Tambun telah mengadakan Program Kursus
Keibubapaan dan Majlis Aku Janji Tahun 6 bertempat di Dewan Terbuka SK Tambun.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa murid tahun
6 dengan guru-guru terutamanya guru-guru tahun 6. Selain itu, ia juga bertujuan
meningkatkan motivasi murid dalam pelajaran, lebih bertanggungjawab dan berusaha
dengan gigih untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR kelak. Ibu
bapa juga dapat bersua muka dengan guru kelas anak-anak untuk bertanya lebih lanjut
tentang pelajaran anak-anak mereka. Segala perbelanjaan untuk majlis ini daripada
PIBG serta tabung Tahun 6.
Program bermula dengan pendaftaran pada pukul 8.00 pagi. Semua ibu bapa
dan murid tahun 6 serta ibu bapa murid tahun 1 hingga 5 juga dijemput untuk majlis
ilmu ini. Kehadiran ibu bapa dan murid agak menggalakkan pada hari tersebut.
Pada pukul 8.25 penceramah jemputan iaitu Al Fadhil Ustaz Harith Fadhillah Hj
Abdul Halim, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak tiba dan disambut oleh
Guru Besar dan Penolong Kanan SK Tambun.
Majlis bermula dengan bacaan doa dari Ustaz Zikhirwan, Guru Pendidikan Islam.
Selesai bacaan doa, Guru Besar Puan Hjh Che Wa Saad menyampaikan ucapan alualuan kepada para tetamu dan mengucapkan tahniah kepada kepada ibu bapa yang
hadir bersama anak-anak demi memastikan kecemerlangan pelajaran anak-anak.
Pada pukul 8.40, ceramah dari Al Fadhil Ustaz Harith Fadhillah Hj Abdul Halim
bermula. Ceramah yang bertemakan Anakku, Permataku, Tanggungjawabku amat
sesuai dengan tujuan majlis ini. Dalam ceramahnya beliau menekankan tentang peri
pentingnya ibu bapa memberi perhatian kepada anak-anak terutama dalam zaman
yang semakin mencabar ini. Anak-anak juga perlu menghargai ibu bapa dan
membalasnya dengan memberikan kejayaan yang cemerlang.

11

Ceramah berakhir pada pukul 11.00 pagi, dan majlis diteruskan dengan majlis
aku janji murid-murid dan ibu bapa. Murid-murid dan ibu bapa bergerak ke tempat yang
telah disediakan iaitu kelas tahun 6 Bestari di Dewan Besar, kelas 6 Dinamik di Bilik
Tayangan, kelas 6 Dinamik di Bilik Matematik dan kelas 6 Arif di Bilik Seri Tambun. Ibu
bapa dan murid diberi taklimat oleh guru kelas anak masing-masing tentang NKRS-W
dan program kecemerlangan yang telah dirancang sepanjang tahun. Guru kelas
menerangkan dengan lebih terperinci kelompok anak-anak masing-masing dalam
NKRS-W berdasarkan TOV murid dari keputusan peperiksaan akhir tahun lepas.
Selesai penerangan guru kelas, mesyuarat diadakan untuk melantik AJK dalam
kalangan ibu bapa mengikut kelas masing-masing. Fungsi AJK ini adalah untuk
memastikan sebarang aktiviti atau program yang akan dijalankan dapat dilaksanakan
dengan lebih lancar dengan adanya penglibatan dari ibu bapa. AJK yang dilantik adalah
Pengerusi Kelas, Naib Pengerusi Kelas, Bendahari, Setiausaha dan AJK kecil. AJK ini
juga boleh merancang aktiviti sendiri yang boleh dilakukan demi meningkatkan prestasi
akademik anak-anak.
Selepas itu, murid-murid juga diberi borang target dalam UPSR 2014 dan diminta
mengisi target mereka bersama ibu bapa. Kemudian, mereka diminta membaca ikrar
aku janji berhadapan dengan ibu bapa masing-masing. Antara lain isi kandungan dalam
aku janji iaitu mereka berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, menghormati ibu bapa
dan guru, menyiapkan kerja sekolah, memberi perhatian penuh dalam kelas sewaktu
guru mengajar, menghadiri kelas tambahan dan menghormati rakan-rakan.
Seterusnya, murid-murid juga berjanji akan mendapatkan keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan datang. Selesai berikrar, murid
menandatangani aku janji di hadapan ibu bapa. Kemudian borang aku janji ini
diserahkan kepada guru kelas masing-masing.
Selesai majlis, murid-murid membantu

guru mengemas bilik masing-masing.

kerusi dan meja diletakkan di tempat asal. Ibu bapa murid dijemput untuk menikmati
sedikit jamuan ringan. Majlis berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

12

KEKUATAN
Tema ceramah daripada penceramah jemputan yang bertajuk anakku,
permataku, tanggungjawabku amat bersesuaian dengan tujuan majlis. Isi kandungan
yang disampaikan juga menarik minat ibu bapa dan murid. Selain itu, majlis ini juga
dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah lebih-lebih lagi
dengan guru kelas anak-anak. Mereka dapat mengetahui tentang prestasi dan kelakuan
anak-anak mereka. Dengan adanya lantikan AJK dalam kalangan ibu bapa mengikut
kelas anak-anak membolehkan ibu bapa terlibat dengan rasmi dalam apa saja program
yang dapat meningkatkan akademik anak-anak mereka. Hubungan yang erat antara
sekolah dengan ibu bapa murid memudahkan pihak sekolah mendapat kerjasama yang
penuh dari mereka dalam sebarang aktiviti yang bakal dijalankan.

KELEMAHAN
Kehadiran ibu bapa dan waris murid hanya lebih kurang 70 % sahaja terutama
untuk kelas murid yang lemah iaitu kelas Arif hanya seramai 11 orang ibu bapa sahaja
yang hadir. Kurangnya kehadiran ibu bapa ini menyukarkan pihak sekolah
mendapatkan kerjasama mereka dalam sebarang aktiviti yang bakal dijalankan.

CADANGAN
Majlis ini diharapkan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana
banyak perkara yang membawa kepada kebaikan kepada pihak sekolah, ibu bapa
khususnya anak-anak mereka. Guru-guru pula perlu menggandakan usaha untuk
memastikan kehadiran ibu bapa 100% untuk majlis-majlis yang akan datang.
PENUTUP
Kesimpulannya, program keibubapaan dan majlis aku janji murid tahun 6 ini
dapat meningkatkan motivasi murid dan juga ibu bapa untuk sama-sama dalam
memastikan kecemerlangan anak-anak dalam peperiksaan UPSR. Ibu bapa secara
13

tidak langsung akan mengambil berat tentang pelajaran anak-anak dengan adanya
penerangan yang lebih teliti daripada guru kelas. Ibu bapa lebih jelas dan faham akan
hasrat sekolah

demi

kejayaan

anak-anak mereka

seterusnya

bersama-sama

bekerjasama meningkatkan kejayaan sekolah ini. Selain itu, murid-murid tahun 6 lebih
bertanggungjawab dan bermotivasi untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang
dalam UPSR dengan adanya kehadiran ibu bapa mereka. Semoga sasaran sekolah
untuk mendapatkan 38 orang atau lebih lagi mencapai 5A pada tahun ini akan tercapai.
Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

(Wan Norazlina Mohamad Salleh)


Setiausaha,
Program Tahun 6,
Sekolah Kebangsaan Tambun.

5.0. SEKITAR GAMBAR PROGRAM KURSUS KEIBUBAPAAN DAN MAJLIS AKU


JANJI

14

Penceramah Jemputan Al Fadhil Ustaz Harith Fadhillah Timbalan Pengarah Jabatan


Agama Islam Perak.

15

Guru Besar SK Tambun, Puan Hjh Che Wa Saad

16

Pengerusi Majlis Ustazah Wan Raihanah

17

18

Antara hadirin yang hadir dalam majlis ini.

19

Mesyuarat dan lantikan AJK kecil kelas 6 Cemerlang

20

Pembentangan NKRS-W oleh Puan Maizaton Hussein, guru kelas 6 Arif di bilik Seri
Tambun.

21

Ibu bapa bersama anak mereka bersama-sama mengisi target untuk UPSR dalam
borang aku janji.

22

Guru Besar, Puan Hjh Che Wa Saad bersama penyelaras Tahun 6 bersama-sama
mendengar aku janji murid.

Murid berikrar di hadapan ibu bapa untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat
keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2014.

23

6.0

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat
menjalankan program BIG yang telah diamanahkan kepada saya dengan jayanya.
Saya menghadapi beberapa kekangan dalam melaksanakan program ini terutamanya
dari segi masa dan peruntukan kewangan. Namun perbincangan antara kami dan pentadbir
sekolah mengenai program ini telah memberi respon yang positif. Pihak sekolah telah memberi
tarikh yang sesuai dan tidak bertindih dengan program yang telah ditetapkan. Saya amat
beryukur kerana mendapat kerjasama yang baik dari pihak sekolah dan rakan sekerja dalam
menjayakan program ini.
Sepanjang aktiviti ini, murid-murid mendapat peluang untuk menimba pengalaman yang
sangat bermakna dalam diri mereka. Selain itu, program ini secara tidak langsung dapat
mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara murid, ibubapa dan guru. Seterusnya aktiviti ini
dapat membentuk jati diri dikalangan murid supaya mereka sentiasa berketrampilan yang baik
untuk menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan lain.
Saya akan menjadikan pengalaman dalam menjayakan aktiviti ini sebagai panduan dan
rujukan saya pada masa akan datang dalam menganjurkan sesuatu program sama ada di
peringkat sekolah atau di peringkat yang lebih tinggi. Apa yang penting perancangan sesuatu
program atau aktiviti yang hendak dijalankan perlu dibuat lebih rapi dan teratur agar semuanya
berjalan dengan lancar.
Secara keseluruhannya, saya dapati segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan
mencapai matlamat yang ingin dituju. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih dan
setinggi penghargaan kepada pihak sekolah yang telah banyak membantu saya dan rakanrakan dalam menyiapkan tugasan ini.
Sekian terima kasih.
NAMA

WAN NORAZLINA MOHAMAD SALLEH

NO. MATRIK :

28847

K/P

771128-10-5334

UNIT

BM 2 / PPG KOHOT 2

24

7.0 PENUTUP

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan
insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah
yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji
serta etika keguruan dalam diri setiap guru selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya
program BIG ini, dapat melahirkan insan guru yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan
berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.
Selain itu, program BIG ini juga dapat membina insan guru yang berakhlak mulia,
bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal, mental, rohani dan bermanfaat
kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Program

ini

juga

dapat

membina

daya

kepimpinan

dan

memupuk

sikap

bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi Falsafah
Pendidikan kebangsaan(FPK).
Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah mencapai
objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang
agar dapat melahirkan insan guru yang cemerlang dalam semua aspek, insyaallah.

25

Anda mungkin juga menyukai