Anda di halaman 1dari 21

KEMAHIRAN BERFIKIR

TOPIK 8

TOPIK 8 KEMAHIRAN BERFIKIR


PENGENALAN
Topik ini akan membincangkan aspek-aspek berkaitan konsep dan definisi dalam kemahiran
berfikir. Aspek-aspek seperti halangan dan penggalak kepada kemahiran berfikir juga
dijelaskan dan kepentingan belajar kemahiran berfikir juga diberi fokus. Pada akhir setiap
bahagian, disediakan sedikit latihan untuk santapan minda.
Dalam topik ini kita akan meninjau tentang perkara berkaitan pemikiran kritis dan kreatif.
Terdapat pelbagai kemahiran berfikir, tetapi dalam modul ini, hanya kemahiran berfikir kritis
dan kreatif sahaja diterangkan secara mendalam. Walaupun penerangan tentang keduadua kemahiran ini dibuat secara berasingan, hakikatnya kedua-dua proses berfikir kritis dan
kreatif berjalan serentak apabila individu itu berfikir.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan konsep dan definisi pemikiran;
2. menerangkan konsep kemahiran berfikir;
3. menghuraikan kepentingan belajar kemahiran berfikir;
4. mengenal pasti perkara-perkara yang boleh menggalakkan atau menghalang kepada
kemahiran berfikir;
5. menghuraikan pemikiran kritis dan kreatif; dan
6. mengaplikasikan alat-alat berfikir di dalam kemahiran berfikir.

122

OUM

TOPIK 8

KEMAHIRAN BERFIKIR

PETA MINDA TOPIK


TOPIK 8:
KEMAHIRAN BERFIKIR

Konsep dan Definisi


Pemikiran

Konsep Kemahiran Berfikir

Kepentingan
Kemahiran Berfikir

Penggalak dan Halangan


Kepada Kemahiran Berfikir

Penggalak kepada Kemahiran


Berfikir

Halangan kepada Kemahiran


Berfikir

Jenis-jenis Kemahiran
Berfikir

Kemahiran Berfikir Kritis

Kemahiran Berfikir Kreatif

8.1

KONSEP DAN DEFINISI PEMIKIRAN

Manusia dikurniakan akal atau mind dan hati (Qalbu) yang menjadikannya lebih istimewa.
Kehadiran akal dan hati ini membezakan manusia daripada haiwan. Akal merupakan sumber
ilmu intelek yang menghasilkan pengetahuan dan juga menjadi tempat membentuk sifat
kearifan dan kebijaksanaan.
Dengan wujudnya akal dan hati ini, manusia dapat membuat penaakulan, memahami sesuatu
dan membentuk konsep. Hati juga menjadi sumber ilmu untuk menghasilkan pengetahuan.
Hati mempunyai daya keupayaan membuat penaakulan dan daya faham. Hati juga boleh
mengesan baik-buruk, benar-palsu, atau betul-salah sesuatu perkara. Pemikiran di sini
mengambil kira dua perkara utama, iaitu akal dan hati.
Mohd Nasir Omar dalam kertas kerja Seminar Kegemilangan Berfikir: Konsep, Strategi dan
Latihan Berfikir dalam Perspektif Islam menjelaskan dengan mendalam tentang istilah berfikir

OUM

123

KEMAHIRAN BERFIKIR

TOPIK 8

atau alfikr. Istilah alfikr adalah istilah Arab untuk berfikir. Ia merujuk kepada aktiviti
penggunaan akal atau minda manusia dalam konteks untuk mengenal, memahami dan
menyelesaikan sesuatu perkara dengan logikal dan rasional. Aktiviti ini dikenali sebagai aktiviti
berfikir.
Melalui aktiviti berfikir ini, seseorang boleh membentuk konsep, pendapat, pandangan, buah
fikiran, idea, atau ilmu mengenai sesuatu yang tidak diketahui sebelumnya. Penemuan ini
dikenali sebagai fikrah yang dikatakannya berkait rapat dengan ilmu. Justeru itu beliau
menambah, manusia yang berfikir akan berkesudahan dengan penguasaan ilmu dan tahu
apa yang difikirkan.
Terdapat pelbagai tafsiran pemikiran yang dikemukakan oleh ahli pemikir. Berikut disenaraikan
beberapa tafsiran pemikiran:
Costa (1985), mengatakan pemikiran sebagai proses penerimaan rangsangan luar
oleh minda melalui deria-deria yang kemudiannya diproses dan digunakan.
Dewey (1933), menganggap pemikiran sebagai usaha memeriksa dan menimbang
sesuatu butir maklumat dengan teliti berdasarkan kriteria tertentu.
Sigel (1984), mengatakan yang pemikiran meliputi aktiviti seperti refleksi
pengkonsepan dan penyelesaian masalah.
Pressiesen (1987), mengatakan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana
pengetahuan diperolehi dan diolah melalui proses penaakulan.
Beyer (1992), menerusi Functional Thinking Model melabelkan berfikir dalam
domain kognitif yang pelbagai aras. Aras terendah merupakan kebolehan mengingat
dan menyimpan data, diikuti kebolehan memproses dan penaakulan. Aras ketiga
pula menerangkan kebolehan kemahiran kritis dan kreatif dan aras tertinggi sekali
sebagai aras yang menentukan kebolehan seseorang menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan. Keseluruhan proses kognisi ini dikawal oleh satu lagi proses
yang dipanggil metakognisi. Gambaran model ini terdapat dalam Rajah 8.1.
ing

ss

se

As

ON MAKIN
CISI
G
DE

OCESSING
PR

RECALLING

andI
N

Mo

nito

ring

TU

AL
C

C
ON

EP

NG

AS O NIN G

G
EA
T I V E T HIN KI N

SO

LV
I

RE

CR

IZIN

G
RECORDING

CO

i t

O
TI

g
Plannin

AL THINK
ING
ITIC
CR

P R OBLE

e t

Rajah 8.1: Model Functional Thinking (Beyer)


124

OUM

TOPIK 8

KEMAHIRAN BERFIKIR

Som Hj Nor dan Dahalan Mohd Ramli (1998), merumuskan pemikiran sebagai
proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat
pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.
Setelah meneliti beberapa tafsiran tentang pemikiran, diharap anda telah jelas
dengan apa yang dimaksudkan dengan pemikiran. Sebagai latihan, mungkin
anda ingin mengarang sendiri fahaman anda tentang pemikiran.

Dalam membincangkan tentang pemikiran, beberapa istilah seperti metakognisi dan refleksi
telah diperkenalkan. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah ini? Berikut adalah
penerangan tentang beberapa lagi istilah yang berkaitan dengan pemikiran yang dapat
membantu kita dalam memahami konsep pemikiran dengan lebih mendalam.
(a)

Metakognisi
Metakognisi: Metacognition is thinking about thinking. Ia merupakan ilmu pengetahuan
dan kesedaran yang wujud pada seseorang yang membolehkannya mengawal proses
berfikir dan aktiviti yang sedang dijalankan. Metakognisi ini juga merupakan kebolehan
mengaplikasi strategi dan mengawal dengan betul proses melahirkan idea atau membuat
sesuatu. Walau bagaimanapun, metakognisi bukanlah buah fikiran atau hasil sebenar
berfikir itu.
Terdapat tiga perkara yang dikawal oleh proses metakognisi ini. Perkara-perkara tersebut
ialah perancangan, pengkonsepan dan penaksiran. Sekarang kita lihat setiap perkara
dengan lebih teliti.
(i)

Perancangan ialah kebolehan untuk menyatakan matlamat, memilih operasi yang


hendak dilakukan, mengatur operasi dan mengenal pasti halangan yang mungkin
berlaku. Apa yang berlaku pada individu di peringkat ini ialah sedar dengan apa
juga yang akan dilaksanakan.

(ii)

Pengkonsepan ialah kebolehan diri untuk sentiasa sedar tentang matlamat, tentang
kedudukan perkara yang dikerjakan, sentiasa mengenal pasti matlamat yang telah
tercapai, menentukan pergerakan aktiviti atau operasi seterusnya dalam proses
yang sedang dikerjakan, mengesan kesilapan atau halangan dan tahu cara
mengatasinya. Dengan kesedaran ini, individu tahu peringkat dan perkembangan
sesuatu perkara atau aktiviti yang sedang dijalankan.

(iii) Penaksiran ialah kebolehan untuk menilai pencapaian matlamat mengadili


ketepatan keputusan, menilai kesesuaian prosidur dan mengadili keberkesanan
perancangan dan perlaksanaan. Individu di sini dapat menyatakan pada dirinya
sendiri tentang kualiti hasil kerja yang telah dibuat dan membuat penilaian.
(b) Domain Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir juga sering dikaitkan dengan kemahiran seseorang menggunakan
otak (Domain Kognitif) dan perasaan (Domain Afektif).

OUM

125

KEMAHIRAN BERFIKIR

TOPIK 8

Maksud Domain Kognitif ialah kebolehan berfikir berlandaskan kebolehan menggunakan


otak. Benjamin Bloom telah membentuk satu hieraki dari konsep domain kognitif ini
yang lebih dikenali sebagai Taksonomi Bloom. Terdapat enam aras kebolehan dalam
taksonomi ini iaitu pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Domain Afektif pula dipelopori oleh Krathwohl dan rakan (1964). Domain ini
menitikberatkan tentang perasaan, emosi dalaman, sikap dan sistem moral. Krathwohl
mengkategorikan domain afektif kepada lima tahap iaitu penerimaan, tindak balas,
menilai, menyelaras sistem nilai dan mengamalkan sesuatu nilai yang kompleks.
Kita telah meneliti istilah-istilah berkaitan pemikiran dan kemahiran yang berkaitan dengannya.
Penerangan di atas diharap dapat menjadi asas dalam kita memahami topik-topik yang
berikutnya. Perbincangan topik-topik seterusnya berkisar dalam tajuk kemahiran berfikir.
Konsep yang digunakan di sini adalah konsep yang diketengahkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekarang, cuba latihan berikut untuk menguji kefahaman anda tentang apa yang telah anda
pelajari.

Latihan 8.1
Rumuskan beberapa definisi pemikiran dan tuliskan maksud pemikiran
dengan perkataan anda sendiri.

8.2 KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR


Model kemahiran berfikir yang telah dicipta oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dikenali
sebagai Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Dalam model ini, kemahiran
berfikir dikategorikan kepada empat kategori yang saling berkait antara satu sama lain. Model
ini digambarajahkan seperti dalam Rajah 8.2.

Rajah 8.2: Model KBKK


126

OUM

TOPIK 8

KEMAHIRAN BERFIKIR

Merujuk kepada Rajah 8.2, terdapat empat kategori kemahiran berfikir. Untuk setiap kategori
ini pula, terdapat kemahiran-kemahiran mikro dan langkah-langkah yang terlibat dalam proses
berfikir itu. Penjelasan tentang kemahiran mikro ini diketengahkan dalam Rajah 8.3.
KBKK

Kemahiran
Berfikir Kritis

Kemahiran
Berfikir Kreatif

Kemahiran Mikro

Kemahiran Mikro
membanding membeza
membuat kategori
meneliti bahagian kecil
dan keseluruhan
menerangkan sebab
menyusun mengikut urutan
membuat ramalan
mengusul periksa andaian
membuat inferens

menjana dan menghasilkan


idea
mencipta analogi
mencipta menafora

Proses Penyelesaian Masalah


Proses Membuat Keputusan

Rajah 8.3: Jenis-jenis kemahiran berfikir

Berikut adalah penerangan tentang kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam KBKK. Model
KBKK terdiri daripada empat kemahiran yang dinamakan Kemahiran Berfikir Kritis, Kemahiran
Berfikir Kreatif, Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan. Dalam setiap kemahiran
ini diwujudkan kemahiran-kemahiran mikro.
Kemahiran Berfikir Kritis adalah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk
menilai kewajaran sesuatu idea, meneliti kebaikan dan kelemahan sesuatu perkara dan
membuat pertimbangan wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
Kemahiran-kemahiran mikro dalam kemahiran ini ialah:

membanding membeza;

membuat kategori;

meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan;

menerangkan sebab;

menyusun mengikut urutan;

membuat ramalan;

mengusul periksa andaian; dan

membuat inferens;

OUM

127

KEMAHIRAN BERFIKIR

TOPIK 8

Kemahiran Berfikir Kreatif pula adalah kecekapan menggunakan minda untuk menerokai
pelbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan asli, sama ada bersifat
maujud, abstrak, atau idea. Kemahiran mikro dalam kemahiran berfikir kreatif ialah:

menjana dan menghasilkan idea;

mencipta analogi; dan

mencipta metafora.

Kemahiran Membuat Keputusan, menurut Som Hj Nor dan Dahalan Mohd Ramli (1998),
ialah keupayaan minda untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa alternatif
untuk mencapai objektif yang ditentukan.
Kemahiran Menyelesaikan Masalah pula ialah langkah-langkah yang dijalankan dalam
mengatasi rintangan dan kekangan yang menjadi penghalang kepada matlamat yang dituju.
Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah akan dibincangkan
dengan lebih terperinci dan mendalam dalam Topik 9.
Walaupun Model KBKK ini diterangkan secara terpisah, itu hanyalah sekadar untuk kita
meneliti dan memahami bahagian-bahagian yang kecil supaya kita dapat melihat kaitan dan
sumbangannya kepada pemikiran secara keseluruhan. Secara realitinya, semua kemahiran
berfikir ini dijalankan serentak. Oleh yang demikian, adakalanya sukar untuk dikenal pasti
jenis-jenis kemahiran yang dijalankan dalam satu-satu proses berfikir.
Untuk melihat sama ada anda memahami apa yang anda telah pelajari sebentar tadi, sila
jawab latihan di bawah.

Latihan 8.2
Teliti juga soalan-soalan standard di negara kita seperti UPSR, PMR,
SPM dan STPM. Sejauh manakah soalan-soalan ini mencakupi aspek
KBKK?

8.3 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR


Matlamat pendidikan sekolah rendah ialah membekalkan ilmu dalam bidang 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Adakah ini memadai untuk zaman serba canggih ini? Memandangkan
kemahiran 3M masih belum mencukupi untuk pelajar mengharungi kehidupan di masa akan
datang, satu lagi kemahiran yang perlu dimasukkan dalam matlamat ini ialah kemahiran berfikir.
Apabila matlamat ini dibentuk secara eksplisit, guru atau pendidik akan sentiasa sedar untuk
menyampaikannya. Kepentingan mewujudkan kemahiran berfikir ini bukan sahaja untuk individu
dewasa, tetapi sebaik-baiknya dari peringkat kanak-kanak lagi. Mengapakah kemahiran berfikir
ini penting?

128

OUM

TOPIK 8

KEMAHIRAN BERFIKIR

Sistem pendidikan bertujuan menyediakan generasi masa akan datang yang berkeupayaan
untuk menangani masalah peribadinya atau negara di masa hadapan yang tidak dapat kita
tentukan keadaannya. Pepatah Cina ada mengatakan, Beri kanak-kanak seekor ikan, dia
akan dapat makan ikan pada hari tersebut, tetapi jika kita ajar kanak-kanak kemahiran
menangkap ikan, maka dia akan dapat makan ikan seumur hidupnya.
Begitu juga dengan sistem pendidikan kita. Jika kita bekalkan kemahiran untuk berfikir, kanakkanak itu akan dapat menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di masa hadapan.
Semua negara di dunia tidak terlepas daripada perubahan dan perkembangan pesat yang
sedang berlaku. Oleh itu, setiap negara termasuk Malaysia, memerlukan rakyatnya
berkeupayaan dan berkuasa untuk berfikir selari dengan pembangunan negara dan dunia
sekarang. Jika rakyat tidak ada kemahiran ini, segala hasrat kerajaan tidak tercapai dan
negara akan menjadi hamba negara maju.
Kemahiran berfikir juga penting untuk memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan
emosi (JERI). Aspek JERI ini bertujuan melahirkan individu yang bijaksana dan pada masa
yang sama bermoral. Bagaimanakah ini boleh tercapai? Dalam kemahiran berfikir, ada
disentuh tentang akal dan hati di mana pemikiran yang baik ialah pemikiran yang telah
mengambil kira kedua-dua akal dan hati.
Dewasa ini, kita sering mendengar masalah sosial seperti rasuah, dadah, tekanan emosi
dan lain-lain lagi, berleluasa di negara-negara maju. Kita tahu negara maju sering dikaitkan
dengan ahli masyarakat yang berkeupayaan dari segi intelek. Oleh itu, Malaysia mesti
mengambil langkah awal dalam menetapkan pendidikan yang diperlukan bagi melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis mengikut JERI.
Latihan kemahiran berfikir juga diperlukan dewasa ini sebagai usaha dalam menjayakan
konsep-konsep terkini negara seperti KBSR, KBSM, Sekolah Bestari, yang berkehendakkan
pelajar berkemampuan, bukan sahaja dari segi intelek, malah dalam kemahiran
berkomunikasi, berfikir secara kritis dan kreatif, menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.
Kemahiran berfikir juga diperlukan oleh negara dalam merealisasikan Wawasan 2020 yang
bertujuan membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju dan sejahtera. Terdapat pelbagai
cabaran dalam mencapai wawasan ini. Antara cabarannya ialah mewujudkan masyarakat
yang berjiwa bebas, gagah dalam menghadapi masalah, membangunkan negara yang
demokratik, pembentukan masyarakat yang bermoral dan beretika, liberal, saintifik dan
progresif. Untuk menangani cabaran-cabaran begini, cara berfikir dan strategi berfikir yang
lebih sesuai dan serasi perlu ditemui.
Berdasarkan keperluan ini, penulis Khalid Mohd Nor dan Mohd Amir Sharifuddin dalam kertas
kerja di Seminar Kecemerlangan Berfikir, telah menyarankan satu strategi berfikir yang
memerlukan pemindahan paradigma dari berfikir secara tradisional kepada berfikir secara
lebih kreatif, membangun, meneroka dan proaktif. Beliau menambah bahawa penekanan
perlu kepada pereka bentukan, percambahan idea dan kemahiran berfikir. Hasrat wawasan
2020 jelas menerangkan kepentingan belajar dan mengajar kemahiran berfikir kepada individu
yang kita dampingi.

OUM

129

KEMAHIRAN BERFIKIR

TOPIK 8

Sila buat latihan berikut. Semoga anda akan dapat lebih memahami pelajaran dengan membuat
latihan berikut.

Latihan 8.3
Dapatkah anda tambah lagi senarai kepentingan belajar kemahiran berfikir
buat diri anda?

8.4 PENGGALAK DAN HALANGAN KEPADA KEMAHIRAN


BERFIKIR
Aspek penggalak dan halangan kepada kemahiran berfikir ini dicakup bertujuan untuk membuat
kita peka dan sedar tentang kewujudannya dan kita dapat bertindak sewajarnya. Penggalak
dan penghalang ini mungkin bercorak luaran ataupun bercorak dalaman. Penggalak kepada
kemahiran berfikir merujuk kepada perkara, perbuatan atau tingkah laku yang meningkatkan
keinginan dan keupayaan seseorang untuk berfikir.

8.4.1 Penggalak kepada Kemahiran Berfikir


Mari kita bincangkan tentang perkara yang menjadi penggalak kepada kemahiran berfikir.
Untuk melatih dan mendidik masyarakat ke arah berfikir, semua komponen dalam sistem
pendidikan negara perlu bekerjasama dan harmoni. Ibu bapa, pentadbir, guru dan pelajar
perlu masing-masing menekankan nilai berfikir kepada anak bangsa kita. Budaya berfikir
dalam masyarakat perlu ditekankan dan dipraktikkan.
Untuk mencapai ke arah ini kita perlu:
(a) Bahan-bahan pengajaran yang menyumbang ke arah berfikir. Ini bermakna bahan-bahan
tersebut mestilah sesuai, mencabar, terkini dan berupaya mencungkil kemahiran berfikir
individu.
(b) Kesedaran tentang kepentingan kemahiran berfikir perlu didedahkan kepada pentadbir
dan penyelia sekolah agar mereka dapat menghayati dan yakin tentang kepentingannya.
Dengan ini, mereka dapat mewujudkan suasana yang memberangsangkan untuk pelajarpelajar di sekolah.
(c)

Kemahiran berfikir memang wujud secara semula jadi dalam diri setiap individu. Walau
bagaimanapun, kemahiran ini akan menjadi lebih baik lagi sekiranya dipelajari dan
didalami ilmunya. Oleh itu, perkembangan staf dalam sektor pendidikan perlu ditingkatkan
untuk menjadikan pendidik lebih berkeupayaan menerangkan dan melatih kemahiran
berfikir kepada pelajar.

(d) Sekolah, masyarakat, pentadbir adalah role model kepada generasi muda. Sebagai
contoh, amalan penyelesaian sesuatu masalah haruslah melibatkan pelbagai pihak
supaya lebih banyak lagi pendapat dapat diambil kira dalam membuat keputusan.
Amalan-amalan sebegini boleh diteladani generasi muda.

130

OUM

TOPIK 8

KEMAHIRAN BERFIKIR

(e) Peruntukan kewangan bagi program pengajaran dan pembelajaran aspek kemahiran
berfikir ini perlu ditingkatkan. Kemahiran berfikir ini sangat luas dan kerajaan perlu
memastikan peruntukan ini mencukupi.
(f)

Masyarakat, termasuklah ibu bapa, guru, pentadbir dan ahli masyarakat yang lain,
menunjukkan dan mengamalkan budaya berfikir dalam kehidupan seharian masingmasing. Sebagai contoh, ibu bapa melibatkan anak-anak dalam menyelesaikan masalah
kerana dengan pengalaman sedemikian anak muda akan lebih yakin dan berani.

(g) Setiap individu perlu menanam sikap sukakan pengetahuan, ingin belajar tentang
kemahiran berfikir dan berani mencuba untuk menggalakkan tabiat berfikir. Oleh itu, kita
perlu mengubah sikap kita sendiri dalam usaha mengubah sikap orang lain.
Dapatkah anda fikirkan perkara-perkara lain yang dapat menggalakkan
perkembangan kemahiran berfikir dalam diri individu?

Setelah membincangkan tentang penggalak kepada pembinaan kemahiran berfikir, sekarang


kita lihat pula halangan-halangannya.

8.4.2

Halangan kepada Kemahiran Berfikir

Sesuatu usaha yang baik tidak kurang halangan dan kekangan. Kita perlu juga tahu perkaraperkara yang membuat seseorang itu gagal atau kurang berdaya saing dalam bidang berfikir
ini. Dengan mengetahui kekangan-kekangan ini, kita mungkin boleh menyediakan ubat
penawar yang mujarab untuk menangani halangan-halangan tersebut.
(a) Perkara utama yang menyebabkan seseorang gagal dalam berfikir dengan baik ialah
kegagalannya untuk mengenal pasti masalah yang hendak diselesaikan. Ramai di antara
kita yang kurang dapat menentukan masalah yang perlu diselesaikan, malahan ada
pula mengenal pasti simtom sesuatu masalah itu sebagai masalah. Sebagai contoh,
pelajar berjumpa kita dan mengatakan dia mempunyai masalah. Bila ditanya apa
masalahnya, dengan rela dia menjawab keputusan peperiksaannya bagi semester ini
sangat rendah.
Kita juga boleh mengenal pasti masalah sebenar yang kita hadapi. Misalnya kita
mengeluh tentang masalah kekurangan wang saku, atau wang bulanan, atau masalah
tidak dapat menyudahkan tugasan dan kerja. Segala yang disenaraikan tadi
kebanyakannya merupakan simtom kepada masalah lain. Bagi kes pelajar tadi antara
masalah yang sepatutnya dikenal pasti ialah pengurusan masa yang tidak berkesan,
teknik belajar yang tidak sesuai dan mungkin juga sikap.
Teknik mengenal pasti masalah ini boleh dipelajari, malah amat penting untuk kita pelajari
supaya berjaya dalam menguruskan kerja harian.
(b) Halangan kepada kemahiran berfikir juga mungkin disebabkan oleh individu itu sendiri.
Perlu diingatkan, kemahiran berfikir ini luas. Ia mencakupi pemikiran kritis, kreatif,
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Oleh itu, jika individu itu sendiri takut

OUM

131

KEMAHIRAN BERFIKIR

TOPIK 8

untuk mengambil risiko, malu, tidak mahu mencari pengetahuan tentang kemahiran berfikir,
dia tidak akan dapat berfikir di luar dari pola pemikiran yang biasa.
Sikap yang positif seperti sanggup dikritik, perasaan ingin tahu yang kuat, stabil dalam
menghadapi tekanan luar dan berfikiran terbuka, merupakan ciri personal yang sangat
penting dalam menggalakkan individu menjadi pemikir yang baik. Pemikir yang baik adalah
pemikir yang sentiasa berfikir di luar dari pola berfikir yang umum.
(c) Satu lagi bentuk halangan yang boleh kita bincangkan ialah peluang. Masyarakat atau
budaya dalam satu-satu masyarakat itu akan mempengaruhi peluang untuk individu
mempraktikkan kemahiran berfikir. Kemahiran ini tidak boleh diajar sekali. Ia perlu dipupuk
dan dikembangkan oleh semua ahli masyarakat. Sebagai contoh, sekiranya kita
melaungkan agar graduan dari institusi pengajian tinggi mempunyai daya berfikir yang
tinggi, kita perlu mendedahkan ilmu ini kepada mereka dan memberi mereka peluang
untuk mengamalkannya.
Pendedahan kepada kemahiran berfikir haruslah bermula dari peringkat rendah kerana
di sini bermulanya penanaman sikap seseorang individu. Oleh itu, sistem pendidikan
kita perlu lebih fleksibel dan sistem peperiksaan yang mengutamakan penguasaan otak
kiri harus diubahsuai. Peluang juga membawa maksud bahawa segala bahan, kepakaran,
masa dan bantuan wujud untuk ahli masyarakat meningkatkan daya berfikir mereka.
Kita telah membaca dan memikirkan tentang halangan dan penggalak kepada kemahiran
berfikir. Kita adalah produk sistem pendidikan yang lepas. Kalau dahulu kita asyik mendengar
dan belajar melalui mendengar sahaja, mungkin sekarang ini sukar bagi kita untuk menyoal
atau mencari maklumat sendiri. Kita mempunyai pelbagai jenis pelajar dengan pelbagai gaya
belajar.
Oleh itu, kita harus fikirkan cara yang terbaik untuk menjadikan pelajar-pelajar ini individu
yang boleh berfikir secara kreatif dan kritis, boleh menyelesaikan masalah dan dapat membuat
keputusan dengan berkesan. Kanak-kanak sekarang adalah pemimpin masa depan. Jadikanlah
pemimpin-pemimpin ini pemimpin bangsa Malaysia yang tulen, mulia, berwibawa, tahu baik
buruk, bersih, jujur dan matang berfikir.
Anda telah yakin dapat memahami pelajaran di atas? Sekarang cuba buat latihan di bawah.

Latihan 8.4
Kenal pasti amalan-amalan yang wujud di tempat kerja anda yang menjadi
penggalak dan penghalang kepada kemahiran berfikir anda dan
masyarakat.

8.5 JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR


Kita sering terdengar kata atau arahan seperti cuba fikirkan dengan kritis tentang perkara
tersebut atau orang itu sangat kreatif dalam pekerjaannya. Apakah yang dimaksudkan
dengan kata-kata sedemikian? Apakah yang dikatakan berfikir secara kritis dan kreatif?

132

OUM

TOPIK 8

KEMAHIRAN BERFIKIR

Bagaimana hendak berfikir sedemikian? Pernahkah anda berfikir secara ini sebelum ini? Bila
kita perlu menjadi kritis atau kreatif? Bolehkah anda pelajari kemahiran ini? Bagaimana anda
tahu yang anda telah berfikir secara kritis dan kreatif? Mari kita lihat jenis-jenis kemahiran
berfikir berikut.

8.5.1

Kemahiran Berfikir Kritis

Terdapat pelbagai definisi pemikiran kritis. Perkataan critical berasal dari perkataan kritikos
yang bererti menyoal untuk mempertingkatkan pengetahuan. Mengikut Bloom (1956),
pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian.
Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran kritis? Kemahiran berfikir secara kritis ialah
kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk meneliti kemunasabahan atau
kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, keesahan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah
(Som Hj. Nor dan Dahalan, 2000). Berfikir secara kritis dikatakan lebih melibatkan otak kiri.
(a)

Ciri-ciri Pemikiran Kritis


Berikut disenaraikan ciri-ciri pemikiran kritis:
(i)

Reaktif Pemikiran kritis sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan diikuti
dengan gerak balas yang bersifat segera, seperti membuat ulasan, komen dan
kritik.

(ii)

Menilai Terdapat unsur penilaian seperti melihat dari sudut baik-buruk dan salahbetul sesuatu perkara yang sedang dibincangkan.

(iii) Meneliti dengan mendalam idea-idea dengan fakta yang diketahui, sehingga berasa
yakin.
Individu yang dilatih berfikiran kritis akan diajar cara menyoal dan cara menaakul tentang
sesuatu perkara. Antara soalan-soalan yang sering ditanya:

(b)

Di mana silapnya?

Di mana salahnya?

Apakah idea utama?

Mengapakah ia betul?

Apakah kesimpulan itu benar?

Kemahiran Mikro Pemikiran Kritis


Asas kepada pemikiran kritis ialah perbincangan dan antara pendekatan yang
diketengahkan ialah perbincangan Socrates. Socrates berpendapat bahawa melalui
perbincangan, pemikiran pelajar dapat dicabar dan diperkembangkan.
Untuk membentuk pemikiran kritis, jenis-jenis pemikiran yang mikro perlu dikenal pasti
supaya dapat dioperasikan. Kemahiran ini dipanggil kemahiran mikro. Antaranya ialah:

membanding/membeza;

membuat kategori/mengklasifikasi;

meneliti bahagian kecil dan keseluruhan;

menyusun mengikut urutan;

OUM

133

KEMAHIRAN BERFIKIR

membuat ramalan;

menerangkan sebab;

membuat inferen;

mengusul periksa andaian;

mempertahankan idea;

meringkas;

menghubung kait kronologi sebab-kesan; dan

membuat generalisasi.

TOPIK 8

Untuk menajamkan pemikiran kritis individu, latihan yang mencakupi kemahiran mikro di atas
adalah penting. Latihan-latihan ini perlu dilaksanakan menggunakan alat-alat berfikir.
Perbincangan bahagian ini akan mencakupi aspek definisi, tujuan atau kegunaan dan
kepentingan kemahiran tersebut dan langkah-langkah perlaksanaannya. Perlu diingatkan di
sini, cara melaksanakan kemahiran ini boleh diubahsuaikan atau dipelbagaikan. Apa yang
dibincangkan dalam modul ini hanyalah satu cadangan sahaja.
Sekarang kita lihat beberapa kemahiran mikro yang biasa digunakan dalam kehidupan
seharian.
(i)

Kemahiran Membanding dan Membeza


Definisi: Kemahiran membanding membeza adalah kemahiran berfikir yang
membolehkan kita meneliti perbezaan dan persamaan dua atau lebih perkara. Perkara
yang dikaji boleh merupakan objektif, peristiwa, idea organisma dan sebagainya.
Contohnya, membanding beza kereta dengan lori, atau ayat pasif dan ayat aktif. Proses
banding beza ini juga tidak berdiri dengan sendiri. Ia merupakan sebahagian daripada
proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan ekoran daripada melihat
perbezaan ini.
Tujuan: Membanding membeza ini dilakukan untuk menganalisis ciri-ciri yang sepadan
dan tidak sepadan dan cuba merangka implikasi daripada analisis tersebut. Di samping
itu, kemahiran ini dapat membantu kemahiran mikro lain seperti mengorganisasi,
membuat definisi dan membuat analogi. Hasil daripada aktiviti ini seharusnya dapat
membantu kita membuat keputusan yang bijaksana.
Langkah perlaksanaan kemahiran ini melibatkan dua perkara iaitu pengurusan lisan
dan pengurusan grafik. Sekiranya anda perlukan maklumat tentang dua istilah ini, sila
rujuk Topik 10.
Pengurusan Lisan
Fikirkan soalan-soalan berikut apabila anda membanding membeza.

134

1.

Apakah perkara-perkara yang hendak dibanding-bezakan?

2.

Apakah persamaan antara kedua-dua perkara itu?

3.

Apakah perbezaan antara kedua-dua perkara itu?

4.

Apakah persamaan dan perbezaan yang penting antara kedua-duanya?

5.

Apakah kesimpulan atau rumusan yang boleh dibuat?

OUM

TOPIK 8

KEMAHIRAN BERFIKIR

Contoh:
Anda ingin membuat pilihan sama ada lebih baik membeli belah di pasar raya atau
pasar malam. Buatkan banding bezanya menggunakan borang banding beza (rujuk
Topik 10). Selepas itu, nyatakan keputusan yang anda buat dan alasannya. Sila rujuk
Rajah 8.4 untuk melihat hasilnya.
PASAR RAYA

PASAR MALAM

PERSAMAAN

- menjual barang
- mengaut keuntungan

PERBEZAAN
DARI SEGI

Hanya satu kali seminggu


dan di sebelah malam
sahaja

Setiap hari pagi


ke malam

Masa Operasi

Banyak kemudahan awam,


bilik air, tempat letak kereta

Kemudahan

Tiada kemudahan

Harga

Harga tidak tetap,


boleh tawar-menawar

Harga tetap dan


dipaparkan

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Walaupun terdapat persamaan antara pasar raya dengan pasar malam, namun
perbezaannya adalah ketara. Aspek kemudahan awam, jangka masa dan harga,
lebih membuat anda mengambil keputusan untuk membeli-belahdi pasar raya.

Rajah 8.4: Membanding membeza pasar raya dan pasar malam

Beri pendapat anda tentang proses yang kita lalui tadi. Kita mungkin boleh memberi
keputusan kita dengan cepat apabila soalan pilihan tadi diutarakan. Tetapi dengan
meneliti secukup-cukupnya maklumat yang kita ada, keputusan kita menjadi lebih
bermakna dan tepat.
(ii)

Kemahiran Mengklasifikasi
Definisi: Mengklasifikasi atau mengkategori merupakan kemahiran berfikir dalam
mengelompokkan sebilangan perkara dalam kategori tertentu mengikut ciri-ciri tertentu
yang boleh diperhatikan.
Contohnya, mengkategori jenis kenderaan, sayur-sayuran, alat-alat muzik dan nutrien
makanan.

OUM

135

KEMAHIRAN BERFIKIR

TOPIK 8

Tujuan: Mengklasifikasi membantu kita dalam mengenal sesuatu perkara dengan lebih
mendalam. Dalam zaman ledakan maklumat ini, keupayaan kita untuk mengumpul,
mencari, menyenaraikan dan mengkategori maklumat dapat membantu kita menyusun
dan mengatur maklumat dengan lebih sistematik dan teratur.
Pengurusan Lisan
Soalan-soalan di bawah biasa digunakan apabila anda membuat proses mengklasifikasi.
1.

Apakah perkara-perkara untuk dikategorikan?

2.

Apakah tujuan mengkategori?

3.

Apakah ciri-ciri penting perkara yang hendak dikategori?

4.

Bagaimana perkara dapat dikelompokkan?

5.

Adakah kategori terbentuk mengikut tujuan yang dirancang?

Contohnya, anda belajar atau membaca teks tentang nutrien. Untuk memudahkan
pembelajaran, pembentukan carta klasifikasi jenis-jenis nutrien dan sumber dilaksanakan.
Untuk melaksanakannya, jawapan kepada Pengurusan Lisan di atas tadi akan diisi dalam
borang Pengurusan Grafik, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.5.
Air
Haiwan

Haiwan
Protein
Karbohidrat

Sayuran

Roti

Nutrien

Lemak

Vitamin

Nasi

Sayuran
Garam
Galian

Haiwan

Buah-buahan
Karangan
Laut

Rajah 8.5: Klasifikasi nutrien

(iii) Meneliti Perhubungan Bahagian-Keseluruhan


Definisi: Kemahiran ini ialah keupayaan melihat dan memahami perkaitan, kepentingan
dan pertalian antara bahagian-bahagian kecil dengan keseluruhan.
Tujuan: Kemahiran ini membolehkan kita meneliti bahagian-bahagian sesuatu objek,
menentukan fungsinya dan mengaitkan fungsi bahagian kecil dengan keseluruhan. Tahap
pemerhatian dan penelitian yang tinggi diperlukan untuk mengaitkan perkara-perkara
tersebut. Pengurusan lisan yang digunakan ialah borang Meneliti Perhubungan Bahagian
Keseluruhan.
136

OUM

TOPIK 8

KEMAHIRAN BERFIKIR

Pengurusan Lisan
Soalan-soalan untuk kemahiran ini adalah tersenarai di bawah:
1.

Apakah objek yang hendak dikaji?

2.

Apakah bahagian-bahagian kecil objek?

3.

Apakah yang akan terjadi jika bahagian-bahagian kecil itu tiada?

4.

Apakah fungsi bahagian kecil itu?

5.

Apakah kaitan antara bahagian kecil dengan keseluruhan objek?

Contoh:
Mengkaji bahagian-bahagian pada pokok, ruang dalam rumah, kereta, radio, lampu picit
dan lain-lain. Rajah 8.6 di bawah menunjukkan hubungan bahagian pada sebatang pokok.

Borang Meneliti Perhubungan Bahagian Kecil - Keseluruhan

Pokok
Bahagian Kecil

daun

batang

bunga

akar

buah

Apakah akan berlaku kepada objek sekiranya bahagian ini tidak ada?
Pokok tidak
boleh
memproses
makanan

Penyokong
pokok tiada

Tiada
pendebungaan

Tiada
penyokong
dan
penyerap
makanan

Tiada
Pembiakan

Apakah fungsi bahagian-bahagian kecil? (Nyatakan fungsinya)


Pokok tidak
dapat tegak

Tiada
buah/hasil

KITARAN ANTARA BAHAGIAN KECIL DAN KESELURUHAN?


Setiap bahagian memerlukan antara satu sama lain untuk hidup dan berhasil

Rajah 8.6: Meneliti perhubungan bahagian kecil-keseluruhan

OUM

137

KEMAHIRAN BERFIKIR

TOPIK 8

(iv) Menerangkan Sebab


Definisi: Kemahiran Menerangkan Sebab ialah keupayaan untuk mengkaji dan
menjelaskan sebab berlakunya sesuatu kejadian berdasarkan alasan-alasan dan bukti
yang munasabah.
Tujuan: Kemahiran menerangkan sebab bertujuan membantu kita mencari pelbagai
sebab sesuatu perkara berlaku, mengapa berlaku dan mencari bukti sebenar dalam
membuat kesimpulan tentang apa yang sebenarnya berlaku. Langkah perlaksanaan
melibatkan penggunaan pengurusan lisan dan grafik.
Pengurusan Lisan
Kemahiran menerangkan sebab menggunakan soalan-soalan seperti di bawah:
1.

Apakah kemungkinan-kemungkinan sebab perkara itu berlaku?

2.

Apakah kemungkinan bukti yang menjelaskan sebab perkara yang berlaku?

3.

Apakah bukti sebenar untuk mengukuhkan keesahan kemungkinan sebenar?

4.

Manakah sebab sebenar berlakunya perkara itu?

Selepas setiap aktiviti tentang pengurusan grafik dalam kemahiran mikro kreatif dan kritis,
adalah disarankan agar kita membuat refleksi dan metakognisi supaya anda akan lebih jelas
tentang istilah ini.
Hasil-hasil yang diperoleh daripada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif akan digunakan
sebagai asas kepada proses menyelesaikan masalah-masalah dan membuat keputusan.
Sekarang cuba buat latihan di bawah untuk memastikan anda benar-benar memahami apa
yang telah anda pelajari.

Latihan 8.5
Nyatakan apakah kemahiran berfikir kristis dan ciri-cirinya.

Setelah berehat, anda pastinya telah bersedia untuk meneruskan pembelajaran anda.
Sekarang mari kita teruskan dengan mempelajari Kemahiran Berfikir Kreatif.

8.5.2

Kemahiran Berfikir Kreatif

Pemikiran kreatif dikaitkan dengan otak hemisfera bahagian kanan. Kalau dilihat rata-rata,
potensi otak kanan kurang diberi perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

138

OUM

TOPIK 8

KEMAHIRAN BERFIKIR

sekolah. Oleh kerana kurang dipupuk, ramai antara kita yang tidak menonjolkan kreativiti
dalam kerja, malah timbul rasa takut dan malu untuk jadi kreatif. Ini adalah satu kerugian
kepada individu dan negara. Oleh itu, kemahiran berfikir kreatif perlu ditekankan di sekolah.
Pemikiran kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai
pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama
ada bersifat maujud, abstrak, idea, atau gagasan. Ciri-ciri idea yang kreatif termasuklah baru,
asli, pelbagai, luar biasa, bernilai dan provokatif.
(a)

Ciri-ciri Individu yang Kreatif


Bagaimana kita dapat mengenal pasti sama ada seseorang itu kreatif atau sebaliknya?
Individu yang kreatif didapati mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
(i)

Keinginan yang tinggi, tidak mudah berpuas hati.

(ii)

Lucu dan berjenaka, kadang-kadang disebut sebagai gila-gila.

(iii) Emosi yang kuat dan mendalam, sensitif.


(iv) Suka berkhayal.
(v)

Ego yang kuat.

(vi) Berperasaan malu dan suka mengasing diri.


(vii) Sanggup mengambil risiko.
(viii) Berfikiran terbuka, tidak terkongkong.
(b)

Fasa-fasa dalam Kemahiran Berfikir Kreatif


Terdapat empat fasa dalam kemahiran berfikir kreatif. Ini bermaksud, dalam
menghasilkan sesuatu ciptaan yang baru, seseorang individu akan melalui empat fasa
berikut:
(i)

Penyediaan: Fasa ini merupakan fasa asas di mana individu mengumpul maklumat,
kajian, atau mendapatkan data dan pendapat yang spesifik.

(ii)

Pemeraman: Dalam fasa ini, jenis pemikiran separa tidak sedar (subconscious
mind) mengawal diri seseorang. Pada peringkat ini, proses berfikir seseorang
berlaku tanpa disedari. Sebagai contoh, seseorang itu akan terfikir tentang perkara
yang sedang diuruskan semasa sedang berjoging, makan dan melakukan aktiviti
lain.

(iii) Pencetusan: Fasa ini lebih dikenali sebagai konsep AHA! iaitu idea tercetus secara
tiba-tiba.
(iv) Pengesahan: Fasa ini merupakan fasa terakhir atau fasa yang menilai idea
berpandukan kriteria untuk mengesahkan kebolehgunaannya.
(c)

Kemahiran Mikro Pemikiran Kreatif


Antara contoh kemahiran-kemahiran mikro dalam pemikiran kreatif ialah:
(i)

menjana dan menghasil idea;

(ii)

mencipta analogi; dan

(iii) mencipta metafora.

OUM

139

KEMAHIRAN BERFIKIR

TOPIK 8

Kita lihat satu-persatu kemahiran mikro ini.

Menjana dan Menghasil Idea


Kemahiran menjana dan menghasilkan idea baru adalah bertujuan untuk mencipta
sesuatu yang baru dan kreatif, sama ada idea, objek, cerita dan lain-lain. Aktiviti ini
boleh dijalankan secara bersendiri atau sumbangsaran dalam kumpulan. Ingat akan
ciri-ciri pemikir kreatif dalam menjayakan aktiviti untuk mengelakkan berfikir
menggunakan pola yang biasa.
Idea yang baru akan terhasil bila kita sentiasa mencari alternatif baru, yang tidak
pernah orang lain fikirkan. Kita juga perlu keluar daripada pola pemikiran biasa,
menukar tabiat atau corak pemikiran, berkhayal dan meningkatkan imaginasi. Teliti
ungkapan-ungkapan berikut:
If everybody is thinking alike, then nobody is thinking at all
Ungku Aziz
The more often you do something in the same way, the more difficult it is to
think about doing it in another way
Roger Van Oech.
Adakah anda setuju dengan kata-kata di atas? Bagaimana kita boleh berfikir di
luar dari pola pemikiran biasa dan menghasilkan idea yang baru? Beberapa pengkaji
dalam bidang kemahiran berfikir kreatif telah menyarankan beberapa strategi
praktikal yang boleh melatih kita berfikir di luar pola biasa.
Antaranya ialah Alex Osborn yang mempelopori teknik mengembangkan idea.
Beliau menyenaraikan tujuh cara yang boleh diamalkan oleh seseorang dalam
mengembangkan idea. Tujuh cara tersebut ditunjukkan dalam Rajah 8.7.

Teknik
Mengembangkan
Idea

Ubahkan

Bolehkah idea/perkara
diubah warna, rupa, bentuk?

Kecilkan

Apakah kesan dikecilkan?

Besarkan

Apakah kesan dibesarkan?

Gantikan

Apakah yang boleh ditukar?

Atur
Semula

Bolehkah susunan asal diubah?


Bolehkah dipusingkan?

Terbalikkan

Bagaimana kalau
diterbalikkan?

Gabungkan

Apakah yang boleh digabung?


Bagaimana untuk digabungkan?

Rajah 8.7: Teknik mengembangkan idea


140

OUM

TOPIK 8

KEMAHIRAN BERFIKIR

Contoh: Pelbagaikan penggunaan meja menggunakan teknik Osborn.


Apabila ditambah roda, meja boleh bergerak membawa pesakit dan makanan (troli).
Apabila meja diterbalikkan, ia boleh menjadi tempat letak barang.

Cuba anda fikirkan, apakah idea, perkara, objek yang boleh anda ubah supaya
dapat dikembangkan?

Mencipta Analogi
Mencipta analogi ialah kemahiran untuk membentuk kefahaman tentang sesuatu
konsep secara mengaitkan konsep itu dengan konsep lain, yang mempunyai ciri
yang serupa.
Tujuan membuat analogi ialah untuk membantu kita memahami sesuatu yang
abstrak dengan mengaitkan dengan sesuatu yang konkrit yang agak serupa.
Contohnya, kita bandingkan sebatang pokok dengan sebuah keluarga. Pokok perlu
disiram air, dibaja dan dicantas, supaya subur dan mengeluarkan hasil. Begitu
juga dengan keluarga, perlu diberi kasih-sayang, makanan, pakaian dan perhatian
supaya bahagia. Analoginya ialah keluarga yang bahagia adalah seperti pokok
yang sihat. Contoh-contoh lain adalah seperti orang itu garang macam singa, tinggi
macam zirafah dan lain-lain.

Mencipta Metafora
Metafora ialah bahasa figuratif yang dicipta untuk menyatakan makna sesuatu
perkara dengan menggunakan kata lain. Fungsi metafora antaranya adalah untuk
menjadi imej kepada sajak, puisi, kata-kata falsafah, kata semangat, dalam
penyiasatan, dalam karangan atau hasil penulisan.
Contoh:
1.

Analogi
Metafora

:
:

Orang itu garang macam singa.


Singa itu sudah datang.

2.

Analogi
Metafora

:
:

Zainal tinggi macam zirafah.


Si Zirafah itu sudah datang.

Dalam mencipta analogi dan metafora, alat berfikir seperti borang grafik perbezaan,
persamaan boleh digunakan untuk meneliti persamaan yang ketara untuk dijadikan
perbandingan.
Untuk memastikan anda memahami apa yang telah anda pelajari sebentar tadi, cuba latihan
di bawah.

Latihan 8.6
Nyatakan apakah kemahiran berfikir kreatif dan berikan ciri-cirinya.

OUM

141

KEMAHIRAN BERFIKIR

TOPIK 8

RUMUSAN
Topik ini meliputi tajuk konsep dan definisi dalam Kemahiran Berfikir. Setelah mengulang kaji
topik ini, anda telahpun mengetahui dan boleh menerangkan tentang konsep dan definisi
pemikiran dan konsep kemahiran berfikir yang disarankan oleh beberapa ahli pemikir termasuk
model yang telah dibentuk oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang dikenali sebagai
KBKK. Anda juga telah ditekankan dengan maklumat berkaitan kepentingan mempelajari
kemahiran berfikir. Akhir sekali, dalam topik ini juga anda telah diperkenalkan dengan beberapa
tingkah laku yang boleh menggalakkan dan menghalang seseorang untuk berfikir dengan
berkesan.
Topik ini juga telah menerangkan jenis-jenis kemahiran berfikir. Dua jenis pemikiran iaitu
pemikiran kritis dan pemikiran kreatif telah dibincangkan secara mendalam dalam topik ini.
Ini diikuti pula oleh penerangan tentang cara melaksanakan kemahiran-kemahiran ini dan
cara mengaplikasikan alat berfikir ke dalamnya.
Setiap proses berfikir ada tujuannya. Matlamat melakukan sesuatu proses berfikir itu adalah
untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Dengan ini topik berikutnya akan
membawa kita kepada perkara berkaitan dengan penyelesaian masalah dan membuat
keputusan.

GLOSARI
Berfikir

Berfikir atau dalam bahasa Arab alfikr merujuk kepada aktiviti penggunaan
akal atau minda manusia dalamkonteks untuk mengenal, memahami dan
menyelesaikan sesuatu perkara dengan logikal dan rasional. Melalui aktiviti
berfikir kita boleh membentuk konsep, pendapat, pandangan, buah fikiran,
idea atau ilmu mengenai sesuatu yang tidak diketahui sebelumnya.

Pemikiran

Suatu proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman


terhadap sesuatu, menrokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan
membuat pertimbangan yang wajar.

UJIAN 1
Analisis secara kritis konsep kemahiran berfikir yang dicipta oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum dan huraikan setiap kemahiran.

UJIAN 2
Huraikan secra ringkas aktiviti yang boleh menjadi penggalak kepada kemahiran berfikir
khusus untuk mendidik pelajar dan masyarat menuju ke arah befikir.

142

OUM