Anda di halaman 1dari 5

HBEF 3103

PANDUAN KURSUS

PENGENALAN
Selamat datang ke kursus Prinsip Teknologi Pengajaran, salah satu daripada kursus yang
ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open University Malaysia (OUM).
Seperti juga kursus lain yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial,
kursus ini bernilai 3 jam kredit dan memerlukan masa selama 8 atau 15 minggu untuk
menyempurnakannya.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?


Semua pelajar jurusan pendidikan perlu memahami secara umum ilmu teknologi pengajaran
kerana ia merupakan asas dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Ia akan membantu anda merancang dan melaksanakan pengajaran yang
mengambil kira segala aspek pedagogi.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawai OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran
bagi setiap jam kredit, kursus ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Anggaran Peruntukan Masa bagi Kursus
Aktiviti

Jam

Memahami kandungan kursus dan perbincangan awal

Membaca 10 topik teks pada kadar 20 jam satu topik

60

Menghadiri sesi tutorial 3 atau 5 kali

10

Akses kepada laman web

10

Menyiapkan tugasan

20

Ulang kaji

15

Jumlah

120

OBJEKTIF KURSUS
Di akhir kursus ini, anda akan didedahkan kepada:
1.

Bidang teknologi pengajaran dan aspek yang terkandung di dalamnya secara lebih
khusus;

2.

Perancangan pengajaran, objektif pengajaran, strategi dan kaedah pengajaran serta


pengurusan bilik darjah; dan

3.

Konsep pemikiran dan kemahiran berfikir, alat-alat berfikir, jenis-jenis kemahiran berfikir
dan kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

OUM

PANDUAN KURSUS

HBEF3103

PETA MINDA TOPIK

ii

OUM

HBEF 3103

PANDUAN KURSUS

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan seperti berikut:
TOPIK 1 : DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN
Topik 1 memberi gambaran kepada ilmu teknologi pengajaran secara umumnya dan
memperincikan beberapa aspek utama bidang ini seperti konsep teknologi, konsep pengajaran,
konsep teknologi pengajaran, domain teknologi pengajaran, definisi dan tafsiran teknologi
pengajaran yang berkesan, fungsi, sumber dan pengurusan pengajaran dan peranan teknologi
pengajaran. Jadi, topik ini membincangkan semua aspek domain teknologi pengajaran.
TOPIK 2 : REKA BENTUK PENGAJARAN
Topik 2 memperincikan lagi konsep teknologi pengajaran dengan memaparkan konsep dan
reka bentuk pengajaran. Satu modul utama, iaitu ASSURE diperincikan memandangkan
kesesuaiannya dalam konteks pengajaran di bilik darjah. Antara perkara yang dimuatkan dalam
topik ini termasuk peranan media pengajaran, juga salah satu domain utama dalam teknologi
pengajaran.
TOPIK 3 : MEDIA PENGAJARAN
Topik 3 mengetengahkan konsep media dan media pengajaran, juga salah satu domain
utama dalam teknologi pengajaran. Kedua-dua domain ini diperincikan agar ia tidak disamakan
dengan konsep teknologi pengajaran. Aspek pengkelasan, kelebihan, fungsi, pemilihan dan
penyediaan media pengajaran turut dibincangkan. Dimuatkan juga faktor objektif, pelajar,
kaedah, dan praktikal. Penyediaan media pengajaran juga dibincangkan dalam topik ini.
TOPIK 4 : REKA BENTUK VISUAL
Topik 4 memperkecilkan lagi skop perbincangan media pengajaran kepada aspek
penghasilan. Perbincangan difokuskan kepada elemen dan prinsip reka bentuk visual
memandangkan kebanyakan media mengandungi atribut visual. Dalam topik ini anda akan
diperkenalkan dengan konsep-konsep yang penting yang perlu dikuasai bagi menghasilkan
media pengajaran bervisual yang berkualiti.
TOPIK 5 : PENGAJARAN YANG BERKESAN
Topik 5 membincangkan tentang ciri guru yang berkesan, prinsip pembelajaran dan
pengajaran, kurikulum sekolah dan pelaksanaannya, sukatan pelajaran dan kaitannya dengan
kurikulum. Di samping itu, perbincangan juga tertumpu kepada rancangan pengajaran dan
persediaan mengajar.
TOPIK 6 : OBJEKTIF, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN
Topik 6 merupakan perincian tentang objektif pengajaran. Perbincangan topik ini dimulakan
dengan kepentingan objektif pengajaran, diikuti dengan komponen-komponen objektif
pengajaran dan domain-domain dalam objektif pengajaran. Kaedah-kaedah pengajaran juga
disentuh, antaranya kaedah kualiti, perbincangan, demonstrasi, main peranan, lawatan luar
dan inkuiri.
TOPIK 7 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
Topik 7 membincangan tentang pengurusan bilik darjah dan pengurusan tentang konsep
bilik darjah diperjelaskan. Aspek tentang bagaimana membentuk dan mengurus persekitaran
pengajaran juga dibincangkan. Ia diikuti pula dengan penerangan tentang pembentukan
peraturan dan pengurusan tingkah laku pelajar.

OUM

iii

PANDUAN KURSUS

HBEF3103

TOPIK 8 : KEMAHIRAN BERFIKIR


Topik 8 menerangkan konsep dan definisi dalam kemahiran berfikir. Aspek yang dirangkumi
dalam topik ini termasuk konsep dan definisi pemikiran dan kemahiran berfikir, model
kemahiran berfikir yang dibentuk oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, kepentingan kemahiran
berfikir dan perihalan yang boleh menggalak atau menghalang kewujudan kemahiran berfikir.
TOPIK 9 : KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
Topik 9 membincangkan tentang kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Subjek yang ditekankan dalam topik ini termasuk definisi kemahiran penyelesaian masalah
dan membuat keputusan dan langkah-langkah penyelesaian masalah dan membuat
keputusan. Untuk memahirkan diri dalam multimedia, pelajar diminta menjalankan projek
multimedia.
TOPIK 10 : ALAT BERFIKIR
Topik 10 membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan alat berfikir seperti peta
minda, alat grafik, soalan dan penyoalan. Alat CoRTs dibincangkan secara mendalam.
Penerangan tentang alat berfikir ini merangkumi aspek maksud alat-alat tersebut, fungsinya
dan cara pelaksanaannya.

PENGETAHUAN ASAS
Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan kursus ini.
Namun begitu, pengetahuan dan pengalaman tentang ilmu pendidikan akan membantu anda
memahami pelajaran ini dengan lebih mudah.

BAHAN BACAAN
Buku teks yang dicadangkan bagi kursus ini ialah:
Clark, L.H. (1991). Secondary and middle school teaching methods. (6th ed). Macmillan: New
York.
John Arul Phillips (1997). Pengajaran kemahiran berfikir: teori dan amalan. Kuala Lumpur:
Utusan Pub.
Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1999). Instructional media and technologies for
learning. (6th ed). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Jonassen, D.H. (1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking. Englewood
Cliffs, NJ: Prentice Hall.3.
Kellough, R.D. dan Kelloung, N.G. (1998). Secondary school teaching: A guide to methods
and resourses, planning for competence. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (1997). Pedagogi 2. Petaling Jaya:
Longman Malaysia.

iv

OUM

HBEF 3103

PANDUAN KURSUS

Roblyer, M.D., Edwards, J. and Havriluk, M.A. (1997). Integrating educational technology into
teaching. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
Som Hj. Nor dan Dahlan. (2000). Kemahiran berfikir: K.L. Longman.
Buku-buku lain yang dicadangkan:
Abdul Fatah Hasan (1996). Kecemerlangan minda: dalam pembelajaran keseluruhan otak
dan daya berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Pub.
Joyce, B.R. (2000). Models of teaching. (6th ed). Boston: Allyn and Bacon.
Rosini Abu dan Rohani Ahmad Tarmizi (2001). Modul kemahiran berfikir Unit 2 dan 3.
Pendidikan Jarak Jauh IDEAL, UPM.
Yusuf Hashim (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.
Wan Zah Wan Ali (2000). Memahami pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Pub.

KAEDAH PENILAIAN
Penilaian bagi kursus ini melibatkan dua komponen, iaitu penilaian berterusan dan penilaian
akhir. Pecahannya adalah seperti berikut:
Penilaian berterusan:

Penyertaan dalam Perbincangan

5%

Tugasan (1)

35%

60%

Penilaian akhir

Peperiksaan akhir
Jumlah

100%

Untuk lulus kursus ini (gred C), anda hendaklah mendapat markah lulus dalam peperiksaan
akhir (60%).

OUM