Anda di halaman 1dari 7

Fungsi pejabat daerah

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan berfungsi sebagai:

Menyediakan anggaran Perbelanjaan

Pungutan Hasil

Perlesenan

Urusan Fail

Pengurusan Pejabat

Pentadbiran Pelbagai Undang-undang

Menguruskan Hal-hal Perjawatan

Urusan Tawaran Sebutharga

Perlantikan Ketua Daerah/ Ketua Anak


Negeri / Wakil Ketua Anak Negeri / Pemimpin
Masyarakat / Cina dan Ketua Kampung

Urusan Keselamatan

Urusan Kehakiman

Urusan Pilihanraya

Urusan Banci Penduduk

Menyelaras penggunaan komputer dan


melaksanakan sistem-sistem komputer yang
diperkenalkan oleh kerajaan (SISPAN, SISVOT,
SISFAIL, dan SMAPAN) dan

Pengurusan kenderaan jabatan dan mesinmesin pejabat

Tanggungjawab dan Aktiviti Bahagian Pembangunan

Bahagian Pembangunan terbahagi kepada tiga (3) bahagian kecil iaitu Bahagian
Perancangan, bahagian Perlaksanaan dan Bahagian Projek Kecil
Bahagian Perancangan:
Bertanggungajwab ke atas perancangan pembangunan di peringkat daerah
berdasarkan strategi pembangunan negeri. Pengumpulan data sosio-ekonomi,
penyediaan peta-peta asas daerah dan sebagainya. Fungsi utama bahagian ini
adalah merancang projek-projek pembangunan daerah berdasarkan data-data

terkumpul termasuk Rancangan Malaysia Lima Tahun


Pengemaskinian maklumat-maklumat dalam bank data dan pelan pembangunan
daerah juga menjadi salah satu fungsi bahagian ini. Bahagian ini juga menjadi
urusetia kepada Jawatankuasa Pembangunan Daerah.
Bahagian Perlaksanaan:
Bertanggungjawab ke atas penyelarasan perlaksanaan semua projek
pembangunan di peringkat daerah, termasuk projek-projek kecil luar bandar yang
diuruskan oleh Pejabat Daerah. Bahagian ini mengesan dan mengawasi
perlaksanaan projek-projek dengan mendapatkan maklumbalas daripada agensiagensi pelaksana dari masa ke semasa dan mengemaskini bank data mengenai
tahap perlaksanaan sesuatu projek.
Bahagian Projek Kecil:
Bertanggungjawab ke atas perancangan dan pelaksanaan projek-projek kecil luar
bandar yang dirancang sehingga projek itu siap dilaksanakan dengan jayanta.
Perancangan projek hendaklah berasaskan pelan pembangunan daerah yang
disediakan bahagian perancangan. Perlaksanaan projek termasuk urusan tender /
sebutharga, pemeriksaan dan pengawalan projek dan pengesanan projek. Data
mengenai tahap perlaksanaan projek hendaklah dihantar ke bahagian
perlaksanaan untuk disimpan dalam bank data bagi tujuan pengesanan.
Secara keseluruhannya, Bahagian Pembangunan bertanggungjawab untuk

menguruskan :

Perancangan Projek-projek pembangunan

Integrasi aktiviti-aktiviti pembangunan dan laporan kemajuan projek-projek


luar bandar

Pengawalan dan pemeriksaan kemajuan projek-projek kecil luar bandar

Pentadbiran JKKK

Mengemaskinikan data-data di Bilik Gerakan

Merancang dan melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan


serta mengemaskini data-data Ketua Isi Rumah Termiskin

Menyelaras program-program pembasmian kemiskinan yang dirancangkan


oleh agensi-agensi lain

Menyediakan Pelan Pembangunan Daerah

Menyelaras Pembangunan Ekonomi Daerah

Merancang Pembangunan Pelancongan Daerah

FUNGSI PEJABAT DAERAH NEGERI JOHOR

KHIDMAT PENGURUSAN
Menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, keselamatan, pelesenan
dan penguatkuasaan, dan majlis keraian daerah.

PENTADBIRAN AM
Melaksanakan Tugas-Tugas Pentadbiran Am yang berkaitan dengan
Perkhidmatan,Permohonan Pelan Pelesenan Bangunan.

KEWANGAN
Menguruskan dan mengawal belanjawan, Hasil, Kewangan Am, Inventori dan
Pelupusan Harta Modal.

TEKNOLOGI MAKLUMAT
Pusat Pengumpulan Data dan Teknologi Maklumat Jabatan.

PERLESENAN
Memproses dan mengeluarkan lesen-lesen yang berkaitan di dalam daerah
mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan melalui enakmen,
peraturan dan garis panduan Kerajaan Negeri Johor yang berkuatkuasa.
Membuat tugas-tugas penguatkuasaan lesen di bawah enakmen hiburan dan
tempat-tempat hiburan 1998 serta Enakmen Panggung Wayang dan
Permainan Raya 1958 (Enakmen No. 6 Tahun 1958).

PEMBANGUNAN
Merancang dan menyelaras perlaksanaan rancangan pembangunan fizikal
dan masyarakat.

PEMBANGUNAN FIZIKAL
Mengenal pasti dan melaksanakan projek-projek pembangunan fizikal
daerah.

PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti mukim meliputi aspek sosioekonomi, keagamaan, pendidikan dan kebudayaan.

Anda mungkin juga menyukai