Anda di halaman 1dari 1

STESEN 6: Lonjat atas Bangku

Tujuan:
Menilai Daya Tahan Kardiovaskular
Alatan dan kemudahan:
1.

Bangku - Ketinggian 30.5 cm

2.

Jam Randik

3.

Borang Skor

Pengurusan dan organisasi:


1.

Aktiviti dijalankan berpasangan.

2.

Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan

bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.)


Prosedur:
1.

Aktiviti dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.

2.

Pelajar lonjat dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai)

diletakkan di atas bangku.


3.

Penguji akan memberikan isyarat mula.

4.

Pelajar melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki

kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya).
5.

Pelajar melakukan pergerakan selama 30 saat.

6.

Catatkan bilangan ulangan dan kadar nadi.

7.

Pelajar dibenarkan rehat 60 saat sebelum menjalankan aktiviti di

stesen seterusnya.