Anda di halaman 1dari 11

Tajuk : NEONATAL JAUNDICE (NNJ)

PENGENALAN
Jaundis berasal daripada perkataan Perancis jaune yang bermaksud kuning. Sel darah
merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin.
Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah menjadi larut air.
Setelah itu, sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing dan keluar melalui najis.
Jaundis neonatal atau penyakit kuning kebiasaannya menyerang kalangan bayi pada
minggu pertama kelahiran. Kajian menunjukkan bahawa hampir tiga daripada empat bayi
mengalami jaundis neonatal dalam satu minggu pertama selepas kelahiran. Hampir 60% bayi
matang dan 80% bayi pra matang mengalami masalah ini.
Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan bayi mengalami jaundis neonatal. Faktor
pertama ialah jaundis patologikal, Jaundis ini disebabkan oleh penyakit yang sedia ada seperti
contoh penyakit anemia, kekurangan enzim G6PD dan tidak keserasian darah bayi dan ibu.
Faktor kedua ialah jaundis patologikal iaitu disebabkan hati bayi yang masih belum matang
menyukarkan proses pemukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin larut air.
Walau bagaimanapun, terdapat faktor lain yang mungkin boleh menyebabkan bayi
mengalami jaundis antaranya trauma akibat lahir dengan bantuan alat seperti forcep atau
vacuum, dan jangkitan otak.

PENYATAAN MASALAH/ISU
Kajian ini telah dibuat ke atas Bayi A bermula dari hari pertama Puan C dimasukkan ke dalam
dewan bersalin dan keterangannya adalah seperti berikut :
Nama Bayi : Bayi A
Nama Ibu : Puan C
No daftar Ibu : 21/16R
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 07 Januari 2017 @ 2:29AM
Alamat Rumah : KG. Tinuhan, Tenghilan, Sabah
Masalah Yang Dihidapi : Neo-natal Jaundis ( FisiologikaL Jaundis )

Pada tarikh 06.01.2017, Puan C telah dihantar ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah
(HWKKS) dan pada waktu malam Puan C dimasukkan ke dalam dewan bersalin untuk
memulakan prosuder IOL ( Induction Of Labour ). Bayi A telah selamat dilahirkan pada
07.01.2017 @ 2.29AM dengan berat 3.4 Kg, ukuran panjang adalah 50 sm dan lilitan kepala
pula adalah 34 sm. Bayi telah dilahirkan dengan menggunakan teknik Spontaneous Vaginal
Delivery (SVD). Ibu dibenarkan pulang bersama anaknya dengan keputusan Serum Bilirubin 98
umol/L tetapi perlu membuat pemeriksaan Serum Bilirubin setiap hari.

Jadual Ringkasan Pemantauan Paras Serum Bilirubin Bayi kepada Puan C


Paras Serum

Portal Level

0 hari
1 hari
2 hari

Bilirubin (umol/L)
98
191
240

(umol/L)
205
205
205

3 hari

345

308

rawatan single

308
308
308
307
308
308
308
308

phototherapy
Single phototherapy
Discaj
Jaundis paras dada
Jaundis paras dada
Jaundis paras dada
Jaundis paras dada
Jaundis paras muka
Jaundis paras muka

Tarikh

Umur bayi

07.01.2017
08.01.2017
09.01.2017
10.01.2017
11.01.2017
12.01.2017
13.01.2017
14.01.2017
15.01.2017
16.01.2017
17.01.2017
18.01.2017

4 hari
5 hari
6 hari
7 hari
8 hari
9 hari
10 hari
11 hari

324
291
246
250
205
252
191
148

Catatan
Discaj
Jaundis paras atas pusat
Jaundis paras dada
Admit ward dengan

PENCARIAN LITERATURE
Menurut Bhutani et al. (1999), jaundis bermaksud kehadiran warna kuning di bahagian
kulit bayi dan bahagian putih mata yang disebabkan oleh terlalu banyak mendapan bilirubin
dalam badan.
Menurut buku Garis Panduan Bagi Pengendali Kes-Kes Jaundis Neonatal (1999),
Jaundis neonatal adalah satu masalah yang biasa didapati dalam kalangan bayi baru lahir.
Dianggarkan sebanyak tiga suku dari bayi-bayi baru lahir mendapat jaundis dalam masa
seminggu pertama. Kebanyakkan jaundis ini adalah daripada jenis fisiologikal iaitu masalah
kumpulan darah ABO yang tidak sesuai, tidak cukup bulan, Rh yang tidak sesuai dan
sebagainya.
Mengikut pandangan Suzaini et al (2004) pula , Neonatal Jaundis (NNJ) merupakan
penyakit yang biasa dialami bayi yang baru dilahirkan. Adalah dianggarkan bahawa lebih
daripada 60% bayi yang baru dilahirkan mengalami keadaan ini.
Kramers Rule digunakan secara tradisonal untuk menilai tahap keterukan jaundis namun
bacaannya hanyalah secara visual tetapi tidak tepat. Oleh itu, ujian TSB merupakan kaedah
terbaik untuk mengukur paras bilirubin dalam darah. (Kramer LI. Advancement of dermal
icterus in the jaundiced newborn. 1969)

PENEMUAN / PROSUDER
Antara kaedah yang digunakan untuk mendiagnosis masalah yang dihadapi oleh Bayi A ialah :
Ujian Serum Bilirubin :
Merupakan ujian photometric warna secara kuantitatif untuk bilirubin langsung dalam plasma
dan serum manusia dengan menggunakan Beckman Coulter Analisa untuk diagnosis in vitro
sahaja.

Ujian Keserasian Darah Ibu Dan Bayi :


Untuk melihat keserasian darah ibu dan anak tanpa melibatkan sebarang reaksi pada ujian.

Jadual Ujian Saringan Antenatal Puan C :


Bil
1.
2.
3.
4.
5.

Jenis Ujian
Kumpulan Darah Rhesus
VDRL+/-TPHA
HIV/Rapid Test
Talasemia
BFMP

Tarikh Diambil
09 JUN 2016
09 JUN 2016
09 JUN 2016
09 JUN 2016
09 JUN 2016

Keputusan
O +ve
Non reactive
Non reactive
- MCH : 29.6
- MCR : 94 (Neg)
Neg

PERBINCANGAN / HUJAH
DEFINISI
Neonatal jaundis adalah satu keadaan yang menyebabkan warna kekuningan pada kulit dan mata
bayi yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin didalam darah. Ianya berlaku selapas
24 jam bayi tersebut dilahirkan.

KLASIFIKASI NEONATAL JAUNDIS


JAUNDIS FISIOLOGIKAL
Jaundis fisiologikal adalah merupakan jaundis yang paling kerap berlaku kepada bayi yang baru
lahir. Jaundis jenis ini merupakan jaundis ringan yang berlaku disebabkan oleh ketidakmatangan
hati bayi yang menyebabkan pemprosesan bilirubin yang perlahan. Simptom jaundis fisiologikal
kebiasaannya mula kelihatan pada usia bayi dua hingga empat hari dan hilang pada usia bayi satu
hingga dua minggu.
JAUNDIS PATOLOGIKAL
Jaundis Patologikal pula adalah jaundis yang boleh berlaku pada bayi yang disebabkan oleh
penyakit yang sedia ada pada bayi tersebut contohnya seperti anemia, kekurangan enzim G6PD
dan juga ketidakserasian darah bayi dan ibu.

FAKTOR RISIKO
Faktor risiko

Faktor Ibu

Faktor
bayi

Anak terdahulu mendapat jaundis yang memerlukan rawatan


fototerapi
Gestational Diabetes Melitus (GDM)
Kumpulan darah O
Pecah mentuban > 24 jam
Jaundis dalam masa 24 jam
RH Incompatibility
Kekurangan enzim G6PD
Lahir pramatang
Kecederaan semasa kelahiran (Cephalohamatoma)
Macrosonic infant of Diabetes Mother
Berat lahir < 2.5 kg
Sepsis
Masalah Hormon Thyroid bayi yang rendah
Masalah hati dan hempedu bayi (biliary atresia, dubin
Johnson)

SIMPTOM / TANDA
Bayi kepada Puan C mempunyai ciri-ciri seperti :
-

Kulit bayi berwarna kekuningan


Putih mata ( sclera ) berwarna kekuningan
Bayi kurang aktif
Bayi sentiasa mengantuk

Antara simpton lain ialah :


-

Bayi menangis dengan nada yang tinggi


Urin bayi berwarna kuning gelap
Feses bayi berwarna pucat
Bayi tidak mahu menyusu

RAWATAN/PENGURUSAN

Masalah yang
dihadapi oleh
Puan C dan
bayinya

Antara pengurusan bagi kes jaundis fisiologikal adalah ibu perlu menggalakkan
penyusuan susu ibu sepenuhnya dengan kerap. Hal ini adalah untuk memudahkan bilirubin untuk
disingkirkan melalui urin ataupun feses.
Selain itu kaedah yang lebih berkesan untuk mengurangkan kekuningan pada bayi ialah
kaedah fototerapi ( terapi lampu ). Di Malaysia terdapat satu graf yang diwujudkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan bayi mendapatkan rawatan
fototerapi mengikut Umur, dan faktor risiko (minggu kelahiran bayi). Pada umur Bayi A 3 hari
dengan serum bilirubin ialah 345 umol/L, dia diberikan fototerapi sehingga kepada paras yang
stabil mengikut umur bayi.
Antara kaedah lain yang boleh dilakukan untuk mengurangkan paras kuning bayi adalah
Exchange Tranfusion (ET). ET dilakukan sekiranya rawatan fototerapi tidak berjaya
menggurangkan paras bilirubin bayi. Ini bertujuan bagi mengelakkan bayi mendapat Kerniterus
iaitu kerosakkan otak yang disebabkan paras bilirubin yang tinggi dalam darah yang menganggu
otak.

CADANGAN
Jaundis neonatal ini boleh dicegah daripada berlaku disebabkan masalah ini disebabkan
oleh faktor risiko. Jika seseorang itu mempunyai faktor risiko yang kurang, maka perkara ini
dapat dielakkan daripada berlaku. Cadangan yang lebih baik kepada ibu bapa adalah sentiasa
mendengar arahan jururawat dan doktor berkaitan dengan nasihat yang diberikan.
Selain daripada itu, Ibu bapa perlulah peka dengan faktor risiko yang boleh dielakkan.
Antaranya ialah lahir pada tarikh yang sepatutnya, jaga pemakanan ibu bagi elakkan berlakunya
penyakit Gestational Diabetes Melitus (GDM) semasa mengandung, fetal distress, dan pelbagai
lagi. Masalah Jaundis Neonatal ini dapat dikurangkan melalui faktor risiko terhadap ibu dapat di
kurangkan.
Seterusnya, Ibu juga perlu rajin untuk menghadirkan diri pada temujanji yang telah
ditetapkan untuk berjumpa dengan doktor dan jururawat. Pekara yang mungkin membimbangkan
ibu mengandung perlulah dimaklumkan kepada jururawat bagi mencegah sebarang masalah jika
tidak memaklumkan.
Selepas saja melahirkan bayi. Bagi bayi yang mempunyai masalah jaundis neonatal. Bayi
perlulah diberikan penjagaan rapi seperti pemeriksaan fizikal bayi, ujian kandungan serum
bilirubin bagi setiap hari sehingga serum berkurangan kepada paras yang boleh dikirakan
normal, dan lakukan fototerapi jika bagi mengalami jaundis neonatal yang teruk.
Banyakkan memberikan susu ibu kepada bayi. Ini kerana susu ibu merupakan susu yang
semula jadi yang dapat membantu dalam mengurangkan jaundis neonatal. Oleh itu,
dicadangankan kepada ibu berikan penyusuaan secara esklusif dengan kerap bagi mengurangkan
jaundis pada bayi. Jika terdapat sebarang masalah atau komplikasi berlaku terhadap bayi, sila
arahankan ibu untuk terus ke kecemasan untuk mendapatkan rawatan dengan cepat.

RUMUSAN
Jaundis neonatal ialah suatu keadaan yang menyebabkan bayi akan berwarna kuning pada
kulit dan juga mata akibat peningkatan bilirubin dalam darah. Simptom yang jelas pada bayi
boleh membantu dalam diagnos.
Dengan melakukan penyiasatan serum bilirubin, jaundis neonatal ini dapat disahihkan
dan tindakan lanjut dapat ditentukan. Dengan penjagaan rapi dan rawatan awal kepada bayi, akan
menjadikan keadaan bayi bertambah baik serta dapat elakkan daripada mendapat komplikasi
iaitu terencat akal. Antara rawatan yang disarankan ialah pemberian susu ibu dengan kerap,
kerana rawatan yang jimat dan mudah dilaksakan.
Seterusnya, pencegahan melalui mengurangkan faktor risiko dapat membantu
mengurangkan risiko bayi mendapat jaundis neonatal dan keadaan akan bertambah pulih. Oleh
itu, temujanji semasa hamil perlulah dipatuti dengan berdisplin.
Jaundis neonatal merupakan penyakit bayi yang berbahaya yang boleh membawa maut
kepada bayi. Ini kerana penyakit ini melibatkan otak yang mengawal semua sistem badan. Oleh
itu, Ibu Bapa perlulah mengambil serius dengan penyakit ini.

RUJUKAN
i.

Canadian Paediatric Society. Position Statement (FN 2007-02), Guidelines for detection,
management and prevention of hyperbilirubinaemia in term and late preterm newborn

ii.

infants (35 or more weeks gestation). Pediatr Child Health 2007;12:1B-12B.


Family Health Development Division, Guideline on screening and management of
neonatal jaundice with special emphasis on G6PD enzyme deficiency. Ministry of Health

iii.
iv.
v.

Malaysia 1994.
Lynn S. Bickley, Bates pocket guide to physical Examination and history taking seventh
edition, 2007, USA: Lippincott Williams & Wilkins.
http://www.dbmhospital.com.my/home/morearticle.asp?articleid=20
http://www.dipinggiranmentari.blogspot.com/2010/03/jaundice-neonatal/jaundice.html?
m=1