Anda di halaman 1dari 5

SIS MENERIMA ISLAM PROGRESIF

Apakah Islam Progresif yang sebenarnya menurut perspektif SIS (Sister In


Islam) ? Adakah Islam SIS adalah Islam Liberal seperti yang disokong oleh Jaringan
Islam Liberal (JIL) di Indonesia yang memperjuangkan reformasi Islam, hak-hak asasi
kemanusiaan, feminisme, menolak Islam Syariah dan Islam Politik serta
beranggapan bahawa gerakan Islam Revivalis sebagai pesaingnya? Semua
persoalan tersebut tidak diterangkan secara zahir oleh SIS sehingga kini. Adakah
SIS menyokong fahaman Islam Liberal ataupun sebaliknya? Namun demikian, tidak
bererti bahawa ianya sememangnya bebas dari pengaruh fahaman Islam Liberal
kerana fahaman SIS banyak bercanggah daripada ajaran Islam itu sendiri.
Hak Kebebasan (liberty) merupakan prinsip utama yang diperjuangkan untuk
aliran liberal, maka hubungkait fahaman ini dengan SIS perlu diberi perhatian
memandangkan pertubuhan wanita ini menjelaskan yang kajian Islamnya adalah
dari perspektif hak asasi manusia sebagai premis kedua penubuhannya. Justeru itu,
ketiadaan pengakuan secara langsung dari SIS tersebut tidak bermakna ia
sememangnya tidak menganut atau bebas daripada pengaruh fahaman Islam
Liberal. Sebaliknya, dilihat daripada beberapa penulisan tokoh-tokoh SIS. Perkataan
Islam Progresif pula sering digunakan secara langsung ketika mereka ingin
menjelaskan bentuk atau konsep Islam yang diperjuangkan SIS. Jawapan untuk
segala bentuk persoalan tersebut perlu difahami terlebih dahulu mengenai konsep
Islam Progresif yang bermula dengan latar belakang, ciri-ciri dan asas-asas serta
seterusnya kepada objektif falsafahnya.
Kebanyakan para cendekiawan sosio-agama banyak mengatakan bahawa
para pemikir Islam Progresif inilah yang menghasilkan banyak aliran pemikiran yang
liberal dalam Islam. Mereka juga kebanyakannya bersetuju dengan pendapat yang
mengatakan kedua-dua aliran pemikiran, Islam Progresif dan Islam Liberal adalah
produk yang terhasil akibat perkembangan globalisasi semasa yang melanda dunia
Islam. Perkembangan globalisasi yang mengarusperdanakan fahaman liberalism
turut meninggalkan pengaruh yang hebat terhadap perkembangan pemikiran dalam
dunia Islam. Oleh itu, Islam telah tercemar dengan imej atau momokan sebagai
agama teroris, fanatic dan anti Barat serta anti pemodenan. Maka, Islam Progresif
dan Islam Liberal ini lahir sebagai sebuah rumusan atau gagasan pemikiran para
pemikir Islam yang moden dalam usaha mereka untuk menjenamakan dan
mengharmonikan semula imej Islam yang tercemar itu.
Maksud Progresif dari sudut pengertian bahasa berasal daripada perkataan
Latin progredior yang bermaksud maju. Oleh itu, Islam Progresif secara
bahasanya bermaksud Islam yang Maju. Pengertian istilah pula yang diberikan
oleh ahli sosiologi agama, sinonim dengan Islam Liberal dalam aspek perjuangan
kehidupan yang lebih makmur berasaskan nilai-nilai keadilan sejagat yang wujud
dalam al-Quran disamping merealisasikan seruan liberalisasi agama seperti yang
diusahakan oleh Leonardo Boff, Gustivo Gutierezz, dan juga Edward Said melalui

idea secular humanismenya. Idea-idea dan uasaha-usaha tersebut tetap


diperjelaskan dalam kerangka Islam yang difahami mereka sebagai agama yang
bersifat maju dan sentiasa berkembang. Islam Progresif juga diringkaskan sebagai
Islam yang berjuang untuk keadilan sejagat dan menjunjung nilai-nilai pluralisme
dalam masyarakat, memberi perhatian serius terhadap kesetaraan gender,
membela nasib kaum yang tertindas dari golongan miskin, wanita, kanak-kanak dan
sebagainya. Islam Progresif ini juga komited dengan usaha reformasi Syariah demi
merealisasikan cita-cita perjuangan tersebut.
Kurzman pula menjelaskan ciri-ciri aliran Islam Progresif dengan merujuk
kepada golongan Modern Muslims yang memperjuangkan idea-idea Islam Liberal.
Beliau menjelaskan antara idea-idea utama tersebut ialah pengamalan demokrasi,
pembangunan dan pemodenan kehidupan, reformasi terhadap hukum Syariah,
pluralism agama, kebebasan bersuara, kebebasan berijtihad, pembelaan hak-hak
wanita, penolakan autoriti agama dan pengamalan pendekatan hermeneutik.
Salah seorang tokoh Islam Liberal dari Indonesia yang banyak menulis
tentang Islam Progresif iaitu Sumanto Al-Qurtubi, menjelaskan maksud Islam
Progresif sebagai : Islam progresif biasanya dimaksudkan sebagai Islam yang
maju, sesuai dengan asal kata dalam bahasa Latin progredior. Sebagaimana
banyak pemikir yang mengaku progresif, mereka menempatkan Islam sebagai
evolving religion iaitu agama yang selalu berkembang mengikuti zaman. Dalam
perspektif ini, Islam juga dipandang sebagai agama budaya. Oleh sebab itu, tidak
hairan jika mereka memandang tidak ada satu ajaran Islam yang bersifat tetap.
Semua harus tunduk dengan reality zaman. Agama ditundukkan oleh akal. Salah
satunya aspek kemaslahatan dan sifat Islam sebagai rahmatan lil alamin.
Penjelasan lanjut mengenai aliran Islam Progresif dan pergerakannya,
Muslims for Progressive Values (MPV) merupakan contoh yang dirujuk sebagai
sebuah organisasi yang menganuti dan menyokong fahaman ini. Organisasi ini
pernah mencetuskan kontroversi dalam dunia Islam apabila menganjurkan solat
Jumaat yang bercampur gender serta berimamkan seorang wanita, Dr. Amina
Wadud. Sejak itu, pergerakan ini telah dikenali sebagai penyokong Islam Progresif
yang paling terkehadapan dalam memperjuangkan reformasi agama.
Secara dasarnya MPV meyakini bahawa ianya sebuah organisasi yang
menyokong fahaman Islam yang bersumberkan idea-idea mengenai ketinggian
mertabat manusia (human dignity) dan keadilan sosial yang berlandaskan alQuran. Namun, hala tuju pergerakannya ialah untuk menegakkan nilai-nilai
progresif yang meliputi hak-hak kemanusiaan, kebebasan berekspresi,menjunjung
bahkan mempraktikkan dasar sekularisasi yang memisahkan peranan agama dari
urusan duniawi terutamanya dalam urusan politik.
MPV menjelaskan terdapat beberapa asas utama Islam Progresif yang
menjadi prinsip dam kerangka kepada pergerakannya. Pertama, aliran Islam

Progresif mengiktiraf sesiapa sahaja yang mengaku sebagai seorang Muslim, namun
integrity iman seseorang itu adalah urusan diri individu itu sendiri dengan
Tuhannya. Soal keimanan ini tidak boleh sekali-kali menjadi urusan Negara dan
pihak lain tidak berhak untuk menjustifikasikan tuntutan ke atas keimanan individu
tersebut.
Kedua, aliran Islam Progresif menjunjung dan mempertahankan nilai
kesaksamaan dan kesetaraan bagi semua umat manusia tanpa mengira rupa,
bangsa, agama, jantina, budaya, etnik dan sebagainya. Pergerakan MPV sentiasa
memperjuangkan kesaksamaan dan keadilan untuk setiap lapisan masyarakat
manusia dalam setiap aspek hidup untuk berpolitik, berpendidikan, berekonomi dan
sebagainya.
Ketiga, aliran Islam Progresif menyokong doktrin yang memisahkan urusan
atau peranan keagamaan dengan kuasa pemerintahan. Islam Progresif
berkeyakinan dan berpegang pada kenyataan bahawa kerajaan sekular adalah
hanya satu-satunya cara untuk mencapai idea Islam yang mempertahankan hak
kebebasan dari sebarang paksaan dalam urusan kepercayaan agama ini.
Keempat, Islam Progresif menjunjung dan mempertahankan kebebasan hak
bersuara, mendapatkan maklumat dan menyampaikannya dalam apa bidang
sekalipun sama ada dalam urusan politik, agama, kesenian, pergaulan sosial, dan
sebagainya. Sekalipun, kebebasan dalam berekspresi ini telah mengundang
cemuhan atau tuduhan liar pihak lain yang menganggap perbuatan seperti itu
adalah dari sifat munafik, sesat atau sebagainya satu bentuk penghinaan terhadap
agama. Islam Progresif itu berpendirian bahawa seseorang itu tidak boleh dianggap
bersalah atau dikenakan tindakan undang-undang disebabkan dirinya mempunyai
pandangan yang tidak popular atau berbeza dengan pandangan majoriti.
Kelima, Islam Progresif menjunjung dan mempertahankan hak-hak asasi
manusia yang universal dalam segenap aspek kehidupan yang meliputi politik,
ekonomi, sosial demi keadilan sejagat. MPV berusaha untuk menyediakan
kesihatandan pendidikan sejagat, memelihara alam sekitar serta berusaha untuk
membasmi kemiskinan dalam masyarakat. MPV berusaha untuk memberi
pembelaan terhadap kaum yang lemah dan tertindas serta berjuang untuk
mendapatkan hak-hak sivil yang sama rata bagi golongan tersebut.
Keenam, Islam Progresif juga mempertahankan hak-hak wanita yang setara
dengan kaum lelaki dalam semua aspek kehidupan. Oleh itu, MPV komited dalam
usahanya untuk memperkasakan hak-hak wanita untuk bebas membuat keputusan
yang terbaik demi diri sendiri termasuk dalam aspek kesihatan tubuh badan, hak
untuk melahirkan atau menggugurkan anak, hak berseksual dan sebagainya.
Ketujuh, aliran Islam Progresif mengiktiraf hak-hak bagi golongan lesbian dan
gay. MPV menganjurkan uasaha-usaha untuk membela dan mempertahankan hakhak sivil golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan individu yang

mengamalkan interseksual. MPV menyokong sebarang uasaha atau ketetapan yang


memberikan hak-hak yang sama rata untuk semua golongan manusia dalam
sebuah masyarakat Islam tanpa mengira jenis, fahaman agama, budaya dan gaya
hidup seseorang.
Kelapan, Islam Progresif juga menyokong idea yang menganjurkan analisis
dan tafsiran yang bersifat kritikal terhadap teks-teks dan sumber-sumber Islam
termasuklah dalam sistem perundangan tradisional demi merealisasikan
pembangunan Islam dan umatnya. Pergerakan ini mempromosikan bentuk tafsiran
yang melambangkan prinsip-prinsip al-Quran yang bersifat toleran, menjunjung
inklusivisme, rahmat dan belas kasihan serta hak yang sama rata dalam kalangan
umat manusia sejagat.
Kesembilan, Islam Progresif menjunjung nilai dan sikap belas kasihan dalam
kalangan umat manusia. MPV berpendirian bahawa keadilan dan nilai kasih sayang
wajar menjadi prinsip yang penting untuk kehidupan manusia. Pergerakan ini
menentang sebarang bentuk kekerasan dan penindasan sama ada di peringkat
individu, organisasi atau nasional.
Asas yang terakhir, Aliran Islam Progresif mengiktiraf dan menjunjung
kepelbagaian dan kemajmukan umat manusia. MPV menyokong pluralism agama
dan kepelbagaian inspirasi yang mendorong masyarakat ke arah keadilan sosial.
MPV percaya bahawa agama seseorang itu tidak mempunyai sumber kebenaran
yang bersifat eksklusif. Demikian juga, pergerakan ini menerima kepelbagaian
falsafah pemikiran dan tradisi spiritual demi menggapai kehidupan duniawi yang
lebih adil, makmur dan harmoni.
Maka, penjelasan yang telah diterangkan tersebut dapatlah disimpulkan
bahawa Islam Progresif sinonim dengan Islam Liberal. Rumusan ini dapat dibuat
dengan merujuk kepada asas-asas pemikiran terutamanya Islam Progresif melihat
Islam sebagai agama yang bersifat berkembang sentiasa serta sebagai agama
budaya. Di samping itu, ia juga berpegang pada doktrin relativisme yang
menganggap kebenaran itu bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak. Islam juga
dianggap sebagai agama atau produk budaya seperti agama-agama selainnya yang
sentiasa tunduk kepada reality perubahan zaman dan perkembangan akal manusia.
Islam Progresif juga menekankan keutamaan amalan ijtihad dan demokrasi serta
menoak sebarang autoriti keagamaan. Seterusnya,Islam Progresif turut berpegang
pada doktrin inklusivisme agama yang menolak pembenaran terhadap kepercayaan
atau keputusan sendiri dan menjunjung doktrin pluralism agama. Islam Progresif
juga menganjurkan sekularisasi dan liberalisasi agama seperti yang dibentuk oleh
para ahli teologi liberal Barat untuk kemajuan dan pembaharuan umat.
Justeru itu, jelaslah bahawa Islam Progresif dan Islam Liberal berkongsi
konsep yang ternyata sama dari aspek kefalsafahannya, pendekatan seruan,
agenda dan matlamat perjuangannya. Pendek kata, mana-mana Muslim yang

memanggil diri mereka sebagai penganut pemikiran Islam Progresif, pada masa
yang sama boleh dianggap sebagai penganut pemikiran Islam Liberal. Pengertian
Islam Progresif yang sinonim dengan Islam Liberal seperti Kurzman dan para aktivis
Jaringan Islam Liberal. Maka muhasabahlah dalam perbahasan isu-isu berkenaan
dengan reformasi agama dan penjenamaan semula imej Islam. Kedua-dua istilah ini
sering disebut secara bersamaan atau silih berganti, dalam konteks dan pengertian
yang sama dengan sifat yang saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai