Anda di halaman 1dari 2

ESEI PENGAJIAN AM : TEKNOLOGI SATELIT

Teknologi satelit penting kepada pembangunan negara terutamanya bidang teknologi maklumat. Teknologi satelit
membawa pelbagai manfaat kepada Malaysia, namum, kesan negatif di sebaliknya tidak boleh diketepikan.
Manfaat teknologi satelit kepada negara
Perkembangan dalam telekomunikasi
Dunia semakin kecil dengan adanya teknologi komunikasi. Telefon, televisyen dan faksmili bergantung kepada teknologi
satelit. Internet dan komputer turut berfungsi menerusi satelit malah kita boleh menghubungi seseorang di seluruh dunia
menggunakan telefon bimbit. Berita terkini juga dapat diikuti di seluruh dunia dengan cepat seperti upacara perasmian dan
penutup Sukan Olimpik. Perkembangan semasa di seluruh dunia dapat kita ketahui.

Perkembangan dalam bidang pendidikan


Melalui satelit, manusia dapat menyebarkan cara pendidikan yang terbaru dan yang berkesan. Sebagai contohnya, Satelit
Siaran Langsung (SSL) atau Direct Broadcast Satelitte (DBS) merupakan sistem penerimaan siaran televisyen secara
langsung dari satelit kepada syarikat penyiaran yang telah dilengkapi dengan antena disk khusunya membolehkan pelajarpelajar yang tinggi di kawasan terpencil dapat dihubungi melalui satelit. Di negara kita, sekolah bestari telah mewujudkan
pengajaran melalui teknologi maklumat. Pelajar akan mendapat maklumat menerusi siding video dan internet. Pelajar akan
belajar melalui multimedia mengikut kemampuan mereka. Pengajaran subjek di sekolah turut ditayangkan di televisyen
iaitu TutorTV oleh Astro.
Perkembangan dari aspek keselamatan negara
Dengan adanya teknologi satelit, keselamatan negara dapat dijamin dari ancaman musuh. Pergerakan tentera musuh
dapat dikesan melalui satelit dengan menggunakan radar. Pasukan keselamatan dapat berseida mempertahankan ruang
angkasa dan perairan negera dari diceroboh oleh pihak musuh sesuka hati mereka. Hal ini demikian dapat menjaga
keselamatan dan kedaulatan negara.

Perkembangan dalam kajian topografi


Satelit yang mempunyai kamera infra-merah dapat mengambil gambar-gambar bumi dengan tepat.Maklumat ini akan
digunakan dalam menghasilkan peta dunia yang lengkap.Gambar-gambar bumi dan laut yang digunakan dapat membantu
penyelidik membuat kajian ilmu geologi, ekologi dan pemeliharan hutan.Bukan itu sahaja, teknologi satelit menyumbang
kepada cara mengetahui bakal bencana alam iaitu 'remote-sensing' untuk mendapat amaran bencana alam.

Kesan negatif yang timbul


Kemasukan budaya yang bertentangan
Perkembangan teknologi yang meluas ini mengakibatkan berlakunya limpahan maklumat yang bertentangan dengan
budaya dan adat resam tempatan. Sebagai contohnya, budaya barat seperti budaya hedonisme yang masuk boleh
menyebabkan keruntuhan akhlak dalam masyarakat. Dalam sistem pendidikan akan berlaku peminggiran penggunaan
bahasa Melayu dan mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris.
Peningkatan gejala sosial
Kewujudan akses internet telah menyebabkan gejala sosial terus meningkat berikutan dengan mudahnya mereka
mengakses maklumat tidak berfaedah seperti bahan pronografi. Laman-laman web tersebut menjadi pendorong kepada
peningkatan kejadian jenayah seksual dalam kalangan remaja. Penyebaran fitnah juga berlaku. Hal ini demikian akan
memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Hal ini turut mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat
dan bernegara.
Kesimpulannya, teknologi satelit adalah agen perubahan yang besar ke atas politik, ekonomi dan sosial. Teknologi
satelit membawa manfaat tetapi terdapat uga kesan negatif disebaliknya.

ESEI PENGAJIAN AM : TADBIR URUS PERKHIDMATAN AWAM


Kecemerlangan tadbir urus dalam perkhidmatan awam menuntut ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti. Tadbir urus
yang baik dalam sesebuah perkhidmatan awam akan dapat menangani pelbagai cabaran yang dihadapi.
Ciri-ciri kepimpinan berkualiti adalah
Keadilan dalam pentadbiran
Seseorang pemimpin dalam sesebuah perkhidmatan awam atau organisasi perlu bersikap adil terhadap pekerjanya dalam
pengurusan kerja.
Tidak berat sebelah atau pilih kasih terhadap pekerja.
Penurunan kuasa juga tidak seharusnya berlaku dalam pentadbiran.

Mempunyai iltizam yang kuat


Kepimpinan yang lemah iltizamnya dan berwawasan akan menyebabkan integriti sesebuah organisasi di bawah
kepimpinannya akan merosot.
Hal ini boleh berlaku kerana pemimpin yang lemah iltizamnya tidak sanggup melarang pekerja bawahannya dari amalan
rasuah.
Hal ini kerana mereka takut kehinlangan pengaruh.

Bersikap tegas dalam pentadbiran


Pemimpin perlu tegas dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pegawainya yang terlibat
dengan rasuah, salahguna kuasa, masalah disiplin, mensabotaj organisasi, dan sebagainya.
Pengurusan sebegini amat perlu bagi memastikan ahli-ahli dalam agensi mempunyai etika yang tinggi dan berdisiplin.
Hal ini juga dapat mendapat kepercayaan orang ramai dalam sesebuah sektor awam.

Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik


Komunikasi yang baik penting untuk memastikan pelaksanaan tugasan yang tepat dan efisien.
Pemimpin yang berkualiti harus mampu memberikan penjelasan terhadap apa-apa jua tindakan dalam pelaksanaan
tugasan.
Pekerja mudah memahami arahan dan dapat menjalankan tugas secara telus.
Ketelusan boleh dilihat melalui proses kerja yang jelas dan mudah difahami.
Peka terhadap perubahan
Seseorang pemimpin yang mempuyai ciri kepimpinan berkualiti perlu sentiasa bersedia untuk berubah.
Sanggup menjalani perubahan dari segi pengurusan supaya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tadbir urus.
Hal ini demikian akan dapat melahirkan sebuah organisasi yang lebih berdaya saing dan dinamik.

Mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif


Dapat mewujudkan struktur organisasi yang baru dengan persekitaran kerja yang selesa atas kerjasama dengan ahliahlinya.
Menggantikan sistem, prosedur dan garis panduan yang lemah.
Mampu menjadikan perkhidmatan mempunyai daya saing yang setanding dengan sektor swasta.

Kesimpulannya, sistem perkhidmatan awam perlu inovatif, kreatif dan cekap bagi menjadikan perkhidmatan awam
mempunyai daya saing yang setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Anda mungkin juga menyukai